Thursday, April 1, 2010

Bersama mereka hanya atas dasar agama


Minggu lalu semasa barisa fasilitator Kelas Bahasa melayu untuk Rohingya, saya sempat untuk bertemu En Mohd Islam atau lebih senang saya gelar beliau ustaz Mohd Islam.

Beliau adalah umpama ketua komuniti Rohingya di Bagan Dalam malah banyak menginfaq harta dan tenaga untuk membela nasib anak bangsa Rohingya. Beliua juga yang giat membina, mengurus dan mempertahankan Madrasah agama Rohingya di kampung tersebut.

Tujuan saya menziarahi beliau kali kedua ini adalah untuk membincagkan kerjasama dan kegiata bersama yang boleh dibuat antara komuniti Rohingya denga pihak masjid berdekatan.

Saya berharap agar satu proposal dapat disiapkan dan pihak komuniti ini mendapat perhatian wajar dari pihak masjid sebagaimana prihatinnya Rasulullah kepada ahlu suffah di Masjid Nabawi.

Namun saya berasa hampa apabila maklum balas penduduk tempatan bahawa tiada sumbangan tertentu untuk pembangunan pendidikan agama khusus untuk anak-anak Rohingya di sana. Malah pernah Ustaz Mohd mengutip sendiri zakat fitrah tahunan untuk digunakan sebagai belanaja urus madrasah dan upah guru agama namun ia mendapat tentangan pula daripada pihak masjid. Memandangkan madrasah itu diusahakan sendiri oleh kaum Rohingya tanpa seliaan masjid berhampiran atas pentas seagama. Rata-rata pihak meletakkan obligasi kepada kerajaan dan majlis agama dengan melepas tangan begitu sahaja.

Lebih malang ada maklumat yang saya dapat bahawa pihak qariah tidak membenarkan mayat Rohingya ditanam di perkuburan qariah tersebut. Ini adalah petaka akhir zaman yang cukup malang bagi kita umat Islam di negara membangun seperti Malaysia.

Bukan sahaja zakat tidak digunakan untuk membantu pelarian seaqidah seperti kaum Rohingya, malah usaha memungut zakat sendiri oleh mereka pula ditentang malah ada pelarian yang terpaksa membelanja wang hampir RM1000 untuk mendapat tempat perkuburan tempatan.

Walaupun kini kerjasama awal dibuat dengan pihak UNHCR untuk mendapat dana dan tapak mula untuk memulakan langkah membantu mereka, saya yakin pasukan kami dapat membantu mengadakan program berkala pada masa akan datang serta berusaha mendapatkan tempat mereka dan hak seagama di masjid berhampiran.

Paling menyentuh hati apabila Ustaz Mohd menceritakan bagaimana Tentera Myanmar mengurung mereka sebagai tahanan dalam rumah, tanpa membenarkan ziarah sesama keluarga. malah si anak yang telah berkahwin dilarang menziarahi ibu bapa. Kaum wanita selalu dirogol di hadapan waris lelaki. Mereka yang terkandas dalam Myanmar amat menderita. Saya dapat rasakan jika perkara penghapusan etnik ini berlaku kepada kaum keluarga saya sendiri.

Berbanding dengan maklumat rakan saya dalam NGO juga, pihak gereja Kristian memiliki sistem khidmat sosial yang mantap, serta menyeluruh tanpa mebgira kaum, mazhab mahupun keturunan. Mereka mampu mengadakan koalasi bijak dari aspek ekonomi dan sosial untuk membantu umat seagama mereka. Umat Islam jauh daripada kemenangan yang dijanjikan Nabi SAW memandangkan gejala ananiyyah (individualistik) dan materialistik menjadi anutan dan aqidah akhir zaman malah ia juga menjadi virus menghancurkan institusi masjid di negara ini.

Perbincangan lanjut akan saya buat dengan Ustaz Nor islam (Pegawai Khas Rohingya TERAS) untuk mengadakan tindakan lanjut bersepadu di Bagan dalam P.Pinang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Bantuan Komuniti Rohingya

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)