Tuesday, February 24, 2009

Bengkel SPAQ

Bengkel Isu Umat Islam Kini

MEMBONGKAR KEJAHATAN FREEMASON DI SEBALIK
ALIRAN PEMIKIRAN & REVOLUSI DUNIA


oleh
Koordinator 1 SPAQ
(Saudara Muhammad Nuruddin Bashah)

  • Tayangan video
  • Nota disediakan

Sabtu (28 Februari 2009)
5 ptg
Dewan Muzakarah, USM



Monday, February 23, 2009

AMiD: Laporan aktiviti Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (SDMM)



Sabtu-21 FEB:Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (SDMM) anjuran JIM dengan kerjasama SPAQ telah diadakan bertempat di DK C bermula jam 8 pagi-6.30 petang. Seramai 46 orang peserta telah menyertai seminar ini yang terdiri dari pelajar USM dan juga IPPP. Seminar ini memfokuskan dakwah kepada yang bukan Islam dan untuk melatih peserta agar mampu untuk berhadapan dengan mad'u dan menyampaikan risalah Islam.SDMM ini merupakan permulaan untuk menggerakkan kumpulan AMiD (Anak Muda Cinta Dakwah) di dalam SPAQ.



Pada sebelah pagi, peserta diberikan pengisian oleh Hj Muhammad Fitri Abdullah tentang kewajipan berdakwah kepada muslim dan juga non-muslim. Beliau telah menjelaskan ciri-ciri yang patut ada dalam setiap individu yang bergelar daie. Antaranya kefasihan lidah berkata,keberanian untuk menyatakan pendapat, bebas dari taklid dan yang paling utama, berani berkorban dan berani menderita kerana jalan dakwah akan dipenuhi dengan onak dan duri. Sebagai daie, kita perlu bersedia berkorban harta,masa bahkan nyawa dan perlu bersedia menghadapi segala cabaran dan halangan.


Menurut Ustaz Fitri juga, dalam pelaksanakan dakwah, kita memerlukan perancangan yang teliti agar apa yang kita lakukan akan memberikan 'high impact' kepada mad'u kita. Kita perlu mengenali siapa mad'u kita. Sentiasalah menyambut mereka dengan mesra dan berikan penghormatan dengan ikhlas dan bertoleransi dengan kesilapan dan kekurangan yang ada pada mereka. Seorang daie yang hebat perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.


Peserta juga didedahkan dengan teknik dan komunikasi dakwah oleh Syaikh Abdullah. Allah telah berfirman di dalam surah al-Imran ayat 104 dan juga 110 yang menunjukkan kepentingan berdakwah. Beliau menerangkan banyak cara untuk berdakwah. Sepatutnya ia tak menjadikan alasan buat kita untuk tidak berdakwah.



Seterusnya peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan penerangan oleh Akhi Yusni untuk dakwah lapangan. Selepas zohor, peserta berangkat ke Queensbay, Tesco dan juga Bukit Jambul untuk mempraktikkan apa yang telah diperolehi dari penceramah pada sebelah pagi tadi. Masa yang diberikan agak singkat. Tetapi peserta menunjukkan komitmen yang tinggi berdasarkan perkongsian masing-masing semasa sesi dakwah lapangan. Masing-masing berusaha mengambil kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan Islam kepada yang bukan Islam. Diharapkan bengkel ini mampu memberikan kesedaran kepada para peserta untuk menyampaikan seruan ilahi kepada yang masih belum menerimanya.


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Imran:104)

Sesi yang terakhir adalah sesi menjawab soalan lazim yang selalu ditanya oleh bukan Islam kepada kita. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya mempunyai hujah bagi semua pertanyaan oleh bukan Islam kepada kita dan juga buat diri sendiri. Dengan ini kita tidak akan goyah dan seterusnya dapat menjaga kesuciaan dan kemurniaan agama Islam dari sebarang fitnah.

Insyaallah program in akan diteruskan setiap bulan. Pada minggu ke-3 setiap bulan JIM akan mengadakan dakwah lapangan. Bagi yang berminat boleh menghubungi Akhi Yusni 0195266677 dan Sakinah 0135055980. Diharapkan usaha yang dilakukan tidak berhenti di sini. Insyaallah..

