Thursday, June 23, 2016

KINDNESS DAN MAPIM RAI KANAK-KANAK ROHINGYA SUNGAI PETANI BERBUKA PUASA

KINDNESS DAN MAPIM RAI KANAK-KANAK ROHINGYA SUNGAI PETANI BERBUKA PUASA

SUNGAI PETANI - 23 Jun 2016

Kindness Malaysia cawangan wilayah Utara teah menganjurkan Majlis Berbuka puasa dan penyampaian duit raya kepada 100 anak -anak pelarian Rohingya yang belajar serta bernaung di bawah Rohingya Learning Centre tadi di Sungai Petani.

Program yang juga dikenali seluruh negara sebagai TAJA MEREKA adalah antara produk kebajikan saban tahun oleh Kindness untuk meraikan golongan marhain, anak yatin, para fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

Tahun ini adalah tahun ketiga Kindness meraikan anak-anak Rohingya di sekolah yang juga dikenali sebagai Baitul Rahmah kelolaan NGO MAPIM.

Program ini hasil dana ramai pihak yang bersimpati dengan nasib pelarian Rohingya sekitar RM 1000 yang berjaya dikumpul dalam masa 3 minggu.

Program dimulakan dengan ucapan tazkirah oleh Muhammad Nuruddin Bashah selaku Pengarah Program disusuli dengan Program Moivasi oleh Saudara Azrul Abd Razak selaku Timbalan Pengerusi Kindness Malaysia yang juga merupakan penggerak utama Kindness wilayah utara.

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar perempuan Baitul Rahmah dan disusuli dengan ucapan aluan daripada wakil MAPIM iaitu Puan Masadah Sajadi.

Selepas bacaan zikir dan doa oleh Ustaz Ismail guru Baitul Rahmah, majlis penyampaian duit raya dan berbuka, para pelajar dan aktivis NGO yang hadir bersolat magrib dan terawih bersama.


Ustazah Najwa selaku Guru Besar turut menyatakan jutaan terima kasih kepada semua NGO yang kerap menganjurkan program bermanfaat kepada anak-anak didik kelolaannya itu.  




















Wednesday, June 22, 2016

SEDEKAH JADI MISKIN; PEMIKIRAN YANG PERLU DIPUGAR


SEDEKAH JADI MISKIN; PEMIKIRAN YANG PERLU DIPUGAR
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM
Aktivis Kindness Malaysia (Sungai Petani)
Unit Penyelidikan MAPIM Utara

Jika menganalisa pandangan masyaraat berkaitan sedekah, infaq atau mengeluar belanja ke jalan kebaikan di kalangan masyarakat Islam Malaysia terdapat beberapa pola fikir dan pola tabiat yang tersendiri.

Pertama ada pihak yang melihat laba akhirat sebagai matlamat sehinggakan sanggup memperuntuk sejumlah besar pendapatan bulanan untuk disedekah kepada saluran tetap tertentu misalnya maahad tahfiz, rumah anak yatim, rumah kebajikan, NGO berkebajikan dan sebagainya. Penulis sendiri melihat bagaimana seorang aktivis masjid sanggup membeli sebidang tanah untuk dijadikan penempatan percuma bagi jemaah masjid yang datang dari rumah yang jauh semata-mata mengimarahkan masjid. Ada yang memasang penapis air besar di luar rumah untuk kegunaan percuma komuniti taman atau kampungnya. Ada yang meletak bundle pakaian terpakai percuma untuk dipilih oleh faqir miskin yang lalu di hadapan rumahnya. Pelik? Namun keadaan ini bukan pelik malah menjadi keghairahan masyarakat bukan Islam.



Bagi masyarakat Islam mungkin termotivasi dengan ganjaran syurga dan laba dunia yang dijanji Allah sebagaimana firman Allah:

  • Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:


“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

  • Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Namun ada pola pemikiran yang melihat peningkatan kutipan dana untuk anak yatim, pelarian, dana untuk rumah kebajikan, rumah orang tua, pembinaan masjid atau sekolah agama sebagai kebanjiran aktiviti kurang sihat. Dilihat sebagai mengambil kesempatan ke atas sedikit kesenangan masyarakat Islam di negara ini. Malah ada yang mudah sahaja menganggap ia sebagai ekploitasi kepada emosi umat Islam yang prihatin, mudah tersentuh dengan kesusahan pihak tertentu yang mengutip dana.

