Saturday, February 2, 2013

Bantu Umat Islam Patani semampu yang ada


Alhamdulillah 26, 27 dan 28 Januari 2013, AMANI (Aman patani Malaysia) selesai menjalankan penjelajahan siri penerangan isu umat islam di Patani di sekitar Ipoh dan Bota.

Saya hanya bertindak sebagai pemudah cara  (jika sesuai istilah ini) untuk membantu AMANI hadir sekali lagi ke Perak memandangkan sambutan dalam siri penjelajahan sebelum ini kelihatan amat memberansangkan dan perlunya masyarakat Perak cakna dan tahu penderitaan umat Melayu islam Patani yang sedang dan masih ditindas.

Saya bawakan hasrat untuk membawa rombongan AMANI kepada Ustaz Zulkifli  Timbalan Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak -  JAMAIY. Dengan mesyuarat santai selama 20 minit di rumah beliau di taman Meru 2C  Jelepang Ipoh, keputusan diambil dan diagihkan tugasan kepada beberapa anak muda masjid yang mampu membawa rombongan ini ke beberapa masjid.

Pada pandangan saya percaturan program melalui agihan tugas sebegini amat memberi kesan program yang cepat, mudah, dan berkesan.

Pihak AMANI hanya sediakan maudhu’, intipati penerangan. Saya setkan team untuk membuat tentatif agenda mereka. Pihak Personal In Charge pula berhubung dengan masjid yang berkenaan. Malah urusan homestay menjadi mudah apabila pihak anggota NGO Perak sendiri memiliki rumah sewa sendiri yang boleh diinfaqkan semalam dua malam.

Semoga Allah izinkan lagi program sebegini dianjurkan di negeri Perak Insya Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator Media TERAS

PROGRAM JELAJAH PERAK 2013 BERSAMA AMANI (AMAN PATANI)



PROGRAM JELAJAH PERAK 2013 BERSAMA AMANI (AMAN PATANI)
Anjuran Kerjasama : Jamaiy Perak (Jaringan Ngo Islam negeri Perak) dan AMANI (Aman Patani)
Jangkamasa : 3 hari (26 Januari hingga 28 Januari 2013)
Lokasi : Simpang Pulai, Bota, Tambun
Penceramah/peserta rombongan:
  1. Saudara Hassan Bin Mohd Tola (Bahagian Pendidikan Sekolah Melayu Patani)
  2. Saudara Zakaria Bin Abd rashid (Hak Asasi Perikemanusiaan HAP)
  3. Wakil Amani Malaysia (2 orang)
Agenda Program
Tarikh
Tempat
agenda
penginapan
PIC
26 januari
Simpang Pulai
Surau Nur Ramadhan Seri Raia Kg Kepayang
Kuliah Maghrib multimedia, pameran, derma dana AMANI, jualan.
Homestay Bota
(hubungi Ustaz Zul Jamaiy 017-5554828/ Nuruddin 017 6291368 013 7737002 ( Ansor )

Rombongan hadir maghrib 26 Januari selepas ceramah terus ke homestay di Bota
Urusan kuliah hubungi : Saudara Nasir 013 4814612
27 Januari
Bota
Masjid Teluk Kepayang
Kuliah Subuh multimedia, pameran, jualan, dana AMANI
Masih di Bota
Urusan Kuliah hubungi : Ustaz Zul  017-5554828
013 7737002 ( Ansor )

Bota (belum ditetap tempat)
Hi-Tea bersama wanita dan muslimat Bota,
Ceramah bersama multimedia, jualan, pameran
Masih di Bota
Urusan Hi-Tea :
hubungi  Ustaz Zul  017-5554828
013 7737002 ( Ansor )

Masjid Bota Kanan
Kuliah Maghrib multimedia, jualan, pameran dan dana AMANI
Selepas tamat terus ke Homestay Gunung Lang
Hubungi :
Urusan Kuliah maghrib :
013 7737002 ( Ansor )
28 Januari
Tambun
Masjid Tanjung Rambutan
Kuliah Subuh multimedia, jualan, pameran dan dana AMANI
Di Homestay Gunung Lang
Urusan kuliah Subuh hubungi :
017 555 4828

Masjid Kledang
Kuliah Maghrib multimedia, jualan, pameran dan dana AMANI
Selepas tamat rombongan bertolak
Urusan Kuliah Maghrib hubungi : 019 5443595 ( Akhdor)
Kos Penginapan : Jamaiy Perak (dua malam )
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Jamaiy Perak, Koordinator Media TERAS

No perhubungan : 013-7069509 (Amir) dan 019-4131472 (Saiful)

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)