Sunday, May 30, 2010

Kertas Kerja Laporan bengkel Kepimpinan Rohingya Society of Malaysia (RSM)

Kertas Kerja Laporan bengkel Kepimpinan Rohingya Society of Malaysia (RSM)

Selama dua hari satu malam, barisan kepimpinan NGO Rohingya di serata Malaysia berada di SEAMEO RECSAM bermula 2.30 petang 29 Mei sehingga tamat pada jam 2 petang 30 Mei 2010.

Kehadiran mereka yang rata-ratanya dari seluruh Semenanjung Malaysia adalah untuk menyahut seruan RSM (Rohingga Society of Malaysia) untuk diadakan satu bengkel latihan kemahiran merancang dan memimpin dalam usaha mereka memperjuangkan isu-isu penting melibatkan pelarian Rohingya atau lebih afdal disebut Muhajir Rohingya. Bengkel ini adalah tajaan bersama Teras Pengupayaan Melayu, Citizen International dan SHURA.

Rata-rata peserta adalah pelarian sejak seawal tahun 1980an semenjak Myanmar memperkenalkan Burma Citizenship Law 15 October 1982. Undang-undang ini bersifat sentimen keagamaan dan penuh diskriminasi. Muslim Rohingya tidak diakui sebagai warganegara, malah diberi julukan ‘pendatang’ di tanah air mereka sendiri.

Lihat Bab II Undang-uang tersebut fasal (3) Nationals such as the Kachin, Kayah, Karen, Chin, Burman, Mon, Rakhine or Shan and ethnic groups as have settled in any of the territories included within the State as their permanent home from a period anterior to 1185 B.E., 1823 A.D. are Burma citizens.

Namun mereka memiliki kuasa kuku besi untuk menyingkir etnik di Arakan (Rakhine) sebagai bukan warganegara melalui fasal (4) The Council of State may decide whether any ethnic group is national or not.

Kini sebanyak 100 kampung khas dibuat untuk pendudukan Rohingya untuk mengawal populasi mereka dan hanya 3 ekar tanah diperuntukan oleh kerajaan Junta Tentera Myanmar.

Perjalanan untuk ke Arakan adalah terlalu sukar dan memerlukan permit untuk 3 hari sahaja berada di sana. Permit perkahwinan disekat dan ditawarkan dengan harga tinggi. Tidak dibenarkan untuk membina sebarang syiar Islam malah pagoda diperbanyakkan. Namun begitu kerajaan hanya mempergunakan Budhha sebagai penyebab sentimen keagamaan kerana pihak kerajaan sebenarnya menganut fahaman Burmese Way Socialism yang bertentangan dengan ajaran Buddha itu sendiri.

Keadaan Muslim Rohingya di serata dunia.

1. Bangladesh : miskin dan terpinggir, kini ada kes kerajaan bangladesh menghalau pelarian Rohingya sehingga ke kawasan taufan, mereka kini umpama kucing liar hanya berteduh di bawah pokok semasa hujan lebat dan taufan. Misi menyelamat dan agihan khemah akan dilakukan oleh Citizen International dan Teras dalam masa terdekat. Surat khas akan diberikan kepada kerajaan Bangladesh.

2. Thailand : Tidak dibenarkan ke sekolah, pemerdagangan manusia, dihalau, murtad.

3. Arab saudi : Mendapat pendidikan, Cuma dihalang ke universiti sahaja. Mendapat asas pendidikan sunnah dan Al Quran.

4. Pakistan: mendapat hak pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

5. Malaysia : disekat pekerjaan di sesetengah tempat, tiada hak pendidikan dan kesihatan, perkuburan berbayar tinggi.

Pesanan Cikgu Azmi:

Kurangkan bercakap, banyakkan tindakan kerana umat Islam paling banyak bercakap.

