Thursday, November 18, 2010

Wadah alternatif gerakan feminis sekular-liberal

Mengembalikan semangat pengorbanan Khadijah ,

membangkitkan kesabaran dan kegigihan Aishah

~SALIMAH-TERAS~

Berfungsi sebagai platform yang boleh membantu memotivasikan perjuangan wanita yang ingin membawa isu feminis secara Islam, SALIMAH-TERAS hadir membawa isu ini dalam landskap syariah yang tepat untuk maju ke hadapan. Situasi fahaman sekular-liberal yang menjadi-jadi serta kebejatan keruntuhan akhlak dalam kalangan wanita Muslim menyebabkan sayap muslimah NGO TERAS ini diwujudkan sebagai pemangkin perubahan masyarakat.

Sebagai alternatif kepada gerakan feminis yang melampau, SALIMAH-TERAS bergerak bersandarkan panduan Al-Quran dan As-Sunnah serta ijma’ ulama yang sohih dalam usaha menyebarkan Risalah Islamiyyah.

Selepas pelancaran di Perak, SALIMAH-TERAS akan dilancarkan pula secara rasmi di Pulau Pinang pada hari Sabtu ini. Sehubungan itu, semua dialu-alukan untuk hadir ke majlis:

Perasmian dan Pelancaran Pergerakan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH-TERAS)

peringkat negeri Pulau Pinang

Tarikh: 20 November 2010 (Sabtu)

Masa: 2 petang

Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang, Jelutong, Pulau Pinang.

Sebarluaskan dan ajak rakan-rakan hadir bersama. Semoga perkongsian yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya, InsyaAllah.

Friday, October 29, 2010

GADIS MELAYU; tampil sikap rakyat Malaysia terhadap isu Palestin.

GADIS MELAYU; tampil sikap rakyat Malaysia terhadap isu Palestin.

Terpana dan terpaku mata dan otak saya semasa menonton rancangan Final Gadis Melayu Musim-3 malam ini ( 29 Oktober 2010). Bukan disebabkan terpukau dengan wajah dan aksi para gadis yang asyik gila mengejar nama atas nama keayuan gadis Melayu, tetapi saya masih tidak mengerti minda apakah kaum Melayu ini fikir tentang Palestin.

Ya, salah seorang peserta cuba membawa mesej perjuangan di Gaza. Ingin tonjolkan kepada masyarakat betapa eratnya perjuangan Gaza dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Bertambah bingungnya saya apabila beliau cuba bertanya dengan nada berpuisi kepada penonton, kenapa perlu banyak payung perjuangan Palestin seperti Aman Palestin, Viva Palestin, Aman Malaysia dan NGO-NGO lain.

Pada saya nyata beliau masih jauh daripada kefahaman sebenar isu Gaza Palestin. Malah semasa para ulama’ sedunia menyarankan kepentingan umat Islam menjunjung perjuangan Baitul Maqdis, saya merasakan betapa tidak fahamnya masyarakat Malaysia dengan perjuangan istiqlal (kemerdekaan) dan tahrir (pembebasan) di bumi Al Quds warisan Bani Kanna’n.

Dengan paparan tarian dan puisi oleh para gadis tanpa menutup aurat tetapi diselendangkan dengan selendang Palestin, cukup menampilkan betapa olok-oloknya mereka terhadap isu aqidah umat Islam. Isu membebaskan Al Quds dan bumi yang mewarisi warisan juangnya di Gaza adalah isu aqidah kerana ia janji dari Al Quran dan hadis Rasulullah SAW. Terpana juga saya dek fesyen tudung peserta yang nampak leher ala-ala mak dan nenek kita dahulu semasa turun sawah padi dengan tudung tergulung tertenggek di atas kepala. Adakah itu imej muslimah Gaza yang cuba diibaratkan?

Ingin menyatukan perjuangan di bawah satu payung? Jadi, payung yang mana layak untuk memayungi perjuangan aqidah memerdekakan umat Islam di Gaza? Adakah payung sekular, bersifat assobiyyah nasionalis dan hammasah kemerdekaan ala sekular mampu memayungi NGO dan pertubuhan Islam yag ikhlas memahami tuntutan syarak berjuang membantu Gaza? Adakah atas alasan ‘human right’ sahaja menjadi motivasi beberapa gerakan Islam sedunia untuk bersungguh melawan tirani Israel?

Jihad adalah istilah syarak yang diselubungi dengan intipati syarak juga. Jihad perlu ditunggang dengan menepati perjuangan atma dan nurani Islam yang asli bersumberkan Al Quran dan hadis bukannya bersumberkan simpati manusiawi, atas nama sekular atau keperluan sejagat semata-mata.

Ramai boleh membeli selendang Palestin, menyarung ke leher, tetapi bukan ramai yang faham dan ikhlas dengan isu Gaza-Al Quds.

