Sunday, May 4, 2014

FAKTA PENTING ISU HADANAH IBU BAPA BERLAINAN AGAMA DI MAHKAMAH MALAYSIA


FAKTA PENTING ISU HADANAH IBU BAPA BERLAINAN AGAMA DI MAHKAMAH MALAYSIA
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara

Konsep asas isu Hadanah dalam Islam.
  1. Definasi
Sayid Sabiq, hadanah sebagai memelihara anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan atau yang telah besar tetapi belum mumayiz, tanpa perintah daripadanya, menyediakan sesuatu untuk kebaikkannya, menjaganya daripada sesuatu yang menyakitinya dan merosakkannya, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar dia mampu berdikari untuk menghadapi hidup dan memikul tnaggungjawab.

  1. Siapa Berhak?

  1. Hak hadanah secara umum (kulliy) menjadi hak ibu. Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya. Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak.
  2. Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud].
  3. Hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz sehingga anak itu mampu memilih sama ada untuk memilih ibu atau bapa.
  4. Pemilihan berdasarkan 5 dharuriat:
    1. Menjaga Agama
    2. Menjaga nyawa
    3. Menjaga akal
    4. Menjaga maruah
    5. Menjaga Harta

    1. Menjaga agama paling utama. Konsep “Madharat itu dapat dihapus.”
اَلضَّرَرُ يُزَالُ
    1. Sayid Sabiq dalam kitab beliau yang terkenal iaitu Fiqh Sunnah, hadanah merupakan masalah perwalian dan Allah tidak membenarkan orang mukmin berada di bawah perwalian orang kafir. Firman Allah ”Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang beriman” [Surah an-Nisa’ 41]
    2. Pandangan jumhur termasuklah Shafie dan Maliki (Maliki kerana Sayid Sabiq itu adalah beraliran Maliki).
    3. Sebahagian mazhab Hanafi, Ibn Qassim, Malik dan Abu Thaur berpendapat bahawa hak hadanah boleh diserahkan kepada orang kafir sekalipun si anak itu muslim kerana tugas hadanah itu tidak lebih hanya kepada menyusu dan melayani anak kecil. Tetapi pandangan ini sukar diterima kerana ia melibatkan soal pertumbuhan jiwa anak-anak lebih-lebih lagi hadin berlainan agama.
    4. Ibn Qudamah ada menyebut: “Adalah dibimbangi bahawa seorang bukan Islam akan mempengaruhi kanak-kanak itu untuk meninggalkan ajaran Islam dengan ajarannya, daya tariknya dan bimbingannya. Ini adalah suatu dharar yang besar. Hadanah adalah untuk kebajikan kanak-kanak dan adalah bersalahan untuk melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kanak-kanak itu atau agamanya.”


Masalah kes penjagaan anak selepas salah seorang pasangan memeluk Islam:
  1. Section 51 Law Reform (Marriage & Divorce) Act 19751.
Dissolution on ground of conversion to Islam
51. (1) Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce:
Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.
(2) The Court upon dissolving the marriage may make provision for the wife or husband, and for the support, care and custody of the children of the marriage, if any, and may attach any conditions
to the decree of the dissolution as it thinks fit.
(3) Section 50 shall not apply to any petition for divorce under this section.

  1. Jika salah seorang dari pasangan non-muslim memeluk Islam, hanya pasangan yang non-converting sahaja ada hak untuk petition for divorce. Seolah-olah masuk Islam ni suatu jenayah dan hak untuk beliau melakukan petition for divorce digugurkan.
  2. Jika pasangan yang non-muslim tu tidak lakukan petition for divorce, pasangan yang muslim tu akan tergantung tanpa tali kerana perkahwinannya yang lama belum dibatalkan lagi.Antara sebab non-muslim tidak failkan petition for divorce 1) sebab nak balas dendam dan 2) Kerana inginkan hak jagaan anak tidak berpindah kepada pasangan yang peluk Islam.
  3. Pasangan yang peluk Islam tiada remedy sepanjang status gantung tidak bertali ini.
  4. Seksyen 51 ini hanya dibawa ke mahkamah jika pasangan peluk Islam bangkitkan isu penjagaan anak. Jika tidak seksyen ini tidak dibawa.
  5. Seksyen 51 digubal di atas falsafah bahawa memasuki agama Islam dikira satu kesalahan matrimonial dan yang demikian pihak yang masuk Islam dinafikan haknya untuk mendapatkan remedi di Mahkamah Sivil. (Bukti falsafah sekular masih dikekalkan)
  6. Cadangan :
    1. Pindaan seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagi memberi hak kepada orang Islam mempetisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil.
    2. Pindaan terhadap Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Cadangan dikemukakan Jabatan Peguam Negara bagi mengatasi konflik bidang kuasa antara syariah dan sivil.
    3. cadangkan, perkahwinan sivil seorang mualaf dibubarkan secara automatik selepas tiga bulan disahkan sebagai Islam.
    4. Bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,artikel yang melarang diskriminasi.

