Saturday, June 28, 2014

RAYUAN MAPIM UNTUK MEMBELI VAN UNTUK PENGANGKUTAN SEKOLAH ANAK-ANAK ROHINGYA

RAYUAN MAPIM UNTUK MEMBELI VAN UNTUK PENGANGKUTAN SEKOLAH ANAK-ANAK ROHINGYA

Baitul Rahmah adalah sekolah persendirian yang dibina oleh MAPIM atau nama penuhnya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia yang bermula operasinya pada tahun 2013 khusus untuk memberi pendidikan kepada anak-anak pelarian (Muhajirin) Rohingya yang berada di sekitar wilayah utara tanahair.

Baitul Rahmah atau nama nya Rohingya Learning Center Sungai Petani yang dinaungi oleh MAPIM dan Salimah Wilayah Utara ini telah dirasmikan oleh Yang Arif Tuan Syeikh Nawawi Hj Ghazaki, Hakim Mahkamah Syariah Daerah Yan.



Dalam menjayakan misi pendidikan kemanusiaan ini, pelbagai persiapan dan perbelanjaan yang amat diperlukan. Disamping perbelanjaan wajib seperti gaji guru, peruntukan bahan pendidikan dan prasarana am, Baitul Rahmah kini mengahadapi beberapa keperluan kewangan yang mendesak.

Antara keperluan yang amat diperluan kini adalah utuk memiliki van pengangkutan pelajar sendiri. MAPIM berterima kasih kepada individu yang telah mebginfaqkan vannya sebelum ini untuk pengangkutan pelajar yang tinggal berjauhan daripada Baitul Rahmah. Namun disebabkan ianya hak milik peribadi ianya terpaksa dikembalikan kepada pemiliknya semula.

MAPIM merayu kepada para budiman, hartawan serta ahlikorporat, para rakyat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada anak-anak Rohingya yang dinafikan hak pendidian di tanahair asal mereka, untuk menyalurkan bantuan keangan untuk dana khas untuk membeli sebuah van terpakai yang mampu membantu perjalanan sekolah ini.

MAPIM juga mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi mendermakan sebuah van terpakai selain wang ringgit.



Sehingga kini selepas van yang dipinjam telah dikembalikan, sekitar 20 orang pelajar daripada 60 orang pelajar tidak dapat hadir ke sekolah ini. Hal ini amat merugikan kepada para pelajar yang memerlukan pendidikan alternatif sebegini.

Untuk pengetahuan umum juga, anak-anak pelarian yang bernaung atas nama UNHCR mereka masih belum dapat diterima untuk ke sekolah kerajaan walaupun suatu ketika pada tahun 2010 kedengaran hasrat Kementerian Pelajaran untuk menerima anak-anak pelarian dengan sejumlah wang yuran.

Hanya melalui sekolah alternati sebeginilah mereka diajar subjek am, pendidikan islam, akhlak dan moral, etika serta asas perundangan di Malaysia serta beberapa silibus khas untuk anak-anak yang diuji iman mereka ini.

Kepada pihak yang berhasrat membantu melalui wang ringgit, anda dapat berbuat demikian melalui akaun di bawah:

  1. Al-Rajhi : 15400-1880630441 [Rohingya Humanitarian Fund-MAPIM],

  1. Bank Muamalat : 0202002665718 ( Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)

Kepada pihak budiman yang ingin berbincang sekiranya ada van terpakai untk disumbang kepada MAPIM sila ajukan perbincangan kepada:

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ( 017 5606131)
Ustaz Syukri ( 019 7585658 )

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Naib Presiden MAPIM

DI BAWAH ADALAH CONTOH VAN YANG BOLEH DIBELI OLEH MAPIM. SEKIRANYA ADA BUDIMAN DAN PIHAK YANG BERMINAT MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN SILA BERHUBUNG DENGAN NO DI ATAS UNTUK MAPIM BELI VAN SEPERTI DI DALAM GAMBAR.