Bumi Syam adalah bumi jihad yang berterusan sehingga ke hari Kiamat.

Dari Muaz r.a. Rasulullah (s) bersabda:

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah swt. akan membuka bumi Syam selepas ketiadaanku. dari Arish hingga ke Furat.. Lelaki ,perempuan, Hamba mereka akan berjihad hingga kehari kiamat.. sesiapa dikalangan kamu memilih salah satu tempat di bumi Syam atau baitul Maqdis, maka dia berada dalam jihad hingga ke hari Kiamat.

Allah s.w.t. telah memberitahu kepada junjungan kita Muhamad s.a.w. bahawa bumi al-Aqsa ini akan dirampas atau diugut oleh musuh, kerana inilah baginda menggalakkan umatnya agar berjihad mempertahankan bumi ini supaya tidak jatuh ke tangan musuh dan berjihad untuk mengembalikannya jika ditakdir jatuh ke tangan musuh.

Begitu juga abi Umaimah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka, mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah swt. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai rasulullah? Baginda menjawab: di Baitul maqdis, dan sekeliling baitul maqdis. (Riwayat Imam Ahmad)

Betapa sedihnya para syuhada’ di pusara bumi Palestin bila tahu terkinja-kinjanya rakyat Malaysia sambil membuka aurat melaungkan slogan bebaskan Palestin..bebaskan Gaza..satukan perjuangan atas satu payung perjuangan tanpa sedar apakah itu Gaza dan apakah itu Palestin.

Menggunakan idea sekular dan nasionalis manusiawi untuk menjuarai isu Gaza hanya menatijahkan sikap seumpama kaum Arab di sekeliling Gaza. Suatu ketika dahulu dalam era tahun 1960an mereka giat bersatu berperang dengan Isreal untuk membebaskan Palestin seluruhnya, akhirnya bertukar menjadi api dalam sekam, menyekat bantuan makanan dan perubatan, menanam tembok besi ke dalam terowong kecemasan Gaza, menutup sempadan negara dan membenarkan Israel menggunakan ruang udara dan air untuk menyekat Gaza. Inikah hasil yang rakyat Malaysia ingin rakul melalui sekular dan nasionalis?

Kepada rakyat Malaysia, hentikan sandiwara perjuangan membela Palestin jika ia hanya dilakukan atas alasan menunjuk-nunjuk, ingin menjuarai isu atau ingin menjadi tersohor kemanusiaan kerana bukan itu yang didamba oleh para balu dan yatim di Gaza.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Teras Pengupayaan Melayu

Sunday, October 17, 2010

Jom join Akadermi Dakwah II

Selepas kejayaan Akademi Dakwah 2009, kini Akademi Dakwah II (2010) anjuran API Pulau Pinang.

Sebuah program latih tubi aktivis sosial secara teori dan praktikal untuk membangunkan generasi muda yang faham, peka dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Antara tema yang akan didedahkan kepada peserta ialah pemikiran Islam (aqidah Islam & Islam Liberal), sosial remaja, konflik Selatan Thai, sosioekonomi masyarakat,... isu pendidikan, kepenggunaan, alam sekitar, miskin bandar, dakwah masyarakat orang asli, prihatin anak yatim dan bengkel penulisan dakwah.

Kesemua jurulatih yang dijemput merupakan aktivis dakwah yang berpengalaman dalam isu masing-masing menjadikan latihan Akademi Dakwah II ini lebih meluas.

Yuran: RM70/- seorang

Pendaftaran: Hadi (019.896.8421) / Asti (013.445.1037)

Thursday, October 14, 2010

Diskusi Ilmu Mahasiswa

Diskusi Ilmu Mahasiswa
Tajuk : Campurtangan yahudi dalam politik Turki, Amerika dan Empayar Britain
Metod : Kertas kerja disediakan
Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 5 ptg USM P.Pinang
Daftar? : 013- 4424132 (Hisham) 017 6291368 (Nuruddin)
Ingin percambahan ilmu, sila datang.

Friday, October 1, 2010

Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?

Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?
Jelas, Amerika Syarikat tidak memerlukan tazkirah atau penerangan berkenaan apa itu islam daripada Perdana Menteri Malaysia. Malah sejak berlakunya pertembungan peradaban di Andalus sehinggalah berlakunya reconquista (penaklukan semula) pada 1492M, orientalis barat cukup kenal apa itu islam serta hikmah di sebalik syariatnya.

Apa yang diidamkan oleh Washington dan Tel Aviv adalah pengekalan hegemoni yang mereka pusakai daripada Empayar Britain sejak 1945 lagi.

Untuk memupuk dialog peradaban budaya antara benua dan Negara yang sihat atau menuju kea rah convivencia sejagat kata Anwar Ibrahim, pemimpin islam tidak semestinya perlu menampilkan imej west-friendly (mesra barat) yang tunduk kepada kempen keganasan barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan pandangan kepada Presiden Barack Obama pada mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-AS, di Hotel Waldorf-Astoria, agar rakyat Amerika memahami umat islam dengan lebih mendalam.

