Monday, February 23, 2009

AMiD: Laporan aktiviti Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (SDMM)



Sabtu-21 FEB:Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (SDMM) anjuran JIM dengan kerjasama SPAQ telah diadakan bertempat di DK C bermula jam 8 pagi-6.30 petang. Seramai 46 orang peserta telah menyertai seminar ini yang terdiri dari pelajar USM dan juga IPPP. Seminar ini memfokuskan dakwah kepada yang bukan Islam dan untuk melatih peserta agar mampu untuk berhadapan dengan mad'u dan menyampaikan risalah Islam.SDMM ini merupakan permulaan untuk menggerakkan kumpulan AMiD (Anak Muda Cinta Dakwah) di dalam SPAQ.



Pada sebelah pagi, peserta diberikan pengisian oleh Hj Muhammad Fitri Abdullah tentang kewajipan berdakwah kepada muslim dan juga non-muslim. Beliau telah menjelaskan ciri-ciri yang patut ada dalam setiap individu yang bergelar daie. Antaranya kefasihan lidah berkata,keberanian untuk menyatakan pendapat, bebas dari taklid dan yang paling utama, berani berkorban dan berani menderita kerana jalan dakwah akan dipenuhi dengan onak dan duri. Sebagai daie, kita perlu bersedia berkorban harta,masa bahkan nyawa dan perlu bersedia menghadapi segala cabaran dan halangan.


Menurut Ustaz Fitri juga, dalam pelaksanakan dakwah, kita memerlukan perancangan yang teliti agar apa yang kita lakukan akan memberikan 'high impact' kepada mad'u kita. Kita perlu mengenali siapa mad'u kita. Sentiasalah menyambut mereka dengan mesra dan berikan penghormatan dengan ikhlas dan bertoleransi dengan kesilapan dan kekurangan yang ada pada mereka. Seorang daie yang hebat perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.


Peserta juga didedahkan dengan teknik dan komunikasi dakwah oleh Syaikh Abdullah. Allah telah berfirman di dalam surah al-Imran ayat 104 dan juga 110 yang menunjukkan kepentingan berdakwah. Beliau menerangkan banyak cara untuk berdakwah. Sepatutnya ia tak menjadikan alasan buat kita untuk tidak berdakwah.



Seterusnya peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan penerangan oleh Akhi Yusni untuk dakwah lapangan. Selepas zohor, peserta berangkat ke Queensbay, Tesco dan juga Bukit Jambul untuk mempraktikkan apa yang telah diperolehi dari penceramah pada sebelah pagi tadi. Masa yang diberikan agak singkat. Tetapi peserta menunjukkan komitmen yang tinggi berdasarkan perkongsian masing-masing semasa sesi dakwah lapangan. Masing-masing berusaha mengambil kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan Islam kepada yang bukan Islam. Diharapkan bengkel ini mampu memberikan kesedaran kepada para peserta untuk menyampaikan seruan ilahi kepada yang masih belum menerimanya.


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Imran:104)

Sesi yang terakhir adalah sesi menjawab soalan lazim yang selalu ditanya oleh bukan Islam kepada kita. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya mempunyai hujah bagi semua pertanyaan oleh bukan Islam kepada kita dan juga buat diri sendiri. Dengan ini kita tidak akan goyah dan seterusnya dapat menjaga kesuciaan dan kemurniaan agama Islam dari sebarang fitnah.

Insyaallah program in akan diteruskan setiap bulan. Pada minggu ke-3 setiap bulan JIM akan mengadakan dakwah lapangan. Bagi yang berminat boleh menghubungi Akhi Yusni 0195266677 dan Sakinah 0135055980. Diharapkan usaha yang dilakukan tidak berhenti di sini. Insyaallah..

Nursakinah Suardi

Anak Muda Cinta Dakwah(AMiD)

Skuad Penyelamat Akidah (SPAQ)

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)