Wednesday, December 16, 2009

Tabiat buruk merokok : Mencari satu penyelesaian

Tabiat buruk merokok : Mencari satu penyelesaian


Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia memberi impak negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok juga telah diwartakan haram oleh kebanyakan ulama dan dibuktikan secara saintifik mampu mendatangkan seribu macam penyakit kronik.

Tambahan pula, keuntungan penjualan rokok juga disalurkan kepada badan-badan tertentu untuk menghancurkan Islam. Jelas, pengharaman dan bahayanya merokok perlu menjadi satu topik yang perlu diperingatkan dari semasa ke semasa kerana kini di Malaysia sendiri, pertambahan perokok hampir mencecah belasan juta orang. Amat menyedihkan apabila masih ada segelintir ibu dan bapa sendiri merokok dihadapan anak-anak mereka tanpa ada rasa bersalah dan malu.

Saya kerap terjumpa keluarga muslim apabila berkunjung ke gerai makan, yang mana ibunya sedang merokok. Apakah ini bibit-bibit kehancuran sedang melanda dalam institusi keluarga muslim di Malaysia? Pelbagai kempen telah dilaksanakan, tetapi natijahnya bukanlah seperti yang kita harapkan. Tabiat merokok terus menjadi budaya dalam masyarakat.

Langkah drastik kerajaan Malaysia dalam meningkatkan cukai rokok yang menyebabkan harga rokok mula melambung tinggi dan menetapkan hanya rokok berjumlah 20 batang sahaja dapat dijual adalah satu langkah yang tidak relevan dan terburu-buru. Apakah langkah ini bisa menghadkan bilangan perokok yang semakin bertambah dan membentuk kepada sosio-ekonomi masyarakat yang lebih baik?

Cukai tahunan yang dikutip oleh kerajaan daripada import dan eksport hasil tembakau amat memberangsangkan. Statistik keuntungan hasil tembakau ini dapat didefinisikan kepada pertambahan perokok baru, peningkatan merokok sehari dan harga rokok yang semakin tinggi.Tambahan pula, tabiat merokok melangkaui jurang usia dan gender, impak negatif yang cukup besar kepada pembentukan masyarakat yang berakhlak dan sihat.

Remaja sekolah yang terlibat dengan kegiatan merokok semestinya merasa terbeban dengan harga rokok yang semakin tinggi walaupun bilangan sekotak rokok bertambah kepada 20 batang rokok sekotak. Idea ini dikatakan mampu menyekat penularan tabiat merokok dalam kalangan remaja.

Namun, secara realitinya, remaja yang sudah sebati dengan ketagihan merokok tidak akan berputus asa daripada mendapatkan rokok walau dengan apa cara sekalipun. Masakan tidak, bilangan perokok di kalangan remaja semakin bertambah walaupun harga rokok meningkat naik daripada semasa ke semasa. Ditambah pula dengan serakan iklan bahaya merokok yang sudah banyak dicanang di media massa mahupun di kotak rokok sendiri.

Apa yang membimbangkan, adalah jika wang menjadi taruhan untuk mendapatkan sekotak rokok, akan tercetus banyak masalah sosial yang lain seperti mencuri, merompak, buli dan budaya memboros. Jika hal ini berlanjutan, tidak mungkin masalah sosial yang sedang membarah sekarang ini dapat ditangani dengan baik dan berhemah.

Amat mendukacitakan, idea kerajaan ini seolah-olah memenangkan pihak pengeluar rokok. Dengan hanya penjualan 20 batang rokok sekotak pada harga yang tinggi memberikan keuntungan yang amat besar kepada syarikat pengeluar rokok. Keuntungan berlipat kali ganda hasil penjualan rokok ini seakan-akan mengiyakan bahawa Malaysia merupakan sebahagian daripada pengimport rokok terbesar dunia.

Pada hemat saya, idea yang dirancangkan oleh kerajaan bagi menangani gejala merokok ini mata tidak rasional. Dan saya sekali lagi memohon keprihatinan semua pihak termasuk pihak kerajaan sendiri agar menimbang balik idea yang telah diutarakan itu. Semoga keprihatinan kita dalam membentuk sebuah negara yang sejahtera dan rakyatnya sihat dapat direalisasikan melalui idea-idea yang lebih relevan dan rasional.


