Tuesday, July 5, 2016

RUMAH BAKTI AINUL HUSNA KUALA KETIL DITAJA BERBUKA

RUMAH BAKTI AINUL HUSNA KUALA KETIL  DITAJA BERBUKA

KUALA KETIL - 30 Jun 2016

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah


Beberapa hari lalu Kindness Malaysia Kuala Ketil bersama 16 mahasiswa Insaniyah dan aktivis Kindness hadir memberi sumbangan bantuan untuk 24 anak yatim yang bernaung di bawah Rumah Bakti Ainulhusna.

Majlis yang bermula sejak 6 ptang itu dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Anuar selaku pengasas rumah kebajikan berkenaan. Majlis diteruskan dengan penyerahan beras, duit raya, kuih raya dan beberapa bahan makanan lain serta majlis berbuka puasa dengan hidangan puyuh bakar.

Majlis tamat pada jam 10.30 malam selepas bersolat terawih berjemaah bersama mahasiswa Insaniah yang hadir.

Menurut Puan Nazihah Rusli selaku koordinator Kindndess Kuala Ketil, Rumah Bakti yang beralamat  No 882, lorong insaniah 3/1, taman insaniah, 09300 kuala ketil terbuka untuk sesiapa sahaja untuk memberi sumbangan baik dari aspek akademik, buku-buku dan barangan makanan untuk masa yang akan datang.






KINDNESS RAIKAN PEKERJA PEMBERSIHAN ENVIRONMENTAL IDAMAN KUALA KETIL

KINDNESS RAIKAN PEKERJA PEMBERSIHAN ENVIRONMENTAL IDAMAN KUALA KETIL

KUALA KETIL- 28 Jun 2016

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Kindness Malaysia Kuala Ketil yang dikendali oleh Puan Nazihah Rusli telah menganjurkan program amal iaitu menaja juadah berbuka  puasa untuk 65 orang pekerja Environmental Idaman di Kuala Ketil.

Menurut Nazihah majlis ini bertujuan meraikan pekerja am pembersihan yang rata-rata terdiri daripada kalangan berkeluarga, memiliki tanggungan yang ramai serta gaji yang tidak mewah.

Seramai 13 aktivis di kalangan pelajar Insaniah Kuala Ketil terlibat mengagih barangan dapur, keperluan berhari-raya serta juadah berbuka puasa istimewa iaitu ikan talapia bakar.

Majlis berkenaan hasil tajaan orang ramai sebanyak dana sekitar yang mengenali NGO Kindness Malaysia yang kini giat melakukan aktiviti kebajikan non partisan.

Kindness memilih pekerja E-Idaman untuk menunjukkan tanda penghargaan di atas khidmat dan komitmen mereka dalam menjaga kebersihan di kawasan ini. Dan juga menghargai pengorbanan mereka yang akan bertugas di Hari Raya nanti.




PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)