Mereka tdak melihat ia sebagai peluang membina mahligai di akhirat kelak. Mengapa hal ini berlaku? Lihatlah firman Allah yang menjadi tujuan penulis menulis makalah ini:


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
(Al-Baqarah 2:268)

Jelas pemikiran sesetengah umat Islam bahawa sedekah hanya pengacau kestabilan ekonomi mereka, sedekah dan zakat hanya punca mengelak cukai serta sedekah mengurangkan kekayaan mereka adalah pandangan yang dicetus syaitan. Ia adalah modus operandi syaitan dan tenteranya. Hal ini bukan sahaja berlingkar di sekitar masyarakat biasa malah juga menghinggapi sesetengah ilmuan agama sendiri.

Penulis yang memiliki sedikit pengalaman mengutip dana dan sedekah untuk aktiviti amal pernah berjumpa senareo begini:

  1. Aku lagi miskin dari Rohingya, patut depa yang sedekah kat aku tau...
  1. Ala ramai bagi (sedekah) dah kat pelarian Syria, aku tak bagi pun tak kurang mana pun dana untuk mereka.
  1. Aku pekerja bawahan, hang pi minta duit sedekah dari eksekutif, manager sana tu, depa kaya depa la kena sedekah.
  1. Dan banyak lagi alasan untuk tidak bersedekah telah didengari dari pelbagai segmen masyarakat,latar belakang.

Mengapa alasan ini terjadi?
  1. Pertama, mereka langsung tidak mengetahui kesusahan pihak lain yang lebih sukar bernafas, sukar menelan sesuap makanan berbanding mereka. Mereka tiada pengetahuan berkenaan kesusahan etnik tertentu yang sedang diburu nyawa siang dan malam. Mereka hanya pandai like dalam Facebook sahaja dan tiada kesedaran secukupnya. Mereka tiada pengetahuan berkenaan perit getir masyarakat luar negara atau kesusahan faqir di kalangan bangsa sendiri di komuniti mereka.
  1. Kedua mereka tidak tahu bahawa kelemahan ekonomi mereka, gaji yang sedikit itu mampu dilegakan dengan sedikit sedekah secara konsisten. Mereka tidak tahu hal itu ada dalam agama Islam dan terbukti menjadi rahsia resepi kekayaan sesetengah jutawan yang kerap bersedekah.
  1. Mereka tidak tahu bahawa Islam tidak memandang amoun sedekah sebaliknya peratusan sedekah daripada kepunyaan kita. 1 peratus wang daripada pihak bergaji RM 5000 tetap sama dipandang bagi 1 peratus yang dikleuar daripada pihak yang bergaji RM 1000. Inilah konsep ikhlas dan menurut kemampuan. 1 Peratus yang mampu dikeluarkan secara konsisten.

Namun manusia melihat kepada amoun sehingga ada yang berbisik:
“Aku nak bagi RM 2 malu kat orang sahaja, dalma abung jernih tu semua pakat bubuh RM 10”.
Malu ini malu yang merugikan di akhirat kelak.
Lihat dalil dan hujah di bawah:

  1. Sedekah tidak mengurangkan harta kita (ini janji Allah dan rasul)
Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menembahi rasa maaf kecuali bertambah mulia, dan tidaklah seorang hamba rendah hati kepada Allah kecuali Allah akan angkat darjatnya” HR. Muslim (2588).

  1. Sedekahlah Walaupun Orang Miskin Tidak Meminta-Minta, Al-Baqarah, Ayat 273:

“(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.”

  1. Harta Orang Bersedekah Sentiasa Diberkati, Al-Baqarah, Ayat 276:

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”

Penulis yakin harta para jutawan dan dermawan tertentu yang ghairah bersedekah kian bertambah dan subur kerana janji yang termaktub dalam dalil Al Quran dan hadis di atas. Berbahagialah individu yang diberi hidayah olehNya.

Untuk penulis ini yang mungkin hanya bersedekah sedikit ini, penulis gemar menuai pahala (jika diberikan oleh Allah) berdasarkan ayat ini:
Pahala Untuk Orang Yang Menyuruh Bersedekah, An-Nisaa’, Ayat 114:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

Tambahan pula bersedekah di bulan Ramadhan yang berlipat kali ganda pahalanya sebagaimana kata Ibnu Abbas R.A


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Semoga kita dijadikan sebagai ahli sedekah.

Bandar Puteri Jaya Sungai Petani
23 Jun 2016

1.33 a.m

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)