Mohd Izzuddin bin Mohd Zin
Aktivis SPAQ

Sunday, November 22, 2009

Penghargaan terhadap usaha murni SKMM membela kesucian Islam

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang 11000 Balik Pulau Pulau Pinang.
Tel: 017-6291368/012-5296690

skuadpenyelamataqidah@gmail.com atau jihadin82@yahoo.com

Salam Hormat,

Y.A.B. DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,

Tingkat 8, Angkasapuri,

50610 KUALA LUMPUR.

Aras 1, Bangunan Sultan Abdul Samad,

Jalan Raja,

50694 KUALA LUMPUR.

Talian am : 03-2282 5333

Talian Khidmat Pelanggan : 03-2288 8121

.

23 November 2009

Penghargaan terhadap usaha murni SKMM membela kesucian Islam.

Y.A.B,

Merujuk perkara di atas, saya berhasrat untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas usaha pihak Kementerian Penerangan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Maltimedia (SKMM) kerana beberapa tindakan positif kerajaan membela agama dan menjaga kestabilan keharmonian masyarakat Malaysia.

Memetik berita yang disiarkan melalui Sinar Harian Jumaat 20 November yang lalu, SKMM dinyatakan telah bertindak terhadap beberapa blogger yang menghina agama Islam seperti laman adibahahmad.blogspot.com, surind.blogspot.com, www.syurga-islam.blogspot.com serta faithfreedom.org dan manatuhanallah.wordpress.com dan lain-lain lagi.

SKMM juga berjaya menggunakan secara optima dan berkesan akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melalui seksyen 263 (2) yang berbunyi, Seorang pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain itu setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau selainnya dalam menguatkuasakan undangundang Malaysia, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pelindungan hasil awam dan pemeliharaan pertahanan negara. Kini beberapa blog yang menghina Islam berjaya dipadamkan, malah blog Rasul Melayu juga telah lupus.

Malah akta berkenaan melalui seksyen 233 (a) (ii) ada menyatakan pencegahan terhadap sebarang usaha menyebar bahan palsu yang berpotensi menghina Islam agama rasmi negara ini.


Saya ucapkan semoga pihak Kementerian Penerangan agar terus berjaya serta lebih aktif terutama menangani bahan-bahan lucah dan melalaikan para remaja-belia di negara ini.


Sekian Terima kasih,

Yang benar,


…………………………………………..

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Saturday, November 21, 2009

Bahana menjadi Pengkid; di mana pula suara liberalis?

Disiarkan dalam Harakah 1-3 Januari 2010

Bahana menjadi Pengkid; di mana pula suara liberalis?

Beberapa bulan dahulu masyarakat kita digemparkan dengan senario pengkid yang kian bermaharajalela. Lantaran itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa haram bagi wanita Islam terjebak ke dalam gejala tidak bermoral tersebut.

Hari ini beberapa media perdana mendedahkan seorang wanita berbangsa cina yang mengalami kesengsaraan sakit da infeksi buah dada sejurus selepas melakukan penbedahan untuk mengecilkan buah dada beliau. Keghairahan untuk menjadi Pengkid dengan hanya bayaran RM 12000 pada 1 Mei 2009, beliau bukan sahaja mengalami kehilangan aset kewanitaannya malah pihak yang melakukan pembedahan tergamak memotong puting dadanya mengakibatkan infeksi yang teruk.

Pengkid adalah satu naluri yang bercanggah dengan fitrah kemanusiaan, bukan sehaja terhadap kaum muslim. Pengkid berbeza dengan khunsa di mana seseorang itu memiliki 2 naluri dan 2 alat kelamin. Pengkid adalah naluri songsang yag kemudiannya diasuh untuk cenderung meninggalkan sikap kewanitaan.

Rancangan Gerak Khas banyak mendedahkan gejala ragut dan bunuh yang dilakukan oleh remaja yang juga terdiri daripada kalangan pengkid bawah umur!

