Sunday, May 30, 2010

Kertas Kerja Laporan bengkel Kepimpinan Rohingya Society of Malaysia (RSM)

Kertas Kerja Laporan bengkel Kepimpinan Rohingya Society of Malaysia (RSM)

Selama dua hari satu malam, barisan kepimpinan NGO Rohingya di serata Malaysia berada di SEAMEO RECSAM bermula 2.30 petang 29 Mei sehingga tamat pada jam 2 petang 30 Mei 2010.

Kehadiran mereka yang rata-ratanya dari seluruh Semenanjung Malaysia adalah untuk menyahut seruan RSM (Rohingga Society of Malaysia) untuk diadakan satu bengkel latihan kemahiran merancang dan memimpin dalam usaha mereka memperjuangkan isu-isu penting melibatkan pelarian Rohingya atau lebih afdal disebut Muhajir Rohingya. Bengkel ini adalah tajaan bersama Teras Pengupayaan Melayu, Citizen International dan SHURA.

Rata-rata peserta adalah pelarian sejak seawal tahun 1980an semenjak Myanmar memperkenalkan Burma Citizenship Law 15 October 1982. Undang-undang ini bersifat sentimen keagamaan dan penuh diskriminasi. Muslim Rohingya tidak diakui sebagai warganegara, malah diberi julukan ‘pendatang’ di tanah air mereka sendiri.

Lihat Bab II Undang-uang tersebut fasal (3) Nationals such as the Kachin, Kayah, Karen, Chin, Burman, Mon, Rakhine or Shan and ethnic groups as have settled in any of the territories included within the State as their permanent home from a period anterior to 1185 B.E., 1823 A.D. are Burma citizens.

Namun mereka memiliki kuasa kuku besi untuk menyingkir etnik di Arakan (Rakhine) sebagai bukan warganegara melalui fasal (4) The Council of State may decide whether any ethnic group is national or not.

Kini sebanyak 100 kampung khas dibuat untuk pendudukan Rohingya untuk mengawal populasi mereka dan hanya 3 ekar tanah diperuntukan oleh kerajaan Junta Tentera Myanmar.

Perjalanan untuk ke Arakan adalah terlalu sukar dan memerlukan permit untuk 3 hari sahaja berada di sana. Permit perkahwinan disekat dan ditawarkan dengan harga tinggi. Tidak dibenarkan untuk membina sebarang syiar Islam malah pagoda diperbanyakkan. Namun begitu kerajaan hanya mempergunakan Budhha sebagai penyebab sentimen keagamaan kerana pihak kerajaan sebenarnya menganut fahaman Burmese Way Socialism yang bertentangan dengan ajaran Buddha itu sendiri.

Keadaan Muslim Rohingya di serata dunia.

1. Bangladesh : miskin dan terpinggir, kini ada kes kerajaan bangladesh menghalau pelarian Rohingya sehingga ke kawasan taufan, mereka kini umpama kucing liar hanya berteduh di bawah pokok semasa hujan lebat dan taufan. Misi menyelamat dan agihan khemah akan dilakukan oleh Citizen International dan Teras dalam masa terdekat. Surat khas akan diberikan kepada kerajaan Bangladesh.

2. Thailand : Tidak dibenarkan ke sekolah, pemerdagangan manusia, dihalau, murtad.

3. Arab saudi : Mendapat pendidikan, Cuma dihalang ke universiti sahaja. Mendapat asas pendidikan sunnah dan Al Quran.

4. Pakistan: mendapat hak pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

5. Malaysia : disekat pekerjaan di sesetengah tempat, tiada hak pendidikan dan kesihatan, perkuburan berbayar tinggi.

Pesanan Cikgu Azmi:

Kurangkan bercakap, banyakkan tindakan kerana umat Islam paling banyak bercakap.

Sesi Induksi

Peserta diminta memberikan senarai perkataan yang sinonim dengan erti perjuangan kaum Rohingya. Antara kalimah penting yang dinyatakan oleh peserta ialah:-

1. Kemerdekaan Arakan.

2. Kembalikan hak kerakyataan di Myanmar.

3. Mendapat kedaulatan Arakan.

4. Hak Asasi manusia dijamin di Arakan.

5. Kembalikan kemuliaan Islam.

6. Mendapat hak bahasa ibunda di Myanmar.

7. Menegakkan daulat Islamiyyah di Arakan.

Apakah halangan yang ada? (peserta senaraikan sendiri)

