Sunday, December 30, 2012

Kenyataan Media MAPIM; 2013 JADIKAN TAHUN RAKYAT


2013 JADIKAN TAHUN RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM
30 hb Disember 2012


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru agar tahun 2013 dijadikan tahun Rakyat . Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat  akan melalui pilihanraya umum ke 13 , malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .

Sementara kami melihat negara telah mendewasa menjadi negara merdeka dan mengelami pelbagai pergolakkan sosio-ekonomi dan politik , akan tetapi ia sangat memerlukan anjakan lebih besar , yang benar dan tepat untuk membina negera ini sebagai negara yang mempunyai ciri-ciri negara bertamadun mulia dan unggul dalam semua bidang.

Arah tuju negara semenjak permulaan abad ke 21 memperlihatkan rakyat maseh berada dalam kepompong feudlisme yang mengekang pemikiran dinamik , merdeka dan matang. 

Malangnya media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat  yang sangat terkongkong . Lebih parah lagi media yang mengguna Wang rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat.

Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung.

Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh kerajaan yang  memerintah merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan.

Jelas jika rakyat terus  berfikir terbelenggu dalam pemikiran bahawa kerajaan adalah penentu segalanya , maka ciri rakyat yang matang tidak akan dapat direalisasikan.

Rakyat harus berani keluar dari faham kewarganegaraan yang bergantung semuanya kepada kerajaan dan membiarkan kerajaan memaksakan rakyat patuh hanya kerana kerajaan menabur bantuan untuk mengikat kesetiaan rakyat.

Sememangnya kemerdekaan yang diperolehi melalui perundingan dengan British tidak membentuk rakyat sebagai warga yang kritikal setelah sistem pentadbiran penjajah di teruskan oleh pemerintah. Sepatutnya perjuangan kemerdekaan hendaklah  membentuk pemikiran rakyat menjadi lebih berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan semuanya . 

Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan , boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang.

Kami menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara. 

Rakyat patut menegaskan  azam yang kuat untuk membasmi segala penyelewengan yang telah sarat menjadi amalan dalam uruskelola pemerintahan. Tidak dapat dinafikan bahawa rekod jenayah rasuah Negara maseh tinggi dan tidak dapat dipulih walaupun SPRM tetap mengatakan gejala rasuah terkawal.

Demikian juga rakyat menyaksikan betapa arahtuju pembangunan Negara bermodelkan salah urus sumber Negara yang sangat tidak mapan maseh diteruskan. Keghairahan untuk mengeksploitasi sumber alam bertahun-tahun lamanya telah meletakkan Negara diambang krisis alam sekitar yang parah. Dasar, peraturan dan kawalselia pembangunan telah dirosakkan oleh salahguna kuasa akibat campur tangan orang politik yang hanya mahu meraih keuntungan.



Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 maseh melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa ,  kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan , akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang , tidak dihormati di kacamata dunia .

Rakyat harus mengambil iktibar betapa rakyat mempunyai kuasa untuk menyanggah dan menukar regim yang rasuah dan menyalahguna kuasa untuk membolot kekayaan Negara di Asia Barat pada 2 tahun kebelakangan ini. Regim yang dijatuhkan telah berkuasa lebih dari 30 tahun akhirnya tersungkur kerana rakyat tahu hak dan taggungjawab mereka menentukan masa depan Negara.

Jika tahun 2013 tidak menjadi tahun rakyat melonjakkan kuasanya untuk memperbetulkan kepincangan dalam Negara ini , masa depan Negara akan malap.

MAPIM menegaskan sistem demokrasi bukan sempurna. Namun dengan ruang yang ada untuk rakyat menterjemahkan sikap menolak kerajaan yang mengkhianati rakyat dalam pilihanraya yang mendatang, maka rakyat tidak harus mengenepikan peluang ini untuk menunaikan taggungjawabnya  memperbetulkan keadaan.

Mohd Azmi abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Saturday, December 29, 2012

TERAS TUNTUT PILHANRAYA YANG ADIL


Kenyataan Media TERAS

28hb Disember 2012


TERAS TUNTUT PILHANRAYA YANG ADIL

Teras menuntut agar PRU 13 yang sudah terlalu hampir akan diadakan dijamin sebagai PRU yang bebas dan adil demi menjaga maruah integriti Negara dimata dunia.

Pihak SPR dan semua agensi kerajaan sepatutnya menjadi pemelihara demokrasi yang murni dan adil kerana pada hakikatnya mereka adalah pemegang amanah rakyat.

Disamping SPR sepatutnya benar-benar menunjukkan ia bebas dari sebarang pengaruh kerajaan yang diperintah oleh parti , ia juga hendaklah mengawal agar semua agensi kerajaan tidak disalahguna untuk parti politik semada secara langsung atau tidak langsung.

Sehingga ini Teras mendapati tuntutan PRU yang bersih dan adil oleh pelbagai pihak tidak mendapat layanan yang sewajarnya sedangkan ia sangat penting untuk memastikan proses pilihanraya itu sendiri adalah telus dan berintegriti.