Persoalannya sekarang di mana suara gerakan femenisme, liberalisme dan hak asasi yag dahulunya lantang berdemostrasi membantah fatwa pengharaman budaya pengkid?

Mereka sedar fatwa hanya untuk orang Islam, namun begitu mereka tetap biadab (walaupun mereka juga muslim) menghina Majlis fatwa Kebangsaan.

Di mana suara mereka yang membela naluri pegkid tetapi diam apabila melihat statistik jenayah juvana yang dilakukan oleh para pegkid yang mereka perjuangkan? Di mana juga mereka di saat ada pengkid yang kini mengalami kesakitan, infeksi dan kehilangan anggota tubuh semata-mata menyahut seruan kebebasan hak memilih jantina? Mana juga bantuan mereka untuk rawatan-rawatan terhadap pengkid yang mengalami kesakitan susulan akibat bahana pembedahan plastik yang mereka lakukan?

Kebiadaban perjuangan hak asasi kini bukan sekadar berjuang hak bersuara, hak beragama, malah hak berjantina!

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan

pengkid, iaitu gadis yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.

Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah’. (Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Tarikh Keputusan : 24 Oktober 2008 Tarikh Muzakarah : 22 Oktober 2008 hingga 24 Oktober 2008)

Dunia global meletak Malaysia sebagai tahap konservatif kerana masih mengekalkan undang-undang melarang perkahwinan pengkid (sesama wanita). Namun kita perlu bersyukur larangan tersebut adalah bertujuan menghalang negara terjerumus ke lembah kerosakan akhlak dan sosial yang lebih buruk lagi seperti mana negara Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Latin. Kini lebih 7.2 juta rakyat Amerika di bawah umur 20 adalah lesbian atau gay serta mengamalkan cara hidup pondan dan pengkid.

Dan berhukumlah antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syari'at Islam) dan janganlah kamu mengikuti hawa mereka...” ( al-Maa’idah: 49).

Muhammad Nuruddin Bashah

Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)


Friday, November 20, 2009

Bintang Kecil dan Hedonisme

Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Harakah edisi Jumaat, 11-13 Disember 2009

Bintang Kecil dan Hedonisme

Hedonisme menurut pengertian Kamus Dewan Edisi Ketiga, halaman 448, ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup [1]. Dengan kata lain, ia satu doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan wajib bagi seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan.

Budaya hedonisme jauh terpesong daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam. Seharusnya, masyarakat Islam lebih peka akan bahayanya virus-virus hedonism ini yang secara rakus cuba menghancurkan pemikiran dan akhlak masyarakat Islam itu sendiri. Keruntuhan akhlak yang teruk bukan sahaja merosakkan peradaban umat tetapi lebih kepada kemusnahan integriti Iman dan Islam itu sendiri.

Lambakan rancangan hiburandan realiti TV seperti Akademi Fantasia, Mentor, Gadis Melayu dan Sehati Berdansa mencuri tumpuan hampir sebahagian masyarakat Malaysia. Tanpa kita sedari golongan kanak-kanak juga menjadi mangsa dalam kehanyutan hedonisme ini. Antara rancangan yang menjadi pilihan mereka seperti Tom-Tom Bak, Pondok-Pondok, Bintang Kecil dan lain-lain lagi.

Rata-rata kanak-kanak yang terdedah kepada hiburan dan TV mudah untuk bersikap pasif dan suka berkhayal. Mereka menjadikan artis sebagai idola malah sanggup menjadikan imej artis tersebut sebagai identiti. Lihat sahaja pertandingan bintang kecil yang dianjurkan oleh RTM setiap musim. Segenap lapisan umur menjadi peminat setia rancangan tersebut.

Mungkin ada yang bercakap “ Bagusnya, sedap dia menyanyi “, “ Comelnya dia “, dan lain-lain suntikan semangat yang secara tidak langsung mencetus angan-angan pada anak-anak mengenai dunia hiburan ini. Masakan tidak, rancangan tersebut ditayangkan dalam masa santai keluarga. Apakah ini tidak mempengaruhi pemikiran anak-anak?