Nursakinah Suardi

Anak Muda Cinta Dakwah(AMiD)

Skuad Penyelamat Akidah (SPAQ)

Friday, February 20, 2009

Jualan Buku Ilmiah Unit Ekonomi SPAQ

Salam perjuangan dan salam intelektual.

Dimaklumkan bahawa Unit Ekonomi SPAQ akan mengadakan jualan buku ilmiah secara berkala sebagai salah satu projek ekonomi untuk dana SPAQ. Jualan buku akan diadakan pada setiap program yang akan dianjurkan oleh SPAQ. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan ingin memiliki buku- buku ini, sila hubungi saudara Ahmad Nadhir 013-4743620, gymnosperm_bio@yahoo.com. Senarai buku yang dijual akan dipaparkan dari semasa ke semasa di dalam group dan blog SPAQ. Jazakallah.


Ahmad Nadhir Yob
Unit Ekonomi SPAQ
http://pemikirmahasiswa.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2009

AMiM : Laporan Aktiviti LANDAS pada malam Hari Valentine



AHAD – 15 FEB : Lanjutan daripada aktiviti penyebaran risalah sempena Valentine’s Day di Queensbay pada siang 14 haribulan Februari, SPAQ di bawah unit Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM) meneruskan komitmen dalam aktiviti dakwah dengan turut serta dalam LANDAS anjuran Jaringan Pemuda Da’wah Islamiyyah (JUNDIYY) yang menggabungkan jamaah-jamaah islam dan aktivis-aktivis islam di Pulau Pinang termasuk dari Universiti Sains Malaysia (USM)


Seramai lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita turut terlibat di dalam aktiviti ini. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Para peserta mula berkumpul di Masjid Jamek Sungai Nibong seawal jam 6 petang. Selepas solat isyak, pihak penganjur memberikan sedikit taklimat berhubung perjalanan program yang akan berlangsung serta strategi yang boleh digunakan semasa mendekati sasaran dakwah pada malam hari nanti.


LANDAS atau Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial dijalankan di sekitar kawasan pantai Queensbay, bermula jam 12.30 pagi sehingga jam 2.30 pagi. Para aktivis dakwah mendekati sasaran-sasaran dakwah seperti pasangan yang berdua-duaan serta anak muda yang melepak. Pendekatan yang digunakan di dalam LANDAS ialah dengan mendekati sasaran, serta berbicara dengan mereka secara lembut dengan menyentuh tentang soal-soal peribadi seperti keluarga, serta perkara-perkara yang dapat menarik minat mereka untuk berbual. Di samping itu, perkara-perkara tentang agama akan turut diselit di dalam perbualan. Tujuannya ialah untuk memberi kesedaran kepada sasaran yang didakwah.



Aktiviti seumpama ini bukan sahaja untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana, tetapi yang lebih penting ialah untuk menyedarkan diri para peserta bahawa betapa perlunya segolongan masyarakat yang diberi kesedaran oleh Allah untuk turun, berhadapan dengan masyarakat di luar yang sentiasa menunggu kehadiran seseorang yang dapat menunjukkan kepada mereka jalan yang lebih selamat dan diredhai.



Sehubungan dengan itu, SPAQ di bawah unit Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM) akan meneruskan program seumpama ini dengan mengadakan Bengkel LANDAS-SPAQ 2 pada 22 februari 2009, yang akan membentangkan hasil kajian kumpulan-kumpulan pengkaji isu sosial, dan seterusnya akan mengadakan praktikal dakwah lapangan di Sungai Petani pada 7-8 Mac 2009.



SPAQ menjemput para aktivis dakwah islam yang mahu bersama-sama menjalankan dakwah di lapangan untuk bersama-sama menyertai program anjuran SPAQ. Semoga setiap yang dilaksanakan akan mendapat keredhaan daripada ALLAH. Insyaallah.



Hisyamuddin Bin Kamarudin
Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM)
Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Tuesday, February 17, 2009

Laporan Aktiviti Sebaran Risalah yang disertai AMiM

SABTU, 14 FEB – Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM) di bawah Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) telah turut serta dalam aktiviti penyebaran risalah berkenaan Valentine’s Day di Queensbay Mall Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Lestari, PiSA dan Nisa’ Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang. Turut terlibat sama ialah Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) dan beberapa NGO Islam Pulau Pinang. Program diadakan sempena Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun. Seramai lebih kurang 30 orang aktivis daripada pelbagai pihak terlibat dalam aktiviti tersebut.


