Sunday, February 8, 2009

Sekitar bengkel Kajian Gerakan Pemisah Islam Sedunia


9 Februari 2009-SPAQ berjaya menganjurkan bengkel isu umat dengan tajuk KAJIAN BERKENAAN GERAKAN PEMISAH ISLAM SEDUNIA di USM semalam. Kira-kira 30 orang pelajar menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Koordinator 1 SPAQ, saudara Muhammad Nuruddin Bashah. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk turut sama mengambil tahu dan mengenali beberapa gerakan pemisah (separatist) yang terdapat di beberapa bahagian dunia serta tujuan perjuangan mereka.





Peserta juga didedahkan dengan sejarah perjuangan gerakan pemisah seperti yang wujud di Acheh, Pattani, Bosnia serta China. Ketika membincangkan perjuangan atas nama kemerdekaan yang gerakan-gerakan seperti Gerakan Aceh Merdeka, Pattani United Liberation Organization, Moro Islamic Liberation Organization lakukan, tersingkap kes-kes penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di negara-negara yang terlibat. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Yahudi dan Freemason sebagai agen yang cuba mencorak dunia turut dibongkar. InsyaAllah, isu Freemason serta pengaruhnya di dunia akan dibentang dengan lebih lanjut pada bengkel yang akan datang.


Di akhir bengkel, peserta diingatkan untuk melakukan kajian ke atas isu remaja seperti yang telah diamanahkan ketika bengkel LANDAS-SPAQ yang lepas. Kumpulan AMiM(anak Muda Cinta Masyarakat) yang dibentuk selepas bengekel LANDAS-SPAQ akan membentangkan hasil kajian mereka pada hujung bulan Februari di USM sebelum menyertai praktikal bersama Ustaz Kamaruddin di Sungai Petani pada awal bulan 3. Selain itu, kumpulan AMiD(Anak Muda Cinta Dakwah) yang dikendalikan oleh saudari Sakinah akan mula bergerak kerja dengan menyertai bengkel non-muslim anjuran JIM pada 21 Februari nanti. AMiD secara langsung turut bekerjasama dengan ahli Kelab IPSI di USM.
Wardah bt Abdul Rahman
Unit Media SPAQ



No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)