Sudah sekian lama virus hedonisme ini berevolusi dalam masyarakat sehinggakan barah-barah mulai bernanah dalam jiwa dan permikiran masyarakat Islam-Melayu kita pada hari ini. Satu demi satu, akhlak Islam ternoda dalam karakter masyarakat. Pihak yang berwajib hanya memandang sepi atas alasan hiburan ringan semata-mata dan bukan satu serangan dakyah kuffar menunggang modenisasi demi menghancurkan Islam.

SPAQ memandang isu ini bukan untuk menwujudkan sekatan kepada kebebasan individu untuk berhibur tetapi lebih kepada sempadan individu muslim untuk menjaga kemandirian iman dan jiwa daipada liberalisasi pemikiran dan penjiwaan Islam yang semakin hari di asak senjata sekularisme.

Kesempatan yang ada, SPAQ dengan penuh rasa prihatin menyeru rakyat Malaysia, khususnya Muslim agar lebih peka dalam kaedah pendidikan anak-anak dan keluarga. Anak-anak sebagai warisan kita sepatutnya dididik dengan cara hidup yang Islam yang lebih terjamin, bersederhana dan matang dalam menilai sesuatu perkara. Akhir kata, semoga Islam yang kita warisi hari ini digilap agar sinaranya dapat terus dikecap dan disemat untuk pewaris-pewaris cilik kita nanti.


Mohd Izzuddin

Skuad Penyelamat Aqidah(SPAQ)

izzu_87@yahoo.com

Tuesday, November 17, 2009

Kebejatan freemason mutaakhir !

Untuk lihat kebejatan perancangan Freemason mutaakhir ini, sila buka link di bawah

http://ruhhuldaie.blogspot.com/2009/11/illuminati-perlukah-kita-berdiam-diri.html

FATWA KERAJAAN PULAU PINANG

FATWA KERAJAAN PULAU PINANG
Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa Mengenai Buku “dilema Umat Islam-antara Hadis Dan Al-quran” Karangan Kassim Ahmad Keluaran Forum Iqra’
Isu :

Fatwa :

1. Bahawa isi kandungan Buku “Dilema Umat Islam-Antara Hadis dan al-Quran” Karangan Kassim Ahmad Keluaran Forum Iqra’ adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang.
2. Fahaman dan amalan ini, perlu disekat keseluruhanya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang kerana percanggahan yang terdapat di dalam buku tersebut meliputi keterangan-keterangan dalam isi kandungannya yang mana anatara lain seperti berikut:

2.1 Fahaman bahawa hadith yang mentafsir al-Quran adalah meragukan. Ini menyebabkan pentafsiran ayat al-Quran menjadi kabur.
2.2 Menolak hadith yang mengiktiraf golongan para ulama’ sebagai pewaris para Nabi.
2.3 Mempertikai hukuman bunuh terhadap golongan murtad, manakala hukuman rejam sampai mati dikatakan berasal dari ajaran kitab Taurat.
2.4 Kesalahan dalam mentafsir serta menghuraikan ayat-ayat al-Quran
2.5 Salah di dalam memahami serta menghuraikan maksud sebenar sesuatu hadith.
2.6 Mendakwa kisah Nabi Isa a.s diangkat ke langit serta penurunan di akhir zaman adalah berasal daripada ajaran kitab Injil.
2.7 Mendakwa bahawa pensyariatan solat lima waktu sehari semalam di malam Isra’ Mikraj bersalahan dengan ajaran al-Quran dan fakta sejarah.
3. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang berpegang kepada fahaman dan amalan kandungan tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli sunnah Wal Jamaah yang meliputi:

a) Mengajar, mengamal dan menyebarkan fahaman dan amalan kandungan buku tersebut.
b) Menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau eletronik atau selainya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran fahaman dan amalan tersebut.

