Tuesday, April 14, 2009

Laporan Kelab Remaja SPAQ Selangor

Laporan Pergerakan SPAQ Selangor
Kepada: Setiausaha SPAQ
Tarikh: 13 April 2009


Sepanjang pegerakan SPAQ dalam tempoh seminggu di Selangor, SPAQ Selangor kini mempunyai 18 orang ahli yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah agama Menengah Tinggi hisamuddin, Klang. Borang penyertaan mereka adalah seperti di lampiran.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh SPAQ Selangor adalah menyebarkan artikel di masjid-masjid di sekitar kawasan Selangor. Masjid dan surau tersebut adalah seperti berikut:


1. Masjid Ar-rahimiah,Taman Seri andalas
2. Masjid An-naim,Pelabuhan Kelang
3. Masjid As-Syarif,Meru
4. Surau Istana, Jalan Istana,
5. Masjid kota Damansara, kota Damansara
6. Surau taman Syahbandar, Taman Syahbandar
7. Surau Al-Hidayah, Bukit Tinggi
8. Surau As-saadah, Pelabuhan Kelang
9. Surau taman menara maju, taman menara maju

Dan beberapa surau lain yang tidak dapat dinamakan buat masa ini.
Sepanjang pergerakan SPAQ di Selangor kami menghadapi masalah berikut:
1. Beberapa orang siak masjid tidak membenarkan kami menampal artikel di masjid dan surau
2. Segelintir pihak berasa khuatir untuk menyertai SPAQ kerana takut-takut andainya SPAQ melakukan perkara-perkara Bid’ah.
3. Kekurangan modal untuk menyebarkan artikel
4. Kurang orang yang berkemahiran untuk menguruskan bengkel pada masa akan datang.
Saya berharap agar pergerakan akan lebih lancar pada masa akan datang dan Ahli Jawatan kuasa SPAQ akan terus memberi bimbingan bagi pergerakan SPAQ di Selangor yang masih belum kukuh dalam aktivitinya.

Yang Benar,
Muhammad Ihsan Bin Khalib jaafar
Ahli SPAQ Selangor,
Wakil Pergerakan SPAQ Selangor

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)