Tuesday, April 20, 2010

Muda-Teras

Telah lama saya mengimpikan untuk menubuhkan satu ketumbukan anak muda yang berada di bawah sayap perjuangan Teras Pengupayaan Melayu. Nama TERAS yang umumnya kelihatan premis kaum melayu bukan sekadar satu kelompok gerak kerja yang bersifat chauvinis perkauman malah melangkaui isu aqidah, pengupayaan kaum minoriti, pengupayaan kaum muslim, integrasi sosial berasaskan keadilan, perjuangan pembaipulihan pentadbiran dan institusi pemerintahan serta pendidikan dan ikhtisas.

Menilai luasnya perjuangan TERAS mengilhamkan saya untuk menyerap masuk Skuad Penyelamat Aqidah ke dalam TERAS atas nama MUDA-Teras iaitu singkatan kepada Saf Anak Muda Teras. MUDA-Teras juga mengambil aspirasi SALIMAH-Teras iaitu NGO sayap muslimah yang berjuangan isu kewanitaan dalam landskap syariah untuk maju ke hadapan.

Memandangkan kerjabuat SPAQ selama ini juga mengambil seni dakwah dan kerja amal Cikgu Azmi selaku Presiden Teras baik dari isu agama, isu penghinaan terhadap syariah, chauvinisme gender, PPSMI dan bahasa melayu, isu tulisan jawi dan ekonomi negara, maka saya rasakan SPAQ bersedia memberi khidmat khusus untuk menjayakan misi Islam kaffah dan pengupayaan sosial ke arah yang lebih adil dan baik.

Perlancaran MUDA-Teras ini akan di adakan dalam jangka masa yang terdekat melalui program

IJTIMA’ ANAK MUDA PENGGERAK UMMAH yang di adakan dengan kerjasama Citizen International, Jamai’y Perak dan CAP.

Ijtima’ ini akan diisi dengan pengisian tasyji’ (motivating) secara celik dan ilmiah untuk memberi gambaran kepada anak muda betapa perlunya mereka cakna dan progresif terhadap isu-isu umat Islam dalam dan luar negara kita ini.

Sepertimana nasihat Ustaz Hasrizal Jamil dalam satu rancangan televisyen baru-baru ini, bahawa anak muda perlu diberikan perjuangan atau ‘assignment’ untuk mereka kerjakan. Kerana perjuangan tersebut akan mengelakkan mereka menjadi pejuang hedonisme, pejuang rempit, pejuang black metal dan sebagainya. Pada pandangan saya, bagi anak muda yang pernah dididik dengan agama dan iltizam dengan usrah dan tadribat, mereka mungkin tersasar juang sehngga gigih memperjuangankan ananiyyah (individualisme), memperjuangkan sikap berpeluk tubuh, memperjuangkan agenda metafarrijun (hanya menyaksikan kebejatan sekular da kezaliman tanpa usaha mengubahnya) serta banyak lagi penyakit anak muda yang juga menjangkiti mereka yang pernah dididik dalam perjuangan yang absah.

IJTIMA’ ANAK MUDA PENGGERAK UMMAH akan diadakan….pastikan anda juga bersama kami menjayakan harapan dan impian ini demi agama dan ummah.

Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)