Tuesday, November 3, 2015

Pegawai Bank islam hulur bantuan untuk Pakcik Mahmud

Siri ke 5
Alhamdulillah hari ni (31/10/15) dpt bersama teman sekolah Muhammad Nuruddin Bin Bashah menyantuni pasangan Pak Mahmud (Rohingya) & Kak Yati (Indonesia) yang tinggal di Padang Temusu, Sungai Petani (Area Jual kereta 2nd hand). Kedua2nya sudah menetap d Malaysia sejak 20 tahun dh berkahwin hampir 10 tahun.
Pak Mahmud pada zaman sihatnya melakukan pelbagai kerja rencam drpd buruh kontraktor hinggalah tukang paip dan sbgainya sementara Kak Yati bekerja sbg pembantu rumah. Ujian melanda apabila Pak Mahmud mengidap Kencing Manis dan mengalami rabun yg teruk.
Sebahagian kakinya telah di potong & apa yg di luar pemikiran saya ialah bagaimana mereka dpt melakukannya (potong sebahagian tapak kaki) sendiri hanya kerana kesempitan hidup.
Rumah yg didiami yg pada zahirnya ialah bangsal buruk merupakan tempat mereka berteduh dr hujan & panas.
Sejak 6@7 bulan lepas. Bekalan elektrik ke rumh ini telah pun dipotong & kini rumah itu bakal dirobohkan disebabkan desakan drpd pemilik perniagaan bersebelahan tempat mereka berteduh. Melihat kedhaifan pasangan ini, bagaimanalah mereka mengharungi mlm tanpa bekalan elektrik sedangkan keadaan dapur yg cukup gelap pada waktu siang inikan pula malam.
Semasa ziarah hari ni Kak Yati baru pulang daripada mencari rumah/bilik sewa utk berpindah. (Sesiapa yg ada maklumat rumah/bilik utk disewa di sekitar Padang Temusu @ Taman Kempas pd harga RM100-RM200 boleh lah memaklumkan kpd saya atau Ustaz Nuruddin)
- Terima kasih kepada Ustaz Nuruddin yg sudi menjadi tour guide hari ni walaupun cbuk bekerja. Semoga Tuan terus Istiqamah dalam perjuangan.
- Inilah realiti kehidupan akhir zaman.
Terima kasih kpd semua kakitangan Bank Islam, Seberang Jaya yg menjayakan Program 1 Bulan 1 Kebajikan. Semoga Allah membalas sumbangan dan jasa baik Tuan/Puan dgn rezeki yg Berkat dan berlipat kali ganda.
‪#‎Miskin‬ itu Ujian, Kaya juga Ujian
‪#‎Semoga‬ Allah jadikan kita semua dr kalangan org yg Bersyukur & Istiqamah
‪#‎Hidup‬ biar berjasa
‪#‎Hulurkan‬ tangan ringankan beban
Siiru 'Ala Barakatillah











No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)