Monday, March 9, 2009

Laporan Program LANDAS-SPAQ-UUM


8 Mac 2009, Ahad, Masjid Abu Bakar as-Siddiq- Pada 7 Mac 2009, SPAQ telah menganjurkan aktiviti LANDAS(Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial) bersama Ustaz Kamaruddin dari Urusetia Tangani Gejala Sosial Negeri Kedah(UNGGAS). Program ini disertai dari pelajar UUM dan wakil SPAQ USM. Program bermula selepas zohor. Kami berkampung di Masjid Abu Bakar as-Siddiq di Sungai Petani,Kedah. Pelajar muslimat bermalam di rumah yang disewa oleh ustaz dan pelajar muslimin bermalam di masjid.

Selepas solat zohor, Ustaz kamaruddin memberikan sedikit taklimat ringkas sebelum bertolak ke tapak praktikal iaitu Center Square(CS), di Sungai Petani. Fokus kami ialah kawasan tumpuan para remaja di tingkat 5 (kawasan karaoke, menonton wayang dll). Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan pendekatan kami ialah bermesra(hemoi) dengan para remaja tersebut sambil diselitkan dengan unsur-unsur dakwah. Hasil pemerhatian kami, CS merupakan tumpuan remaja di hujung minggu.Selepas itu, kami pergi melihat-lihat di kawasan Stesen Bas Sungai Petani. Ustaz Din menjumpai beberapa botol arak di atas stesen bas.

Selepas solat isyak, kami mengadakan sedikit post mortem. Selepas para peserta menyampaikan pengalaman yang mereka alami, Ustaz Din memberikan taklimat cara yang terbaik untuk dilakukan, tidak boleh berpecah dari kumpulan masing-masing, lebih kepada bermesra kepada remaja. Disamping dapat melatih peserta untuk berinteraksi dengan masyarakat. Serta pembentangan ringkas dari pengerusi AMiM tentang pembentangan masalah isu-isu sosial yang telah diadakan dalam LANDAS 2 yang lepas. Pukul 12 mlm, Ustaz Din membawa kami di kawasan para remaja lepak, di sepanjang jalan utama Lagenda Height, bersebelahan TESCO, Sungai Petani. Peserta turut menjumpai remaja yang meminum arak dan beberapa botol arak. Walaupun kami tidak mempunyai kuasa untuk membanteras gejala ini, peserta menyelitkan sedikit nasihat dalam setiap perbualan dengan remaja-remaja ini. Untuk memberi kesedaran bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah di sisi agama. Hampir pukul 2.15 am, kami pulang ke penginapan masing-masing.

Lebih kurang pukul 9.00 am, peserta dari UUM bertolak pulang. Hasil dari perbincangan, punca remaja yang bermasalah ini dari ibu bapa yang terlepas pandang kegiatan anak-anak, pengaruh rakan-rakan. Pelajar sekolah rendah juga telah melibatkan diri kegiatan-kegiatan yang tak berfaedah. Masyarakat sekarang sudah seperti tidak tahu dah nak membezakan yang mana salah dan betul. Wallah hu a'lam...

Nurul Farhana Abd. Aziz
Penggerak AMiM (Anak Muda Cinta Masyarakat)
Skuad Penyelamat Aqidah

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)