Rujukan Pewartaan : Pg. P.U 20


Tarikh Pewartaan :
27 Oktober 2005

Sunday, November 15, 2009

Makluman pengedaran Risalah Spaq - Aura Islam


pengedaran risalah ini saya bahagikan kepada tiga kategori:

1)di surau pusat membeli belah / hypermarket
tarikh : 16 November - 20 November 2009
target : 30 risalah bagi setiap surau
lokasi : a) Queenbay Mall (16/11/09)
pic : Nuraini Bt Ruzi& Nurul Izzati Abd Murad
b) Tesco (17/11/09)
pic : Nur Adilah Bt Shafie
c) Tesco Extra (18/11/09)
pic : Ummi Nadiah Bt Yusoff & Noor Ashyfida Bt Basrowi
d) Bukit Jambul (20/11/09)

2) di pasar malam Taman Tun Sardon
tarikh : 18 November 2009 (Rabu)
masa : 5.30-6.45 petang
target : 100 risalah

sehingga hari ini (16/11/09) rakan-rakan yang akan bersama-sama saya turun ke lokasi :
i) Ummi Nadiah Bt Yusoff
ii) Noor Ashyfida Bt Basrowi
iii) Nur Adilah Bt Shafie
iv) Nik Khadijah

3) pengedaran risalah di kampung (hometown)
a) Sik, Kedah : Ummi Nadiah Bt Yusoff
b) Baling, Kedah : Siti Atiyah Bt Yusof
c) Sabak Bernam, Selangor : Noor Ashyfida Bt Basrowi
d) Sentul, Kuala Lumpur : Norizma Harliana Bt Juhar
d) Perlis : Afaf Bt Ghazali
e) Kelantan :
Kota Bharu - Nur 'Aifaa Bt Abdullah
Tumpat - Nurul Izzah Bt Yaacob
Pasir Puteh - Nur 'Adilah Bt Alwi
f) Terengganu : Nuraini Bt Ruzi & Anis Adeeba
g) Perak : Nur Adilah Bt Shafie & Fatin Afiqah
h) Johor : Nurul Syafiqah Bt Hussin Chee & Nur 'Aifaa

sebarang pertanyaan atau berminat untuk menyertai kami untuk megedar risalah SPAQ boleh menghubungi saya;

Nur 'Aifaa Bt Abdullah (017-9692419)

jazakillahukhairan katheera...

Pub-pub kecil di Kampar; sila tangani segera!

Pub-pub kecil di Kampar; sila tangani segera!

Rakyat Kampar mungkin tidak hairan dengan pendedahan oleh beberapa pemilik premis makanan dan perniagaan sekitar Plaza Keranji Jalan Pasar berkenaan isu pengemis dan pusat arak remaja Kampar di sana.

Sinar Harian edisi Perak 6 November 2009 telah menemubual mereka bersama beberapa pemilik premis makanan yang mengadu kawasan perniagaan mereka dikelilingi oleh para pengemis yang membuat kotor serta lorong celahan tangga seolah-olah ‘ pub kecil’ yang menjadi tumpuan para remaja sekolah meminum arak secara terbuka.

Adakah hal senario biasa ini perlu dibiar berterusan?

Isu pengemis perlu ditangani oleh pihak pemaju Plaza Keranji berkenaan serta dikuatkuasa juga oleh pihak berkuasa tempatan. Kita jelas boleh mengandaikan perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak terbabit, tinggal lagi perlaksanaan dan penguatkuasaan sahaja yang kurang efektif.
Bau busuk dan botol arak murah terlonggok di celahan tangga dan kedai-kedai.

Isu arak murah yang dikeluarkan secara haram bukan perkara baru. Di Padang Bandaraya Green Town anda boleh menjumpai secara mudah botol-botol arak murah berkenaan yang berkandungan 24% alkohol yang semestinya bukan sekadar mabuk, malah membunuh! Jika anda menghubungi alamat yang tertera pada botol tersebut, jawapannya anda menjumpai alamat ‘hantu’ yang tidak wujud.

Isu ‘arak haram’ perlu ditangani melalui siasatan dari mana ia dijual dan dipasar kepada remaja sebelum berjaya menjumpai kilang-kilang kecil mereka. Masyarakat juga tahu walaupun buat-buat tak tahu, berkenaan kewujudan arak murah Thai Song yang menjadi kegilaan mat rempit. Dijual dalam harga semurah RM3 sahaja, semua remaja mampu memiliki minuman beralkohol semaksima 30% !