Dunia ketika ini sedang menyaksikan pergolakkan yang berlegar isu demokrasi , hak rakyat , penindasan  , urustadbir , rasuah dalam sistem pemerintahan dan tuntutan untuk pilihanraya yang bersih. Rakyat keluar dijalanan kerana tidak mendapat hak yang dituntut . Tidak kurang juga maseh ujud pemerintahan diktator dan pemimpin autokratik yang menyebabkan rakyat memberontak.

Sebab itu isu PRU menjadi sangat kritikal dan akan menentukan kestabilan dan masa depan rakyat.

Pelbagai isu yang terdedah kepada rakyat seharusnya ditangani dengan matang . Bukan dengan cara memperalat agensi awam , media , agensi keselamatan dan institusi kehakiman untuk menutup kepincangan.

Pilihanraya bukan sekadar soal teknikal mengenai daftar pengundi , pengesahan pencalonan dan pengurusan kawasan undi , ia harus juga dilihat secara menyeluruh mengenai perlaksanaan kempen dan penggunaan kemudahan agensi awam.

Apabila bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengatakan perubahan stuktural perlu dilakukan bermakna beliau mengaku bahawa ada perkara asas dalam proses pilihanraya yang tidak betul.

Teras berpendirian bahawa selagi pilihanraya dilaksana dengan cara manipulasi agensi kerajaan dan mengguna peruntukkan wang awam untuk tujuan mempengaruhi pengundi , ia termasuk dalam erti pilihanraya yang tidak bersih alias kotor.

Kami mendapati amalan kerajaan yang sewenangnya mengguna agensi awam seperti sekolah dan premis kerajaan atas nama acara resmi tetapi jelas berkempen untuk parti politik , kursus-kursus resmi dan media awam yang terang- terangan melancarkan serangan ke atas parti lawan , jelas menunjukkan pilihanraya di Negara ini bukan di medan padang yang rata.

Jika SPR tidak melihat ini sebagai penyalahgunaan kuasa untuk berkempen maka tidak harus disalahkan kenapa tuntutan Bersih menjadi sangat lantang.

Harus diingatkan bahawa betapa pihak SPR mempertahankan penyelewengan ini sebagai perkara yang dianggap kecil , akan tetapi jangan dianggap rakyat akan berterusan buta untuk menilai .

Pilhanraya sebagai saluran yang bukan mutlak akan dinilai oleh rakyat dengan sangat kritikal dan rakyat tahu penipuan berlaku. Lantaran itu Negara yang mempunyai kerajaan yang terpileh melalui tipudaya dan manipulasi pilihanraya lambat laung akan akhirnya dihukum oleh rakyat jua. 

Teras berpandangan selagi SPR gagal memperbaikki keyakinan rakyat untuk melihat pilihanraya yang bersih dan adil , selagi itulah kerajaan yang sebenar berdaulat dan sah akan dipersoalkan.

Padahal apa yang dituntut oleh Bersih betapapun dianggap kecil dan teknikal , namun ia tetap tuntutan yang berasas. 

Oleh itu PRU ke 13 yang jelas akan menjadi kayu ukur bukan sahaja kepada demokrasi yang diamalkan oleh Negara , akan tetapi juga kepada keyakinan rakyat bahawa kerajaan yang bakal dibentuk bukan kerajaan yang tertegak atas asas penipuan dan penyelewengan .


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Monday, December 17, 2012

Roadshow Isu Patani ( Sebuah Palestine di Nusantara) di PERAK


Roadshow Patani Sebuah Palestine di Nusantara

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia dan Qariah Masjid dan Surau

Lepas Solat Maghrib di;

18 Dis 2012 – Pusat Aktiviti Sosial Cenderong Balai, Teluk Intan

19 Dis 2012 – Masjid Lama Kampung Gajah, Teluk Intan

20 Dis 2012 - Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung

21 Dis 2012 - Masjid Taman Samudera, Seri Manjung

“Pendedahan sebenar situasi yang berlaku di Patani (Selatan Thai) yang jarang mendapat liputan media di Malaysia oleh wakil dari Patani”

RAKYAT AMERIKA SYARIKAT HIDUP DALAM KEADAAN TIDAK SELAMAT

Oleh : Mohd Azmi Abdul Hamid
TERAS
F 1014A Kg.Pondok , Merbok , Kedah

Amerika Syarikat (AS) adalah Negara yang mempunyai kadar milik sejata api dikalangan rakyat yang tertinggi di dunia . Sementara ia tidak menjadi Negara yang tertinggi menghadapi kes bunuh melibatkan senjata api ( gun-related homicides) , ia tetap menjadi Negara paling longgar dalam undang-undang pemilikan senjata api di dunia . AS punya kadar 88 pemilik senjata api bagi setiap 100 orang.

Apapun , yang jelas kini dunia melihat kes pembunuhan awam secara beramai-ramai telah menjadi fenomena yang mengerikan di AS. 



.


Tidak dapat dielakkan untuk merumuskan bahawa ada suatu gejala ketengangan emosi yang sedang menjangkiti masyarakat AS.