Hari ini, gejala islamofobia berlaku akibat akurnya pemimpin umat islam untuk berkempen secara apologatik bahawa umat islam tidak perlu mengikuti jalan ekstrimis sebaliknya mengejar kesederhanaan. Kempen-kempen pemimpin umat islam cukup popular sering menyalahkan umat islam berbenading menegur keganasan da kerakusan kuasa yang dilakukan oleh AS dan isreal secara terbuka seumpama dilakukan oleh Iran dan Turki.

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada rasa takut terhadap Islam dan penganutnya. Rasa takut atau benci ketidaksukaan terhadap Islam. Istilah ini muncul di awal tahun 1980-an, tetapi menjadi lebih popular pada tahun 2001, sejak tragedy WTC. Islamofobia menjadikan orang islam mengalami diskriminasi di berbagai bidang, seperti ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Kerja menangani islamofobia tidak boleh bermula dengan hanya mengistihar kerjasama di peringkat global untuk membasminya. Fobia ini adalah satu psikologi yang terhasil akibat scenario ciptaan barat. Malah pemimpin umat islam yang ingin membasmi fobia ini perlu menunjukkan teladan baik dahulu untuk menanganinya di dalam Negara sendiri!

Adakah semua pemimpin Negara islam memahami syariat islam serta menobatkan Al Quran sebagai sandaran utama pemerintahan? Isu serangan terhadap kaum bukan islam yang ingin mendalami Al Quran, penghinaan hukum islam di kalangan pemimpin, gejala penghinaan hukum islam dan memepersendakan aurat di kalangan artis dan selebriti, isu tuduhan dan diskriminasi terhadap mahasiswa islam di kampus-kampus cukup mengambarkan betapa malaysia juga belum menyekesaikan hutang islamofobianya. Bagaimana pula Malaysia mampu membantu AS yang merupakan perancang islamofobia untuk memahami islam dan bertoleransi.

Peranan yang lebih bijak perlu dimainkan. Pemimpin OIC dan ASEAN perlu bercakap di perhimpunan besar seperti PBB dan sebagainya untuk mengupas akar umbi terjadinya keganasan dan islamofobia. Adakah si ketua perang yang ingin membasmi keganasan itu tidak mengganas? Jangan cepat menunding jari ke arah umat islam semata-mata ingin membina imej toleransi yang akhirnya akan menjadi imej ‘budak Amerika’ yang merugikan ummah.

Perdana Menteri Malaysia amat berharap jika rakyat Amerika yang majoritinya bukan beragama Islam untuk memahami Islam dan syariahnya. Ironinya, gejala ketidakfahaman islam paling dahsyat juga berlaku di kalangan melayu-Islam di Malaysia. Tambahan pula, sikap anti syariah islam, tidak menutup aurat dan menghina ulama’ juga berlaku di kalangan pemimpin melayu-islam. Inilah krisis terbesar islamofobia, fobia yang berpuncaa akibat kemelesetan pegangan islam kaum islam itu sendiri, bukannya disebabkan ketidakfahaman kaum bukan slam sahaja.

Kini Obama cukup pening dan sibuk ke hulu ke hilir menjelaskan bahawa beliau bukan beragama islam seperti yang disangka oleh 45% rakyatnya. Majalah Times (September 2010) memetik kata-kata beliau, ‘I can’t spend all my tme with my birth certificate plastered on my forehead. Daripada memahamkan rakyat AS tentang Islam, lebih baik beliau memahamkan rakyat AS bahawa beliau adalah Kristian asli dan bukannya muslim!

Menangani islamofobia memerlukan penampilan amalan dan keeratan syariah islam dengan kehidupan dan bukannya menampikan statistik ekonomi mahupun kenaikan KDNK semata-mata. Hari ini negara umat Islam yang mengalami pertumbuhan ekonomi hebat akan dianggap juara yang mampu menghakis prejudis barat.

