Tuesday, July 28, 2015

Beras pulut untuk rai mustadhafin Kuala Ketil

5.30 Petang 27 Julai 2015

Selesai menyerahkan 15kg beras pulut kepada Mdm Ukhti Nazihah MaduKelulut untuk Projek Lemang (dan sumbangan) di Kuala Ketil 8 Ogos nanti meraikan anak asnaf, mustadhafin, golongan susah di sekitar Kuala Ketil...
CC Mohd Azrul Mohd Razak (big Bos Utara)


Monday, July 27, 2015

Jom mula langkah kebaikan hari ini...

FRIDAY, JUNE 5, 2015 
Jom mula langkah kebaikan hari ini...
Sebenarnya saya dah amal beberapa perkara yang selaras dengan kempenKindness Malaysia antaranya..
1) Sediakan 2 not RM 1 sehari dan hulurkan kepada pekerja yang saya lihat bekerja berpeluh-peluh, kadangkala beri kepada cleaner Nepal yang sedang beratur beli air.
2) Beri RM 1 kepada pemungut duit kutu bulanan apabila saya terlewat bayar (misalnya kelmarin kerana MC terlewat bayar) sebab beliau akan dahulukan wang saya untuk penerima KUTU bulan berkenaan.
Biar sedikit tapi istiqamah....
Saya rasa kempen RM 1 sangat mudah untuk kita mulakan langkah uat baik .... apa kata anda?
Muhammad Nuruddin Bashah.
017 6291368

Terima Kad Kindness...apa nak buat??

JUNE 5, 2015 

Takdir saya menerima kad @kindness daripada Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Bin Kamarulazizi maka saya perlu progresifkan lg amal bakti sesama manusia, haiwan, alam sekitar..Insya Allah


- See more at: http://muhammadnuruddinhajibashah.blogspot.com/2015/06/terima-kad-kindness.html#sthash.XnKZhNvR.dpuf

Bahan-bahan untuk Projek Lemang (bantuan anak Yatim Kuala Ketil) dan Projek Celik (tusyen percuma di Tahfiz)

Buku rujukan round pertama PROJEK CELIK dah ada. Terima ksh kpd penyumbang, pekerja Yuasa, shbt fb, whatsap, adik beradik yg bg sumbgn. Walau sedikit kalau kena sasaran amat bermanfaat!



Sedia bhn projek lemang dan projek celik.... Terima ksh para penderma...

Esok serah kepada Ukhti Nazihah MaduKelulut... sebab tak dapat hadir 8 Ogos, kerja kilang lah katakan.....

Pusat Aktiviti Kindness Wilayah Utara


Projek Celik anjuran Kindness Malaysia (matematik untuk kehidupan)


Projek Celik anjuran Kindness Malaysia akan bermula Ogos ini.
Tusyen matematik asas untuk 44 org anak-anak Tahfiz MATIN Taman Intan SP diadakan pada petang Sabtu minggu pertama dan ketiga. Kelas adalah percuma.
Objektif : Menyedia ilmu asas matematik untuk anak tahfiz mendapani dunia global hari ini.
Menurut Mudir Ustaz Idrus Ahmad terdapat di kalangan pelajar adalah anak Yatim...
Sukarelawan tenaga pengajar dibuka untuk Kelas pertama 1 Ogos ini.
Jika berminat menyumbang dana untuk persediaan alat bantu mengajar ABM (lembaran kerja/photostat) kami, jgn segan PM saya atau SaudaraMohd Azrul Razak Pengarah kami di wilayah Utara.




Pelajar yang sedang merajaah Al Quran memberi laluan 10 minit untuk saya taklimatkan tadi...terima kasih sahabat-sahabat...





Bersama Maryam, Sedang beri taklimat awal Projek Celik dan kepentingan ilmu matematik dalam pengiraan wang muamalat, ilmu faraid, ilmu falak, ilmu fiqh zakat dll.

Bersama Ustaz Hanis warden dan tenaga pengajar MATIN....


