Tuesday, May 4, 2010

Manusia Bot : dari Vietnam ke Arakan.

Manusia Bot : dari Vietnam ke Arakan.

Jika anda menonton filem-filem Perang Vietnam, anda pasti sedih dan pilu melihat bagaimana sengsaranya rakyat Vietnem melarikan diri keluar dari negara sendiri menggunakan bot secara haram. Hari ini kisah ini berlaku lagi, masih di IndoChina tetapi berubah dari Vietnam ke Burma pula.


Thailand sebelum ini telah dilaporkan telah menunda bot pelarian Rohingya yang memasuki perairan mereka. Proses penundaan keluar dari Thailand selepas tangkapan dibuat adalah dilakukan dengan penuh kezaliman kerana bot penunda yang digunakan terlalu sempit dan tiada bekalan makanan disediakan. Ratusan rakyat Rohingya mati dalam perjalanan keluar dari perairan Thailand. Sebahagian besar orang Rohingya diselamatkan oleh rakyat dan nelayan India. Malah ada yang mati dibunuh oleh lanun Indonesia.


Namun begitu, suatu ketika pada April 2009, wakil UNHCR Antonio Guterres telah melaporkan bahawa menteri Luar Thailand telah menyatakan janji untuk tidak menangkap dan menunda bot pelarian tersebut lagi.

Pernyataan janji tersebut dibuat dalam satu konferen anti pemerdagangan manusia baru-baru ini.


Kes bot tersebut berlaku apabila bot pelarian memasuki perairan sempadan Burma-Thailand di Ranong.


Namun kita masih sangsi di atas janji Thailan tersebut kerana kenyataan mungkin dibuat atas faktor perhubunga negara Asean serta ingin menjaga kestabilan politik dlam negara Thailand yang semakin meruncing.


Laman sesawang http://www.smh.com pada 16 April 2009 yang lalu melaporkan bahawa pihak Burma masih tidak mengakui kerakyatan Rohingya di Negara mereka malah menafikan sebarang penindasan berlaku.


Stephen Smith iaitu Meneteri Luar Australia adalah antara pemimpin yang bercakap dengan Brigadier-General Khin Yi, iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Burma dalam Persidangan Peringkat Menteri mengenai Penyeludupan Manusia, Pengedaran Manusia dan Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan di Bali. Mr Smith berjanji untuk menyumbang $3.2 juta untuk program menyelamat Rohingya.


Kerajaan Myanmar, yang enggan menerima pelarian Rohingya sebagai warganegaranya walaupun mereka datang dari negeri Arakan, telah memberitahu Menteri-menteri Luar semasa pertemuan di Bali pada 14-15 April 2009 bahawa mereka bersedia untuk mengambilnya semula jika mereka orang Benggali.


Betapa tidak berperikemanusiaannya pihak pemimpin Burma apabila Menteri Luar Myanmar Nyan Win berkata dalam persidangan tersebut bahawa mereka (pemimpin Myanmar) ingin belajar semula sejarah Rohingya kerana mereka menganggap kaum ini adalah Benggali (kaum Bangladesh).


Malah mereka juga menyatakan bahawa etnik Rohingya yang telah beratus tahun memiliki kesultanan sendiri itu tidak termasuk di kalangan 100 etnik Burma.


Aqidah Sosialis yang dikenali sebagai Burmese Way Sosialisme telah membutakan pemimpin Burma mengenai kerakyatan etnik yang sekian lama berada di dalam negara itu. Konsep sosialisme-komunis memang mementingkan kemandirian ras sebagai dominasi sesebuah negara, manakala kaum yang lemah akan dihapuskan sesuai dengan pegangan pemilihan semulajadi anuta darwin dan Komunis. Jika Malaysia amat bertolak ansur menerima kaum yang sekian lama berada di tanah Melayu sebagai rakyatnya walaupun budaya dan agama berbeza, di Burma, sosialisme mereka telah meletakkan syarat Buddha dan berdarah Burma sahaja sebagai warganegara.


Sekitar tahun 1070an dahulu, ASEAN di hangatkan dan hiba dengan isu manusia bot Vietnam yang dikenali sebagai The Boat People. Mereka terpaksa menyeludupkan diri sendiri untuk keluar dari cengkaman kekejaman kerajaan Komunis dalam negara sendiri. Akibatnya mereka turut menjadi mangsa perhambaan, lanun, rogol dan pembunuhan beramai-ramai sepajang perjalanan mereka. Kini The Boat people adalah kaum Rohingya muslim.


Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)