Risalah tersebut mengandungi sejarah tentang sambutan hari memperingati kekasih, serta fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang mengharamkan umat islam menyambut perayaan tersebut. Turut diedarkan pada hari tersebut ialah risalah berkenaan ciri-ciri ajaran sesat yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

AMiM komited dengan aktiviti seumpama ini memandangkan perayaan Hari Valentine yang disambut di seluruh dunia termasuk oleh anak muda muslim dapat menggugat aqidah umat islam memandangkan perayaan tersebut mempunyai asal usul yang dikaitkan dengan kehancuran umat islam di Sepanyol oleh golongan Kristian. Namun masyarakat islam yang tidak mengambil tahu tentang fakta tersebut seolah-olah meraikan detik-detik kehancuran saudara-saudara mereka sendiri.

Rata-rata masyarakat terutamanya para remaja islam menyambutnya tanpa mengetahui asal usul perayaan yang mereka sambut itu. Jadi, aktiviti-aktiviti berbentuk penerangan kepada masyarakat merupakan langkah yang baik bagi mengatasai masalah ini.

Penyebaran risalah berkenaan Valentine’s Day tersebut mendapat respon yang baik daripada para pengunjung. Risalah tersebut dikhususkan kepada para remaja muslim terutamanya kepada pasangan lelaki dan wanita, remaja yang tidak menutup aurat serta remaja-remaja yang sedang melepak.


Diharapkan aktiviti seumpama ini akan terus dijalankan oleh mana-mana pihak yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk memandu masyarakat ke arah yang lebih diredhai. Insyaallah…

Hisyamuddin Bin Kamarudin

Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM)

Sunday, February 15, 2009

Seminar Anak Muda Untuk Anak Muda

Salam tahniah Huda kerana telah mendapat tajuk yang ingin anti bentang dalam Seminar Anak MUda untuk Anak MUda : Mengenali Aspek Terpencil Dalam Ketamadunan Islam.

Antara pembentang yang telah dilantik adalah;

Zhafri
Nadhir
Sakinah
Fariza
Huda
Wardah
Nuruddin
Aifa


Pembentang diminta sms saya tajuk yang berkaitan ketamadunan untuk ana luluskan nanti.

Huda telah meminta Tajuk Layanan dan Fungsi Wanita dalam sejarah ketamadunan ISlam. Kajian kita adalah kritikal. Tidak perlu menceritakan yang baik-baik sahaja, copy paste atau salin sahaja ayat buku. Kajian perlu memberi pandangan sudut positif , nilai kesyumulan Islam serta aspek negatif juga. Bagaimana aspek negatif? Sebagai contohnya bagaimana kekejaman beberapa khalifah Islam terhadao wanita. Diskriminasi wanita pada akhir kekhalifahan Uthmaniyyah sebagai contoh. Asakah itu salah Islam? Ia adalah akibat ketamakan dan salah laku pemimpin Islam. Kajian perlu holistik dan adil.

Saya harap kertas kerja bukan sekadar sebuah kajian tasyji', motivating atau ingin membangkit kekaguman terhadap tamadun Islam sahaja tetapi kajian yang benar dan tepat dengan senario sebenar.

Antara tajuk dan skop yang boleh diambil kira seperti
Penyusunan, pengurusan dan perluasan sistem ketenteraan Islam di Zaman Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah; suatu perbandingan.

Kajian ini mungkin akan menceritakan kegagahan tentera Islam, rahsia kekuatan mereka serta bagaimana mereka boleh jatuh kembali. Aspek kelemahan tentera ISlam serta campur tangan politik KHalifah dan istana yang melemahkan ketenteraan boleh dikaji.

Tajuk lain seperti
Pengaruh dan campur tangan bangsa Turki Khawrizm dan Saljuk dalam pemerintahan Abbasiyyah yang membawa keruntuhan empayar Abbasiyyah.

Tajuk lagi adalah
Kebangkitan Empayar Ilmu di Dunia Islam serta fungsi bahasa Suryani sebagai perantaraan ilmu Yunani ke dunia Islam.