Monday, June 9, 2014

MAPIM MOHON MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU CAMPURTANGAN DALAM KES RIDZUAN ABDULLAH

Kenyataan Media MAPIM
7 hb Jun 2014

MAPIM MOHON MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU CAMPURTANGAN DALAM KES RIDZUAN ABDULLAH 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memohon Majlis Raja Melayu campur tangan dalam kes Ridzuan Abdullah ,  seorang mualaf yang diarah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan anaknya Ummu Habibah yang dibesarkannya dengan pendidikan Islam kepada bekas isteri yang berugama Hindu , Indra Ghandi.

Keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh kini telah menyebabkan kedudukan pengIslaman dan hak menjaga 3 orang anak-anak yang telah diIslamkan oleh Ridzuan itu kini dalam keadaan tidak menentu.

Salah seorang  anak yang dijaga sendiri oleh Ridzuan iaitu Ummu Habibah  sudah boleh mengamalkan solat dan membaca Al Quran .  Ridzuan maseh tidak mahu menyerah Ummu Habibah kerana patuh kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh. Ridzuan telah mendapat keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menetapkan beliau berhak menjaga anak yang telah diIslamkan itu. .

Kami kesal kedudukan anak-anak beliau yang telah diIslamkan kini yang sebelumnya disah dan diterimah oleh Jabatan Agama Islam Perak kini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sepatutnya dalam soal hak hadhanah dan pengIslaman anak-anak tersebut diputuskan oleh Hakim yang mempunyai latarbelakang pengetahuan Islam . Adalah tidak mungkin seorang Hakim bukan Islam dapat memahami perundangan Islam untuk menentukan kedudukan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

MAPIM mengesa masyarakat dan institusi keadilan negara agar kes Ummi Habibah yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh  untuk dikembalikan kepada ibunya yang beragama Hindu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi  Syariah Ipoh yang memutuskan bapanya Ridzuan Abdullah berhak menjaga anaknya yang diIslamkan .

Kami berpendirian status keIslaman kanak-kanak itu perlu dihormati dan dipertahankan setelah beliau diperbesarkan dalam suasana Islam oleh bapanya sejak umurnya 11 bulan sehingga kini sudah mencecah umur 6 bulan.

Keadaan yang sedia ada iaitu Ummi Habibah sudah mengamalkan budaya hidup Islam  bersama bapanya sangat perlu dihormati dan tidak perlu diganggu gugat.

Kami sangat memandang serius jika beliau dikembalikan menjadi seorang Hindu , ini akan mengulangi kes pada tahun 1950 , bila  seorang gadis Belanda bernama Natrah ( nama Belandanya Maria Herthog ) yang dibesarkan dalam keadaan Islam tetapi diputuskan oleh Mahkamah di Singapore supaya beIiau dikembalikan kepada ibubapanya yang Kristian walaupun beliau sudah menjalani kehidupan Islam bersama ibu angkatnya , Che Aminah Mohammad.

Luka umat Islam dalam kes Natrah sehingga hari ini maseh segar dalam ingatan .

Negara ini yang meletakkan Islam sebagai negara resmi hendaklah dihormati. Setelah beliau melalui pendidikan agama Islam dibawah jagaan bapanya , tidak mungkin umat Islam redha anak itu di Hindukan semula.

Lagipun jika ini berlaku ia akan merupakan kes prisiden yang akan menjadi rujukan kepada kes selanjutnya.

Oleh kerana wujud percanggahan keputusan antara 2 Mahkamah yang berdasarkan dua undang-undang berbeza , maka jalan keluar ialah untuk menyerahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu sebagai pihak tertinggi menjaga Agama Islam di negara ini. Ini adalah kerana dalam hal ehwal ugama Islam para Raja Melayu adalah bertanggungjawab. 

Ditambah lagi bidangkuasa Mahkamah Syariah yang tidak boleh digugat oleh Mahkamah Sivil seperti termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Kami berpendirian menjaga maruah dan status agama Islam dinegara ini agar ia berada pada kedudukannya yang tertinggi, mengikut tafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah penting agar keharmonian di negara ini terjamin.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)