Sunday, January 25, 2009

Hubungi kami

Ingin sertai kami? Hubungi

Skuad Penyelamat Aqidah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

017 6291368
012 5296690

skuadpenyelamataqidah@gmail.com
jihadin82@yahoo.com

Kami juga mengalu-alukan penglibatan secara sukarela sebagai penceramah, pembentang kertas kerja, pendakwah sosial, serta kiriman artikel daripada sesiapa yang berminat.

Usaha-usaha

Antara usaha-usaha praktikal yang kami jalankan:

  1. Pengedaran pamplet, risalah kesedaran aqidah dan sosial kepada masyarakat sekitar Pulau Pinang. Kumpulan sasaran adalah seluruh strata masyarakat yang termampu dihampiri.

  2. Mengadakan bengkel fasilitator/naqib aqidah berkesan.

  3. Mengadakan forum dan bengkel untuk isu aqidah semasa seperti isu IFC, Islam Liberal, Ancaman Orientalis dan Freemanson terhadap Islam, ancaman Black Metal, ajaran sesat dan sebagainya.

  4. Menyebar maklumat ringkas dan padat melalui sistem SMS, email dan handbill.

  5. Mengkaji dan membina sendiri analisa tahap kesedaran aqidah dan ancaman yang berlaku.

SPAQ akan memiliki sumber maklumat sendiri untuk manfaat mahasiswa, penyelidik yang berminat.

Deklarasi Dasar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kami Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dengan insaf dan sedar akan kebejatan aqidah umat Islam Malaysia berikrar untuk menjunjung tugas tinggalan para anbiya’, sahabat, tabiin, ulama’ dan mujahid silam demi menyambung risalah tauhid yang mulia. Dengan ini juga kami mengisytiharkan dasar-dasar dan ruang kerja kami selaku mahasiswa dan bekas mahasiswa Islam Pulau Pinang.


  1. SPAQ adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak bukan sekadar ad-hoc terhadap isu semasa aqidah, sebaliknya berazam untuk terus bekerja dan berdakwah secara konsisten dan tersusun.
    Kami menggunakan manhaj ahli sunnah wal jamaah dengan pendekatan sederhana tanpa terbabit dengan ikhtilaf ulama’ demi mengambil runag masyarakat yang lebih luas dan saksama.
  2. Kami bukan kelompok ulama’ sebaliknya menjungjung tradisi ulama’ melalui pengkajian kitab-kitab aqidah silam, berusaha menyampaikan keilmuan asas aqidah serta kesedaran aqidah kepada masyarakat.

Dasar kami adalah sebagai kelompok penyedar kepada masyarakat Melayu agar memiliki imunisasi aqidah daripada goyak akibat serangan liberalisme, sekularisme, globalisasi dan pembangunan materialisme di negara ini.


Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan ada manfaat serta mendapat sokongan dan dokongan yang positif daripada masyarakat sekitar. Semoga Allah SWT memandang usaha kecil kami ini. La Hau La Wala Quwwata Illa Billah, La Syarikalahu Abadan Abada.
Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah

Logo SPAQ


Kenali SPAQ

Kelompok Skuad Penyelamat aqidah adalah kelompok muda yang cintakan dakwah dan ingin mengekalkan status Islam di Malaysia. Kami berusaha walaupun dengan kekangan masa, wang, pengalaman yang sedikit serta pendedahan yang amat kurang, untuk terus bersama dalam arus mempertahankan agama dalam pelbagai bentuk kontemporari.

Antara usaha yang kami laksanakan adalah seperti bengkel, sebaran risalah, artikel blog, dakwah lapangan, dakwah non muslim serta berusaha menjadi jurubicara muslim bagi kelompok muda yang berkesedaran. SPAQ sedang dalam proses untuk didaftarkan sebagai NGO yang sah untuk memudahkan kerja-kerja dakwah.

Kajian dan himpunan maklumat yang kami lakukan diharapkan dapat dikongsi dengan pembaca sekalian. Bahan-bahan seperti artikel, pamplet, persembahan bahan secara multimedia, risalah, dan sebagainya akan dihasilkan seterusnya di'upload' dalam blog ini. Pembaca boleh mendapatkan semua hasil kajian kami ini di sini secara PERCUMA!

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)