Saturday, December 28, 2013

Titah Optimis Syariah oleh KDYMM Sultan Muhammad V dalam majalah; Tahniah Redaksi Majalah Tamadun Islam



Titah Optimis Syariah oleh KDYMM Sultan Muhammad V dalam majalah; Tahniah Redaksi Majalah Tamadun Islam.

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Demikian penutup ulasan Editor Kanan Majalah Tamadun Islam Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed dalam edisi 12 (Disember) tahun 2013. Mengapakah kalam itu yang djadikan penutup ulasan beliau? Sebenarnya edisi majalah keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka kali ini telah memuatkan titah KDYMM Sultan Muhammad V yang dijadikan rencana utama majalah ini. Titah yang kelihatan seperti makalah ilmiah ini menghuraikan prinsip dan resepi utama untuk mencapai kesejahteraan sebuah negara berteraskan Islam iaitu bertajuk 5 Tonggak pembinaan Kemuliaan.


Sebenarnya amat jarang sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membenarkan tulisan ‘terbuka’ sebegini. Pembaca mungkin akan lebih memahami istilah terbuka yang penulis nyatakan apabila majalah yang baru berusia setahun ini juga memuatkan kenyataan Tuan Guru Datul Nik Abd Aziz Nik Mat, temubual bersama YM tengku Ibrahim Farihaddin Bin Dao’ Tengku Feissal bendahari Pertubuhan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi serta menyiar makalah tulisan Tengku Mahkota Kelantan YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang bertajuk ‘Faqihan Dalam Ketamadunan Islam”.

“Sepanjang berusia 75 tahun, ambo tidak pernah melihat ada Raja ang menjadi imam Solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan” Majalah Tamadun islam memetik kenyataan Mantan Menteri Besar semasa KDYMM Sultan Muhammad V mengimamkan solat hajat bersama rakyat.





Apakah isi rencana utama Majalah Tamdun islam ini sehingga penulis terpanggil untuk menulis ulasannya?

Isi penulisan ini adalah melambangkan keikhlasan hati jiwa seorang Raja yang dahagakan perlaksanaan Islam secara holistik dan penataran taraf hidup rakyat melalui pemahaman agama Islam yang sahih.

Baginda meletak Kemuliaan (akramakum) sebagai VISI yang ingin dicapai oleh semua makhluk samada yang berpangkat mahupun marhain. Manakala MISI menyampai kepada VISI kemuliaan adalah Taqwa ( atqakum). Konsp ini diterjemah daripada wahyu Alah berbunyi
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Al Hujurat ayat 13)

Jelas memang benar mulia itu tumpuan semua manusia. Ingin naik pangkat atau dipandang oleh majikan, dengan memiliki kuasa, wang dapat dikawal sambil meratah kesejahteraan dunia tanpa ada yang mampu ‘mengaudit’ atau mentaksir kekayaan yang dihimpunnya. Namun ada yang inginkan kemuliaan demi kemakmuran rakyat sebagaimana sikap Nabi Yusuf A.S. Inilah matlamat yang bernilai homofili (titik sepunya) kesemua makhluk sama ada ia diniatan untuk kebaikan mahupun kezaliman dan keburukan.

Terdapat 5 tonggak yang ditekankan oleh Baginda untuk mencapai misi dan visi berkenaan.

Pertamanya adalah Faham (faqihan) iaitu memahami agama. Hanya insan yang Allah inginkan kebaikan sahaja dibenarkan untuk memahami agama dan rahsiaNYa. Inilah bezanya manusia bermaklumat dengan manusia yang berilmu sejati. Baginda menyarakan agar dibentuk KPI untuk mengukur agenda mambawa kepada faqihan ini iaitu antaranya pengukuran aktiviti imarah masjid, jumlah kehadiran solat berjemaan, keberkesanan solat menurunkan Indeks Jenayah negeri dan kadar celik Al Quran. Benarlah Baginda bukan sekadar Raja berjiwa rakyat, malah Baginda berjiwa ‘Hamba’ yang dicintai rakyat kerana Allah.