1. Kerana kita muslim : kalimah syahadah menjadi sebab utama kaum ini disingkir dari Myanmar.

2. Orang islam malas berfikir, bekerja, berjuang, merancang dan melaksana kerja untuk menang.

3. Krisis semangat hilang jati diri kerana keterhakisan bahasa ibunda.

4. Berpecah dan saling tidak mempercayai.

5. Kepimpinan yang lemah.

6. Meninggalkan amalan islam.

7. Tiada motivasi.

8. Krisis beragama sama ada ghuluw dalam beribadah ataupun pemimpin terjebak dengan sekularism.

Apa kekuatan yang kita ada? (peserta senaraikan sendiri)

1. Saya adalah muslim : Islam menguatkan umatnya sebagai misalan pejuang Gaza yang tegar pertahankan wilayah dan agama mereka.

2. Kita ada ramai Rohingya yang kaya di Malaysia mahupun di Bangladesh.

3. Sejarah Rohingya telah lama sejak tahun 1500 M lagi.

Bengkel Pertama (diurus oleh Cikgu Azmi).

1. Setiap peserta diminta melukis peta Arakan.

2. Setiap peserta diminta menandakan di manakah rumah mereka.

3. Urusetia membuat senarai nama kampung dan daerah di Arakan yang merupakan tempat asal peserta yang hadir.

a) Maung Daw

b) Buthi Daung

c) Akyab

d) Rethe Sara

e) Bas Sara

f) Hari Tula

g) Kawar Bill

h) Mrauk oo

i) Palauk Taung

j) Nazir para

k) Paran pru

l) Nurullah para

m) Than Dwe

n) Ponyo Leik

o) Nynung Chanung

p) Kyan Shara Bill

q) Hanza

r) Zoo Parang

s) Parin

t) Satter Para

u) Taung Bazar

v) Bali Bazar

w) Ali Chang

x) Rwa Goan Para

y) Haw Chai Para

4. Penjelasan Cikgu Azmi: Peserta diminta melukis peta negara dan menanda nama kampung mereka adalah untuk menilai sejauh mana ingatan dan jiwa mereka kepada kampung halaman mereka. Malah ilmu geografi dan pengetahuan demografi adalah prasyarat untuk membebaskan Arakan. Perjuangan adalah di atas alasan realiti bukannya fantasi dan khayalan. Peserta perlu mengemaskini maklumat keadaan di Arakan serta mengambil tahu hal ehwal saudara mereka disamping mengejar keduniaan di Malaysia.

Bengkel kedua

1. Peserta diminta menyanyikan lagu kebangsaan Arakan.

2. Kebanyakan peserta tidak meghaafalnya malah malu untuk menyanyikannya. Terdapat banyak pendapat yang mana satu lagu kebangsaan yang sebenarnya. Hal ini menilai betapa keterhakisan warisan tamadun mereka sejak di asak oleh Burma bermula tahun 1962 lagi.

Sesi malam adalah Kuliah oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Pengerusi SHURA) berkisar tentang kewajipan berjuang dalam satu taifah (kumpulan).

Sesi pagi ahad 30 Mei dimulakan dengan perbincangan pengurusan dan halatuju RSM.

Penubuhan jawatankuasa dan pengemaskinian.

- Penaung

- Sekreteriat

- Biro

Peserta menyenaraikan 10 syarat pemimpin RSM

  1. Menyerah diri kepada Allah
  2. Yakin akan kemenangan dan kejayaan dalam setiap strategi.
  3. Patuh akan perancangan dan arahan.
  4. Benar
  5. Sabar
  6. Fokus dalam bidang masing-masing.
  7. Bekorban untuk berjaya.
  8. Akhlak islamiyyah.
  9. Taqwa
  10. Hablum Minallah

