Sunday, April 25, 2010

Kancah Pusat Islam , Washington , DC dan Penganiayaan Imam Mohammad Al-‘Asi


Pusat Islam di Washington, DC telah ditubuhkan pada 1950 dan didaftarkan sebagai satu amanah. Alasannya adalah untuk memberikan Pusat Islam ini “status perundangan” sebagai sebuah masjid. Memandangkan tiada konsep wakaf dalam perundangan Amerika, maka amanah adalah lebih hampir kepada wakaf. Daripada 1950-an sehingga 1979 pentadbiran Pusat Islam merupakan fungsi daripada kedutaan-kedutaan negara Islam di Washington. Memandangkan kepada iklim politik ketika itu, Kedutaan Mesir telah ditugaskan untuk melantik imam Pusat Islam ini. Kedudukan sokongan lain dipersetujui oleh jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh orang duta yang akan bergilir setiap dua tahun. Dalam tempoh 1950-an dan 1960-an bilangan orang Islam di kawasan Washington amat sedikit sahaja tetapi dalam tahun 1970-an bilangan orang Islam mula meningkat dan semakin bertambah. Berdasarkan kepada fakta demografi ini dan ditambah pula dengan perkembangan dalam dunia Islam, komuniti Muslim di Washington memutuskan untuk membuat pemilihan para pentadbir di Pusat Islam. Proses pemilihan mengambil masa hampir dua tahun untuk persediaan dan menyakinkan. Akhirnya, pada Jumaat November 1981, komuniti Muslim di Washington mengadakan pemilihan yang pertama di Pusat Islam selepas solat Jumaat. Hasil daripada pemilihan itu, pentadbiran baru mengambilalih tanggungjawab harian di Pusat Islam/Masjid.

Sehubungan pemilihan ini, Kedutaan Arab Saudi mula campur tangan dalam hal ehwal dalaman Pusat Islam. Akibat campur tangan oleh Kedutaan Arab Saudi, Pusat Islam tidak lagi menerima penghantaran surat dan talian telefon juga dipotong. Pusat Islam terpaksa mendapatkan alamat Pejabat Pos dan nombor telefon baru. Bagaimanapun pentadbiran yang dilantik tidak mementingkan diri sendiri dalam menunaikan tanggungjawab agama Islam dan melakukannya dengan cara yang terbaik mengikut tradisi Islam. 11 ahli pentadbiran mengadakan mesyuarat shura secara tetap, menjalankan kelas agama Islam di masjid setiap minggu dan mengalu-alukan kedatangan orang Islam lain yang ingin mendapatkan pengajian Islam sebagai sebahagian daripada aktivitinya. Pusat Islam telah menjadi hab aktiviti yang pertama kalinya dijanakan oleh mereka yang penuh dengan kasih sayang dan bersemangat.

Pada pagi Sabtu 5 Mac 1983 sebelum solat subuh agensi penguatkuasa undang-undang telah memaksa Imam yang dilantik, Mohammad Al-‘Asi dan keluarganya keluar dari Pusat Islam. Pusat Islam telah dikunci dan dihalangi daripada kegunaan umat Islam. Alasan yang diberikan ialah mereka mendapat maklumat bahawa sejumlah senjata terdapat di dalam Pusat Islam: dan dengan itu Pusat Islam perlu ditutup selama beberapa minggu untuk kerja membaiki dan ubah suai. Pusat Islam telah ditutup selama lebih tiga bulan.

Pada Hari Raya Aidil Fitri Julai 1983 tanpa sebarang notis, pintu Pusat Islam dibuka pada awal pagi dan semua umat Islam mula memasuki Pusat Islam untuk mengerjakan solat Aidil Fitri. Ketika mereka sedang bertakbir untuk memulakan solat, polis Washington DC memasuki Pusat Islam dan menangkap Imam Mohammad Al-‘Asi dan lima puluh orang Islam yang lain dan membawa mereka ke penjara. Mereka merayakan Aidil Fitri di dalam penjara dan kemudiannya dibebaskan pada hari berikutnya. Mereka dikenakan dua tuduhan “memasuki masjid tanpa kebenaran” dan “mengganggu acara keagamaan”. Kesalahan kecil ini boleh didakwa dalam tempoh seminggu atau lebih tetapi perbicaraan lebih 50 orang Islam ini berterusan selama empat bulan. Setiap hari pihak defendan perlu hadir ke mahkamah. Pada akhir perbicaraan ini pihak hakim telah menggugurkan tuduhan “mengganggu acara keagamaan”. Tetapi pihak juri selepas satu minggu telah mempertimbangkannya dan memutuskan bahawa mereka bersalah kerana memasuki masjid tanpa kebenaran! Mereka perlu membayar denda dan melakukan khidmat sosial. Sejak itu terdapat pengurusan keselamatan di Pusat Islam untuk mencegah kumpulan orang Islam ini daripada memasuki masjid.

Rayuan terhadap keputusan itu telah dibuat tetapi ianya ditolak.

Solat Jumaat dan Aidil Fitri di kawasan luar terus dilakukan setiap minggu dan tahun tidak kira hujan atau panas, musim sejuk atau panas.

Dalam tempoh dua puluh satu tahun yang lalu terdapat usaha untuk mendamaikan keaadaan. Ramai orang Islam yang datang ke Pusat Islam di Washington merasa kecewa dan sedih melihat apa yang berlaku di sana pada setiap minggu. Sesetengah daripada mereka cuba untuk menjadi orang tengah berhubung perkara ini dan apabila kelihatan penyelesaiannya semakin hampir, duta Arab Saudi menolak pendekatan itu. Dengan itu seluruh hal ehwal itu terus kekal seperti hari ini tanpa penyelesaian.

Kerajaan Arab Saudi mengharamkan Imam Mohammad Al-‘Asi daripada mengerjakan haji sejak usahanya yang pertama pada 1984. Beliau hanya dapat ke Itali dan dinafikan penerbangan sambungan ke Jeddah. Pada tahun 1985, 1986, dan 1987 Kedutaan Arab Saudi di Washington enggan untuk mengeluarkan visa haji kepadanya. Imam Muhammad al-‘Asi akhirnya diberitahu melalui pegawai konsul bahawa Kedutaan Arab Saudi di Washington menerima arahan daripada Menteri Dalam Negeri Arab Saudi supaya tidak mengeluarkan sebarang visa (haji, umrah, komersial, dan kunjungan) kepada beliau.

Sumber: http://www.islamiccenterdc.com/whathappened.htm

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)