Sesi Induksi

Peserta diminta memberikan senarai perkataan yang sinonim dengan erti perjuangan kaum Rohingya. Antara kalimah penting yang dinyatakan oleh peserta ialah:-

1. Kemerdekaan Arakan.

2. Kembalikan hak kerakyataan di Myanmar.

3. Mendapat kedaulatan Arakan.

4. Hak Asasi manusia dijamin di Arakan.

5. Kembalikan kemuliaan Islam.

6. Mendapat hak bahasa ibunda di Myanmar.

7. Menegakkan daulat Islamiyyah di Arakan.

Apakah halangan yang ada? (peserta senaraikan sendiri)

1. Kerana kita muslim : kalimah syahadah menjadi sebab utama kaum ini disingkir dari Myanmar.

2. Orang islam malas berfikir, bekerja, berjuang, merancang dan melaksana kerja untuk menang.

3. Krisis semangat hilang jati diri kerana keterhakisan bahasa ibunda.

4. Berpecah dan saling tidak mempercayai.

5. Kepimpinan yang lemah.

6. Meninggalkan amalan islam.

7. Tiada motivasi.

8. Krisis beragama sama ada ghuluw dalam beribadah ataupun pemimpin terjebak dengan sekularism.

Apa kekuatan yang kita ada? (peserta senaraikan sendiri)

1. Saya adalah muslim : Islam menguatkan umatnya sebagai misalan pejuang Gaza yang tegar pertahankan wilayah dan agama mereka.

2. Kita ada ramai Rohingya yang kaya di Malaysia mahupun di Bangladesh.

3. Sejarah Rohingya telah lama sejak tahun 1500 M lagi.

Bengkel Pertama (diurus oleh Cikgu Azmi).

1. Setiap peserta diminta melukis peta Arakan.

2. Setiap peserta diminta menandakan di manakah rumah mereka.

3. Urusetia membuat senarai nama kampung dan daerah di Arakan yang merupakan tempat asal peserta yang hadir.

a) Maung Daw

b) Buthi Daung

c) Akyab

d) Rethe Sara

e) Bas Sara

f) Hari Tula

g) Kawar Bill

h) Mrauk oo

i) Palauk Taung

j) Nazir para

k) Paran pru

l) Nurullah para

m) Than Dwe

n) Ponyo Leik

o) Nynung Chanung

p) Kyan Shara Bill

q) Hanza

r) Zoo Parang

s) Parin

t) Satter Para

u) Taung Bazar

v) Bali Bazar

w) Ali Chang

x) Rwa Goan Para

y) Haw Chai Para

4. Penjelasan Cikgu Azmi: Peserta diminta melukis peta negara dan menanda nama kampung mereka adalah untuk menilai sejauh mana ingatan dan jiwa mereka kepada kampung halaman mereka. Malah ilmu geografi dan pengetahuan demografi adalah prasyarat untuk membebaskan Arakan. Perjuangan adalah di atas alasan realiti bukannya fantasi dan khayalan. Peserta perlu mengemaskini maklumat keadaan di Arakan serta mengambil tahu hal ehwal saudara mereka disamping mengejar keduniaan di Malaysia.

Bengkel kedua

1. Peserta diminta menyanyikan lagu kebangsaan Arakan.

2. Kebanyakan peserta tidak meghaafalnya malah malu untuk menyanyikannya. Terdapat banyak pendapat yang mana satu lagu kebangsaan yang sebenarnya. Hal ini menilai betapa keterhakisan warisan tamadun mereka sejak di asak oleh Burma bermula tahun 1962 lagi.

Sesi malam adalah Kuliah oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Pengerusi SHURA) berkisar tentang kewajipan berjuang dalam satu taifah (kumpulan).

Sesi pagi ahad 30 Mei dimulakan dengan perbincangan pengurusan dan halatuju RSM.

Penubuhan jawatankuasa dan pengemaskinian.