  1. Masalah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
    1. Banyak kes walaupun si pasangan yang memeluk Islam telah mendapat keputusan mahkamah syariah, si pasangan bukan Islam masih berjaya membawa kes ke mahkamah sivil.
    2. Dalam beberapa kes, mahkamah sivil (tinggi/rayuan) kelihatan menghormati keputusan mahkamah syariah kerana 121 (1A).


  1. Seksyen 27 Akta Undang-Undang Sivil , 1956
    1. Akta ini menjadi hub mahkamah sivil ke common law England kes sebelum 1956 sahaja.
    2. Berhubungan dengan penjagaan dan jagaan kanak-kanak
    3. perlu dimansuhkan, kerana ada undang-undang yang mencukupi di Malaysia bagi umat Islam dan bukan Islam.

  1. Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Guardianship of Infants Act)
    1. perlu dikecualikan daripada diterima pakai ke atas orang-orang Islam.
    2. Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 pula membahagikan tafsiran kanak-kanak kepada dua, iaitu bagi kanak-kanak Islam, umur dewasa adalah 18 tahun, manakala bagi kanak-kanak bukan Islam, umur dewasanya adalah 21 tahun.
    3. Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan mengenai perbincangan mengenai pindaan Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Ibu. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:
1) Tidak selaras dengan hukum syara', kerana mengikut hukum Syara', dari segi hak penjagaan kanak-kanak, ibu telah diberi hak keutamaan berbanding dengan bapa selagi kanak-kanak belum mencapai had umur yang mampu bagi mereka mengurus diri mereka sendiri dan selagi ibu masih berkelayakan, kemudian diikuti lain-lain urutan قرابة. Begitu juga dengan hak penjagaan harta yang mana hukum Syara' memberi hak kepada bapa untuk mengurus harta kanak-kanak bawah umur diikuti oleh datuk sahih seterusnya orang-orang yang diwasiatkan. Manakala akta ini memberi hak yang sama kepada ibu dan bapa.
2) Tidak selari dengan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983, di mana enakmen ini telah memperuntukan secara jelas urutan قرابة atau orang lain sebagai penjaga. Manakala akta ini memberi hak yang sama kepada ibu dan bapa.
Bagi tujuan pemakaian akta ini kepada orang bukan Islam, sekiranya kelulusan Badan Perundangan Negeri diperlukan untuk melaksanakan akta ini di Negeri Kelantan, mesyuarat bersetuju supaya satu perjumpaan antara S.S Mufti Kerajaan Kelantan dan Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri diadakan untuk memastikan orang Islam tidak terlibat dalam peruntukan akta ini.

  1. Seksyen 112 Akta Keterangan (Evidence Act) 1950,
    1. berhubung dengan tempoh kandungan bagi memastikan bahawa anak yang baru dilahirkan adalah sah di sisi undang-undang (presumption of legitimacy of a child),
    2. Seksyen 100 akta yang sama, berhubung dengan pentafsiran pemilikan harta pusaka (interpretation of wills), perlu dikecualikan daripada dikenakan ke atas orang Islam.
    3. Dalam Kes Ainan Bin Mahmud VS Syed Abu Bakar, (1939) ,
      1. Mahkamah putuskan anak yang dilahirkan 4 bulan selepas perkahwinan ibunya dianggap sah taraf.
      2. Jika kes di bawa ke sivil, seksyen ini akan digunakan dan ia bercanggah dengan syariah Islam.
  2. Seksyen 4, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Court of Judicature Act) 1964,
    1. yang memperuntukkan bahawa jika berlaku percanggahan di antara mana-mana undang-undang (termasuk Islam) dengan akta ini, maka peruntukan akta ini perlu diterima pakai.Peruntukan ini perlu dimansuhkan.