Negara , lebih dikenali dengan Paman Sam itu , nampaknya tidak dapat membendung ledakan emosi yang cenderung membunuh di kalangan masyarakatnya.

Kes di Sekolah Dasar Sandy di bandar Newton , Connecticut pada hari Jumaat , 14hb Disember 2012 yang melibatkan pembunuhan 27 orang termasuk 20 orang kanak-kanak sekolah adalah kejadian bukan kali pertama yang melibat pembunuhan sasaran mudah ( soft target ) di AS. Sebelum ini sudah berlaku beberapa insiden yang sebegini. Malah insiden sebelum ini baru sahaja  berlaku di pawagam di Colorado pada 20 hb Julai 2012.

Soalnya apakah psaiki dan emosi yang sedang melanda masyarakat AS sehingga berlaku di jenayah yang ngeri seperti ini di AS yang dicatat sebagai Negara kategori  G8 iaitu antara 8 negara yang terkaya di dunia.

AS ternyata adalah Negara adikuasa dunia yang dianggap paling kuat di dunia. AS adalah satu-satunya Negara yang mempunyai tapak tentera di luar Negara terbanyak di dunia. Ia boleh berlagak sebagai Negara yang memilikki senjata tercanggih dan keupayaan melancarkan perang dengan mana-mana Negara dalam hanya beberapa minit sahaja.


Malah AS sudah melakukannya . Ia melancarkan perang kononmya memburu pengganas di Iraq , di Pakistan , di Afghanistan , di  Libya dan beberapa Negara di Latin Amerika. Melalui operasi ketenteraannya di negara-negara tersebut , pemimpin-pemimpin AS di rumah putih tidak merasa bersalah bila mereka membunuh ratusan  ribu rakyat awam kebanyakannya kanak-kanak  dengan senjata api tercanggih seperti mengguna kapal terbang tanpa pemandu (drones) untuk melancar roket pembunuh. Semua orang awam yang terbunuh dalam setiap operasi ketenteraannya di gelar sebagai pembunuhan tidak sengaja (collateral damage) .

Dengan kekuatan yang demikian , rakyat AS seharusnya merasa mereka berada di negara paling selamat di dunia. Ternyata disebaliknya . AS kini menjadi negara yang paling tidak menentu keselamatan awamnya lantaran setiap 10 orang , 8 orang memilikki senjata api yang boleh disalahguna pada bila-bila masa sahaja. 

Dalam keadaan yang tidak boleh diduga , kejadian pembunuhan beramai-ramai seolah boleh tercetus secara mendedak dimana-mana sahaja. Di catat bahawa 60 % dari kes homosid di AS melibatkan senjata api. Malah sejak 1982 , dalam tempuh 30 tahun sehingga 2012 ,  sebanyak 62 kes pembunuhan beramai-ramai berlaku di AS. Dari142 senapang yang diguna oleh pembunuh , lebih tiga perempat dimilikki secara sah.



hd movies,mediafire,mf,rapidshare,rs,american psycho 720p BRRip x264

Separuh dari kes yang berlaku selama 3 dekad ini adalah di sekolah (12 kes) dan di tempat kerja (19 kes) . Selebihnya , 31 kes , berlaku di bangunan kerajaan , pasar raya , restoran dan markaz tentera.

Ada suatu yang mengerikan sedang menjalar dalam emosi generasi muda di AS. Dari seramai 44 orang dari pembunuh yang terlibat , semuanya adalah lelaki kulit putih dan dan seorang wanita. Purata mereka berumur 35 tahun , malah yang termuda berumur 11 tahun.

Sementara perbahasan mengenai isu mengetatkan syarat dan undang-undang pemilikkan senjata api terus berlangsung dikalangan ahli politik dan NGO , mereka nampaknya tidak melihat penyakit yang lebih asasi yang kini sedang menjangkiti emosi dan psaiki rakyat AS. 

Dalam keangkuhan pemimpin-pemimpin AS memilikki kekuatan ekonomi dan militeri dan bangga dengan pembangunan negara termoden dan termaju , mereka lupa memberi perhatian kepada kerapuhan manusia rakyat AS yang sedang dialami secara tidak sedar. 

Ternyata model pembangunan yang berdasarkan sistem ekonomi kapitalis mengenepikan  persoalan membina emosi dan keutuhan rohani manusia yang dipandang remeh oleh sebahagian besar rakyat AS. Budaya hidup sekular yang berpaksikan materialisme , individualisme dan komersialisme telah menjadi agama baru bagi mereka sehingga kelenturan emosi dan terhakis daya ketahanan rohani menyebabkan rakyatnya sendiri hilang kawalan.


Inilah sebabnya rakyat dan pemimpin AS perlu melakukan introspeksi yang mendalam untuk mencari punca kepada tragedi keganasan dari dalam AS sendiri yang kini sudah sampai ketahap menjadi fenomena yang tidak terbendung.


AS perlu menyibukkan dirinya melihat segala krisis dan dosa kemanusiaan dan kerosakkan alam sekitar akibat dari polisinya sendiri daripada cuba mengawal dan meneruskan dasar imperialismnya ke atas Negara lain. 