- Penaung

- Sekreteriat

- Biro

Peserta menyenaraikan 10 syarat pemimpin RSM

  1. Menyerah diri kepada Allah
  2. Yakin akan kemenangan dan kejayaan dalam setiap strategi.
  3. Patuh akan perancangan dan arahan.
  4. Benar
  5. Sabar
  6. Fokus dalam bidang masing-masing.
  7. Bekorban untuk berjaya.
  8. Akhlak islamiyyah.
  9. Taqwa
  10. Hablum Minallah

Skop kerja biro-biro RSM

  1. Biro agama
    • Dialog dengan jabatan agama negeri-negeri.
    • Aktiviti perayaan dan hari khas Islam.
    • Latihan pendakwah Rohingya.
  2. Biro pendidikan
    • Memorandum kepada kementerian Pelajaran
    • Kursus kemahiran guru-guru Rohingya.
    • Wujudkan kurikulum pendidikan di madrasah Rohingya.
  3. Biro Ekonomi.
    • Membeentuk jaringan usahawan Rohingya.
    • Wujudkan peniaga Rohingya cemerlang.
    • Memastikan ada peserta Rohingya dihantar ke pusat latihan kemahiran tempatan.
  4. Biro latihan dan pembinaan keupayaan.
    • Latihan komunikasi antarabangsa
    • Latihan kepimpinan Rohingya tempatan di serata malaysia.
  5. Biro Pengurusan pejabat
    • Urus pejabat
  6. Biro Diplomasi
    • Perhubungan dengan OIC, asean, UNHCR, NAM, SAARC, IHRS (islamic human Right Society)
  7. Biro komunikasi dan advokasi
    • Perhubungan kita dengan kerajaan Malaysia.
    • Seminar awam mengenai isu-isu Rohingya.
  8. Biro kesihatan
    • Klinik kesihatan Komuniti Rohingya Zon Utara
    • Dokumentasi tahap kesihatan Rohingya.
    • Penerangan dan checklist tahap kesihatan anak-anak serta mengatur senarai imunisasi dan pemeriksaan gigi berkala kanak-kanak Rohingya serta aturan penjagaan eksihatan ibu mengandung.
  9. Biro kemajuan wanita
    • Latihan vokasional
    • Siri localised women gathering
  10. Biro kemanusiaan
    • Hubungan dengan polis
    • Kendalikan kes pelaria tanpa dokumen
    • Wujudkan jaringan dengan NGO yang perjuang isu Rohingya.

Bengkel ketiga

  1. Peserta diminta buat bulatan. Fasi menunjukkan jari pada peserta. Peserta yang ditunjuk perlu menyebut nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa berhenti dan tersekat-sekat.
  2. Moral : perlu menerima kesalahan rakan-rakan seperjuangan, kerja dalam satu pasukan, jangan menyalahkan orang lain sahaja, kejayaan sesuatu perkara bukan sekadar disebabkan oleh satu individu.

Sesi wacana : Bagaimana mengumpul dana?

  1. Lembaga tabung Pembangunan kemanusiaan Rohingya.
  2. Keluarkan risalah RDHF
  3. Strategi
    1. Surat rayuan korporat.
    2. Jamuan Rohingya
    3. Tabung di kaunter dan masjid.
    4. Ramadhan Drive.
    5. Penerbitan risalah nasib rohingya.
    6. Memohon tabung kemanusiaan Malaysia.
    7. Menyedia dan mengedar laporan aktiviti RSM.
    8. Iklan di akhbar
    9. Sampul surat rumah ke rumah.

Takwim Tahunan RSM

  1. Pusat Perkhidmatan Kesihatan Rohingya Zon Utara (Ogos 2010)
  2. Persidangan akhbar mengenai bantuan kecemasan di Kutu palong Bangladesh (Jun 2010)
  3. Hantar surat kepada Kedutaan Bangladesh di malaysia untuk batal pengusiran pelarian Rohingya ( Jun 2010)
  4. Tubuh tabung kemanusiaan RDHF (Nov-Dec 2010)
  5. Memorandum kepada kerajaan Malaysia mengenai peluang pendidikan anak-anak Rohingya ( Julai 2010)
  6. Memorandum kepada menteri kesihatan (Sept 2010)
  7. Malam Kesenian Rohingya (Okt 2010)
  8. Dialog Rohingya dengan JAIK (Julai 2010)
  9. Dialog dengan JAIP ( Ogos 2010)
  10. Dialog denganJAWI (Sept 2010)
  11. Memorandum khas kepada DYAM memohon mengadap pada bulan Puasa.