Contoh kes:
  1. Kes shamala vs jeyaganesh
    1. bapa[islam] telah membawa kes ke mahkamah syariah bagi mendapat hak jagaan 2 orang anaknya yang masih kecil.
    2. Tetapi mahkamah syariah putuskan mereka tiada bidangkuasa mendengar kes dimana satu pihak bukan Islam.
    3. Kemudian mahkamah tinggi sivil dengar permohonan isteri dan mahkamah putuskan hak jagaan pada isteri dengan jagaan bersama [joint-custody]. Namun hakim ingatkan isteri [bukan islam] tidak boleh mempengaruhi agama anak itu. Anak itu akan diberi pilihan memilih mahu tinggal dengan siapa apabila mencapai umur sesuai.
    4. Kesimpulan kes Shamala - bapa yang telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anak beliau sekali tidak diberikan hak jagaan, sebaliknya hak jagaan diberikan kepada ibu yang hindu, dengan satu caveat yang ibu itu tidak boleh menukar agama anak-anak tersebut.
  2. Nur Adryana Qestina binti Abdullah @ Audrey Christina Samuel 2
    1. memohon hak jagaan terhadap dua orang anaknya iaitu Melissa Qristal bte Abdullah (5 tahun) dan Asyraf Jason bin Abdullah (1 tahun 5 bulan).
    2. Pemohon seorang yang beragama kristian sejak lahir, tetapi telah memeluk agama Islam pada 13hb April 2007. Pada 21hb Jun 2001,
    3. Pemohon telah berkahwin dengan S. Gopal A/L Subramaniam
    4. Sebelum memeluk Islam, Pemohon dan suami serta anak-anak tinggal bersama di Kota Warisan Sepang.
    5. Selepas memeluk Islam, Pemohon telah berpindah dan membawa anak-anak dan orang gaji. Pemohon mendakwa dia terpaksa tinggalkan rumah tersebut akibat kontrak sewa telah tamat.
    6. Selepas dia memeluk Islam, dia telah memaklumkan kepada suaminya dan Suaminya, S. Gopal enggan memeluk Islam dan bertindak melarikan kedua-dua anak Pemohon pada 23hb April 2007, iaitu lebih kurang sepuluh hari selepas Pemohon memeluk Islam.
    7. Kes ini-saksi bukan Islam dipanggil iaitu ibu plaintif dan si bapa (suami plaintif) -staus bayyinah bukan syahadah3.
    8. Faktor membantu
      1. Gaji dan pendapatan ibu tetap dan stabil berbanding bapa.
      2. Bapa tidak bertanggung jawab, tidak tinggal sebumbung, ibu plaintif terpaksa menjaga plaintif dan anak-anak.
      3. Bapa melarikan anak-anak.
      4. Semasa mengandung juga si bapa tiada disamping.
    9. Hasilnya,
      1. hak jagaan jatuh kepada ibunya.
      2. Si Bapa boleh melawat, dibenarkan untuk melawat sekali dalam sebulan iaitu pada hari selasa pada minggu keempat antara jam 3.00pm hingga jam 6.00pm bertempat dirumah ibu
      3. Dilarang daripada membuat atau berusaha membuat apa-apa perkara yang boleh memesongkan akidah Islamiah anak-anak tersebut.
  3. Kes Subashini Rajasingham
    1. telah berkahwin dengan seorang lelaki Hindu bernama Saravanan Thangathoray pada tahun 2001. 2 orang anak iaiti Dharvin Joshua berumur 3 tahun dan Sharvind berumur 1 tahun.
    2. Saravanan kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya Muhammad Shafi.
    3. Muhammad Shafi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan perintah pembatalan perkahwinannya dengan isterinya yang masih beragama Hindu.
    4. Menurut undang-undang Islam tulen , perkahwinan Muhammad Shafi adalah dikira terbatal secara automatik.
    5. Muhammad Shafi perlu mendapatkan perintah Mahkamah terlebih dahulu bagi membatalkan perkahwinannya dengan bekas isterinya tersebut kerana Seksyen 46 ( 1 ) Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 memperuntukkan bahawa:
Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk satu kepercayaan lain daripada Islam , maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh Mahkamah. (ciri-ciri inferior Mahkamah Syariah kerana meraikan Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.)

    1. Muhammad Shafi telah mendapatkan perintah pembubaran perkahwinannya dengan Subashini di Mahkamah Syariah namun tidak mampu membubarkan perkahwinannya ke atas Subahsini , Ini kerana menurut seksyen 4 atau 8 Akta tersebut perkahwinan tersebut, jika sah hendaklah berterusan sehingga dibubarkan
( a ) dengan kematian salah satu pihak ;
( b ) dengan perintah sesuatu Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak ; atau
( c ) dengan dikri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu Mahkamah4
    1. Subashini fail penceraian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membubarkan perkahwinannya dengan Muhammad Shafi.
    2. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan5.
    3. Sebelum petisyen penceraian tersebut didengar, Subahsini telah membuat permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi bagi :-
      1. Menghalang Muhammad Shafi mengislamkan anak –anak mereka ;
      2. Menghalang Muhammad Shafi untuk memulakan atau meneruskan prosiding berhubung dengan perkahwinan mereka dan anak-anak mereka di Mahkamah Syariah .

