Tuesday, November 3, 2015

Ingin tubuh Kumpulan Nasyid (PROJEK NASYID)

Assalamualaikum,
Saya berhajat untuk mengasuh satu pasukan nasyid dari sekolah bukan agama seumpama saya mendidik bertahun pasukan Sekolah Menengah Teluk Kumbar Pulau PInang 10 tahun lalu.
Ciri-ciri peserta kumpulan yang diterima pakai:
1) Pelajar tingkatan 1-4 (suara ada halus dan ada garuk baru baligh)
2)Mat rempit, kaki band, mat lepak, 'beban' diterima.
3) Perangai sintaq (jenis bila buat qiamulail bukan dia solat tapi dia pi tangkap hantu) diterima
4) Jenis baru nak up, baju tak reti buh dalam, tapi agak minat nasyid ada taman dalam hati walaupun nampak 'metal'
Insya Allah, sejak beberapa lama saya menjadi jurulatih nasyid, aktviti nasyid kontemporari boleh mengubah 'feel' remaja kita.
Pernah mengajar nasyid, moto kena cabut plug.... duit tak ada, kerja part time semata untuk naik bas mengajar nasyid tanpa ada bayaran dari sekolah..... jawapannya sebab MINAT dan ingin BERI HARAPAN kepada mereka...
Kepada guru yang nak deal dengan saya sila whatsap 017 6291368. Sekolah bertuah sahaja saya ambik ajar hingga mereka mampu ke pertandingan dan bermain di majlis perkahwinan Insya Allah...
Nama projek ni PROJEK NASYID KINDNESS 
note: Gambar bawah menunjukkan betapa seriusnya kami. Pak gelab anak cerah


No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)