Ucapan wakil negeri peserta RSM

  1. Rata-rata peserta berasa berpuas hati terhadap silibus bengkel ini malah ingin bekerjasama merealisasikan perancangan ini serta bersedia bekerjasama dengan warga tempatan. Peserta berasa semakin memahami halatuju perjuangan serta ingin mengeratkan perpaduan sesama mereka untuk menjayakan misi da visi Rohingya.

Pengamatan Urusetia terhadap barisan kepimpinan Rohingya di Malaysia.

  1. Memahami bahasa melayu secara mudah.
  2. Ada yang mahir berbahasa Inggeris.
  3. Kurang sikap patriotik terutama peserta yang bukan dari kelompok agama.
  4. Kurang cakna dan sensitif dengan isu agama malah agama belum menajdi titik kesatuan mereka secara efektif.
  5. Masih kabur dengan senario di negara mereka.
  6. Selesa dengan kemudahan mengumpul harta di Malaysia.
  7. Usahawan belum ada sikap takaaful sesama mereka lagi menadangkan perjuangan nafsi-nafsi berlaku apabila fasa pelarian yang hadir ke Malaysia bukan berlaku secara serentak.

Sekreteriat MUDA-Teras akan berganding bahu membantu CI, Teras dan SHURA merealisasikan Taqwim kerja RSM ini serta bersama warga Rohingya berjuang nasib mereka atas nama agama dan aqidah.

Disediakan oleh:

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

Thursday, May 6, 2010

LATIHAN KEPIMPINAN UNTUK AJK ROHINGYA SOCIETY IN MALAYSIA (RSM)


LATIHAN KEPIMPINAN UNTUK AJK ROHINGYA SOCIETY IN MALAYSIA (RSM)

29 – 30 Mei 2010

SEAMEO RECSAM

Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

29 Mei 2010

8.00 pagi: Pendaftaran

8.30 pagi: Majlis Iftitah dan Pengenalan Objektif Program

9.00 pagi: Sessi 1: Memahami isu kedudukan Muslimin seluruh dunia.

Apakah status umat Islam Rohingya masakini di Myanmar dan di luar Myanmar ?

Bagaimana keadaan dan maklumat terkini pelarian Rohingya di Malaysia dan isu-isu yang sedang dihadapi oleh mereka sekarang?

Matlamat perjuangan kita – Jangka pendek dan jangka panjang.

10.15 pagi: Rehat /Minum

10.30 pagi: Sambungan Sessi 1

11.30 pagi: Sessi 2: Kepentingan menjadi pemimpin yang berfikiran luas dan

berwawasan jauh.

12.30 pagi: Sessi 3: Bagaimana bekerja dalam organisasi secara berkesan?

1.15 ptg: Rehat / Makan / Solat

2.45 ptg: Sessi 4: Kemahiran merancang dan melaksana sesuatu program dengan

berkesan.

3.45 ptg: Sessi 5: Melaksanakan tanggungjawab dalam RSM mengikut biro-biro

yang diamanahkan.

4.30ptg: Rehat / Solat Asar/ Minum

5.15 ptg: Sessi 6: Bagaimana mengumpul dana.

6.15 ptg : Rehat / Maghrib / Makan / Solat Isya

8.30 mlm: Sessi 7: Bagaimana mengadakan hubungan dan bekerja dengan NGO di

Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

10.00 mlm: Persembahan Budaya

30 hb Mei 2010

5.30 pagi: Solat Subuh /Kuliah Subuh :

“Sesungguhnya Solatku dan Ibadahku dan Hidupku dan Matiku adalah

hanya untuk Rabbul Alamin”

7.00 pagi: Sarapan

8.30 pagi: Sessi 8: Mengenalpasti keutamaan dan merancang taqwim/kalendar

RSM 2010 - 2011

10.15 pagi: Sessi 9: Sambungan Sessi 8

12.00 tgh: Sessi 10: Pernyataan azam dan komitmen kita

1.00 ptg: Sessi penutup

1.30 ptg: Makan dan bersurai

Ketahui Strategi Musuh Islam Semasa

Strategi Musuh Islam Semasa

a) Menyeleweng erti kebebasan & persamaan.