    1. Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi secara ex parte (sebelah pihak) tetapi membatalkan injunksi kerana :-
      1. Injunksi tidak boleh diberikan ke Mahkamah Syariah di bawah seksyen 54 (b) Akta Relif Spesifik 1950 kerana Mahkamah Syariah bukan Mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi ;
      2. Subject matter” bagi permohonan injunksi tersebut adalah termasuk dalam perkara yang berkaitan undang-undang Islam maka berdasarkan Perkara 121 ( 1A ) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut.

    1. Subashini telah memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan Hakim Dato’ Suriyadi dan Dato” Hassan Lah telah memutuskan menolak rayuan Subashini , Hakim Gopal Sri Ram memberikan keputusan yang menentang ( dissenting judgment ).
    2. Keputusan Hakim Dato’ Hassan Lah telah dikritik secara bertalu-talu oleh pihak bukan Islam kerana Hakim tersebut telah memberikan satu pandangan bahawa Subashini masih mempunyai peluang ( recourse ) untuk pergi ke Mahkamah Rayuan Syariah jika beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah kerana di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Wilayah Persekutuan )1993 iaitu di bawah seksyen 53 terdapat peruntukkan yang membenarkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan Muhammad Shafie6.

  1. Kes Pedley v Majlis Agama Islam , Pulau Pinang ( 1990 ) 2 MLJ 307 Y.A
    1. Hakim Wan Adnan menyatakan bahawa “ satu perkahwinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila satu pihaknya memeluk Islam. Ia hanya memberi alasan kepada satu pihak satu lagi yang tidak masuk Islam untuk memfailkan petisyen penceraian ( di Mahkamah sivil ).
    2. Meskipun di dalam kes tersebut Kadi Besar memutuskan bahawa perkahwinan di dalam keadaan tersebut akan dibubarkan mengikut undang –undang Islam, Hakim Wan Adnan menyatakan; “ pernyataan Kadi Besar itu tidak akan menjejaskan keadaan Plaintif di dalam pandangan undang-undang peribadinya dan undang-undang sivil negara.”

  1. Kes Indira VS K Patmanathan (Muhd Redhuan)
    1. Indira, berkahwin dengan K Patmanathan kini 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.
    2. Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Redhuan.
    3. Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak. (tanpa pengetahuan Indira) dengan hanya guna sijil kelahiran.
    4. Mereka akhirnya bercerai (Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976) dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.
    5. Indira bawa ke Mahkamah sivil. Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.
    6. Ridwan lawan- Pada 5 Mei 2009, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Redhuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.
    7. Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Redhuan.
    8. Pada 11 Mac 2010, Hakim Wan Afrah memerintahkan hak penjagaan anak bongsu itu diserahkan kepada Indira.
    9. Pada 1 April 2010, Mahkamah Tinggi Ipooh menolak permohonan Redhuan supaya menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh bekas isterinya M. Indira Gandhi pada Mac 2010. Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim membuat keputusan selepas mendapati tiada keistimewaan dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah.
    10. Campurtangan Kabinet.
      1. Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
      2. Pada 23 April 2009, memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur 18 tahun, hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
    11. Bantahan mufti, NGO
      1. Keputusan kabinet ini dianggap merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka.
      2. Keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.
      3. Tiada perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.
      4. Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar mahu kabinet mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak7.

    1. Mahkamah tinggi batalkan pengislaman 3 anak Redhuan.
      1. Keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng membatalkan pengislaman tiga anak tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan. (menurut Perkara 121 (1A)8
      2. Keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi.
      3. Swee Seng berhujah, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan. Ini antara salah tektikal Redhuan.