Menurut laporan Buletin OIC bulanan, selepas satu soal selidik dilakukan di Scotland, 60% rakyatnya bersetuju bahawa syariat islam sesuai dengan rutin harian rakyat Scotland berbanding England walaupun masih ada keterbatasan untuk bergaul di pesta arak atau jamuan minum. Inilah syariah islam yang perlu difahamkan.
Laporan Tahunan ketiga OIC merangkumi tempoh dari Mei 2009 hingga April 2010 ada membuat kesimpulan berkenaan keadaan islamofobia terkini di Eropah Barat dan Utara Amerika. Hak asasi umat islam masih dilanggar dan kebebasan beragama masih terhad. Label umat Islam sebagai "pengganas, agama kekerasan , tragedi bias dalam liputan media dan sebagainya. Mengapa takrifan ekstrim masih dirujuk daripada penggunaan AS dan sekutunya?
Berdasarkan ucapan Perdana Menteri bersempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama’ dan Umara’ Pada 5 Feb 2010 (Jumaat), PICC Putrajaya, beliau cukup menekankan aspek wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai lawan kepada sikap ekstrim.
Kalimah ekstrim kebanyakkan difahami berdasarkan kamus korpus barat yang menuduh umat islam yang tegar mengamalkan syariah sebagai ekstrim secara melulu. Kalimah ini tidak dihurai secara saksama. Akibat terdorong dengan konotasi Barat, kalimah ekstrim diperangi oleh pemimpin umat Islam dengan membantai para alim ulama’ ,mendiskriminasi pelajar pengajian islam dan sekolah agama, menangkap dan menyeksa dengan ISA terhadap umat Islam tanpa soal selidik secara perundangan yang sah. Inilah layanan yang dilaksanakan di Guantanamo tajaan AS yang kini ingin didampingi oleh Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini menyumbang ke arah pengurangan islamofobia?

Islamofobia datang dari sikap Barat. Ia juga disumbang akibat sikap umat Islam yang mengucupkan kerja dakwah sehingga islam tidak menyinar kepada kaum bukan islam. Ia juga diakibatkan konspirasi media atau politik antarabangsa untuk menampilkan keburukan Islam semata-mata. Lantaran itu, menghapuskan islamofobia perlu mendasar kepada puncanya dan bukan hanya menemplak umat islam yang mengamalkan syariah sebagai kaum yang ekstrim walaupun Islam tetap melarang perbuatan iabadah secara ghuluw (melampau).

Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA-TERAS

Gesaan mudahkan proses pendidikan anak-anak Rohingya

Gesaan mudahkan proses pendidikan anak-anak Rohingya

Pendidikan adalah hak asasi manusia sejak manusia dicipta Allah SWT. Sejak berdirinya Nabi Adam di hadapan Allah, Baginda telah dididik oleh Allah dan para malaikat sehingga dinhayatakan sebagai makhluk yang paling berpengatahuan tinggi berbanding para malaikat. Kerajaan.Berbezanya pembangunan, kemajuan dan berbezanya status kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara adalah bergantung kepada tahap pendidikan, keluasan dan kemampanan sistem pendidikan yang diimplimentasi dalam sesebuah negara.

Lantaran itu, hal ini juga merupakan faktor penentu kepada kemandirian dan suatu faktor utama penerusan ektik Islam Rohingya untuk terus wujud di muka bumi ini walaupun saban saat mereka berada di ambang kepupusan. Umat islam Rohingya yang rata-ratanya menjadi muhajir (pelarian) akibat keganasan dan kerakusan Junta tentera Sosialis Burma kini mengalami krisis untuk mendapatkan pendidikan yang menjamin mereka untuk berinteraksi di persana antarabangsa mahupun untuk terus kekal selesa di negara yang mereka tinggal sekarang.

Di Malaysia terdapat ribuan kanak-kanak Rohingya yang tercicir pelajaran malah tidak mengenal huruf.

Kerajaan Malaysia perlu mengeluarkan arahan secara rasmi serta menyeluruh untuk membenarkan anak-anak pelarian Rohingya mendapat pendidikan rendah dan menengah secara formal.

Benar, Malaysia masih membenarkan pelarian seperti Rohingya untuk berada di bumi Malaysia. Namun begitu bagaimana pula dengan pendidikan mereka? Prosedur pendidikan mereka untuk ke sekolah formal masih kabur, tanpa pekeliling dan arahan absah Kementerian Pelajaran kepada guru-guru besar dan PPD untuk menerima pelajar pelarian. Tiada juga pekeliling dan arahan Parlimen kepada ketua-ketua kampung kerajaan untuk menerima kehadiran mereka serta memastikan mereka menerima dokumen sokongan ketua kampung untuk muamalah dan sebarang aktiviti formal mereka di Malaysia. Undang-undang seperti Akta Imigresen 1951/1963 juga tidak memperincikan golongan pelarian secara khusus.

Mari bersama meneliti bancian khusus pelarian Rohingtya di Pulau Pinang yang dijalankan secara sukarela oleh Pusat Perkhidmatan Rohingya TERAS. Di Bagan Dalam Butter Worth kini terdapat 100 Keluarga seramai 300 Penduduk yang terdiri daripada kalangan 60 Orang kanak-kanak. Kanak-kanak ini hanya mampu belajar Al Quran da hanya menulis dan membaca melalui kelas tusyen berbayar.

Di kawasan Bagan Ajam, Bagan Lebai Taherdan Bagan Luar terdapat 200 Keluarga dengan seramai 500 Penduduk bersama 100 orang kanak-kanak. Di kawasan ini tiada sekolah agama sekalipun yang wujud untuk mereka.