- Antara persoalan & Syubhat yang sering dimainkan oleh musuh Islam
- Hak Persamaan wanita & lelaki (Isu saksi hudud & dalam hal harta,
kepimpinan tertinggi, pemakaian, harta pusaka, hak Talaq, poligami,
muslim boleh kahwin kitabiah tetapi tidak bg muslimah, mengapa wanita
tidak boleh kahwin ramai dalam satu masa? dll)
- Hak kebebasan beragama (Kritikan terhadap hukuman Murtad)
- Isu Islam membenarkan perhambaan.
- Tuduhan Islam double standard dgn ke atas non-muslim (Jizyah)

ii) Meruntuh nilai moral dan penyebaran kejelekan akhlak.

iii) Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan.

iv) Merosakkan thaqafah Islam dan sasteranya.(Gerakan tasykik – meragukan maklumat Islam )
- Kononnya Islam disebar dgn mata pedang.
- Tuduhan Rasul dan isteri2 baginda.
- Penyelewengan konsep al-wasatiyah (kesederhanaan)
- Hasil2 Karangan dan penulisan oleh Oreintalis seperti Britannic Encylopedia, Islamic
Encylopedia dan byk lagi.

v) Penyebaran perisik di seluruh dunia.

vi) Penyebaran fitnah dan pemberontakan bagi melemahkan kekeuatan negara2.

vii) Penguasaan ke atas media massa

viii) Penguasaan ke atas ekonomi & merosakkan sistem nilai & moral darinya.

ix) Gerakan Komunis

x) Menaja dan menggalakkan peperangan antara negara.


Adakah mereka akan berjaya mereka?

Allah berfirman, "Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu, dan sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana."


Kesan serangan musuh Islam terhadap umat Islam kini.

a. Menjadi hamba kepada selain Allah ( Manusia, wang, pangkat, nafsu dll).

b. Kepentingan dan usaha untuk duniawi semata.

c. Kezaliman & penindasan berleluasa.

d. Umat Islam diperintah dalam urusan politik.

e. Tiada pelaksanaan hukum hakam Islam (terutamanya dalam sektor ekonomi, jenayah, pentadbiran)

f. Kebuasan nafsu kebinatangan tersemai subur.

g. Mengutamakan aqal lebih dari nas (Jemu dengan aqidah dan nama Islam).

h. Penakut terhadap musuh Islam dan keras terhadap mukmin yang menasihat.

i. Golongan Pemuda & Pemudi diambang kelalaian hamir maksima.

j. Muncul Ulama Jahat dan Dunia.

k. Perpecahan & pertentangan.


Apakah jatidiri yang sepatutnya dimiliki oleh umat Islam demi menangkis serangan musuhnya?


a. Iman yang mendalam.

b. Aqidah yang teguh.

c. Amalan fardhu dan nawafil yang istiqamah serta terjaga.

d. Maksiat & tawbat

e. Ketekunan dan kerja keras

f. Ta’awun dalam urusan dunia dan akhirat

g. Penguasan ilmu ukhrawi & duniawi (menyerang musuh dengan senjata mereka- ilmu sains& tech)

h. Mengambil manfaat dari semua pihak asal tidak bercanggah dgn syara’.

i. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan


Sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/61/63/

Tuesday, May 4, 2010

Eyes of the Storm ~ Turning Points in Burmese History | Wide Angle

Eyes of the Storm ~ Turning Points in Burmese History | Wide Angle

Manusia Bot : dari Vietnam ke Arakan.

Manusia Bot : dari Vietnam ke Arakan.

Jika anda menonton filem-filem Perang Vietnam, anda pasti sedih dan pilu melihat bagaimana sengsaranya rakyat Vietnem melarikan diri keluar dari negara sendiri menggunakan bot secara haram. Hari ini kisah ini berlaku lagi, masih di IndoChina tetapi berubah dari Vietnam ke Burma pula.