  1. Kes Deepa Subramaniam lawan Izwan Abdullah
    1. 4 April 2013: Izwan Abdullah telah mendaftarkan keIslaman kedua-dua anaknya di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan dan telah memilih nama Islam iaitu Sharmila a/p Viran sebagai Nur Nabila binti Izwan dan Mithran a/l Viran sebagai Muhammad Nabil bin Izwan9.
    2. 15 Mei 2013: Izwan Abdullah telah membuat permohonan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan selaras dengan peruntukkan Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Dengan adanya perintah tersebut maka perkahwinan antara Izwan dan Deepa a/p Subramaniam telah dibubarkan.
    3. 28 Jun 2013: Pengesahan pengIslaman kedua-dua anak Izwan Abdullah telah dibuat di Jabatan Mufti melalui keputusan fatwa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
    4. 26 ogos 2013: Izwan Abdullah juga telah memperolehi Perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan di Seremban bahawa Hak Penjagaan SEMENTARA terhadap anak-anak diberikan kepadanya.
    5. 19 September 2013: Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan di Seremban telah mengeluarkan satu Perintah bahawa HAK PENJAGAAN KEKAL diberikan kepada Izwan Abdullah dan ibu kandung (Deepa a/p Subramaniam) turut diberikan akses dan hak lawatan terhadap anak-anak tersebut pada bila-bila masa yang munasabah dengan makluman awal kepada Izwan Abdullah.
    6. Izwan Abdullah, tidak dapat melaksanakan hak jagaan dan kawalan ke atas anak perempuannya disebabkan anak perempuannya ketika itu berada bersama Deepa a/p Subramaniam. Manakala anak lelaki tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan penuh Izwan Abdullah dengan hak lawatan dan akses diberikan kepada Deepa a/p Subramaniam selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
    7. Izwan Abdullah telah memelihara anak lelaki dengan baik dan menunaikan tanggungjawabnya dengan menyekolahkan dan memberikan ajaran agama yang secukupnya. Izwan Abdullah telah menyekolahkan anak lelaki di tadika Islam TASKI ABIM Nur Ehsan Sepang Putra, Sungai Pelek Selangor.
    8. 12 Disember 2013: Deepa telah memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi Seremban.
    9. Pada 4 Mac 2014: sementara menunggu perbicaraan penuh petisyen perceraian dan hak jagaan yang difailkan oleh Deepa, Mahkamah Tinggi Seremban telah memberikan satu Perintah Interim di mana Mahkamah juga telah mengesahkan kewujudan Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bertarikh 19.09.2013 tersebut malahan memerintahkan agar Perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu di kekalkan sementara.
    10. Mahkamah Sivil masuk campur : 7 April 2014: Mahkamah Tinggi Seremban telah membuat Penghakiman bahawa perkahwinan antara Izwan Abdullah dan Deepa dibubarkan dan hak jagaan anak-anak diberikan sepenuhnya kepada Deepa a/p Subramaniam dengan akses melawat anak-anak hanya pada hari Ahad antara 9.00 pagi-6.00 petang sahaja dengan segala akses diawasi oleh Deepa.
    11. Izwan Abdullah juga di larang membawa anak-anak keluar daripada rumah Deepa dan dihalang daripada melawat anak-anak di sekolah termasuklah sekatan untuk tidak membenarkan pihak ketiga dibawa untuk berjumpa dengan anak-anak. Izwan Abdullah mematuhi perintah Mahkamah dan secara sukarela menyerahkan anak-anak tersebut kepada Deepa.
    12. Akhbar The Sun bertarikh 08.04.2014 (“akhbar tersebut” ) sebagaimana berikut:- Said Deepa: “I am happy that my ex-husband did not resist when he was told to hand over the children following the court ruling”.
    13. 7.04.2014 : Izwan Abdullah setelah menyerahkan anak-anak tersebut kepada Deepa, beliau ada bercakap dengan ibu kandung Deepa bernama SITI AISHAH BINTI ABDULLAH yang juga seorang Muallaf bersama dengan bapa tiri Deepa iaitu seorang lelaki Melayu beragama Islam. Malahan kedua-dua adik beradik Deepa juga beragama Islam. Di dalam perbualan singkat di kompleks mahkamah, ibu kandung Deepa ada memberikan jaminan kepada Izwan Abdullah bahawa beliau dan suaminya akan mempastikan anak-anak tersebut akan sentiasa dididik mengikut lunas-lunas Islam semasa berada di dalam jagaan dan kawalan Deepa.
    14. 8 April 2014: Semasa menjalankan tugas seliaan dan menguruskan hal kebajikan saudara baru, Izwan Abdullah sempat meninjau keadaan anak-anaknya dan mendapati mereka diabaikan dari sudut pendidikan agama sebagaimana yang janjikan sebelum ini.
    15. Deepa akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan satu deklarasi Mahkamah untuk membatalkan keIslaman anak-anak tersebut sebagaimana yang mana telah diterbitkan di Akhbar THE SUN bertarikh 08.04.2014 antara lainnya berbunyi:- DEEPA WHO WAS ASSISTED BY WOMAN’S AID ORGANISATION IN HER LEGAL BATTLE, SAID SHE HAS TO FILE ANOTHER APPLICATION TO OBTAIN A DECLARATION THAT THE CONVERSION OF THE MINORS BY THEIR FATHER WAS ILLEGAL AND UNCONSTITUTIONAL.
    16. Setelah menyedari bahawa akidah dan kepercayaan anak-anak beliau akan terjejas jika berada dengan Deepa, Izwan Abdullah kemudiannya bertindak membawa anak lelakinya sahaja untuk tujuan menyelamatkan akidah Islam anak tersebut. Anak lelaki tersebut kini selamat berada di bawah jagaan beliau.
    17. 14.04.2014 : Izwan Abdullah telah memfailkan satu Afidavit Penjelasan Tingkah laku Pengambilan Anak pada 09.04.2014 untuk memberikan penjelasan kepada mahkamah apa yang berlaku dan bertujuan untuk menjawab kepada tohmahan dan membidas laporan negatif yang mengatakan beliau menculik anak lelaki tersebut termasuklah memberikan pernyataan serta peristiwa-peristiwa yang mendorong kepada tindakan beliau untuk mengambil semula anak lelaki pada 09.04.2014.
    18. Penghakiman pada 07.04.2014 (Di Mahkamah Tinggi Seremban) didapati tiada apa-apa perintah untuk membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Beliau percaya bahawa perintah tersebut masih berkuatkuasa dan masih mempunyai kesan undang-undang ke atas beliau, Deepa dan anak-anak.
    19. Beliau juga mendapati Penghakiman pada 7.04.2014 tidak membuat apa-apa perintah yang mempunyai apa-apa kesan negatif terhadap kedudukan Agama Islam kedua-dua anak tersebut.
    20. Berdasarkan kepada pemerhatian, melalui usaha Izwan Abdullah, anak lelaki tersebut kini telah mampu menunaikan solat dan membaca bacaan-bacaan khusus di dalam solat malahan mengenal huruf Al-Quran dan boleh menghafaz surah-surah pendek dalam Al-Quran.
    21. Rayuan ke Mahkamah Rayuan juga telah difailkan pada 11.04.2014.

