Tuesday, November 3, 2015

Pegawai Bank islam hulur bantuan untuk Pakcik Mahmud

Siri ke 5
Alhamdulillah hari ni (31/10/15) dpt bersama teman sekolah Muhammad Nuruddin Bin Bashah menyantuni pasangan Pak Mahmud (Rohingya) & Kak Yati (Indonesia) yang tinggal di Padang Temusu, Sungai Petani (Area Jual kereta 2nd hand). Kedua2nya sudah menetap d Malaysia sejak 20 tahun dh berkahwin hampir 10 tahun.
Pak Mahmud pada zaman sihatnya melakukan pelbagai kerja rencam drpd buruh kontraktor hinggalah tukang paip dan sbgainya sementara Kak Yati bekerja sbg pembantu rumah. Ujian melanda apabila Pak Mahmud mengidap Kencing Manis dan mengalami rabun yg teruk.
Sebahagian kakinya telah di potong & apa yg di luar pemikiran saya ialah bagaimana mereka dpt melakukannya (potong sebahagian tapak kaki) sendiri hanya kerana kesempitan hidup.
Rumah yg didiami yg pada zahirnya ialah bangsal buruk merupakan tempat mereka berteduh dr hujan & panas.
Sejak 6@7 bulan lepas. Bekalan elektrik ke rumh ini telah pun dipotong & kini rumah itu bakal dirobohkan disebabkan desakan drpd pemilik perniagaan bersebelahan tempat mereka berteduh. Melihat kedhaifan pasangan ini, bagaimanalah mereka mengharungi mlm tanpa bekalan elektrik sedangkan keadaan dapur yg cukup gelap pada waktu siang inikan pula malam.
Semasa ziarah hari ni Kak Yati baru pulang daripada mencari rumah/bilik sewa utk berpindah. (Sesiapa yg ada maklumat rumah/bilik utk disewa di sekitar Padang Temusu @ Taman Kempas pd harga RM100-RM200 boleh lah memaklumkan kpd saya atau Ustaz Nuruddin)
- Terima kasih kepada Ustaz Nuruddin yg sudi menjadi tour guide hari ni walaupun cbuk bekerja. Semoga Tuan terus Istiqamah dalam perjuangan.
- Inilah realiti kehidupan akhir zaman.
Terima kasih kpd semua kakitangan Bank Islam, Seberang Jaya yg menjayakan Program 1 Bulan 1 Kebajikan. Semoga Allah membalas sumbangan dan jasa baik Tuan/Puan dgn rezeki yg Berkat dan berlipat kali ganda.
‪#‎Miskin‬ itu Ujian, Kaya juga Ujian
‪#‎Semoga‬ Allah jadikan kita semua dr kalangan org yg Bersyukur & Istiqamah
‪#‎Hidup‬ biar berjasa
‪#‎Hulurkan‬ tangan ringankan beban
Siiru 'Ala Barakatillah











Kindness Malaysia santuni Pakcik Mahmud yang sedang menderita di Sungai Petani

Muhammad Nuruddin Bin Bashah added 10 new photos — withWardah Binti Abdul Rahman.
Bismilah, Kami hadir bw sumbangan wang tunai untuk meringankan beban Pakcik Nur Mahmud (rohingya) dan Kak Yati (warga indnsia) yg hanya bergantung gaji kak Yati rm500 sebulan.
Dgn amanah Kindness Malaysia
Rumah bangsal dhoif, tiada elektrik selepas ditarik pemilik bangsal.
Saya ruqyah pakcik Mahmud dgn sebak dan air mata,
Bismillhi arqika..
Ayat penawar sakit Ya ayyuba
Ayat pendinding
Yasin 9 niat agar syaitan manusia tidak mengapakan mereka,
Saya pesan Kak Yati agar bca iyyakana buduwa iyya kanastain ratusan kali niat Allah lembutkan pemilik bangsal agar tidak menghalau mereka..
Kami pesan call shja kami jika ada kecemasan terutama malam..kereta kami sedia untuk mustadhafin..
Kami akn kembali dgn myk zaitun,herba dan ubt altrnatif untk Pakck dan Kak
Yati...