Wednesday, November 21, 2012

MAPIM BERJAYA MASUK GAZA


MAPIM BERJAYA MASUK GAZA


Kenyataan Media MAPIM
21 hb November 2012
Wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dari Malaysia , Sdr Sany Arabi (Ketua Pembangunan Strategik MAPIM – http://www.facebook.com/saniaraby?ref=ts&fref=ts) yang bertolak ke Cairo 3 hari yang lalu kini sudah berada di Gaza untuk meninjau dan mengumpul fakta serangan terkini Israel ke atas Gaza.
Kini beliau telah dapat di hubungi secara langsung dari Gaza untuk melaporkan kepada ibupejabat MAPIM mengenai perkembangan terkini yang sedang berlaku di Gaza sekaligus mendapat maklumat keperluan kemanusiaan yang terdesak yang diperlukan oleh hospital yang kekurangan ubat dan darah akibat bilangan mangsa yang meningkat.
MAPIM sedang segera berusaha mengumpul dana kecemasan untuk dihantar ke Gaza bagi meringankan penderitaan yang dialami oleh rakyat Gaza akibat serangan ganas Israel sejak seminggu yang lalu.
Setakat ini wakil MAPIM itu dalam keadaan selamat walaupun keadaan sangat meruncing kerana beliau melaporkan serangan bom hampir berlaku setiap 5 mint secara berterusan.
Setakat ini lebih 1000 roket telah dilancar ke Gaza oleh Israel yang telah mengakibatkan lebih 100 orang terkorban dan lebih 700 orang tercedera. Sebahgian besar yang terkorban dan tercedera ialah kanak-kanak , wanita dan orang tua.
MAPIM mengesa rakyat Malaysia segera menghulurkan bantuan kepada Tabung MAPIM GAZA yang telah diujudkan untuk dihantar ke Gaza secapat mungkin.
Sani Araby ditugaskan juga untuk mengumpul maklumat mengenai keperluan dan cara terbaik untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam keadaan kritikal sekarang.
MAPIM sedang bekerjasama dengan pejabat International Corperation Humanitarian Affairs Department OIC di Gaza untuk menentukan kaedah yang berkesan agar bantuan dapat disalurkan kepada mangsa.
Delegasi kedua MAPIM akan bertolak ke Gaza dalam masa terdekat untuk masuk ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.
Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada Tabung MAPIM Gaza , Maybank Islamik 555220 601374. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Ketua Eksekutif MAPIM Zulkifli Ibrahim 0175554828
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Wednesday, October 24, 2012

GESA MASYARAKAT ANTARABANGSA BERTINDAK SEGERA SELAMATKAN ETNIK ROHINGYA SEBELUM TERLAMBAT.


GESA MASYARAKAT ANTARABANGSA BERTINDAK SEGERA SELAMATKAN ETNIK ROHINGYA SEBELUM TERLAMBAT.

Kenyataan Media Bersama
MAPIM - SHURA - UWRO
25 Oktober 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) , Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHUARA) dan Union of World  Rohingya Organzation - UWRO ( Kesatuan Organisasi Rohingya Seduia ) mendesak semua organisasi antarabangsa UN , OIC , EU dan ASEAN mengambil tindakan segera ke atas perkembangan terbaru yang berlaku di Arakan, Myanmar.

Perkembangan terkini telah menunjukkan pembunuhan, pembakaran ribuan rumah dan serangan bertalu-talu yang amat dahsyat masih berlaku di serata Arakan. Oleh kerana itu badan-badan antarabangsa tidak mempunyai pilihan lain melainkan  menempatkan tentera pengaman untuk mengawal keganasan dengan serta-merta.

Gerakan ‘ethnic cleansing’ yang dijalankan sudah mencapai tahap maksima. Kerajaan Myanmar mengambil kesempatan untuk meneruskan dasar mereka untuk menghapuskan etnik Rohingya Muslim di Arakan.

Presiden Thein Sein berjaya mengaburkan mata dunia dengan berjanji untuk mencari penyelesaian bagi konflik ini ketika berucap dalam perhimpunan agung PBB yang lalu.

Laporan membuktikan keganasan yang dilakukan di kawasan minoriti Muslim terutama di Arakan terus giat dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Myanmar tempatan sejak 21Oktober.

Ketika pemenang anugerah Nobel Suu Kyi disanjung , beliau nampak buntu dan tidak bersuara, adalah tidak rasional bagi organisasi bertaraf dunia seperti UN dan negara-negara ahlinya untuk berpeluk tubuh apabila jelas isu " ethnic cleansing " yang berlaku ini dibiarkan.  Walhal  suatu angkara kejam terus menerus dilakukan terhadap kaum Rohingya  oleh pihak berkuasa di bawah perkenan badan pemerintahan Myanmar itu sendiri.

Laporan yang diterima daripada perkampungan Kyauktaw and Maungdaw , menunjukkan seramai 150,000 penduduk hilang tempat tinggal dan kini terkandas di kem-kem pelarian di sekitar lapan buah kawasan dalam Arakan sejak lebih daripada empat bulan yang lalu.
 