Tajuk lain lagi yang saya cadangkan adalah
Dasar liberal Khalifah Abbasiyyah yang membawa kepada kebanjiran idea liberalis-rasionali s Muktazilah di dalam keilmuan Islam.

Ini antara aspek yang ana boleh berikan sebagai gambaran. Berikan tajuk kepada saya, dan saya akan betulkan aspek yang mungkin kalian tidak nampak.

Seminar ini lain-dari yang lain. Jika badan-badan lain hanya menjempur pemikir, pensyarah dan pengkaji tersohor untuk seminar mereka, saya pula ingin menjemput mahasiswa yang belum graduate untuk bentang hasil pengamatan, cermatan dan kajian mereka. saya inginkan keikhlasan dan kesungguhan demi membangkitkan pendakwah informatif, profesional dan proaktif di P.Pinang.

Saya optimis nama yang saya senaraikan adalah yang terbaik untuk membentangkan tajuk yang dipilih sendiri.

Saudara Hisham tidak akan dibebankan dengan seminar ini kerana ia akan memikul tanggungjawab yang lebih berat dalam Dakwah USM yang lain.

Perasmi kita nanti adalah Dr. Fadhullah Jamil. Tarikh Seminar akan dimaklumkan nanti. Saya menantikan kebangkitan pembentang kertas kerja kritikal nanti dan ia pentanda baik kepada dakwah di IPP dan USM sebagai pusat penyebaran keilmuan Islam oleh anak-anak muda.

Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1
Skuad Penyelamat Aqidah

Friday, February 13, 2009

Nota Penting Penggerak SPAQ (makluman terkini)

Tarikh : 14 Feb 09 (Sabtu)

Masa : 8.30 pg – 1.00 tgh hari

Tempat : Dewan Kuliah I, USM

Program : Forum Demi Kekasih – “Di Sebalik Kedurjanaan Hari Valentine”
Panel : Dr Fadhlullah Jamel(USM), Ustaz Kamaruddin Kassim(Koordinator UNGGAS) dan panel jemputan khas.

Anjuran : Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)


Tarikh : 14 Feb 09 (Sabtu)

Masa : selepas solat Asar (berkumpul di surau Queensbay)

Tempat : Queensbay

Program : Edaran risalah anti-Valentine

Anjuran : Kelab Remaja Lestari(KRL), Nisa’, Jabatan Mufti

Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132


Tarikh : 14 Feb 09 (Sabtu)

Masa : 6.00 ptg (berkumpul di Masjid Sg Nibong) – 4.00 pg

Tempat : sekitar Pulau Pinang

Program : Latihan Aktivis Da’wah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) edisi khas hari Valentine-program turun ke lapangan mendekati remaja & belia berpasangan di kawasan-kawasan sekitar Pulau Pinang.

Anjuran : JUNDIYY

Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132


Tarikh : 21 Feb 09 (Sabtu)

Masa : 8.00 pg – 6.30 ptg , 8.30 mlm – 10.30 mlm

Tempat : DK C, USM

Program : Bengkel Dakwah Non-Muslim,

Public Talk: "Muhammad. The most influential man in the world. Why ?" oleh Ustaz Mohd Fitri Abdullah

Anjuran : JIM

Individu perhubungan SPAQ : Sakinah-0135055980/ Nadhir-0134743620

* Bengkel Dakwah Non-Muslim pada 21 hb adalah langkah awal untuk gerakkan kumpulan AMiD (Anak Muda Cinta Dakwah) di dalam SPAQ. Diharapkan semua ahli dapat memberi respon yang segera.


Tarikh : 22 Feb 09 (Ahad)

Masa : 8.00 mlm – 10.30 mlm

Tempat : Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM

Program : Bengkel Pembentangan Isu Sosial oleh AMiM (Anak Muda Cinta Masyarakat)

Anjuran : LANDAS-SPAQ

Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132


Tarikh : 1 Mac 09 (Ahad)

Masa : 8.30 mlm - 11.30 mlm

Tempat : Dewan Kuliah SK4, USM

Program : Bicara Cinta Remaja oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com)

Anjuran : JUNDIYY


Tarikh : 7 & 8 Mac (Sabtu & Ahad)

