Thursday, December 26, 2013

GESA perjuangkan benteras Syariahfobia dikalangan umat Islam Melayu


GESA perjuangkan benteras Syariahfobia dikalangan umat Islam Melayu

Ulasan mantap dan padat walaupun waktu yang singkat, begitulah antara komentar para hadirin Forum Sokong Syariah yang dianjurkan oleh ‘front’ GESA iaitu Gerakan Sokong Syariah yang dianjurkan oleh TERAS semalam.

GESA yang kini berusia hampir setahun sejak 29 Januari 2012 ditubuhkan ini berperanan mendidik dan mengembleng masyarakat untuk menyokong sistem syariah Islam secara holistik walaupun tanpa jentera politik. Melalui pentas NGO sebegini, kapasiti dan kesan gelombang dakwahnya dapat menembusi segenap masjid dan surau-surauuntuk memahamkan rakyat betapa negara bernama Malaysia ini cukup matang dan ‘baligh’ untuk melaksanakan syariah selepas pernah melaksanakannya 100% sebelum 1511 Masihi lalu.


Dalam Forum yang mendapat kerjasama Masjid Andalusia Laguna Merbok semalam, Panel pertama Ustaz Amri Nasrun yang merupakan Mudir Pengetua Tahfiz Mutmainnah di Kedah membuka icara melalui kupasan erti syariah dari aspek etimologi dan terminologi. Beliau yang menerangkan perumpamaan syariah sebagai air sungai dan jalan yang menjadi haluan serta laluan manusia ke arah kebenaran juga menerangkan syariah juga dianggap sebagai benteng kepada agama itu sendiri. Disebabkan iman itu yazid wa yanqus (fluctuate), maka perlunya suatu undang-undang teap mengawal batas tindakan manusia.

Para hadiri juga cukup insaf dengan video sebatan cara hudud yang dilaksanakan di sebuah negara islam. Iada kecederaan, pesalah dipakaikan baju, disebat secara pantas, diberi khutbah keinsafan, malah para hadirin bertakbir sepanjang hukuman. Selepas selesai pesalah dipeluk dan diberi penghormatan kerana telah suci daripada dosa dan noda. Tidak seperti kesalahan zina atau rogol di kalangan masyarakat Melayu yang hanya dihukum penjara, mereka dipulau dan dianggap pendosa sehingga mati kerana jelas dosa mereka tidak disucikan lagi.

Panel kedua iaitu penasihat syariah Allianze Bank Ustaz Zaharudin Mohamad telah membawa beberapa kes isu sivil yang boleh diterjemah melalui hukum syariah yang bertujuan membela mangsa.

Misalnya dalam kes Gopeng Berdarah apabila pemandu lori secara cuai melanggar 8 pekerja Propel di tepi lebuhraya, hukuman 4 tahun penjara hanya menzalimi isteri si pesalah manakala hak dan gantirugi untuk isteri mangsa pula langsung tiada pembelaan. Sepatutnya si pesalah membayar diyat muqaddarah kerana membunuh seakan-akan membunuh yang mana kos diyat menagmbil kira kerugian mangsa. Jumlah diyat yang tidak mampu dibayar perlu ditambah oleh pihak al aqilah iaitu penerima faraid ertinggi si pesalah. Jumlah selebihnya ditambah oleh baitul Mal. Pihak yang menerima pembelaan mungkin syarikat lori berkenaan kerana boleh menuntut faedah akibat kemalangan melalui insuran.



Melalui perbualan selepas forum juga, Ustaz Zaharudin yang pernah menerangkan hukum syariah kepada beberapa wakil rakyat bukan islam ini juga menerangkan kepada penulis, bagi jenayah rogol, selain hukuman hudud sebatan dan rejam hukuman gantirugi juga dilaksanakan kerana ia mencederakan mangsa. Kemaluan mangsa yang dirosakkan pelru diberi pampasan bukan sekadar menghukum si perogol.

Namun hari ini pampasan anggota badan kelihatan dikermersialkan dan hanya diswastakan kepada syarika insuran untuk ditentukan kerugian akibat kehilangan anggota. Jika mangsa jenayah tiada perlindungan insuran, maka tiada gantirugi diperuntukkan kepada mereka menurut sistem konvensional.

Begitu juga jika syariah ditegak, ibu bapa Aminulrasyid pasti dibayar pampasan kerana si polis memang membunuh tetapi membunuh bukan untuk kepentingan diri sebaliknya untuk memacu undnag-undang. Maka diyatnya pelru ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Kes ini sama sahaja dalam kes Khalid Al Walid yang tersalah membunuh dalam sebuah peperangan di mana diyatnya dianggung oleh Rasulullah dan sahabat.

Presiden TERAS Cikgu Azmi Abd Hamid pula memacu giliran ketiga forum dengan menerangkan betapa sepanjang tempoh 446 tahun dijajah sudah cukup menanam paradigma ‘syariahfobia’ di kalangan orang melayu malah seolah-olah hukum ini cukup asing! Inilah bahana perancangan penjajah.

Kini Raja kerajaan Buthan telah mengambil sikap mahu mencuba sistem syariah kerana semua sistem polisi negara sekular atau agama lain telah gagal. Malah keikhlasan Sultan Brunei ingin melaksanakan syariah 100% termasuk hudud cukup menginsafkan kita dala rumpun melayu yang dikatakan konon sinonim dengan Islam.



GESA pasti akan melebar sayap untuk terus mendidik masyarakat. Perubahan dan transformasi dalam pemikiran rakyat ke arah cintakan syariah perlu dilakukan secara konsisten memandangkan dunia hari ini bakal berkiblatkan kepada syariah. Inilah tekad MAPIM dan TERAS selama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit kajian Ilmiah MAPIM
Aktivis TERAS 2013



No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)