Tuesday, April 14, 2009

Laporan dan Aktiviti Terkini AMiM

Susulan daripada Latihan Aktivis Dakwah dalam Isu Sosial (LANDAS) yang disertai pada 28 dan 29 Mac yang lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) yang diwakili oleh Presidennya, S. M. Mohamed Idris telah mengeluarkan kenyataan media pada minggu lalu, mendedahkan permasalahan gejala sosial yang melanda remaja kini. CAP sebelum ini bekerjasama dengan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) dengan dipandu oleh Ustaz Kamaruddin Kassim telah turun ke beberapa kawasan yang menjadi sasaran remaja dan belia di Sugai Petani. LANDAS yang turut disertai oleh beberapa aktivis lain ini juga telah berjaya mengumpul bahan dan fakta berkenaan gejala kurang sihat yang berlaku seperti penagihan dadah serta penggunaan gam dan arak. Semasa kenyataan media dikeluarkan oleh Presiden CAP, botol-botol arak serta gam yang telah digunakan turut ditunjukkan kepada media sebagai bukti.

Sememangnya langkah yang diambil oleh CAP ini telah 'membuka mata' lebih ramai pihak. Kesannya dapat dirasai apabila seorang penceramah di majlis yang disertai oleh kebanyakan kaum ibu pada hari Ahad yang lalu (kebetulan saya juga menyertai majlis ini), turut menyarankan agar ibu-ibu yang hadir mengambil tahu aktiviti anak-anak selain turut sama mengambil contoh dari fakta serta bukti yang ditunjukkan ketika kenyataan media oleh CAP. Pendedahan oleh CAP serta usaha yang dilakukan oleh UNGGAS seharusnya diberi sokongan dan galakan yang berterusan. Selain itu, modul LANDAS yang dipelajari sebaiknya disebarluaskan serta diaplikasikan di mana jua aktivis berada.

Untuk makluman, perjumpaan untuk projek pertama kutipan dana UNGGAS yang dijadualkan pada 11 April yang lalu telah ditunda ke satu tarikh yang belum dipastikan. Walaupun begitu, penggerak untuk 'team' penjanaan dana UNGGAS masih diperlukan. Sekali lagi saya menyeru pada mana-mana ahli SPAQ yang ingin menghulurkan bantuan dari segi komitmen masa dan tenaga, sila hubungi Wardah (012-5296690) atau Ketua Penggerak Anak Muda Cinta Masyarakat, Hisyam (013-4424132).

Pada cuti semester yang akan datang (Mei-Julai 2009), kumpulan aktivis dari UUM yang pernah menyertai LANDAS bersama SPAQ pada 7-8 Mac yang lalu, telah merancang untuk melakukan aktiviti yang sama di Kelantan. SPAQ telah dijemput untuk bersama menyertainya. Makluman susulan akan diberitahu kemudian. Semua penggerak AMiM serta ahli SPAQ amnya diharapkan dapat mengikuti aktiviti ini dan bersedia menggunakan masa cuti semester dengan sebaik-baiknya.



Wardah bt Abdul Rahman

Aktivis SPAQ, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)