Sunday, May 31, 2009

Kelas SPAQ-Sabtu 6Jun2009


KELAS SPAQ

Pengajian Kitab Aqidah Tohawiyyah
dan
Pembentangan Kes Aqidah Mohd Ridzuan-isu tertutup


Sabtu
6 Jun 2009
9 malam
Kelas KAFA USM


Sila hadir dengan niat berjuang aqidah dan ilmu.
Jangan lupa bawa kitab bersama

Tuesday, May 26, 2009

Risalah Aura Islam ke-8


Kepada pejuang aqidah sekalian. Skuad Penyelamat Aqidah telah mengeluarkan Risalah Aura Islam edisi Mei yang baru. Walaupun agak lewat, saya tetap rasakan anda semua berminat untuk muat turun dan sebarkan kepada rakan-rakan serta masyarakat. Jadikan amalan menyebar risalah sebagai Jihad I'lamiy kita.

http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1243401470
Risalah SPAQ 8 Mei 09.pub
[URL=http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1243401470]Risalah SPAQ 8 Mei 09.pub[/URL]

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi SPAQ

Tuesday, May 5, 2009

Maklumat kes perbicaraan Muhd Ridzuan


Maklumat kes perbicaraan Muhd Ridzuan

S
aya berkesempatan hadir ke perbicaraan kes Muhd Ridzuan ( 5 Mei 2009) di mahkamah Tinggi Ipoh Perak. Sebenarnya perbicaraan di sini adalah begi mendengar hujah pihak Isteri (Indra) yang menyatakan pihak Ridzuan telah melanggar perintah mahkamah. Apa yang saya faham, pihak peguam Ridzuan berhujah bahawa telah ada perintah mahkamah syariah yang membenarkan pihak Ridzuan mendapat hak jagaan anak. Kes ditangguh hingga 12 Mei.

Saya berkesepatan bersama peguam PEMBELA, peguam pemerhati, bersama Pakcik Norman Ghani daripada Muafakat yang mengikuti kes ini dari awal lagi, bersama YDP ABIM Perak serta ustaz wan Ahmad tarmizi Pengerusi TERAS Perak.

Kami pemerhati muslim tidak dibenarkan masuk, sementara pihak keluarga wanita serta penyokong India dibenarkan masuk. Kami berasa agak tidak berpuas hati.

Satu penjelasan umum tentang kes ini akan di adakan oleh ABIM pada 10 Mei nanti.

Teras telah mengeluarkan kenyataan media sementara saya akan membuat sedikit kupasan umum kes ini nanti.

Saudara Muhd Ridzuan tidak hadir sendiri kerana atas sebab keselamatan. Saudara Azman (peguam pemerhati) berpendapat semua umat Islam perlu mengetahui selok belok undang-undang sivil demi menjaga kemandirin dan keutuhan Islam. Beliau menceritakan pesanan Saidina Umar mengenai keperluan mengetahui selok belok jahiliyyah. Saya bersetuju dengannya. TERAS Perak akan bekerja sama dengan Muafakat dan ACCIN untuk memahamkan rakyat akan isu ini sekaligus memobilasi penyokong pada masa akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Teras Perak
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Teras menyeru umat Islam peka dengan isu aqidah umat

Mengikuti kes hak penjagaan dan agama anak Mohd Ridzuan, menyebabkan kita faham bahawa kes-kes hak penjagaan anak bagi mana-mana individu yang menganut Islam atau yang bertukar agama akan senantiasa berulang. Walaupun telah beberapa kali keputusan mengenai kes sebegini telah dibuat namun penafsiran berbeza bagi pengamal undang-undang serta campur tangan pihak eksekutif menyebabkan kes-kes aqidah menjadi tidak keruan.

TERAS Perak berpendapat bahawa perlunya umat Islam baik di peringkat nasional mahupun yang berlokaliti setempat denga kes-kes sebegini, agar cakna dan peka dengan perjalanan perundangan sebegini. Ukhuwah persaudaraan kerana Islam perlu ditonjolkan dan ditampil dalam bentuk kebersamaan dalam isu sebegini. Alhamdulillah selain TERAS, pihak ABIM Perak, Muafakat dan ACCIN serta PEMBELA sentiasa peka dan perihatin akan perjalanan kes ini sekaligus member jaminan kepada mualaf yang mengalami permasalahan yang sebegini.

Jika kita lihat hari ini, kelompok hak asasi, peguam sivil serta badan-badan liberalis-sekularis, kian rancak menyatukan paduan tenaga untuk menjamin hak mereka menurut fahaman mereka. Walaupun hak terhadap Islam banyak dipelihara melalui Perlembagaan Persekutuan, namun jika umat Islam atau badan-badan Islam leka dan alpa dalam menjaga kebajikan dan ukhuwah sesame kita, maka syariah dan aqidah kita mudah untuk diburaikan.

Generasi tarbiah di kalangan pendakwah awam, penggerak gerakan Islam perlu menampilkan sikap perihatin kita dengan menghulurkan bantuan baik dari segi pemikiran, tenaga, wang ringgit dan kepakaran masing-masing demi agama kita.

Selain itu dalam hal kita mendepani cabaran abad ini, mengetahui perundangan sivil, pemahaman perlembagaan Malaysia serta akta-akta perundfangan adalah suatu keperluan. Jika dahulu jihadnya dengan pedang, kinin jihad dengan kepetahan dan kefasihan dalam pemikiran, berhujah dan mengetahui pentas pertahanan Islam era ini. Jika sesetengah pendakwah mengabaikan pengetahuan am, pengetahuan undang-undang bukan Islam, pengetahuan berdebat dan ilmu sains politik, maka umat Islam akan terus ketinggalan. TERAS berpendapat, perlunya pendakwah serta umat Islam kita mengkaji dan terus mengkaji serta memiliki ‘self research’ walaupun di mana sahaja kita berada.

Adalah amat diharapkan, agar kita umat akhir zaman menyatukan paduan kerja melalui ukhuwah yang syumul disamping menggilap kepakaran melalui ilmu-ilmu tambahan seperti yang dinyatakan tersebut.

Pengerusi TERAS Perak
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)