Tempat : Sungai Petani

Program : Praktikal Dakwah Remaja/Masyarakat oleh AMiM (Anak Muda Cinta Masyarakat)

Anjuran : LANDAS-SPAQ

Individu perhubungan SPAQ : Hisyam-0134424132


Tarikh : hujung bulan Mac

Tempat : belum ditetapkan lagi

Program : Tamrin SPAQ

Anjuran : SPAQ

Individu perhubungan SPAQ : Zhafri-0194554508


Majlis agama digesa bertindak terhadap Musawah


Majlis agama diminta bertindak terhadap seminar ajaran sesat Musawah di KL
Kenyataan media

Saya merasakan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan perlu bertindak terhadap penganjur program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari ini. Hal ini adalah kerana program ini adalah suatu program ajaran sesat yang diadakan secara ‘legal’ dan terbuka di Kuala Lumpur.
Masyarakat Malaysia telah sarat dengan kehadran ajaran-ajaran sesat seperti Nabi Melayu yang belum diputuskan kesnya, ke sAyah Pin dan sebagainya, kini Sister In Islam yang banyak mencabar system syariha di Malaysia mengadakan pula wacana yang bakal member impak negative seta membangkitkan semangat para liberalis untuk mencabar system perundangan Islam di Malaysia.

Antara pembentang yang dijemput adalah seperti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd. Semua umat Islam tidak kira muda atau tua pernah dikejutkan dengan gelagat sesat Amina Wadud yang mengimami solat Jumaat di Amerika Syarikat. Beliau bukan saja menyesatkan kerana memperomosikan solat Jumaat lelaki dan perempuan malah ianya boleh diimamkan oleh seorang wanita! Bukan sekadar itu, beliau juga mempertikai mengapa solat Jumaat tidak diadakan dalam sebuah Gereja Kristian.

Di celahan rasa cemas dan sedih umat Islam dalam mengikuti penderitaan umat Islam di Gaza, dalam kekecohan politik tempatan di Malaysia, Sister In Islam mengambil peluang pula untuk mengadakan Wacana ajaran sesat mereka secara terbuka. Saya menggesa Pihak Menteri Hal Ehwal Agama, Pihak Mufti Wilayah serta JAWI mengambil tindakan terhadap SIS yang terlalu banyak memesongkan aqidah umat Islam di Malaysia. Forum Hal Ehwal Islam, seminar dan sambutan Maulidur Rasul tidak akan Berjaya menjaga iman rakyat Malaysia jika pihak berkuasa masih membenarkan ajaran sesat ‘halal’ ini berleluasa.


Muhammad Nuruddin Bashah

koordinator 1 SPAQ

Wednesday, February 11, 2009

PUMPP Selar Penganjuran Musawah

PUMPP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar.

Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulama’ Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

Perjumpaan ini juga akan akan memberi persepsi dan negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita terutama apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.

PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Mufti.

Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al-Qur’ān dan al-Hadīth dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala syari‘at yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah.

PUMPP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan Liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al-Qur’ān:

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)

109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine!

Sehubungan dengan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.

Dr Wan Salim Wan Mohd Nor,

Yang di Pertua,

Persatuan Ulama’ Malaysia

cawangan Pulau Pinang (PUMPP).

Kelas SPAQ


Kelas Pengajian Kitab Aqidah Tohawiyyah

15 Februari 2009 (Ahad)
9 malam
Kelas Kafa USM


Sila bawa kitab masing2. Tempahan kitab boleh dibuat melalui sms
kepada Wardah(012-5296690).

Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk '09

Aturcara Bengkel Dakwah pada 21 Feb 2009.
Tempat : DK C, USM

0800 – 0830 Pendaftaran
0830 – 0845 Bacaan Quran
0845 – 0900 Ucapan Pengarah Dan Perasmian
0900 – 0945 Sesi 1: "Nilainya sebuah Hidayah."
0945 – 1030 Sesi 2: Kewajipan dan pengalaman berdakwah – Ustaz Fitri
1030 – 1100 Kudapan
1100 – 1145 Sesi 3: Teknik dan komunikasi dakwah – Syaikh Abdullah
1145 – 1230 Sesi 4: Persiapan berdakwah – Ustaz Mohd Fitri/Yusni
1230 -- 0230 Solat, Makan tengahari dan dakwah lapangan.
0230 – 0330 Sesi 5: Perkongsian pengalaman dakwah lapangan
0330 – 0430 Sesi 6: Perbincangan bengkel –Wanita, Muhammad, dll
0430 – 0515 Kudapan / Solat Asar
0515 – 0615 Sesi 7: Sambungan bengkel dakwah
0615 – 0630 Penutup

08.30 – 1030 Public Talk: "Muhammad. The most influential man in the world. Why ?" oleh Ustaz Mohd Fitri Abdullah pada 21 Feb 09.