Hampir sejuta penduduk yang terdiri daripada Rohingya, Kaman dan muslim Rakhine yang lainnya bukan sahaja terus terperangkap malah terpaksa hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman yang mereka terima saban hari.
 

Situasi terbaru melaporkan pekan Taht Minbya dan Mrauk U adalah antara kawasan yang paling teruk dimusnahkan. Rumah-rumah milik Rohingya muslim di kampung Yainetay (Zula Fara)  di pekan Mrauk U dan kampung Nagara Pauktaw di pekan Minbya habis musnah dibakar.
 

Ada sumber dalaman dari Arakan  yang melapurkan pihak tentera dan polis tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan kekejaman oleh kaum Rakhine dan mereka maseh menghalau penduduk muslim keluar dari kampung.

Melalui kerjasama UWRO kami telahpun menerima laporan yang menggambarkan jumlah serangan yang kian meningkat. Kesemua laporan diteliti mengikut tarikh, masa, lokasi dan nama mangsa. Sebahagian daripada laporan adalah seperti berikut:


1) Kampung Parein yang mempunyai lebih daripada 500 buah rumah musnah terbakar pada 22 Oktober.

2) Paiketay Rwa (perkampungan nelayan) yang mengandungi sekitar 300 buah rumah, 50 daripadanya dibakar pada 21 Oktober.

3) Tharak Rwa di kampung Pann Mraung yang mempunyai hampir 190 rumah di dalam kawasan yang didominasi orang Rakhine, telah habis rentung  dibakar pada 22 Oktober; dan

4) Kampung Sudaine Rwa turut dibakar dan kesemua rumah rentung dibakar pada 22 Oktober

Untuk kedua-dua bandar tersebut , sumber menyatakan anggaran kematian menghampiri 100 orang, namun buat masa ini lebih daripada sepuluh yang dijumpai mati termasuk 3 orang Rakhine.


Di bandar Kyaukpyu, dua buah masjid, Anauk Paikseik (Kampung Nelayan Barat) dan Arashi Quarter telah diserang.


Kini, penculikan, penyiksaan and rampasan harta Rohingya oleh orang Rakhine berkembang diseluruh Arakan yang turut dibantu oleh pihak polis dan sami-sami.



Rumah-rumah orang Rohingya, Kaman dan Rakhine Muslim yang berada di kampung Parien di bandar Mrauk U dan Paiketay Rwa(perkampungan nelayan), Tharak Rwa di kampung Pann Mraung, kampung Sudaine Rwa di bandar Minbya semuanya diserang dengan teruk .



Situasi di Yangoon juga tidak dapat dipastikan memandangkan sami-sami telah menyebarkan risalah-risalah yang menyalahkan orang-oang islam yang didakwa mendominasi perniagaan, pembangunan dan kepimpinan. Sumber maklumat mengesahkan ratusan sami-sami palsu bersedia untuk menyerang orang Islam di bandar Mingaladon dan Tinngangyuan.



Disamping Myanmar kini menikmati pengiktirafan dari Negara-negara membangun kerana kononnya ia telah mengubah polisi dari penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Namun Presiden Thein Sein maseh sewenang-wenangnya meneruskan pelan penghapusannya terhadap etnik Rohingya.



Walaupun diplomat PBB , Nambia dan Quintana baru sahaja mengunjungi Myanmar untuk meninjau krisis ini, PBB tetap membiarkan situasi ini berterusan dan sekadar merujuk kepada boneka Pengurusan Hak Asasi Manusia Myanmar untuk membuat siasatan lanjut.  Sehingga hari ini masih tiada apa-apa usaha yang dijalankan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku.   



Krisis semasa ini mendesak OIC dan PBB untuk mengambil tindakan segera. Tiada kunjungan diplomatik setakat ini yang mampu meredakan krisis yang berterusan di Myanmar.



Kami menyeru Tentera Pengaman Khas  PBB diwujudkan segera dan dihatar segera ke Myanamr demi melindungi komuniti Rohingya.



Pengumuman baru-baru ini oleh ketua Muslim di Yangoon yang menyatakan keputusan untuk tidak melaksanakan Qurban mencerminkan keterdesakan dan kerumitan yang dihadapi oleh Muslim di Myanmar.



Oleh itu, kami menyeru Muslim di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan kepada orang Rohingya dan mendesak OIC untuk menghantar delegasi khas pada hari Raya Aidul Adha dan menuntut Kerajaan Myanmar untuk melindungi orang Rohingya dari serangan yang berterusan ini.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiusaha Agong MAPIM

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Ghiyathudeen Abdul Salam
Setiausha Agong UWRO
 

Sunday, August 26, 2012

Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean


Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean

Azmi Abdul Hamid,25 Ogs 2012
MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam Asean berdasarkan  penghapusan etnik Rohingya Muslim yang masih berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhiine Buddhist.

Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas .

Sehingga ini Malaysia masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai keganasan ke atas Umat Islam Rohingya Myanmar walaupun suatu ketetapan telah dikeluarkan dalam persidangan OIC  di Jeddah baru-baru ini bahawa semua Negara OIC perlu menyemak semula perhubungan diplomatik dengan Myanmar.