Berbincang dengan Mudir kepentingan anak cerdik dan seawal 5 tahun anak Islam ditahfizkan...serta masa depan MATIN yang sedang dirancang untuk diperkembangkan....





Kak Hasnah inspirasi kebaikan di Yuasa

Kak Hasnah cleaner di Yuasa...amat istiqamah dan berminat tiap kali ada kutipan dana untuk aktiviti amal Kindness.
Malah tiap kutipan untuk musibah dan kematian pekerja pun dia aktif dan pantas. Berkat sikap dia walau dgn gaji sederhana tapi telah berjaya dpt panggilan ke Baitullah pada tahun ini.
Mai kita doakan insan macam kak Hasnah...



Mengajar tanda syaddah dan sukun kat muhammad singh

27 Julai 2015 - malam
Mengajar tanda syaddah dan sukun kat muhammad singh tadi...dia tls bhs punjabi... Ajar huruf ba n ta ja yg lain dia blh bc sb tau dah byi huruf. Bab makhraj dok perbetul skit ja dulu....
 — at Kampung Masjid Tikam Batu.



Dia dok cari part time malam nak cover tanggunggan dia di India yang juga baru menganut Islam...sesiapa ada tahu peluang kerja malam atau memang boleh ambik dia kerja mai whatsap saya 017 6291368.




Saya juga sedang usaha nak daftar dia di PERKIM ahad depan katanya boleh terima zakat....dok belajar urus benda ni sebab tugasan macam ni akan bertambah lagi... kerana di mana sahaja akan ada hidayah Allah sampai....



Al Quran di kilang...

Hari ini 27 Julai 2015

Mentelaah Al Quran di Yuasa...walaupun bukan fenomena sekurangnya ada penegaknya di sini....moga Allah berkati hdup sahabat-sahabat saya ini...









Friday, July 10, 2015

PROGRAM 'TAJA MEREKA' BERJAYA TARIK PENYUMBANG BANTU ANAK ROHINGYA DI SUNGAI PETANI

PROGRAM 'TAJA MEREKA' BERJAYA TARIK PENYUMBANG RAI ANAK ROHINGYA DI SUNGAI PETANI

SUNGAI LAYAR- 10 JULAI 2015

Program Taja Mereka yang merupakan produk aktiviti kebajikan oleh NGO Kindness Malaysia telah berjaya diadakan di Rumah Pejabat MAPIM di Sungai Layar kelamrin dengan meraikan sekitar 80 pelajar-pelajar anak Rohingya yang bernaung di sekolah Rohingya Learning Centre MAPIM di Sungai Petani.

Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Nuruddin Bashah dimulakan dengan ucapan aluan wakil MAPIM Ustaz Muin  diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada wakil Salimah Ustazah Rubiah.

2 sampul duit raya setip pelajar disumbang oleh Kindness dan Salimah pada petang sebelum berbuka.

Muhammad Nuruddin selaku pengarah Taja Mereka kali ini mengucapkan ribuah terima kasih dan bersyukur atas sumbangan para penyumbang sekitar Sungai Petani terutama daripada staf Yuasa Battery, pelajar USM, kenalan Facebook malah ada yang tertarik menyumbang hanya melalui iklan whasapp. Nuruddin juga menjelaskan betapa pentingnya pada Ramadhan kita mencontohi sikap Rasulullah yang giat bersedah hingga diungkap oleh para Sahabat bagainda bagaikan angin lalu.

Program diserikan juga dengan sumbangan sekotak alatulis oleh En Azrul Razak selaku Koordinaor Kindness Utara yang juga menyampaikan ucapan terima kasih dan kegembiraan beliau atas kejayaan majlis meraikan golongan yang memerlukan ini.








Nuruddin selaku Pengarah Program



Maryam...




Pengempen taja Mereka di Yuasa


Anak Muhajirin Rohingya



Aktivis Kindness memeriahkan majlis.


Maryam dan abg-abg angkatnya....


Ustazah Rubiah tengah berucap


Wakil Kindness berucap



En Azruk Koordinator Kindness Utara beri duit raya...


PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)