Sunday, April 25, 2010

Ijtimak Anak Muda Penggerak Ummah

IJTIMAK ANAK MUDA PENGGERAK UMMAH (MUDA-Teras 2010)

1.0 Pengenalan

Dalam mendepani cabaran arus kemodenan, pembelaan terhadap nasib segelintir kelompok masyarakat Islam yang dinafikan hak kemanusiaan mereka terus diambil berat. Malah Umat Islam serata dunia kini sarat dengan permasalahan, keterhimpitan dan hambatan sosial yang cukup teruk, meliputi permasalahan beragama, masalah kemelesetan ekonomi, kelemahan institusi pendidikan, keterbelakangan teknologi mandiri serta gejala sosial akibat racun sekular di serata negara umat Islam.

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) turut mengambil juzu’ perjuangan ini dan semenjak penubuhannya pada pertengahan tahun 2007, beberapa bengkel dan usrah dijalankan dengan tujuan memupuk kesedaran dan penglibatan golongan mahasiswa khasnya dalam isu ini. Kini SPAQ menilai perlunya platform yang lebih besar bagi gerak kerja untuk petugas, sukarelawan mahupun aktivis dari kelompok muda atau mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan SPAQ. Teras Pengupayaan Melayu dilihat sebagai tapak yang kuat untuk gerak kerja tersebut.

Justeru, Ijtimak Anak Muda Penggerak Ummah ini akan menjadi sayap kepada TERAS dengan nama MUDA-Teras serta melebarkan sayap kerja agama dan ummah melalui Teras, CAP dan Citizen International.

2.0 Objektif

1. Penubuhan kumpulan Anak Muda yang akan menjadi sayap kiri dan bergerak di bawah TERAS iaitu penyerapan Skuad Penyelamat Aqidah di bawah TERAS induk.

2. Memberi penerangan awal berkenaan situasi masyarakat Islam yang tertindas yang berada di dalam dan di luar negara. Contohnya isu Palestin, etnik Rohingya di Arakan, Islam Patani di Selatan Thai dan sebagainya serta peranan anak muda Islam menangani isu tersebut.

3. Memupuk kefahaman yang lebih jelas berkenaan keperluan dakwah sosial dalam konteks menangani permasalahan masyarakat Islam Malaysia mahupun pelarian.

4. Merangka tindakan dan aktiviti susulan yang praktikal untuk diaplikasikan oleh kumpulan Anak Muda TERAS.

5. Memupuk golongan mahasiswa dan belia umumnya agar aktif serta proaktif dalam kegiatan aktivisme kemasyarakatan.

3.0 Tempat

RECSAM

4.0 Tarikh

Belum ditentukan (Ahad)

5.0 Sasaran

Aktivis SPAQ, golongan belia, pelajar sekolah menengah dan mahasiswa.

6.0 Jumlah peserta

30 orang

7.0 Anjuran

TERAS Pengupayaan Melayu

8.0 Cadangan Tentatif

8.00 pagi : Pendaftaran peserta

8.30 pagi : Ucapan aluan oleh saudara Muhammad Nuruddin

8.40 pagi : Ucapan Perasmian daripada Presiden TERAS bertajuk ‘Mengapa perlu anak muda berjuang’

9.00 pagi : Sesi 1 – Ceramah dan Pembentangan

Tajuk : Isu Gaza

(JAMAIY Perak)

10.00 pagi : Sesi 2 – Ceramah dan Pembentangan

Tajuk : Selamatkan Zuriat Kita

(Saudara Raie dari Manjong)

11.00 pagi : Ceramah

Tajuk : Isu Rohingya dan Penindasan umat Islam Patani- satu sorotan

(Cikgu Azmi)

11.30 pagi : Pembentangan 20 Prinsip Teman Teras, Menganut Islam Secara Kaffah oleh Presiden TERAS, Cikgu Azmi

12.30 t.hari : Penerangan bentuk aktiviti dan gerak kerja MUDA-Teras oleh Saudara Muhd Nuruddin dan dipecahkan dalam bentuk bengkel

1.30 petang : Rumusan hasil bengkel

2.00 petang : Majlis tamat


Contoh aktiviti rutin Anak Muda TERAS

Contoh: Isu Rohingya diterangkan dan difahamkan kepada domain mahasiswa, pelajar sekolah mahupun belia.

1. Perjuangan isu diskriminasi komuniti Rohingya di Masjid tempatan, hak perkuburan serta lain-lain hak umum umat Islam. Perjumpaan dengan pihak MAIP adalah antara metod yang akan digunakan.

2. Edaran risalah isu Rohingya di kawasan tumpuan awam seperti pasar malam, masjid-masjid, surau, pasar raya di sekitar Pulau Pinang, Perak, Kedah dan negeri-negeri yang lain. Bahan risalah dari TERAS telah diterima dan risalah tambahan akan disediakan lagi. Sasaran adalah masyarakat awam dan penduduk setempat. Aktiviti ini akan dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3. Mengadakan bengkel kepada masyarakat umum berkaitan isu ini serta mobilasi masyarakat tempatan untuk membantu umat Rohingya.

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)