Thailand sebelum ini telah dilaporkan telah menunda bot pelarian Rohingya yang memasuki perairan mereka. Proses penundaan keluar dari Thailand selepas tangkapan dibuat adalah dilakukan dengan penuh kezaliman kerana bot penunda yang digunakan terlalu sempit dan tiada bekalan makanan disediakan. Ratusan rakyat Rohingya mati dalam perjalanan keluar dari perairan Thailand. Sebahagian besar orang Rohingya diselamatkan oleh rakyat dan nelayan India. Malah ada yang mati dibunuh oleh lanun Indonesia.


Namun begitu, suatu ketika pada April 2009, wakil UNHCR Antonio Guterres telah melaporkan bahawa menteri Luar Thailand telah menyatakan janji untuk tidak menangkap dan menunda bot pelarian tersebut lagi.

Pernyataan janji tersebut dibuat dalam satu konferen anti pemerdagangan manusia baru-baru ini.


Kes bot tersebut berlaku apabila bot pelarian memasuki perairan sempadan Burma-Thailand di Ranong.


Namun kita masih sangsi di atas janji Thailan tersebut kerana kenyataan mungkin dibuat atas faktor perhubunga negara Asean serta ingin menjaga kestabilan politik dlam negara Thailand yang semakin meruncing.


Laman sesawang http://www.smh.com pada 16 April 2009 yang lalu melaporkan bahawa pihak Burma masih tidak mengakui kerakyatan Rohingya di Negara mereka malah menafikan sebarang penindasan berlaku.


Stephen Smith iaitu Meneteri Luar Australia adalah antara pemimpin yang bercakap dengan Brigadier-General Khin Yi, iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Burma dalam Persidangan Peringkat Menteri mengenai Penyeludupan Manusia, Pengedaran Manusia dan Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan di Bali. Mr Smith berjanji untuk menyumbang $3.2 juta untuk program menyelamat Rohingya.


Kerajaan Myanmar, yang enggan menerima pelarian Rohingya sebagai warganegaranya walaupun mereka datang dari negeri Arakan, telah memberitahu Menteri-menteri Luar semasa pertemuan di Bali pada 14-15 April 2009 bahawa mereka bersedia untuk mengambilnya semula jika mereka orang Benggali.


Betapa tidak berperikemanusiaannya pihak pemimpin Burma apabila Menteri Luar Myanmar Nyan Win berkata dalam persidangan tersebut bahawa mereka (pemimpin Myanmar) ingin belajar semula sejarah Rohingya kerana mereka menganggap kaum ini adalah Benggali (kaum Bangladesh).


Malah mereka juga menyatakan bahawa etnik Rohingya yang telah beratus tahun memiliki kesultanan sendiri itu tidak termasuk di kalangan 100 etnik Burma.


Aqidah Sosialis yang dikenali sebagai Burmese Way Sosialisme telah membutakan pemimpin Burma mengenai kerakyatan etnik yang sekian lama berada di dalam negara itu. Konsep sosialisme-komunis memang mementingkan kemandirian ras sebagai dominasi sesebuah negara, manakala kaum yang lemah akan dihapuskan sesuai dengan pegangan pemilihan semulajadi anuta darwin dan Komunis. Jika Malaysia amat bertolak ansur menerima kaum yang sekian lama berada di tanah Melayu sebagai rakyatnya walaupun budaya dan agama berbeza, di Burma, sosialisme mereka telah meletakkan syarat Buddha dan berdarah Burma sahaja sebagai warganegara.


Sekitar tahun 1070an dahulu, ASEAN di hangatkan dan hiba dengan isu manusia bot Vietnam yang dikenali sebagai The Boat People. Mereka terpaksa menyeludupkan diri sendiri untuk keluar dari cengkaman kekejaman kerajaan Komunis dalam negara sendiri. Akibatnya mereka turut menjadi mangsa perhambaan, lanun, rogol dan pembunuhan beramai-ramai sepajang perjalanan mereka. Kini The Boat people adalah kaum Rohingya muslim.


Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)