Sunday, February 15, 2009

Seminar Anak Muda Untuk Anak Muda

Salam tahniah Huda kerana telah mendapat tajuk yang ingin anti bentang dalam Seminar Anak MUda untuk Anak MUda : Mengenali Aspek Terpencil Dalam Ketamadunan Islam.

Antara pembentang yang telah dilantik adalah;

Zhafri
Nadhir
Sakinah
Fariza
Huda
Wardah
Nuruddin
Aifa


Pembentang diminta sms saya tajuk yang berkaitan ketamadunan untuk ana luluskan nanti.

Huda telah meminta Tajuk Layanan dan Fungsi Wanita dalam sejarah ketamadunan ISlam. Kajian kita adalah kritikal. Tidak perlu menceritakan yang baik-baik sahaja, copy paste atau salin sahaja ayat buku. Kajian perlu memberi pandangan sudut positif , nilai kesyumulan Islam serta aspek negatif juga. Bagaimana aspek negatif? Sebagai contohnya bagaimana kekejaman beberapa khalifah Islam terhadao wanita. Diskriminasi wanita pada akhir kekhalifahan Uthmaniyyah sebagai contoh. Asakah itu salah Islam? Ia adalah akibat ketamakan dan salah laku pemimpin Islam. Kajian perlu holistik dan adil.

Saya harap kertas kerja bukan sekadar sebuah kajian tasyji', motivating atau ingin membangkit kekaguman terhadap tamadun Islam sahaja tetapi kajian yang benar dan tepat dengan senario sebenar.

Antara tajuk dan skop yang boleh diambil kira seperti
Penyusunan, pengurusan dan perluasan sistem ketenteraan Islam di Zaman Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah; suatu perbandingan.

Kajian ini mungkin akan menceritakan kegagahan tentera Islam, rahsia kekuatan mereka serta bagaimana mereka boleh jatuh kembali. Aspek kelemahan tentera ISlam serta campur tangan politik KHalifah dan istana yang melemahkan ketenteraan boleh dikaji.

Tajuk lain seperti
Pengaruh dan campur tangan bangsa Turki Khawrizm dan Saljuk dalam pemerintahan Abbasiyyah yang membawa keruntuhan empayar Abbasiyyah.

Tajuk lagi adalah
Kebangkitan Empayar Ilmu di Dunia Islam serta fungsi bahasa Suryani sebagai perantaraan ilmu Yunani ke dunia Islam.

Tajuk lain lagi yang saya cadangkan adalah
Dasar liberal Khalifah Abbasiyyah yang membawa kepada kebanjiran idea liberalis-rasionali s Muktazilah di dalam keilmuan Islam.

Ini antara aspek yang ana boleh berikan sebagai gambaran. Berikan tajuk kepada saya, dan saya akan betulkan aspek yang mungkin kalian tidak nampak.

Seminar ini lain-dari yang lain. Jika badan-badan lain hanya menjempur pemikir, pensyarah dan pengkaji tersohor untuk seminar mereka, saya pula ingin menjemput mahasiswa yang belum graduate untuk bentang hasil pengamatan, cermatan dan kajian mereka. saya inginkan keikhlasan dan kesungguhan demi membangkitkan pendakwah informatif, profesional dan proaktif di P.Pinang.

Saya optimis nama yang saya senaraikan adalah yang terbaik untuk membentangkan tajuk yang dipilih sendiri.

Saudara Hisham tidak akan dibebankan dengan seminar ini kerana ia akan memikul tanggungjawab yang lebih berat dalam Dakwah USM yang lain.

Perasmi kita nanti adalah Dr. Fadhullah Jamil. Tarikh Seminar akan dimaklumkan nanti. Saya menantikan kebangkitan pembentang kertas kerja kritikal nanti dan ia pentanda baik kepada dakwah di IPP dan USM sebagai pusat penyebaran keilmuan Islam oleh anak-anak muda.

Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1
Skuad Penyelamat Aqidah

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)