Di sekitar Perai, Taman Senangin, Kg. Main Roaddan Kg.manis, kini terdapat 300 Kelurga dengan 600 Penduduk yang terdiri daripada 100 kanak-kanak. Terdapat sekolah swasta yang kurang aktif tetapi pengajian agamanya aktif. Fakta yang dinyatakan di atas hanya sebahagian 3000 orang pelarian Rohingya di Pulau Pinang sahaja. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?
Rakyat Malaysia maklum bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kini peka dan sedang mengkaji mengenai Pendidikan Kanak-kanak Tanpa Dokumen Pengenalan Diri di Malaysia. Malah Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi sendiri pernah menjawab di dalam parlimen malaysia mengenai beberapa kekangan untuk merealisasikan program pendidikan kepada anak-anak pelarian dan pendatang di malaysia.

Di bawah Akta Pendidikan Malaysia (1966) hanya 3 ketagori warga asing yang dibenarkan untuk memasuki sekolah formal kerajaan. Mereka adalah anak-anak duta asing, anak-anak pekerja asing yang bekerja secara sah di malaysia serta pendatang asing yang mendapat status penduduk tetap Malaysia. Jadi anak-anak Rohingya di Malaysia tidak termasuk di kalangan 3 ketagori kanak-kanak yang dibenarkan menyertai sekolah formal secara mudah tanpa perlu prosedur yang merumitkan. Mungkin disebabkan Malaysia bukan ahli dalam Konvensyen 1951 berhubung dengan Status Pelarian dan Protokol 1967, maka undang-undang negara ini tidak memberi status pelarian atau pemohon suaka. Tidak iktirafnya status pelarian menyebabkan hak pendidikan juga bukan obligasi Malaysia.

Dalam tahun 1998, Yayasan Salam, serta UNHCR telah hadir untuk menganjurkan program pendidikan tidak formal kepada anak-anak Rohingya di Kampung Cheras Baru, tetapi program tersebut tergendala pada tahun 2000. Bermula tahun 2001, ABIM mengambil tindakan untuk menaja dana untuk pendidikan 50 kanak-kanak Rohingya. Kebanyakan pusat pendidikan anjuran NGO atau UNHCR akan tergendala atau ditutup kerana ketiadaan dana berterusan, tenaga guru yang komited dan terlatih serta pendidikan yang tidak mengikut kehendak semasa di Malaysia.

Realiti pendidikan anak-anak Rohingya kini adalah. Mereka hanya mampu memiliki pendidikan agama secara tidak formal dan konvensional hanya melalui inisiatif ketua komuniti mereka sahaja. Pelarian-pelarian ini tidak mempunyai pendidikan formal. Walaupun terdapat sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh NGO-NGO dan komuniti-komuniti etnik, namun peluang pelarian untuk bersekolah terhalang disebabkan kekurangan sumber dan guru-guru yang berkualiti.

Terdapat juga kes kerjasama buruk daripada pihak masjid sehingga menyukarkan mereka mendapat dana untuk mengurus madrasah swasta yang mereka bina secara kecil-kecilan. NGO yang menyediakan pendidikan agama dan pendidikan umum kepada mereka masih jauh daripada mencukupi serta tidak menepati kehendah falsafah pendidikan negara. Hanya beberapa NGO sahaja mendapat kerjasama daripada pihak Yayasan tertentu sebagai contoh terdapat pendidikan di bawah kerjasama Yayasan Salam Selangor.

Terdapat banyak faktor pendesak kepentingan pendidikan formal kepada anak-anak pelarian ini. Antaranya adalah disebabkan kini terdapat 3 juta warga asing di negara ini, di mana satu juta daripada mereka adalah pendatang dan tidak mempunyai dokumen. Daripada jumlah pendatang haram tersebut, terdapat lebih kurang 90 peratus adalah kaum Chin dan Rohingya yang berasal dari Burma. Rekod UNHCR pada Januari 2009 menyatakan , terdapat 46 000 pelarian yang mendaftar dengan pihak mereka. Daripada jumlah itu 14700 orang adalah kaum Rohingya yang tinggal berselerak di seluruh negara.

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ada menyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan, namun masih banyak yang masih perlu dilakukan dari segi hak asasi manusia dalam sistem pendidikan negara. Sebagai contoh, mengenai hak pendidikan beribu-ribu kanak-kanak warga asing yang tidak mempunyai dokumen di negara ini tidak mendapat hak untuk belajar, walaupun kerajaan Malaysia telah menandatangani Konvensyen mengenai Hak Asasi Kanak-kanak.

Adalah suatu keperluan untuk kaum pelarian mendapat pendidikan secara formal dalam usaha menyediakan suasana sosial yang bersih jenayah, bermoral, memiliki kemahiran, tahu asas undang-undang dan etika negara serta memahami aspirasi negara.