Hantar minyak zaitun


Hantar minyak zaitun kepada pasangan Pakcik Mahmud dan Kak Yati. Juga sedikit wang tunai sumbangan pendokong KINDNESS MALAYSIA yg perihatin.
TERIMA KASIH


PELAJAR TAHFIZ AHMADIAH BELAJAR DARAB

Pelajaran pendaraban di Tahfiz Ahmadiah malam tadi. Rata rata nak kena bimbing dpa hafal sifir untuk masa dpn mereka.
Konsep saling bntu membntu sesama rakan ditekan dalam PROJEK CELIK (MATEMATIK) ini.

Ingin tubuh Kumpulan Nasyid (PROJEK NASYID)

Assalamualaikum,
Saya berhajat untuk mengasuh satu pasukan nasyid dari sekolah bukan agama seumpama saya mendidik bertahun pasukan Sekolah Menengah Teluk Kumbar Pulau PInang 10 tahun lalu.
Ciri-ciri peserta kumpulan yang diterima pakai:
1) Pelajar tingkatan 1-4 (suara ada halus dan ada garuk baru baligh)
2)Mat rempit, kaki band, mat lepak, 'beban' diterima.
3) Perangai sintaq (jenis bila buat qiamulail bukan dia solat tapi dia pi tangkap hantu) diterima
4) Jenis baru nak up, baju tak reti buh dalam, tapi agak minat nasyid ada taman dalam hati walaupun nampak 'metal'
Insya Allah, sejak beberapa lama saya menjadi jurulatih nasyid, aktviti nasyid kontemporari boleh mengubah 'feel' remaja kita.
Pernah mengajar nasyid, moto kena cabut plug.... duit tak ada, kerja part time semata untuk naik bas mengajar nasyid tanpa ada bayaran dari sekolah..... jawapannya sebab MINAT dan ingin BERI HARAPAN kepada mereka...
Kepada guru yang nak deal dengan saya sila whatsap 017 6291368. Sekolah bertuah sahaja saya ambik ajar hingga mereka mampu ke pertandingan dan bermain di majlis perkahwinan Insya Allah...
Nama projek ni PROJEK NASYID KINDNESS 
note: Gambar bawah menunjukkan betapa seriusnya kami. Pak gelab anak cerah


Tuesday, September 15, 2015

Di Tahfiz Ahmadiah- ajar penolakan


Semalam pelajar Tahfiz Ahmadiah belajar Penolakan. bg kerja rumah sb dua minggu depa akan bercuti.
Projek Celik (math) Kindness Malaysia.






10 ADAB MENDERMA PAKAIAN


10 ADAB MENDERMA PAKAIAN

IKLAN - Memerlukan Derma/Bantuan -
Menjadi kewajipan/norma, bantuan PAKAIAN akan diterima oleh individu, kumpulan mahupun organisasi yg membuat iklan tersebut. Kadang-kadang sehingga terjadinya lambakan pakaian pula.

TAHNIAH kepada warga Malaysia kerana sumbangan pakaian anda sangat membantu!

USAHA menyampaikan sumbangan pakaian kepada golongan asnaf amat GIGIH dilakukan oleh para SUKARELAWAN.


Namun begitu, perkara yang tidak menyenangkan sering dialami oleh individu, kumpulan, mahupun organisasi yang menguruskan bantuan yang diterima dalam bentuk pakaian ini.

Berikut adalah senarai ADAB/ETIKA MENDERMA PAKAIAN.

1. BARU. Pakaian baru sudah tentu kondisinya elok dan belum dimiliki dan dipakai. Jarang ada yang akan menolak jika diberi pakaian baru.

2. Berilah pakaian yang PALING ANDA SAYANG. Pastinya pakaian ini masih bagus, cantik dan boleh terus digunakan oleh si penerima nanti. Siapa yang tidak gembira mendapat pakaian LIKE NEW?

3. PILIH DAHULU pakaian yang ingin diberi, janganlah keluarkan daripada almari, masuk dalam plastik tong sampah besar kemudian beri pada orang. Nanti bila terima di tangan pengurusan kami akan melihat semua pakaian anda yang busuk, ada gigitan tikus, penuh dengan semut & serangga. Termasuklah PAKAIAN DALAM yang dah bertahi lalat dan koyak rabak. Tidakkah perkara ini meMALUkan anda sendiri?
Kemungkinan 1 plastik yg anda NIAT DERMA tadi dimasukkan ke dalam tong sampah sahaja.