Respon Myanmar untuk mengujudkan badan siasatan khas yang dianggotai oleh  Rakhine Buddhis yang merupakan seorang pendalang kepada kempen membenci dan melancarkan serangan keatas Rohingya Muslim tidak boleh diterima sebagai tindakan yang positif kerana regim Myanmar jelas cuba bermuslihat untuk mengaburi mata dunia terhadap polisi menghapuskan etnik Rohingya yang maseh kekal.

Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berani atas nama hak kaum minoriti serta hak asasi manusia bahawa jika Myanmar maseh berdegil maka persidangan khas ASEAN perlu diadakan untuk membincangkan usul menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara tersebut.

Mapim menegaskan bahawa isu pokok yang perlu ditangani ialah isu penafian hak kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar. Isu ini menjadi persoalan yang utama jika isu yang lain hendak diatasi. Bermakna Myanmar tidak mahu menghentikan operasi penghapusan etnik kerana menganggap etnik Rohingya adalah pendatang haram.

Oleh kerana itu Negara anggota Asean dan OIC tidak punya pilihan , selain memberi tekanan politik antarabangsa keatas Myanmar untuk mengubah dasarnya terhadap etnik Rohingya.

Ketetapan di persidangan OIC perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan sejarah Palestin tidak berulang lagi , yang mana OIC dilihat sebagai badan antarabangsa Umat Islam yang tidak punyai wibawa untuk menekan Israel menghentikan penghapusan etnik Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.

*penulis adalah Setiausaha Agong MAPIM

Wednesday, August 22, 2012

Pemimpin Islam berpura-pura simpati isu Rohingya




Pemimpin Islam berpura-pura simpati isu Rohingya
Respon antarabangsa yang lembab terhadap pembunuhan genetik bangsa yang bernama Rohingya amat memalukan malah ia mencerminkan diskriminasi antarabangsa terhadap isu masyarakat minoriti Islam ini.
Lebih memalukan, respon dan bantahan pihak negara Islam yang juga kelihatan terpinga-pinga, lambat serta kelihatan dingin terhadap isu ini. Selain Iran dan Turki, kelihatan negara Islam  lain hanya mahu membaca sumber berita tertier sahaja melalui media-media barat sebelum bertindak.
OIC sebagai contoh hanya bercakap selepas sebulan puluhan ribu nyawa Rohingya mati di tangan rakhine Arakan. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 pada 14 dan 15 Ogos 2012 yang lalu di Mekah dengan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, malah malaysia dikatakan akan dijadikan pusat pertemuan OIC bagi membincangkan bantuan ke Arakan.
Pertubuhan itu memang terlewat apabila MAPIM dan NGO Indonesia dan Thailand telah  selesai berjumpa dengan pemimpin Myanmar pada 1 Ogos 2012 untuk membincangkan status rakyat Rohingya dan mendapatkan kenyataan sebenar pemimpin negara berkenaan. Atas kapasiti NGO yang tiada bantuan dana besar seperti OIC, MAPIM menjalankan tugas dengan lancar dan ikhlas.
Lebih jauh ke hadapan, Setiausaha Agong MAPIM bersama 2 orang petugas MAPIM ( Sany Araby Dan Ereeta Abdul Rahman), dan Ustaz Amin Menjamin , Pengerusi SHURA Thailand telah menyertai forum antarabangsa mengenai Isu Rohingya di Universiti Thamasat , Bangkok pada 15 hb Ogos 2012 serrentak dengan persidangan OIC yang baharu ingin menetapkan halatuju isu pembunuhan Rohingya.
Forum yang dianjur oleh Yayasan People' ASEAN People's Empowerment itu  juga dihadiri oleh ahli Panel  , Dr Abid Zahar dari Kanada dan  Dr Habib Siddiqi dari Amerika yang mempunyai hujah kukuh mengenai hak kerakyatan Rohingya di Myanmar telah membentang hujah ilmiah yang meyakinkan mengenai isu bahawa etnik Rohingya adalah pribumi di bumi Arakan. Oleh itu mereka berdiri teguh bahawa penolakkan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya sebagai warga Myanmar adalah bertentangan dengan hak asasi manusia antarabangsa .
Tindakan OIC yang belum mengetahui kondisi sebenar Arakan serta semberono merancang bantuan tanpa bekerja sedari awal isu ini akan tergencat kerana OIC sendiri tiada petugas sukarela atau misi akar umbi yang membuat pantauanterutma dari aspek maklumat tempatan, geografi, sosial dan sikap penguatkuasa Myanmar.
Berlainan dengan forum anjuran NGO-NGO Asean yang telah bekerja secara konsisten dari awal. Mereka juga  telah menyambut dengan penuh semangat mengenai inisiatif MAPIM dan SHURA yang akan menganjurkan misi Flotilla Antarabangsa ke Arakan untuk mendesak Myanmar bertindak membuka sempada Arakan agar boleh dimasukki agensi kemanusiaan antarabangsa. Dua NGO ini diasaskan di Malaysia oleh rakyat Malaysia.
Rumusan Forum itu menerima bahawa inisiatif MAPIM dan SHURA adalah suatu upaya yang konkrit dan seluruh peserta diminta menyokong misi Flotilla yang akan dijayakan pada awal September 2012 ini.