Bila mendapat status pelarian, pastinya kaum itu memiliki 1001 masalah yang melanda. Antaranya ialah murid dari kalangan anak pelarian peperangan seperti pelarian Rohingya yang tidak mengikuti sesi persekolahan kerana sering berpindah-randah atau ibu bapa mereka enggan membayar yuran kepada pihak sekolah yang disediakan badan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawan dari kaum pendatang dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ibu bapa kanak-kanak malang tersebut juga tidak sanggup membayar yuran tahunan persekolahan iaitu sebanyak RM120 untuk sekolah rendah dan RM240 untuk sekolah menengah yang dikatakan ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Namun begitu terdapat juga beberapa permasalahan lain terhadap anak-anak pelarian walaupun mereka berdokumen daripada UNHCR. Antaranya ketiadaan penyelarasan antara pihak Kementerian Dalam Negeri dengan pihak penguatkuasa seperti RELA. Akibatnya terlalu banyak kes tangkapan PATI juga melibatkan mereka yang memliki kad dokumen yang sah. Lantaran itu terjadi gejala paranoid dalam minda pelarian sehinga sanggup berpindah randah sehingga mengabaikan pendidikan anak-anak mereka.

Yuran yang dikenakan kepada mereka adalah terlalu tinggi memandangkan mereka memiliki 1001 kepayahan untuk bermualamah dalam sosial negara ini kerana hanya memiliki dokumen pelarian tanpa sebarang dokumen sokongan lain. Kesukaran mendapat pendapatan tetap menyebabkan mereka kurang mampu untuk membayar yuran setinggi seperti yang dinyatakan.
Ketiadaan pekeliling khas yang memudahkan kaum ini diterima di sekolah-sekolah kebangsaan tempatan sehingga terlalu banyak kes pendaftaran mereka ditolak oleh PPD dan Guru Besar kerana tidak wujud arahan khas daripada pihak kementerian Pelajaran.
Terdapat banyak kes pihak pelarian didiskriminasikan dalam kariah atau kampung tempatan yang mereka tumpangi, dalam isu menggunakan masjid, hak perkuburan serta kesukaran untuk mendapat kerjasama Ketua Kampung untuk mendapat surat pengesahan. Lantaran itu mereka sukar untuk mendapat sokongan untuk pendaftaran sekolah.

Kelewatan pihak UNHCR untuk mengeluarkan dokumen pelarian juga menjadi permasalahan besar kepada kaum ini. Malah pihak NGO yang sedia membiayai yuran pendidikan formal di Malaysia juga masih terlalu kurang memandangkan ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan dan pusat. Malah terlalu ramai juga yang masih gagal dipantau oleh pihak NGO secara mendasar.

Walaupun Kerajaan Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, malah undang-undang seperti Akta Imigresen 1951/1963 tidak memperincikn golongan pelarian secara khusus , namun sebagai kerajaan umat islam yang perihatin, diharapkan kerajaan dapat menyediakan suatu arahan dan pekeliling khas kepada seluruh struktur pendidikan negara untuk memaklumi kehadiran anak-anak pelarian dalam institusi pendidikan negara.

Kerajaan juga perlu mempermudahkan urusan pendaftaran anak-anak pelarian melalui kerjasama erat antara UNHCR dengan pihak Kementerian pelajaran malaysia serta mengkaji semula plan pembayaran yuran anak-anak pelarian agar semua ibu-bapa pelarian mampu untuk membiayai anak-anak mereka setiap bulan.

Memudahkan proses pendidikan bagi anak-anak pelarian bukan satu nilai yang membawa defesit kepada negara. Sebaliknya ia adalah satu manfaat besar kepada negara kita yag ingin menstabilkan suasana sosial yang bebas jenayah, maju serta perihatin terhadap kesengsaraan kaum islam yang diseksa di rantau ini. Ia satu kredit besar kepada negara Malaysia selaku antara negara OIC yang mamapu menunjukkan teladan yang baik dalam bidang pendidikan terhadap anak-anak pelarian.

Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA-Teras

Thursday, September 9, 2010

Jangan terpedaya agenda Zionis membakar Al Quran

Dalam Harakah Daily 9 September 2010 ( 30 ramadhan)

Jangan terpedaya agenda Zionis membakar Al Quran

Pelbagai reaksi diberi rentetan pengisytiharaan bakar Al Quran yang bakal dilakukan oleh Dr Terry Jones dari Dove Dunia Outreach Centre di Florida Amerika menjelang sambutan 11 September.

Ironinya sehingga kini isu tragedi WTS 11 Septeber 2001 masih dalam fasa kekabutan mengenai punca sebenar keganasan tersebut. Jika ia dirancang oleh dua pemandu kapal terbang arab, bagaimana pula dengan bukti-bukti yang dinyatakan oleh para pengkaji forensik banguna di mana impak hentakan kapal terbang tidak berjaya menrunyuhkan bangunan sebaliknya terdapat kesan bahan letupan dari aras bawah tanah dan setiap latai arasnya?

Bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan berikut?

I can think of no faster way to unite the American people behind George W. Bush than a terrorist attack on an American target overseas. — Henry Kissinger (ahli sains politik AS, penerima anugerah nobel keamanan)

September Eleven was good for Israel. — Benjamin Netanyahu (Perdana menteri Israel)

Juga syarikat mesej pantas ODIGO melaporkan dua pekerjanya menerima isyarat letupan akan dibuat 2 jam sebelum peristiwa 11 September. ODIGO adalah syarikat berkaitan dengan Israel berpusat di New York.

Jelas, peristiwa ini masih jauh untuk dikaitkan dengan dunia Islam atau arab. Apatah lagi jika terus dikaitkan dengan sarana Al Quran dan pembakarannya diabsahkan.

Jelasnya ia juga bukan sikap sebenar kaum Kristian seluruh dunia walauapun majoriti mangsa tragedi adalahpenganut Kristian. Jika diteliti, saranan Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville di Florida ini jelas adalah konspirasi besar Zionis untuk melaga-lagakan dua agama dalam masa yang sama menutuup kosnpirasi besar mereka.

Gereja ini telah melancarkan kempen dengan menggunakan slogan “Everybody Burn Quran Day” kononnya sebagai langkah memperingati mangsa tragedi 9/11 yang dikaitkan dengan sikap ganas kumpulan pelampau Islam.

Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan sikap Perwakilan dari Sayap Pemuda Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM Youth) menyerahkan sebuah memorandum kpada Kedutaan Besar Amerika Syarikat hari ini dan menyeru kerajaan AS untuk menghentikan tindakan gereja di Florida tersebut daripada melakukan pembakaran Al-Quran pada 11 September 2010.

Memorandum setebal 8 mukasurat itu telah dihantar oleh lima orang yang diketuai oleh paderi Gereja Lutheran Bangsar Rev Sivin Kit, dan Moderator CCM Youth dan anggota Lembaga Eksekutif Chrisanne Chin, yang menyerahkan memorandum kepada Jeremy Nathan, Naib Penasihat Politik Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur.

Pemuda CCM sangat menentang ancaman oleh Dr Terry Jones dari Dove Dunia Outreach Centre, sebuah organisasi 50 orang di Gainesville, Florida, untuk membakar teks suci, Quran, pada hari peringatan serangan World Trade Center. Mereka mengutuk usaha untuk membakar teks suci agama lain sebagai satu penyelesaian yang salah.

CCM Youth juga mengulangi mengingatkan bahawa Dove Niat World Outreach Center tidak mewakili sentimen penganut Kristian di Malaysia, dan tidak bersetuju dengan tindakan membakar kitab suci mana-mana agama, tidak menyokong agenda provokatif atau menghina agama lain.

Terry Jones yang melancarkan kempen ini pernah turut menulis sebuah buku yang berjudul Islam is of the Devil, manakala pihak gerejanya turut menjual mug dan t-shirt yang menampilkan mesej tajuk buku tersebut sebagai usaha mempromosikan pelabelan Islam sebagai syaitan. Bagi menyebarkan mesej tersebut, pihak gereja turut melancarkan kempen melalui Youtube.

Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) The National Association of Evangelicals juga mengeluarkan kenyataan agar Dover World Outreach membatalkan cadangan untuk memperingati tragedi 9/11 dengan membakar al-Quran. NAE adalah persatuan pendidikan Gospel di Amerika.

Umat Islam yang membantah sikap Islamofobia ini telah mengadakan beberapa siri demostrasi antara yang terhebat adalah di Masjid Milad Kabul ul-Nabi di Kabul Afghanistan.

Sikap reaksi melalu dengan membakar kitab suci agama lain adalah sikap tidak bertamadun yang sebenarnya merancakkan ketegangan kaum serta mengapikan semula islamofobia di Amerika.

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

Thursday, August 26, 2010

Diskusi Buku 29 Ogos 2010

DISKUSI BUKU

Tajuk:- Persepsi Orientalis terhadap Al Quran

(oleh: Muhammad Nuruddin Bashah)

Bersempena Nuzul Quran, jom bersama mengasah minda dan nurani dengan isu-isu berkenaan Al Quran.

Nota akan disediakan (dengan bayaran 50sen)

Tempat : USM

29 Ogos 2010

11 pagi

Hubungi : Ustaz Hisham 013-4424132/ Wardah 012-5296690

Sediakan diri anda untuk melontar idea, berkongsi ilmu untuk menyemarakkan dunia belia Islam

Sunday, July 25, 2010

Salur segera bantuan kemanusiaan Rohingya di Kutupalong

Salur segera bantuan kemanusiaan Rohingya di Kutupalong

Keadaan umat Islam Rohingya yang berada di Kutupalong Bangladesh kini amat menyedihkan apabila khemah-khemah dan pondok-pondok tempat mereka berlindung kini musnah dilanda banjir dan ribut teruk. Citizen International dan SHURA kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk membantu 11000 keluarga di sana.