4. BAIKI KEROSAKAN pakaian. Setelah dipilih ada pakaian yg masih elok tetapi
KOYAK - JAHIT lah dahulu
TIADA BUTANG - PASANG BUTANG.
ZIP ROSAK - TUKAR BARU
CANGKUK HILANG - PASANG CANGKUK
Dan banyak lagi kerosakan yang akan anda dapati setelah memilih pakaian tersebut.

5. CUCI/DOBI pakaian tersebut. Kekotoran hilang dan pakaian pun wangi. Inilah yang paling berat untuk dibuat oleh kebanyakkan yang menderma. Ada pakaian yang diterima masih berbau peluh anda. Bau peluh melekat. Celah ketiak kuning, ada Kesan tumpahan air dan bermacam-macam lagi

6. Dinasihatkan pilih dan berilah PAKAIAN MENUTUP AURAT. Alhamdulillah, baju tidur anda memang cantik. Semua orang suka. Tapi kami tak tahu nak beri pada siapa. Baju yang seksi meksi pula saya pon suka tengok. Tapi hanya boleh diberi pada orang yang memakainya di tempat dan masa yang betul. Bukan senang nak cari orang ni. Jadi kebanyakkan pakaian seksi-meksi/baju tidur kami memutuskan untuk tidak beri pada orang.

7. PAKAIAN DALAM BARU. Sama ada boxer, spender, panties, coli dan yang sama waktu dengannya, kami hanya menerima yang BARU SAHAJA. Tiada kompromi di sini. Tengok je terus buang. Kecuali yang baru.

8. LIPAT. Setelah dipilih, dibaiki, dicuci, seterusnya lipatlah pakaian anda dengan senang hati. Kami juga menerima derma pakaian dengan senang hati.

9. BUNGKUS. Jika ada plastik pembungkus adalah seeloknya pakaian tersebut masuk ke dalam plastik setiap sehelai. Jika tiada tidak mengapa.

10. LABEL. Sila labelkan bungkusan plastik ataupun beg anda. Caranya, letakkan dalam 1plastik/beg jenis pakaian yang sama. Contohnya, pakaian bayi, kanak-kanak, perempuan, lelaki, blouse, kemeja, seluar, tudung, kain pelikat, tuala dan sebagainya. Ini akan memudahkan gerak kerja bahagian pengurus untuk mengagihkan pakaian-pakaian tersebut.

Akhir sekali jika semua ini sudah dijalankan, hantarlah pakaian tadi dengan SENYUMAN & SALAM. Kami berterima kasih atas kerjasama anda. Semoga amalan kita diterima.

Keywords menderma pakaian adalah PILIH-BAIKI-CUCI.

Pesanan tulus ikhlas suci murni daripada Aisy Syafiq aka Aisyah Binti Abdul Halim

#AdabMendermaPakaian

Wednesday, August 5, 2015

Tamat sesi pertama tusyen matematik di Tahfiz Ahmadiah di bwh PROJEK CELIK KINDNESS MALAYSIA.

5 OGOS 2015

Tamat sesi pertama tusyen matematik di Tahfiz Ahmadiah di bwh PROJEK CELIK KINDNESS MALAYSIA.
Mcm di Maahad Tahfiz Intan, sambutan positif....
Muqaddimah keperluan matematik dalam hidup beragama...
Ada yg tulis siam tuu....
JUMPA LAGI RABU DUA MINGGU LAGI....
— with Fadzil Noor Bin Sahani at Tahfiz Ahmadiah Permaipura.















PROJEK CELIK -BENER


Projek Lemang

Our Projek Lemang is back. For contributions please do not hesitate to contact us.
By Everyone For Everyone
‪#‎ProjekLemang‬ ‪#‎kindnessmalaysia‬
 — with Allan Ashraf and 16 others.