Ini adalah tentatif SDMM 09,pendaftaran terhad pd 60 org sahaja,first come first serve,untuk maklumat lanjut hubungi nadhir 013-4743620,bayaran sebanyak 5 ringgit.

Sunday, February 8, 2009

Tamrin SPAQ, sila beri pandangan segera

Assalamualaikum, di bawah ini adalah kertas kerja cadangan Tamrin SPAQ disediakan oleh Zhafri yang akan diadakan pada bulan hadapan. Semua ajk Induk SPAQ diwajibkan hadir manakala peserta tambahan dialu-alukan. Sila respon email ini serta bagi pandangan anda.


Pelan kasar “Tamrin Pejuang Aqidah” anjuran SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)
Fokus :
Peranan mahasiswa (mukallaf) dalam mendepani isu-isu yang berkaitan dengan aqidah dan kesucian agama Islam yang syumul ini. (Penekanan kepada Islam Liberal)
Isu yang akan disentuh sepanjang tamrin ini berlangsung :
1. Keperluan persiapan petugas pembela Aqidah
2. Adab dan sikap terhadap non muslim
3. Bagaimana membina belia dan petugas yang cakna isu?
4. Peranan media massa dalam menyebarkan fahaman perosak aqidah serta peranan kita menyediakan media alternatif.
5. Perjalanan jangka panjang SPAQ
Tempoh masa ; 2 hari 1 malam
Jumlah peserta : 10 – 15 orang
Moderator atau penceramah (cadangan) : Ustaz Hafiz Nordin , Brother Kamaruddiin Muallim NuruddIN Bashah , Akh Izzat Anwari Hasni dll.
Latihan Dalam Kumpulan(LDK) – Kami Bersedia Mendepani Isu Permasalahan Umat
Tajuk –isi –ancaman dan tindakan akan kami ambil dalam mendepani isu tersebut
(2-3 orang bagi satu kumpulan)
Antara isu yang menarik adalah Isu-isu semasa yang berkaitan “pencabulan” terhadap aqidah dan penentangan terhadap agama Islam
Isu semasa 1: Fatwa yang dikeluarkan oleh MFK dipertikaikan
Isu semasa 2 :Interfaith Council (IFC)
Isu semasa 3: Syiah Dan ajaran Pemuda Kahfi di IPT
Rumusan bagi setiap isu
Untuk dibentangkan melalui Powerpoint atau kertas mahjung pada hari terakhir tamrin
Bahan-bahan (Gambar dan maklumat) akan diberikan oleh penganjur. Penambahan maklumat sendiri amatlah digalakkan .
Setiap kumpulan diberi masa 10-15 minit untuk pembentangan

Bengkel LANDAS-SPAQ 2-Pembentangan Kajian Gejala Sosial oleh AMiM

Bengkel ini adalah susulan daripada Bengkel Pelancaran LANDAS-SPAQ yang telah diadakan pada 24 Januari 2009 yang lalu. Kumpulan Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM) yang dibentuk pada akhir bengkel tersebut akan membentangkan hasil kajian mereka yang meliputi beberapa isu sosial di Malaysia.

Bengkel pembentangan ini percuma dan terbuka kepada semua. Kepada mereka yang tidak berpeluang mengikuti bengkel LANDAS-SPAQ sebelum ini, anda masih boleh menghadirkan diri serta mengikuti isu sosial yang akan dibentangkan.

InsyaAllah, selepas Bengkel Pembentangan LANDAS-SPAQ 2 ini, kita akan sama-sama turun ke dalam masyarakat dan melakukan praktikalnya bermula di Sungai Petani dengan panduan dan tunjuk ajar daripada Koordinator LANDAS, Ustaz Kamaruddin Kassim.

