Monday, January 7, 2013

TAKZIAH DARI SELURUH NGO ISLAM DI BAWAH MAPIM KEPADA KELUARGA SYEIKH QAZI HUSSEIN AHMAD DAN JAMAAT ISLAMI PAKISTAN


Kenyataan Media MAPIM
7 hb Januari 2013


TAKZIAH DARI SELURUH NGO ISLAM DI BAWAH MAPIM KEPADA KELUARGA SYEIKH QAZI HUSSEIN AHMAD DAN JAMAAT ISLAMI PAKISTAN

Kami mewakili seluruh Ngo Islam di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  (MAPIM) merakamkan takziah kepada ahli keluarga  Sheikh Qazi Hussein Ahmed bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah baru- baru ini.

Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Beliau terlibat dengan pelbagai wadah penting termasuk dipilih sebagai ahli Senate Pakistan pada 1986 selama 6 tahun dan menunjukkan ketegasannya dengan meletakkan jawatan kerana protes terhadap sistem politik yang korup walaupun dilantik semula pada 1992 hingga 1996.

Ketokohan beliau menyerlah dalam peranannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen atas nama partinya Muttahida Majlis-e-Amal.

Beliau mengetuai banyak misi antarabansga untuk turut menyumbang fikirannya mengenai pelbagai isu ummah . Khidmatnya sangat besar dalam mengenengahkan sikap umat terhadap perang Iran-Iraq , Perang Teluk , krisis Bulkan (Bosnia) dan perjuangan di Afghanistan pasca Soviet . Beliau juga berjasa besar dalam mengangkat perjuangan mujahidden di Afghanistan .

Beliau merupakan pejuang Islam yang sangat berjasa dalam mengenengahkan Islam sebagai gagasan kepada Pakistan dan konsisten dalam menuntut supaya perlaksanaan Islam di negara tersebut di jadikan asas sebagaimana tujuan asal penubuhan negara Pakistan itu sendiri.

Seluruh hayatnya telah diberikan kepada perjuangan Islam dan beliau boleh dijadi tokoh gerakan Islam yang boleh dicontohi oleh generasi muda.

Kami mengharapkan sumbangannya dapat dilanjutkan oleh para pejuang Islam dalam  Jamaat-e-Islam Pakistan Islam untuk mengangkat martabat umat Islam di Pakistan yang memerlukan kepimpinan Islam yang kuat bagi memerdekakan negara tersebut dari hegemoni kuasa besar seperti Amerika.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM
Sent from my iPad

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)