Perjumpaan pertama dgn pelajar Tahfiz Ahmadiah Bedong

Perjumpaan pertama dgn pelajar Tahfiz Ahmadiah Bedong bersama mudirnya Us Fadzil Noor Bin Sahani tadi jam 10 malam.
Insya Allah PROJEK CELIK ( kelas matematik percuma) Tahfiz Ahmadiah bermula minggu depan tiap
RABU MINGGU 2 DAN 4 9 malam
Sumbangan para dermawan amat dialukan untuk peralatan mengajar dan buku kerja.
TERIMA KASIH kepada sahabat , saudara yang telah menyumbang kepada projek ini...
Cc big bos utara Mohd Azrul Razak
— with Tahfiz Ahmadiah.






Sesi pertama Projek Celik (kelas matematik) Kindness Malaysia di Maahad Tahfiz Intan MATIN

Selesai sesi pertama Projek Celik (kelas matematik) Kindness Malaysia bersama Maahad Tahfiz Taman Intan MATIN jam 6.30 ptg tadi.
Alhamdulilah positif...anak anak tahfiz minda baik...
Ada yg jumpa saya tadi minat untuk ambk SPM selepas tamat hafazan, MATIN mendorong anak anak ini ambk dip Tahfiz wal Qiraat di Insaniyah KUIN.
Matematik untuk kehidupan dan ia sebahagian ilmu agama Islam yg diperjuang oleh anak anak ini...
Insya Allah sumbangan dan bantuan masih diperlu untuk Tahfiz seterusnya..,
@pusat aktiviti kindness wilayah utara
— with Idrus Ahmad at Masjid Taman Intan Sungai Petani.












Tuesday, July 28, 2015

Beras pulut untuk rai mustadhafin Kuala Ketil

5.30 Petang 27 Julai 2015

Selesai menyerahkan 15kg beras pulut kepada Mdm Ukhti Nazihah MaduKelulut untuk Projek Lemang (dan sumbangan) di Kuala Ketil 8 Ogos nanti meraikan anak asnaf, mustadhafin, golongan susah di sekitar Kuala Ketil...
CC Mohd Azrul Mohd Razak (big Bos Utara)


Monday, July 27, 2015

Jom mula langkah kebaikan hari ini...

FRIDAY, JUNE 5, 2015 
Jom mula langkah kebaikan hari ini...
Sebenarnya saya dah amal beberapa perkara yang selaras dengan kempenKindness Malaysia antaranya..
1) Sediakan 2 not RM 1 sehari dan hulurkan kepada pekerja yang saya lihat bekerja berpeluh-peluh, kadangkala beri kepada cleaner Nepal yang sedang beratur beli air.
2) Beri RM 1 kepada pemungut duit kutu bulanan apabila saya terlewat bayar (misalnya kelmarin kerana MC terlewat bayar) sebab beliau akan dahulukan wang saya untuk penerima KUTU bulan berkenaan.
Biar sedikit tapi istiqamah....
Saya rasa kempen RM 1 sangat mudah untuk kita mulakan langkah uat baik .... apa kata anda?
Muhammad Nuruddin Bashah.
017 6291368

Terima Kad Kindness...apa nak buat??

JUNE 5, 2015 

Takdir saya menerima kad @kindness daripada Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Bin Kamarulazizi maka saya perlu progresifkan lg amal bakti sesama manusia, haiwan, alam sekitar..Insya Allah


- See more at: http://muhammadnuruddinhajibashah.blogspot.com/2015/06/terima-kad-kindness.html#sthash.XnKZhNvR.dpuf

Bahan-bahan untuk Projek Lemang (bantuan anak Yatim Kuala Ketil) dan Projek Celik (tusyen percuma di Tahfiz)

Buku rujukan round pertama PROJEK CELIK dah ada. Terima ksh kpd penyumbang, pekerja Yuasa, shbt fb, whatsap, adik beradik yg bg sumbgn. Walau sedikit kalau kena sasaran amat bermanfaat!



Sedia bhn projek lemang dan projek celik.... Terima ksh para penderma...

Esok serah kepada Ukhti Nazihah MaduKelulut... sebab tak dapat hadir 8 Ogos, kerja kilang lah katakan.....

Pusat Aktiviti Kindness Wilayah Utara


PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)