Wednesday, April 22, 2009

Kerja Amal Cawangan SPAQ di Selangor dan Sabah

Alhamdulillah, SPAQ sebagai satu platform dan pentas untuk muda mudi menjalankan kerja amal Islami berkelompok telah berjaya memecah lokaliti Pulau Pinang dan terbukti boleh disebarluaskan kerja-kerja kita.

Untuk makluman wakil serta cawangan Skuad Penyelamat Aqidah di Selangor dan di Sandakan, SPAQ adalah sebuah NGO dan diterasi oelh kelompok mahasiswa serta bekas mahasiswa. Lantaran itu tekstur bahan dakwah, bentuk pengisian serta pemberatan ke arah kualitatif lebih kelihatan seperti gerakan intelektualisme. Namun begitu SPAQ akan cuba sedaya upaya memenuhi tuntutan amal yang holistik serta boleh digarap dalam pelbagai sektor dan lapangan demi merealisasikan harapan fardu ain dan kifayah kita bersama.

Untuk permulaan bagi anda yang ingin bergiat dalam SPAQ, ingin menubuhkan cawangan dan kelompok wakil bagi kami, anda boleh memulakan dengan sebaran risalah yang SPAQ sediakan. Anda boleh dapati melalui blog baru SPAQ http://skuad-penyelamat-aqidah.blogspot.com serta blog lama kami di http://skuad.wordpress.com .

Untuk melatih menjadi penggerak Isu Islam anda boleh menjawab isu persoalan agama, aqidah di tempat anda. Isu aqidah amat banyak di Sabah pada pendapat saya. Gunakan logo dan nama SPAQ untuk anda buat risalah sendiri, kenyataan media atau apa sahaja yang boleh untuk menzahirkan agama di sana. Anda boleh tubuhkan kumpulan kajian agama dan aqidah untuk memenuhi tuntutan dakwah di sana. Dapatkan enakmen undang-undang negeri, perintah mahkamah dan peraturan agama Islam di negeri anda. Kumpul statistik serta adakan diskusi dan bengkel ilmiah anda sendiri. Untuk dapatkan bahan bercetak dan contoh bahan bengkel SPAQ, sila hubungi saya (017 62 91368) atau email ke
jihadin82@yahoo.com.

Dakwah kendiri atau fardiah adalah punca kecemerlangan kerja agama. Anda jangan menunggu ramai penggerak baru memulakan langkah. Langkah mula kita adalah punca permulaan ketumbukan dakwah.

Untuk membawa kami dari Pulau Pinang pada saya tidak mustahil jika kita bersama boleh bersedia dari segi kewangan. Walau apa pun saya lebih suka jika anda boleh bergerak sendiri serta membina kerja sendiri walaupun anda menggunakan nama SPAQ dalam kerja amal anda.

Untuk pengetahuan anda semua SPAQ memiliki 2 sektor utama iaitu AMIM (anak muda cinta masyarakat) serta AMID ( Anak muda cinta dakwah). AMIM lebih menjurus kepada dakwah non muslim. AMID pula lebih kepada dakwah sosial. Bagi isu umum agama SPAQ akan terus mengeluarkan bahan sebaran dan kenyataan media untuk disebarkan. Jadi anda boleh melakukannya di tempat anda sendiri.

Terima Kasih atas perhatian dan kesudian anda bersama kami.

Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1 SPAQ

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)