Tuesday, September 15, 2015

Di Tahfiz Ahmadiah- ajar penolakan


Semalam pelajar Tahfiz Ahmadiah belajar Penolakan. bg kerja rumah sb dua minggu depa akan bercuti.
Projek Celik (math) Kindness Malaysia.






10 ADAB MENDERMA PAKAIAN


10 ADAB MENDERMA PAKAIAN

IKLAN - Memerlukan Derma/Bantuan -
Menjadi kewajipan/norma, bantuan PAKAIAN akan diterima oleh individu, kumpulan mahupun organisasi yg membuat iklan tersebut. Kadang-kadang sehingga terjadinya lambakan pakaian pula.

TAHNIAH kepada warga Malaysia kerana sumbangan pakaian anda sangat membantu!

USAHA menyampaikan sumbangan pakaian kepada golongan asnaf amat GIGIH dilakukan oleh para SUKARELAWAN.


Namun begitu, perkara yang tidak menyenangkan sering dialami oleh individu, kumpulan, mahupun organisasi yang menguruskan bantuan yang diterima dalam bentuk pakaian ini.

Berikut adalah senarai ADAB/ETIKA MENDERMA PAKAIAN.

1. BARU. Pakaian baru sudah tentu kondisinya elok dan belum dimiliki dan dipakai. Jarang ada yang akan menolak jika diberi pakaian baru.

2. Berilah pakaian yang PALING ANDA SAYANG. Pastinya pakaian ini masih bagus, cantik dan boleh terus digunakan oleh si penerima nanti. Siapa yang tidak gembira mendapat pakaian LIKE NEW?

3. PILIH DAHULU pakaian yang ingin diberi, janganlah keluarkan daripada almari, masuk dalam plastik tong sampah besar kemudian beri pada orang. Nanti bila terima di tangan pengurusan kami akan melihat semua pakaian anda yang busuk, ada gigitan tikus, penuh dengan semut & serangga. Termasuklah PAKAIAN DALAM yang dah bertahi lalat dan koyak rabak. Tidakkah perkara ini meMALUkan anda sendiri?
Kemungkinan 1 plastik yg anda NIAT DERMA tadi dimasukkan ke dalam tong sampah sahaja.

4. BAIKI KEROSAKAN pakaian. Setelah dipilih ada pakaian yg masih elok tetapi
KOYAK - JAHIT lah dahulu
TIADA BUTANG - PASANG BUTANG.
ZIP ROSAK - TUKAR BARU
CANGKUK HILANG - PASANG CANGKUK
Dan banyak lagi kerosakan yang akan anda dapati setelah memilih pakaian tersebut.

5. CUCI/DOBI pakaian tersebut. Kekotoran hilang dan pakaian pun wangi. Inilah yang paling berat untuk dibuat oleh kebanyakkan yang menderma. Ada pakaian yang diterima masih berbau peluh anda. Bau peluh melekat. Celah ketiak kuning, ada Kesan tumpahan air dan bermacam-macam lagi

6. Dinasihatkan pilih dan berilah PAKAIAN MENUTUP AURAT. Alhamdulillah, baju tidur anda memang cantik. Semua orang suka. Tapi kami tak tahu nak beri pada siapa. Baju yang seksi meksi pula saya pon suka tengok. Tapi hanya boleh diberi pada orang yang memakainya di tempat dan masa yang betul. Bukan senang nak cari orang ni. Jadi kebanyakkan pakaian seksi-meksi/baju tidur kami memutuskan untuk tidak beri pada orang.

7. PAKAIAN DALAM BARU. Sama ada boxer, spender, panties, coli dan yang sama waktu dengannya, kami hanya menerima yang BARU SAHAJA. Tiada kompromi di sini. Tengok je terus buang. Kecuali yang baru.

8. LIPAT. Setelah dipilih, dibaiki, dicuci, seterusnya lipatlah pakaian anda dengan senang hati. Kami juga menerima derma pakaian dengan senang hati.

9. BUNGKUS. Jika ada plastik pembungkus adalah seeloknya pakaian tersebut masuk ke dalam plastik setiap sehelai. Jika tiada tidak mengapa.

10. LABEL. Sila labelkan bungkusan plastik ataupun beg anda. Caranya, letakkan dalam 1plastik/beg jenis pakaian yang sama. Contohnya, pakaian bayi, kanak-kanak, perempuan, lelaki, blouse, kemeja, seluar, tudung, kain pelikat, tuala dan sebagainya. Ini akan memudahkan gerak kerja bahagian pengurus untuk mengagihkan pakaian-pakaian tersebut.

Akhir sekali jika semua ini sudah dijalankan, hantarlah pakaian tadi dengan SENYUMAN & SALAM. Kami berterima kasih atas kerjasama anda. Semoga amalan kita diterima.

Keywords menderma pakaian adalah PILIH-BAIKI-CUCI.

Pesanan tulus ikhlas suci murni daripada Aisy Syafiq aka Aisyah Binti Abdul Halim

#AdabMendermaPakaian

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)