MAPIM dan SHURA juga telah mengadakan perbincangan dengan NGO Islam di Markaz Islam Thailand dan  menyeru agar NGO di Thailand bertindak lebih aktif mengenai isu Rohingya kerana mereka adalah bersempadan dengan Myanmar.
Pihak polis dunia Amerika Syarikat pula diam menyepi malah tidak seaktif semasa bercakap isu israel dijarah Roket Hamas pada tahun 2008 dahulu malah giat menggesa Mesir menutup pintu Rafah satu-satunya pintu talian hayat Gaza ketika itu.
Petaka apakah yang menimpa umat islam ini sehingga ia tidak mampu membuka mata pemimpin –pemimpin negara umat islam malah hanya menjadi penyalur lidah-lidah Amerika dan yahudi semata-mata? Apakah bentuk wayang yang masih cuba dimainkan terutama melibatkan puluhan ribu nyawa umat Islam yang dibunum di bumi Burma sebegini?
Ketika Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar Parlimen yang mulai bersidang mengusulkan isu pelarian Rohingya, kelihatan ada signal positif apabila ada juga Ahli parlimen yang sudi membawa usul tersebut.  Malangnya Dewan Rakyat MENOLAK  untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing. Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar itu ditolak  pada 19 Jun 2012 oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia aatas alasan tidak releven dan tidak penting!
Mungkin tidak perlu kita bahaskan sikap majoriti negara umat islam di luar sana. Lihat sahaja sikap pemimpin negara sendiri yang dingin serta berolok-olok dalam menangani isu mustada’fin yang tertindas serata dunia.
Sebelum ini, amat mengesan hati rakyat apabila Usul bagi membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi Palestine ditolak oleh Dewan Rakyat pada tahun 2008.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika itu , Datuk Ronald Kiandee menolak usul tersebut di bawah peraturan mesyuarat yang mana usul itu tidak perlu disegerakan.Presiden PAS Abdul  Hadi telah membacakan teks usul, antara lain menyebut 14 hb Mei 2008  adalah genap 60 tahun Hari Naqba yang merupakan sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.
Kemudian NGO seperti ABIM dan NGO Gabungan Selamatkan Syria seperti IKRAM dan HALUAN telah cuba  membawa usul konflik di Syria ini ke Parlimen agar dibincangkan dan diangkat bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap keganasan yang berlaku di Syria dan usaha-usaha untuk menghentikan keganasan. Namun seperti biasa, Malaysia jaguh dunia islam yang digembar gemburkan tidak berani membahas  usul ini dan telah ditolak mentah-mentah oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan menjaga hubungan diplomatik yang telah wujud di antara kerajaan Malaysia dan Syria selama ini.
Suatu ketika dahulu Parlimen Malaysia juga pernah berpandangan begini apabila usul menuntut kerajaan menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Thai terhadap rakyat Patani semasa awal kemerdekaan negara kita.
Sampai bilakah pesemis dan budaya olok-olok ini akan berlarutan. Mengapa tergamak segelintir pemimpin Islam berlakon, mengaum dan menjerit isu penindasan umat islam, isu Islam bukan pengganas dalam masa yang sama menindas rakyat yang berpendidikan agama atas alasan terlibat dengan pengganas? Adakah kita btidak menyangka Amerika tida perhatikan sikap kita?
Tun Mahathir pernah mengatakan Barat bakal berhadapan 1.6 bilion umat islam jika menganggap islam itu ganas, sedangkan rekod pentadbiran Tun Mahathirlah tangkapan atas alasan militan dan pengganas paling tinggi. Adakah kita cuba menjadi ketam mengajar anak berjalan lurus apabila cuba mengajar Barat bahawa penganut  Islam itu bukan pengganas?
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis TERAS Cawangan Perak

Friday, June 15, 2012

Qunut Nazilah untuk Rohingya di Myamar

Qunut Nazilah untuk Rohingya di Myamar

 
Assalamualaikum w.b.t
Saudara seIslam kita di Myanmar sedang ditimpa musibah:
10th June 2012:
The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired to them.
Oleh itu, menjadi kewajipan untuk umat Islam membantu saudara seIslam kita di sana. Antara bantuan yang penting ialah bantuan doa qunut. Umat Islam juga diseur menyertai perhimpunan Solidariti Untuk Umat Rohingya di Masjid Negara Ahad ini, 17 Jun 2012 jam 10.00 pagi.
Apakah itu Doa Qunut?