Tonggak kedua adalah konsep Amanah (aminan). Bahasa Integriti mungkin tida difahami oleh rakyat sehingga tahap amanah di kalangan kepimpinan dan rakyat negara ini msih jauh lemah. Dengan kadar pengaliran wang haram meningkat, Indeks Rasuah yang masih berkudis, dengan korupsi saban tahun yang didedah oleh Jabatan Audit Negara menggambarkan betapa wajarnya nilai amanah dijadikan agenda besar sebagaimana saranan Baginda Sultan Muhammad V. Baginda berpandangan perlunya setiap agenda kerajaan dibina atas nilai masuliyyah (akauntabiliti) serta dikaitkan selalu dengan nilai balasan di akhirat. Didikan ini perlu konsisten.

Baginda juga menyarankan sikap Rahmat Kasih (Rahiman) sebagai Tonggak Ketiga. Masyarakat penyayang yang disaraknkan bukan suatu teori insah semata-mata. Ia perlu diterap melalui sistem kekeluargaan yang mawaddah bebas daripada kezaliman, kerosakan sosial dan pastinya teraut dalam keindahan konsep Al Quran dan Sunnah Rasulullah. Baginda optimis bahawa jika nilai kasih sayang diterap dalam institus kerajaan ia mampu menghasilan suatu transformasi sosial yang lebih baik.

Tonggak Keempat iaitu Ilmu (Ilman) disarankan menjadi amalan untuk menghasilkan tindakan rakyat dan pemimpin yang betul tetapi produktif. Imu serba pantas hari ini perlu diaplikasi secara sihat untuk mengahsilkan rakyat berfikiran futuristik dan menjadikan rakyat hidup secara realistik tetapi atas lindungan kebenaran.

Tonggak terakhir untuk mencapai VISI Mulia adalah Sejahtera (Salaman). Sejahtera dari aspek nilai, ekonomi, sosioudaya, politik dan unsand-undang adalah bermaksud kesejahteraan duniawi yang membawa kepada ksejahteraan akhirat. Pemikiran sekular yang hanya memandang aspek maddiyah (materialisme) dalam soal pembangunan perlu dikikis kerana ia terbukti hanya merosakkan. Slogan ingin membawa pembangunan semata-mata menarik minat rakyat hanya seumpama menarik hidup rakyat seperti haiwan tanpamendidik mereka kemajuan mapan yang menyelesakan tetapi dalam masa yang sama tidak menghakis sumber alam, tidak merosakkan hak bumiputera dan dan tanah milik rakyat bawahan tidak menggadai masa depan ekonomi rakyat (isu FGV misalnya) dan pelbagai ktviti yang hanya sebenarnya ‘maju di mata’, tetapi punah dalam ertikata realiti.

Majalah Tamadun Islam yang berusia setahun ini sebenarnya menggantikan tempat Majalah Dewan Agama dan Falsafah terbitan DBP. Jika Dewan Agama dan Falsafah lebih menumpukan konsep usuluddin, fikrah dan pencernaan idea akal, Dewan Tamadun Islam pula lebih realisme kerana menampilkan isu kontemporari, syariah, isu kebangkitan ummah dan polisi keagamaan kerajaan.

Sekali lagi penulis mengucapkan tahniah kepada Redaksi DBP yang sudi menyiarkan bahan bacaan bermisi tinggi sebegini. Idea berani tetapi ikhlas sepertimana yang dilakukan oleh pihak redaksi DBP melambangkan betapa institusi bahasa dan budaya Melayu ini sebenarnya ada ruang untuk menampilkan idea kelestarian Islam dan syariat Allah SWT.
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Teras Pengupayaan Melayu
Unit Ilmiah MAPIM Utara
Pembaca setia majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka.


No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)