Kini mereka memerlukan bantuan sebanayak RM100 untuk kegunaan sebuah keluarga dan mampu menanggung kos kebajikan dan kehidupan selama 3 bulan.

Banjir dan ribut yang melanda berlaku selama beberapa jam sebanyak 24.2 sentimeter (9.5 inci) dan melanda di banyak tempat di bangladesh.

Kawasan yang paling buruk dilanda ribut ini adalah di Teknaf yang meletakkan kem-kem pelarian Kutupalong.

Bangladesh mengiktiraf seramai 28,000 Rohingya sebagai pelarian yang berdaftar dan mereka ini menerima bantuan secara rasmi di kem-kem UN di Kutupalong. Bilangan ini hanyalah pecahan daripada jumlah besar300,000 orang pelarian yang tidak diiktiraf berdasarkan anggaran kerajaan Bangladesh.

Di Bangladesh ketika ini ada persamaan dengan kes di Gaza iaitu segala bahan bantuan disekat masuk. Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Di Kutupalong, 185 batu (296 kilometer) selatan Dhaka, kini direkodkan Rohingya tinggal di pondok-pondok buruk, di mana mereka mengalami kekurangan gizi, anak-anak hanya berkaki ayam serta membuang najis di merata-rata tempat.

Manakala di Kem pelarian Kutupalong UN pula ia dilengkapi dengan kemudahan perubatan, pusat pembelajaran komputer, gelanggang bola tampar dan janakuasa elektrik.

Namun, nasib malang yang menimpa lebih 200,000 Rohingya yang hingga kini tidak diberi status pelarian oleh Bangladesh dan hidup di bawah ancaman. Mereka seringkali akan ditangkap atau dihantar kembali ke Myanmar. Sebahagian bekerja sebagai buruh harian atau penarik beca di Cox's Bazar.

Bangladesh hanya bersedia untuk bekerjasama dengan PBB untuk memberikan akses dan perlindungan terhadap 28.000 pelarian Rohingya di kedua-dua kem rasmi.

Namun pemimpin Bangladesh menolak untuk membincangkan tentang baki yang terpaksa tinggal di Bangladesh secara haram.

Bangladesh adalah antara negara yang tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokolnya pada 1967. Hal ini sama dengan kerajaan Malaysia. Namun keadaan Rohingya di Malaysia jauh lebih selesa berbanding dengan keadaan mereka di Bangladesh.

Pelarian Rohingya tidak inginkan kemewahan seumpama di Malaysia. Mereka hanya inginkan tempat untuk tinggal sementara, bercucuk tanam dan membesarkan anak mereka jauh dari kekejaman Junta Komunis Burma. Malangnya, bukan sekadar mereka diusir dari Bangladesh, malah terdapat banyak kes rogol, pencabulan, pukul dan bunuh yang dilakukan oleh penguatkuasa Bangladesh yang mengambil kesempatan terhadap umat Islam seaqidah dengan mereka!

Pada awal Mac 2007 kerajaan Bangladesh pernah menghancurkan sebahagian besar tempat perlindungan pelarian yang disebut "Tal" yang menempatkan lebih dari 6,000 pelarian Rohingya di Teknaf, selatan Cox's Bazaar, berhampiran sempadan dengan Burma. Tidak ada tempat penampungan alternatif yang disediakan bagi insan-insan yang malang ini. Kini dilaporkan sebahagian besar mereka hanya tidur seperti kucing kurap di bawah cuaca panas mahpun hujan tanpa bumbung untuk perlindungan asasi!

Salahlaku yang dilakukan oleh badan-badan penguatkuasaan undang-undang Bangladesh dilaporkan tersebar luas di dalam dan sekitar kem pelarian Rohingya, termasuk laporan penderaan seksual terhadap perempuan.

Pihak berkuasa Bangladesh kini juga menolak untuk membenarkan pembinaan bangunan kekal yang akan dibina di kem-kem kerana ingin mendorong para pelarian untuk kembali ke Myanmar.

Citizen International melalui Koordinator kempen kemanusiaan Rohingya iaitu Cikgu Azmi hamid kini giat mengumpul dana untuk menyediakan khemah dan bantuan asasi kepada 11000 keluarga di sana dan dijangka mampu disalurkan sebelum Ramadhan tahun ini.

Perlu ditegaskan bahawa United Nation hanya memberi tumpuan kepada Rohingya yang berdaftar sahaja, bukan kepada kesemua pelarian yang ditakrifkan oleh Konvensyen Pelarian 1951.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 02020010021351. Atau hubungi 019 4744856 (Cikgu Azmi Hamid)

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)