Sunday, March 1, 2009

Kuliah Alternatif suatu transformasi budaya oleh SPAQ

Saya merasa bersyukur kerana berjaya mengadakan Bengkel mengenali kebejatan Freemason. Telah lama saya mengidankan saat untuk membentang dan memperkenalkan tajuk penting ini untuk perhatian masyarakat.
Saya amat mengharapkan kajian berterusan dari peserta agar terus mengkaji dan menilai semula fakta-fakta yang diberikan. Anda juga boleh meneruskan kajian yang saya tinggalkan dalam beberapa perenggan tertentu terutama perkaitan Sster In Islam dengan beberapa individu femenism Yahudi Amerika Syarikat tersebut.
Saya sedang menyiapan kertas kajian berkaitan Operasi militari dan politik Amerika Syarikat serta Soviet Union di Timur Tengah. Insya Allah kajian ini akan dipaparkan kelak dan dibahaskan selepas program Landas di Sg Petani, program Bengkel Isu Umat Islam Tertindas (Jaisyu Muhammad).
Ada yang bertanyakan justifikasi saya menganjurkan bengkel ilmiah dan tajuk yang nampaknya berat untuk diperhalusi oleh para mahasiswa P.Pinang. saya berpendapat selain usaha menaja program penerangan isu umat Islam, SPAQ juga akan mengadakan siri Kuliah Alternatif untuk para pelajar dan pemikir memandang pengajian, akademik dan pembacaan kalian menurut perspektif Islam. Kuliah ini akan melatih minda anada untuk menilai baik buruknya kita menelan kesemua teori barat tanpa ada tapisan 'tabayyun' yang jelas.
Lantaran itu SPAQ akan menganjurkan juga Wacana Anak Muda Untuk Anak Muda dengan tajuk-tajuk kritikal dan padat dengan kupasan sendiri para pembentang muda. Bahan-bahan kertas kerja ini akan dikumpul serta dijadikan mini Jurnal Terbitan SPAQ untuk pemikir Islam muda yang serius mengkaji tradisi keilmuan Islam. Saya yakin mereka pasti akan berjaya menyiapkan kajian tersebut. Kita juga menerima 2 tajuk lagi pembentang dari Institut Perguruan Persekutuan P.Pinang pada hari ini.

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)