Menurut ulama’ feqah, doa qunut merupada doa yang dibaca pada saat tertentu ketika berdiri di dalam solat.
Seandainya sesuatu bencana menimpa umat Islam, disyariatkan untuk membaca doa qunut selepas bangun daripada ruku’ pada rakaat yang terakhir dalam solat fardhu lima waktu, sehinggalah Allah s.w.t menghilangkan bencana itu daripada umat Islam.
[Lihat Tashih ad-Dua’ oleh Shaikh Bakr Abu Zayd, m/s 460]
Apakah Itu Qunut Nazilah?
Apabila kita membaca doa qunut nazilah, kita hendaklah membaca doa yang bersesuaian dengan situasi yang sedang berlaku. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w di mana baginda s.a.w melaknat sebahagian kabilah Arab yang mengkhianati dan membunuh sahabat-sahabat baginda s.a.w. Baginda s.a.w juga turut berdoa agar Allah menyelamatkan umat Islam di Mekah yang lemah dan ditindas. Saidina ‘Umar r.a pernah berdoa dengan doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ , وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ , اللَّهُمَّ
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ , نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ
 , إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحَقٌ , اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ 
سَبِيلِكَ
Ya Allah, kami memohon pertolongan Mu dan beriman kepada Mu. Kami bertawakkal kepada Mu, kami memuji Mu dengan kebaikan dan kami tidak kufur kepada Mu. Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah. Kepada Engkau kami solat dan sujud, kepada Engkau kami berusaha. Kami mengharap Rahmat Mu, Kami takut kepada azab Mu. Sesungguhnya azab Mu pasti akan menimpa golongan yang kafir. Ya Allah, azablah golongan kafir Ahlil Kitab yang menghalang kami daripada jalan Mu!
[Riwayat al-Baihaqi 2/210. Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih di dalam al-Irwa’ 2/170]
Bolehkah kita berdoa dengan doa selain daripada yang disebut di atas?
Jawapannya:
Boleh. Imam an-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmu’ (3/497): Pendapat yang tepat ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ilmuan Islam bahawa tiada lafaz yang spesifik, jadi apa-apa sahaja doa boleh dibaca.
Riwayat bacaan doa ‘Umar r.a di atas bukanlah sesuatu yang mesti kita ikuti. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak berdoa menggunakan lafaz tersebut. Oleh kerana itu, tiada masalah untuk kita menambah isi kandungan doa tersebut. Sheikh al-Albani berkata: Tiada masalah untuk menyebut apa-apa tambahan lagi di dalam doa tersebut, seperti melaknat golongan kafir, berselawat ke atas nabi s.a.w dan mendoakan kaum Muslimin.
[Qiyam Ramadhan oleh Shaikh al-Albani, m/s 31]
Oleh itu kita boleh edit doa di atas dengan mengubah hujung doanya:
Teks asal:
اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ
Yang bermaksud: Ya Allah, azablah golongan kafir Ahlil Kitab yang menghalang kami daripada jalan Mu!
Kita tukar kepada:

اللَّهُمَّ عَذِّبْ الْكَفَرَةَ الْبُوذِيِّينَ مِن رَاخِن الَّذِينَ يَصُدُّونَ إِخْوَاننا عَنْ سَبِيلِك
Ya Allah, azablah golongan kafir Buddha bangsa Rakhin yang menghalang saudara kami daripada jalan Mu.


Bilakah dia ini patut dibaca dalam solat?
Kebanyakan hadis dan pendapat ulama’ menyatakan bahawa ia dibaca selepas bangun daripada ruku’. Akan tetapi, seandainya kalian membaca doa qunut sebelum ruku’, ia tetap juga diterima. Oleh kerana itu, anda memiliki pilihan dalam melakukan ruku’, iaitu sama ada melakukan ruku’ selepas selesai membaca surah daripada al-Quran dan kemudian membaca doa Qunut selepas bangun daripada ruku’, ataupun membaca doa Qunut selepas selesai membaca surah daripada al-Quran, dan selepas itu baru ruku’. Kedua-dua cara ini diriwayatkan dalam sunnah nabi s.a.w.
[Shaikh Muhammad bin al-Uthaimin, al-Sharh al-Mumti’, 4/64]
Membaca Amin dengan kuat dalam Qunut Nazilah
Shaikh al-Uthaimin berkata: Apabila kita menyatakan bahawa qunut boleh dibaca dalam solat fardhu lima waktu. Seandainya solat itu dibaca kuat (seperti Subuh, Maghrib dan Isya’), maka doa itu hendaklah dibaca kuat jua. Dan jika solat itu dibaca perlahan (Zuhur dan Asar), doa qunut tetap perlu dibaca kuat. Ini terbukti melalui sunnah nabi s.a.w yang biasa membaca doa qunut dan Jemaah akan mengaminkannya. Sudah pasti mereka tidak akan dapat menyebut amin melainkan doa qunut itu dibaca dengan kuat walaupun di dalam solat yang al-Quran dibaca dengan perlahan. [al-Sharh al-Mumti’ 4/47]
Rujukan: Qunoot during salaah- http://islamqa.com/en/ref/20031/qunoot
Saying Ameen out loud in Qunoot al-nawaazil (Qunoot of calamities)- 
http://islamqa.com/en/ref/113994/qunoot
Berita berkaitan Rohingya boleh dibaca di sini:

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)