Sunday, March 1, 2009

SPAQ dan jualan buku ilmiah

Jualan buku SPAQ amat memberangsangkan. Saya berpuas hati dengan kerja Nadir yang amat agresif dalam ilmu dan amat cintakan buku-buku. Kita telah mengedar buku dari Citizen International serta Kedai safir Ilmu iaitu kedai milik keluarga Ustaz Dr. Mujahid Rawa.
Ustaz Mujahid menyarankan kita untuk mengambil pula buku-buku tambahan di Gedung Buku Warisan keluarganya di jalan Acheeh P.Pinang.
Sebentar tadi dalam mesyuarat IPSI saya menawarkan diri untyuk menjual buku-buku terbitan IPSI serta bahan-bahan ilmiah Harun Yahya. saya boleh membayangkan betapa mewahnya program SPAQ dengan bahan bacaan ilmiah selain tulisan penulis SPAQ dan saya sendiri.
Nadir juga sedang membantu saya menerbitkan penerbitan buku tulisan saya sendiri bertajuk Menjawab Tuduhan Terhadap Rasulullah yang telah lama 'pending' di sebuah syarikat penerbitan. Mungkin ia bukan sebuah novel atau buku ringan, ia belum diluluskan. Saya sedang mencari alternatif syarikat yang sudi menerbit buku saya.
SPAQ sekarang sedang menawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki set lengkap, nota, slide show, book let dan kertas kerja SPAQ agar SMS kepada saya 017 6291368 (Nuruddin) dan kami akan pos ke alamat anda. Bayaran adalah berpatutan. Moga bahan ini membantu dakwah kalian semua.
Kepada yang berminat melihat buku-buku yang SPAQ jual atau ingin melihat bahan-bahan bercetak (nota) SPAQ, sila hubungi 012 5296690 (Wardah), 013 4743620 (Nadhir, Ketua Biro Ekonomi)
Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1 SPAQ

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)