Tuesday, February 3, 2015

KEM TAHARAH SALIMAH UPAYA MENDIDIK ANAK ROHINGYA

KEM TAHARAH SALIMAH UPAYA MENDIDIK ANAK ROHINGYA

Sungai Petani 3hb Jan 2015 - Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) dan SALIMAH hari ini mengambil inisiatif mengadakan "Kem TAHARAH" cara bersuCi serta Solat untuk anak-anak Rohingya bertempat di Baitul Rahmah Rohingya Learning Center (BRRLC) di sini.

Menurut Pengerusi SALIMAH Kedah iaitu Ustazah Rubiyah Haron, kem selama satu hari ini melibatkan 60 orang peserta dengan dibantu oleh 6 orang fasilitator dari MAPIM dan SALIMAH dengan modul cara bersuci menurut syariat Islam. Selain itu peserta juga didedahkan dengan ilmu fardhu ain dan cara solat yang betul.

BRRLC yang kini menempatkan anak-anak Rohingya sekitar Sungai Petani merupakan satu-satunya pusat pendidikan Rohingya kendalian MAPIM dengan dibantu oleh SALIMAH akan meneruskan kem sebegini secara berterusan dan berperingkat sepanjang sesi persekolahan setiap tahun.

Mendidik dan mengasuh anak pelarian atau bahasa sahihnya ‘ anak muhajirin’ adalah tanggungjawab umat isla seakidah memandangkan kanak-kanak ini menjadi mangsa kezaliman regim Myanmar yang masih berlarutan sehingga kini.

Kepada pihak yang berhasrat membantu melalui wang ringgit, anda dapat berbuat demikian melalui akaun di bawah:

Al-Rajhi : 15400-1880630441 [Rohingya Humanitarian Fund-MAPIM],

Bank Muamalat : 0202002665718 ( Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)

Kepada pihak budiman yang ingin berbincang sekiranya ada van terpakai untk disumbang kepada MAPIM sila ajukan perbincangan kepada:

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ( 017 5606131)
Ustaz Syukri ( 019 7585658 )

Ahmad Tarmizi Sulaiman

Naib Presiden MAPIM







PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)