Skop kerja biro-biro RSM

  1. Biro agama
    • Dialog dengan jabatan agama negeri-negeri.
    • Aktiviti perayaan dan hari khas Islam.
    • Latihan pendakwah Rohingya.
  2. Biro pendidikan
    • Memorandum kepada kementerian Pelajaran
    • Kursus kemahiran guru-guru Rohingya.
    • Wujudkan kurikulum pendidikan di madrasah Rohingya.
  3. Biro Ekonomi.
    • Membeentuk jaringan usahawan Rohingya.
    • Wujudkan peniaga Rohingya cemerlang.
    • Memastikan ada peserta Rohingya dihantar ke pusat latihan kemahiran tempatan.
  4. Biro latihan dan pembinaan keupayaan.
    • Latihan komunikasi antarabangsa
    • Latihan kepimpinan Rohingya tempatan di serata malaysia.
  5. Biro Pengurusan pejabat
    • Urus pejabat
  6. Biro Diplomasi
    • Perhubungan dengan OIC, asean, UNHCR, NAM, SAARC, IHRS (islamic human Right Society)
  7. Biro komunikasi dan advokasi
    • Perhubungan kita dengan kerajaan Malaysia.
    • Seminar awam mengenai isu-isu Rohingya.
  8. Biro kesihatan
    • Klinik kesihatan Komuniti Rohingya Zon Utara
    • Dokumentasi tahap kesihatan Rohingya.
    • Penerangan dan checklist tahap kesihatan anak-anak serta mengatur senarai imunisasi dan pemeriksaan gigi berkala kanak-kanak Rohingya serta aturan penjagaan eksihatan ibu mengandung.
  9. Biro kemajuan wanita
    • Latihan vokasional
    • Siri localised women gathering
  10. Biro kemanusiaan
    • Hubungan dengan polis
    • Kendalikan kes pelaria tanpa dokumen
    • Wujudkan jaringan dengan NGO yang perjuang isu Rohingya.

Bengkel ketiga

  1. Peserta diminta buat bulatan. Fasi menunjukkan jari pada peserta. Peserta yang ditunjuk perlu menyebut nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa berhenti dan tersekat-sekat.
  2. Moral : perlu menerima kesalahan rakan-rakan seperjuangan, kerja dalam satu pasukan, jangan menyalahkan orang lain sahaja, kejayaan sesuatu perkara bukan sekadar disebabkan oleh satu individu.

Sesi wacana : Bagaimana mengumpul dana?

  1. Lembaga tabung Pembangunan kemanusiaan Rohingya.
  2. Keluarkan risalah RDHF
  3. Strategi
    1. Surat rayuan korporat.
    2. Jamuan Rohingya
    3. Tabung di kaunter dan masjid.
    4. Ramadhan Drive.
    5. Penerbitan risalah nasib rohingya.
    6. Memohon tabung kemanusiaan Malaysia.
    7. Menyedia dan mengedar laporan aktiviti RSM.
    8. Iklan di akhbar
    9. Sampul surat rumah ke rumah.

Takwim Tahunan RSM

  1. Pusat Perkhidmatan Kesihatan Rohingya Zon Utara (Ogos 2010)
  2. Persidangan akhbar mengenai bantuan kecemasan di Kutu palong Bangladesh (Jun 2010)
  3. Hantar surat kepada Kedutaan Bangladesh di malaysia untuk batal pengusiran pelarian Rohingya ( Jun 2010)
  4. Tubuh tabung kemanusiaan RDHF (Nov-Dec 2010)
  5. Memorandum kepada kerajaan Malaysia mengenai peluang pendidikan anak-anak Rohingya ( Julai 2010)
  6. Memorandum kepada menteri kesihatan (Sept 2010)
  7. Malam Kesenian Rohingya (Okt 2010)
  8. Dialog Rohingya dengan JAIK (Julai 2010)
  9. Dialog dengan JAIP ( Ogos 2010)
  10. Dialog denganJAWI (Sept 2010)
  11. Memorandum khas kepada DYAM memohon mengadap pada bulan Puasa.

Ucapan wakil negeri peserta RSM

  1. Rata-rata peserta berasa berpuas hati terhadap silibus bengkel ini malah ingin bekerjasama merealisasikan perancangan ini serta bersedia bekerjasama dengan warga tempatan. Peserta berasa semakin memahami halatuju perjuangan serta ingin mengeratkan perpaduan sesama mereka untuk menjayakan misi da visi Rohingya.

Pengamatan Urusetia terhadap barisan kepimpinan Rohingya di Malaysia.

  1. Memahami bahasa melayu secara mudah.
  2. Ada yang mahir berbahasa Inggeris.
  3. Kurang sikap patriotik terutama peserta yang bukan dari kelompok agama.
  4. Kurang cakna dan sensitif dengan isu agama malah agama belum menajdi titik kesatuan mereka secara efektif.
  5. Masih kabur dengan senario di negara mereka.
  6. Selesa dengan kemudahan mengumpul harta di Malaysia.
  7. Usahawan belum ada sikap takaaful sesama mereka lagi menadangkan perjuangan nafsi-nafsi berlaku apabila fasa pelarian yang hadir ke Malaysia bukan berlaku secara serentak.

Sekreteriat MUDA-Teras akan berganding bahu membantu CI, Teras dan SHURA merealisasikan Taqwim kerja RSM ini serta bersama warga Rohingya berjuang nasib mereka atas nama agama dan aqidah.

Disediakan oleh:

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)