Rujukan
Kes Subashini v Rajeswaran -Ketidakadilan ke atas orang Islam kenapa didiamkan
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
Kes Subashini: Mahkamah Syariah tiada kuasa
Oleh NOR ZAINAH NORDIN
KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA BERKENAAN PENGISLAMAN ANAK-ANAK MUALAF DI BAWAH UMUR
20 Jun 2013 bersamaan 11 Shaaban 1434
Mahkamah Tinggi tiada hak campur bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam kes Indira Gandhi
Oleh Hasbullah Awang Chik
K. Pathmanaban








1 Akta ini juga boleh pisahkan pasangan bukan Islam dalam (Seksyen 53 & 54 Akta 164) untuk kesalahan , zina, tingkah laku yang zalim, isolasi (lebih 2 tahun), tinggal berasingan (lebih 2 tahun)

2 Mahkamah Tinggi Syariah Di Seremban Dalam Negeri Sembilan Kes Mal No 100-028-0193-2007
3 penerimaan orang bukan Islam sebagai saksi atas dasar bayyinah ini ada diperuntukkan di dalam seksyen 83 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang memperuntukkan:
83. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah berwibawa untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah ‘aqil, baligh, ‘adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.
(2) Seorang yang bukan Islam adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak.

4 “Mahkamah” di dalam seksyen tersebut ditakrifkan sebagai Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi. (ciri-ciri inferior Mahkamah Syariah di Malaysia)
5 Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju,.
6 Dikritik kerana Mahkamah Syariah dianggap tidak layak sama sekali mengadili orang bukan Islam dan cadangan Dato Hasan Lah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam sahaja. Di Negeri Sembilan ada kes bukan Islam dijadikan saksi dalam Mahkamah Syariah.
7 Istilah dalam Perkara 12(4) itu adalah `parent or guardian' bukan `parents or guardian' yang mana ia bermaksud `ibu atau bapa atau penjaga.
8 Ditegaskan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM bahawa keputusan Mahakamh Tinggi itu tidak memberi kesan.

9 Fahaman mengatakan kaum bukan islam jika ke Mahkamah Syariah pasti kalah kerana Mahkamah pasti menyebelahi kaum Muslim adalah fahaman yang salah. Buktinya dalam kes Nyonya Tahir yang telah keluar daripada Islam, mengamalkan kehidupan buddha dan mati dalam agama tersebut. Setelah mendengar saksi-saksi dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan mengisytiharkan bahawa Nyonya Tahir telah melalui kehidupan bukan Islam dan mati sebagai bukan Islam. Maka mayat beliau diserahkan kembali kepada keluarga bukan Islamnya.

