Tuesday, November 3, 2015

Pegawai Bank islam hulur bantuan untuk Pakcik Mahmud

Siri ke 5
Alhamdulillah hari ni (31/10/15) dpt bersama teman sekolah Muhammad Nuruddin Bin Bashah menyantuni pasangan Pak Mahmud (Rohingya) & Kak Yati (Indonesia) yang tinggal di Padang Temusu, Sungai Petani (Area Jual kereta 2nd hand). Kedua2nya sudah menetap d Malaysia sejak 20 tahun dh berkahwin hampir 10 tahun.
Pak Mahmud pada zaman sihatnya melakukan pelbagai kerja rencam drpd buruh kontraktor hinggalah tukang paip dan sbgainya sementara Kak Yati bekerja sbg pembantu rumah. Ujian melanda apabila Pak Mahmud mengidap Kencing Manis dan mengalami rabun yg teruk.
Sebahagian kakinya telah di potong & apa yg di luar pemikiran saya ialah bagaimana mereka dpt melakukannya (potong sebahagian tapak kaki) sendiri hanya kerana kesempitan hidup.
Rumah yg didiami yg pada zahirnya ialah bangsal buruk merupakan tempat mereka berteduh dr hujan & panas.
Sejak 6@7 bulan lepas. Bekalan elektrik ke rumh ini telah pun dipotong & kini rumah itu bakal dirobohkan disebabkan desakan drpd pemilik perniagaan bersebelahan tempat mereka berteduh. Melihat kedhaifan pasangan ini, bagaimanalah mereka mengharungi mlm tanpa bekalan elektrik sedangkan keadaan dapur yg cukup gelap pada waktu siang inikan pula malam.
Semasa ziarah hari ni Kak Yati baru pulang daripada mencari rumah/bilik sewa utk berpindah. (Sesiapa yg ada maklumat rumah/bilik utk disewa di sekitar Padang Temusu @ Taman Kempas pd harga RM100-RM200 boleh lah memaklumkan kpd saya atau Ustaz Nuruddin)
- Terima kasih kepada Ustaz Nuruddin yg sudi menjadi tour guide hari ni walaupun cbuk bekerja. Semoga Tuan terus Istiqamah dalam perjuangan.
- Inilah realiti kehidupan akhir zaman.
Terima kasih kpd semua kakitangan Bank Islam, Seberang Jaya yg menjayakan Program 1 Bulan 1 Kebajikan. Semoga Allah membalas sumbangan dan jasa baik Tuan/Puan dgn rezeki yg Berkat dan berlipat kali ganda.
‪#‎Miskin‬ itu Ujian, Kaya juga Ujian
‪#‎Semoga‬ Allah jadikan kita semua dr kalangan org yg Bersyukur & Istiqamah
‪#‎Hidup‬ biar berjasa
‪#‎Hulurkan‬ tangan ringankan beban
Siiru 'Ala Barakatillah











Kindness Malaysia santuni Pakcik Mahmud yang sedang menderita di Sungai Petani

Muhammad Nuruddin Bin Bashah added 10 new photos — withWardah Binti Abdul Rahman.
Bismilah, Kami hadir bw sumbangan wang tunai untuk meringankan beban Pakcik Nur Mahmud (rohingya) dan Kak Yati (warga indnsia) yg hanya bergantung gaji kak Yati rm500 sebulan.
Dgn amanah Kindness Malaysia
Rumah bangsal dhoif, tiada elektrik selepas ditarik pemilik bangsal.
Saya ruqyah pakcik Mahmud dgn sebak dan air mata,
Bismillhi arqika..
Ayat penawar sakit Ya ayyuba
Ayat pendinding
Yasin 9 niat agar syaitan manusia tidak mengapakan mereka,
Saya pesan Kak Yati agar bca iyyakana buduwa iyya kanastain ratusan kali niat Allah lembutkan pemilik bangsal agar tidak menghalau mereka..
Kami pesan call shja kami jika ada kecemasan terutama malam..kereta kami sedia untuk mustadhafin..
Kami akn kembali dgn myk zaitun,herba dan ubt altrnatif untk Pakck dan Kak
Yati...












Hantar minyak zaitun


Hantar minyak zaitun kepada pasangan Pakcik Mahmud dan Kak Yati. Juga sedikit wang tunai sumbangan pendokong KINDNESS MALAYSIA yg perihatin.
TERIMA KASIH


PELAJAR TAHFIZ AHMADIAH BELAJAR DARAB

Pelajaran pendaraban di Tahfiz Ahmadiah malam tadi. Rata rata nak kena bimbing dpa hafal sifir untuk masa dpn mereka.
Konsep saling bntu membntu sesama rakan ditekan dalam PROJEK CELIK (MATEMATIK) ini.

Ingin tubuh Kumpulan Nasyid (PROJEK NASYID)

Assalamualaikum,
Saya berhajat untuk mengasuh satu pasukan nasyid dari sekolah bukan agama seumpama saya mendidik bertahun pasukan Sekolah Menengah Teluk Kumbar Pulau PInang 10 tahun lalu.
Ciri-ciri peserta kumpulan yang diterima pakai:
1) Pelajar tingkatan 1-4 (suara ada halus dan ada garuk baru baligh)
2)Mat rempit, kaki band, mat lepak, 'beban' diterima.
3) Perangai sintaq (jenis bila buat qiamulail bukan dia solat tapi dia pi tangkap hantu) diterima
4) Jenis baru nak up, baju tak reti buh dalam, tapi agak minat nasyid ada taman dalam hati walaupun nampak 'metal'
Insya Allah, sejak beberapa lama saya menjadi jurulatih nasyid, aktviti nasyid kontemporari boleh mengubah 'feel' remaja kita.
Pernah mengajar nasyid, moto kena cabut plug.... duit tak ada, kerja part time semata untuk naik bas mengajar nasyid tanpa ada bayaran dari sekolah..... jawapannya sebab MINAT dan ingin BERI HARAPAN kepada mereka...
Kepada guru yang nak deal dengan saya sila whatsap 017 6291368. Sekolah bertuah sahaja saya ambik ajar hingga mereka mampu ke pertandingan dan bermain di majlis perkahwinan Insya Allah...
Nama projek ni PROJEK NASYID KINDNESS 
note: Gambar bawah menunjukkan betapa seriusnya kami. Pak gelab anak cerah


PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)