Kerosakan akhlak remaja dan sosial di sekitar Plaza Keranji merosakan imej komuniti kita di sana. Kepada parti politik di sana, sila bertindak untuk kebaikan kebajikan masyarakat anda.

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi SPAQ

Friday, November 6, 2009

Muat turun bahan untuk kelas SPAQ tempoh hari (1 November) di :

http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1257505935 - Risalah Aura Islam 11

Thursday, November 5, 2009

Kelas SPAQ 8 November 2009

Kelas SPAQ


Surau Al-Falah (surau IPPP)
Ahad, 8 November 2009
5 petang
*terbuka kepada mahasiswi sahaja


Tajuk/isu yang akan dikupas:

Anjakan sistem pendidikan; satu keperluan umat.



Friday, October 30, 2009

Kita hanya mengitar semula masalah sosial di kalangan remaja

Kita hanya mengitar semula masalah sosial di kalangan remaja

Masyarakat kita mengalu-alukan sebarang usaha mana-mana pihak yang prihatin untuk berusaha mengurangkan statistik penagihan dadah di kalangan anak muda serta gejala sosial da jenayah juvana yang semakin membimbangkan. Usaha yang dilakukan oleh PENGASIH dengan mengadakan kempen kenali anak anda adalah antara usaha yang perlu diperkenalkan kepada rakyat jelata.

Namun begitu, menangani gejala sosial dan jenayah tidak boleh dilaksanakan melalui saluran hiburan semata-mata. Masyarakat Malaysia bukanlah satu masyarakat yang kekeringan hiburan untuk disajikan, malahan remaja kita kini mengalami sindrom tepu hiburan.

Masyarakat yang perihatin juga masih ingat Marina Mahathir yang merupakan anak kepada Tun Dr Siti Hasmah selaku penaung PENGASIH juga pernah terlibat dalam membela golongan yang ditangkap dan didakwa oleh JAWI dalam kes serbuan JAWI di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005. Kes tersebut melibatkan selebriti seperti Jeslina Hashim. Akibat tekanan pihak liberalis yang berjuang atas dasar kebebasan hak individu dan anti 'moral police' menyebabkan JAIS menarik kembali kes berkenaan. Tindakan sesetengah ahli Kabinet yang mengesa agar JAWI menarik saman mereka sebelum ini lebih didorong kepada usaha untuk melegitimasikan dalam memperjuangkan isu hak asasi wanita seperti yang selalu diwar-warkan oleh Sisters ini Islam.

Persatuan Pengasih Malaysia dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan kempen "Kenali Anak Kita" yang bertujuan mendidik ibu bapa membuat pencegahan awal mengesan penglibatan anak-anak mereka dengan dadah. Majlis pelancaran kempen akan disiarkan secara langsung melalui persembahan beberapa artis negara pada 1 Nov depan melalui saluran TV1 pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam, yang akan disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selaku ibu dan wanita tersohor di Malaysia, Tun Dr perlu berusaha memastikan PENGASIH benar-benar melaksanakan program yang optima, berkesan serta menepati landas syariah sekiranya benar tekad untuk membasmi kerosakan sosial yang ada.

Pihak agensi kerajaan yang berusaha untuk mengekang jenayah sosial juga perlu bersuara mematikan sumber asal berlakunya jenayah dan gejala sosial. Kesemua kerosakan bermula dari pengawalan penjualan alkohol yang lemah (masih ada operasi menjual arak murah tanpa lesen), hedonisme melalui rancangan realiti yang bercambah, iklan-iklan yang menggambarkan kerendahan akhlak dan sebagainya. Malah kini Dutch Lady sendiri telah menganjurkan rancangan realiti nyanyian untuk kanak-kanak yang menampilkan kanak-kanak berperangai seperti orang dewasa. AF dan malaysia Idol kini telah menyelimuti akar umbi masyarakat sehingga ke umur sekolah rendah.

Selagi kita kita mengekang akar umbi permasalahan sosial serta membenteras pemikiran librela yang ingin mencarik penerapan syariah di Malaysia, selagi itulah kita mengitar semula kerosakan sosial di dalam negara ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha TERAS Cawangan Perak

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)