Isi Forum Ikhwan Muslimin Disayangi dan Dibenci




Isi pembentangan

Muhammad Nuruddin 
membentang isi kertas kerja yang boleh dibuka melalui :

Dr Ahmed Sami Al Qudsi

Pada awalnya saya ingin mengajak melihat ayat Al Quran agar ia menjadi cahaya yang membimbing kita. Apatah lagi ia di Mesir keadaannya sesuai dengan Surah Al Mulk (Dominion) ayat 1-2.

Allah yang menjaga segala kejayaan dan kejadian semua di tangannya. Bahawa Allah menjadikan hidup ini sebagai ibtila’ dan dugaan untuk melihat siapa yang benar-benar bersungguh-sungguh dalam membawa ke jalan dakwah.

Surah Al Baqarah 154,155,156

Kita adalah hambanya yang dikurniakan iman yang sahih dan kita mengharapkan pertolongan daripadaNYa dan Allah bersama orang yang sabar. Dakwah akan sentiasa dipenuhi dengan ranjau dan duri dan dalam dakwah juga akan ada yang syahid serta terkorban.

Kehidupan selepas mati adalah kehidupan sebenar-benarnya dan bila berada di jalan dakwah sentiasalah mengharapkan bantuan Allah.

Kita melihat dan diperlihatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir kita mampu membandikan keadaan sebelumnya ia adalah ketentuan Alah taala dan akan berlaku pertembungan antara Islam dan Kuffar serta pertembungan dengan golongan Ikhwan dan sekularisme.

Dalam sistem kehakiman Mesir, semua adalah bentuk ujian bagi yang membawa risalah dakwahNya.

Kita dihidangkan ketentuan para mujahidin memerlukan bantuan dan sokongan sebagainya dan apa yang berlaku sekarang ini wujudnya juga golongan yang munafik. Di Mesir mereka menggunakan kewangan yang banyak, media massa 100% serta akhbar, menggunakan lidah-lidah manis (ustaz selebriti) untuk mengendurkan semangat jihad anak muda yang ingin melihat kejatuhan kezaliman di bumi Mesir.

Hari ini saya selaku warga Palestin mengambil tahu akhbar Mesir saban hari iaitu sejak 25 januari 2011 media Israel mengeluar kenyataan, laporan kesedihan dengan kejatuhan Mubarak serta membincangkan bahayanya Ikhwan kepada negara arab dan kepentingan Barat, betapa perlunya Ikhwan dijatuhkan.

Dr Mursi digulingkan pada Julai 2013, kegembiraan Israel, Barat terhadap kejatuhan Ikhwan. Menyatakan kebencian amat sangat kepada Ikhwan Muslimin.

Bantuan Mapim ke Gaza melalui Mesir bukan untuk membawa masalah tetapi ingin memberi bantuan kemanusiaan tetapi dihalang oleh tentera As Sisi.


Dato’ Cikgu Yahya Abdullah

Tiada siapa boleh bertanya di mana makam Imam As Sayhid Hassana Al banna, kehebatannya seluruh dunia tetapi makamnya langsung tidak diketahui di mana akibat percaturan Yahudi.

2000 cawangan Ikhwan di Mesir dan ahlinya sekitar 2 juta orang. Mereka bergerak bukan sekadar penyampai dakwah tetapi juga meliputi politik, kenegaraan, agama dan sebagainya.

Mereka telah bina ribuan sekolah seluruh Mesir dan tarbiah inilah yang menatijahkan kejayaan Ikhwan hingga ke Parlimen.

Pada tahun 1950an, sebahagian pimpinan Ikhwan pernah dibawa ke Malaysia. Ketika itulah pemimpin di Malaysia mendapat suntikan semangat dalam Ikhwan.

As Sisi dikatakan oleh cucu Imam Al Banna sebagai pnyambung legacy Amerika-Yahudi di Mesir.

Ikhwan tidak memulakan Revolusi 2011. Ikhwan bersama dengan gerakan ini dan akibatnya Dr Mursi dinaikkan sebagai Presiden.

5 prinsip Ikhwan telah dibawa sehingga ke Malaysia dan ia menjadi moto juang ribuan anak muda.