Sila sebarkan maklumat berkenaan bengkel ini dan ajak rakan-rakan anda menghadirinya.

Program Dakwah Sosial yang Terdekat

Dalam masa yang terdekat SPAQ akan bekerjasama dengan beberapa NGO dan gerakan dakwah untuk menangani sambutan valentine. Amat diharapkan penyertaan dan partisipasi ahli serta aktivis SPAQ sekalian untuk bersama menjalankan kempen bersama kelak.

Untuk Anak Muda Cinta Dakwah (AMiD), Saudari Sakinah sedang mengumpulkan nama dan peserta untuk menjadi urusetia program Dialog Antara Agama anjuran JIM pada 21 Februari. Peserta dan petugas ini akan diserapkan dalam AMiD sekaligus akan membantu penubuhan Kelab IPSI USM nanti. Kepada yang berminat sila hubungi Sakinah ( 013-5055980) . Bantulah beliau untuk dakwah non muslim.


Untuk Anak Muda Cinta Masyarakat (AMiM) pula, Saudara Hisham akan memaklumkan tarikh pada hujung bulan Februari untuk anda bentang tajuk Kajian Gejala Sosial yang diamanahkan. Sila hubungi ketua group masing-masing serta persiapkan tajuk-tajuk berkaitan. LANDAS-SPAQ 2 akan diadakan pada hujung bulan 2 ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda selama menjayakan kesemua bengkel dan kerja dakwah sosial kita selama ini. Moga Allah membalas jasa anda semua.

Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1 SPAQ.
http://skuad- penyelamat- aqidah.blogspot. com/

Sekitar bengkel Kajian Gerakan Pemisah Islam Sedunia


9 Februari 2009-SPAQ berjaya menganjurkan bengkel isu umat dengan tajuk KAJIAN BERKENAAN GERAKAN PEMISAH ISLAM SEDUNIA di USM semalam. Kira-kira 30 orang pelajar menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Koordinator 1 SPAQ, saudara Muhammad Nuruddin Bashah. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk turut sama mengambil tahu dan mengenali beberapa gerakan pemisah (separatist) yang terdapat di beberapa bahagian dunia serta tujuan perjuangan mereka.





Peserta juga didedahkan dengan sejarah perjuangan gerakan pemisah seperti yang wujud di Acheh, Pattani, Bosnia serta China. Ketika membincangkan perjuangan atas nama kemerdekaan yang gerakan-gerakan seperti Gerakan Aceh Merdeka, Pattani United Liberation Organization, Moro Islamic Liberation Organization lakukan, tersingkap kes-kes penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di negara-negara yang terlibat. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Yahudi dan Freemason sebagai agen yang cuba mencorak dunia turut dibongkar. InsyaAllah, isu Freemason serta pengaruhnya di dunia akan dibentang dengan lebih lanjut pada bengkel yang akan datang.


Di akhir bengkel, peserta diingatkan untuk melakukan kajian ke atas isu remaja seperti yang telah diamanahkan ketika bengkel LANDAS-SPAQ yang lepas. Kumpulan AMiM(anak Muda Cinta Masyarakat) yang dibentuk selepas bengekel LANDAS-SPAQ akan membentangkan hasil kajian mereka pada hujung bulan Februari di USM sebelum menyertai praktikal bersama Ustaz Kamaruddin di Sungai Petani pada awal bulan 3. Selain itu, kumpulan AMiD(Anak Muda Cinta Dakwah) yang dikendalikan oleh saudari Sakinah akan mula bergerak kerja dengan menyertai bengkel non-muslim anjuran JIM pada 21 Februari nanti. AMiD secara langsung turut bekerjasama dengan ahli Kelab IPSI di USM.
Wardah bt Abdul Rahman
Unit Media SPAQ



Friday, February 6, 2009

Bengkel KAJIAN GERAKAN PEMISAH ISLAM

Bengkel Isu Umat Islam
KAJIAN GERAKAN PEMISAH ISLAM

Ahad, 8 Februari 2009, 9 mlm
di Kelas Kafa USM

Nota disediakan (RM1)

Ajak rakan-rakan untuk datang sama berdiskusi.

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)