Kita sebagai prnyokong bila disebut Ikhwan kita akan tergambar wajah dan kisah-kisah berkenaan Imam Al Banna. Apabila disebut perkembangan di Mesir sebagaimana yang kita lihat ia tidak mustahil akan berlaku di negara lain yang menerima bencana yang sama seperti di Mesir.

Ustaz Tarmizi Sulaiman

Kerajaan Saudi mengharamkan Ikhwan di Saudi. Malah melaporkan gerakan ini berada di Britain sehingga kerajaan Britain memburu pengikut IKhwan di sana.

Antara 529 yang dijatuhkan hukuman itu ada yang tidak berada di Mesir tetapi berada di Saudi. Malah ada nama yang sudah mati. Malah tuduhan 529 adalah membunuh seorang polis. Pertuduhan yang paling tidak logik!

Cikgu Haji Mohd Azmi Abd Hamid.

Arab Spring telah masuk 3 tahun 3 bulan 3 minggu 5 hari (18 Disember 2010) bermula di Tunisia. (sehingga 14 April 2014)

Arab Spring berlaku dengan 9 sebab:
  1. Kepimpinan autokratik.
  2. Korupsi tenat (Mesir memiliki kilang sabun, dapat kontrak buat stadium).
  3. Sekterisme (dipecahkan, mazhab, etnik, kabilah dengan kabilah, parti dengan parti, sehingga rakyat bosan dan benci)
  4. Pengangguran melampau. ( Zaman Hosni pengangguran 47% rakyat)
  5. Perlanggaran hak asasi yang teruk. (tiada hak bercakap, tiada keadilan pengadilan, pembunuhan rahsia)
  6. Disebabkan Muhammad Bauzuzi mahasiswa yang menganggur, terpaksa rasuah untuk meniaga dan membakar diri sendiri di Tunisia)
  7. Monarki memiliki negara- rakyat tiada hak memilih.
  8. Pemilihan bebas tidak dirasai orang Arab.

Ar Rabi' Arabiy

Sebab :

Pemerintahan autokratik / kuku besi
Korupsi politik
Persekongkolan dengan US dan Israel
Pelanggaran Hak Manusia
Inflasi
Kleptocracy ( pihak yang berkuasa merompak khazanah negara )
Sektarianisme
Pengganguran
Kemisikinan
Bakar diri oleh Mohamed Bouazizi

Tujuan/ tuntutan :

Demokrasi
Pilihanraya yang bebas
Hak manusia
Pekerjaan
Perubahan regim
Islamisme
Secularisme

Metod :

Civil disobedience ( bantahan sivil )
Civil resistance ( penentangan sivil )
Defection ( Berpaling tadah )
Demonstrations ( demonstrasi )
Insurgency ( gerakan bawah tanah )
Internet activisme ( guna internet / fb / twitter / ......)
Protest camps ( khemah protes )
Revolution ( revolusi )
Riots (rusuhan )
Self-immolation ( bakar diri )
Sit-ins ( protes duduk )
Strike actions ( Tindakan piket )
Urban warfare ( serangan sasaran kota )
Uprising ( kebangkitan )
Matlamat

Ubah regim

Mahu sebahagian mereka untuk menegak Islam/menuntut sekularisme.


Pembacaan buku-buku bahan kajian Ikhwan perlu dilakukan untuk memahami apa itu Ikhwan Muslimin.

Amerika membisu apabila Mesir melanggar deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa walaupun bersama menandatangani deklarasi berkenaan.

15 pertubuhan antarabangsa (tiada satu pun Islam) menandatangani usul keras terhadap kekejaman dan tindakan tidak demokratik di Mesir.

Bekas peguam negara Amerika, dalam tulisannya Deterorian of Egypt menyelar kekejaman di Mesir dan menyelar kebisuan dunia terhadap kezaliman dan menganggap tindakan teradap Mursi sebagai Mahkamah yang tidak sah.

Surat yang ditulis kepada Perdana Menteri Dvid Cameroon oleh SM Idris. Mengutuk keras tindakan kerajaan Britain yang ingin menyiasat kehadiran Ikhwan di Brirain sedangkan mereka telah wujud di Britain berdekad lamanya dan mengapa hanya kerana kini ingin menyiasat. Hal ini disebabkan Britain mendapat hadiah petrol daripada Saudi 15 bilion USD untuk memburu Ikhwan. Inilah sikap sebenar Arab Saudi.

MAPIM desak untuk hentikan penyiasatan terhadap Ikhwan sedunia.
Mendesak mesir membebaskan semua tahanan dan membatalkan undang-undang darurat di Mesir yang cukup teruk.






PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)