Friday, October 30, 2009

Kita hanya mengitar semula masalah sosial di kalangan remaja

Kita hanya mengitar semula masalah sosial di kalangan remaja

Masyarakat kita mengalu-alukan sebarang usaha mana-mana pihak yang prihatin untuk berusaha mengurangkan statistik penagihan dadah di kalangan anak muda serta gejala sosial da jenayah juvana yang semakin membimbangkan. Usaha yang dilakukan oleh PENGASIH dengan mengadakan kempen kenali anak anda adalah antara usaha yang perlu diperkenalkan kepada rakyat jelata.

Namun begitu, menangani gejala sosial dan jenayah tidak boleh dilaksanakan melalui saluran hiburan semata-mata. Masyarakat Malaysia bukanlah satu masyarakat yang kekeringan hiburan untuk disajikan, malahan remaja kita kini mengalami sindrom tepu hiburan.

Masyarakat yang perihatin juga masih ingat Marina Mahathir yang merupakan anak kepada Tun Dr Siti Hasmah selaku penaung PENGASIH juga pernah terlibat dalam membela golongan yang ditangkap dan didakwa oleh JAWI dalam kes serbuan JAWI di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005. Kes tersebut melibatkan selebriti seperti Jeslina Hashim. Akibat tekanan pihak liberalis yang berjuang atas dasar kebebasan hak individu dan anti 'moral police' menyebabkan JAIS menarik kembali kes berkenaan. Tindakan sesetengah ahli Kabinet yang mengesa agar JAWI menarik saman mereka sebelum ini lebih didorong kepada usaha untuk melegitimasikan dalam memperjuangkan isu hak asasi wanita seperti yang selalu diwar-warkan oleh Sisters ini Islam.

Persatuan Pengasih Malaysia dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan kempen "Kenali Anak Kita" yang bertujuan mendidik ibu bapa membuat pencegahan awal mengesan penglibatan anak-anak mereka dengan dadah. Majlis pelancaran kempen akan disiarkan secara langsung melalui persembahan beberapa artis negara pada 1 Nov depan melalui saluran TV1 pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam, yang akan disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selaku ibu dan wanita tersohor di Malaysia, Tun Dr perlu berusaha memastikan PENGASIH benar-benar melaksanakan program yang optima, berkesan serta menepati landas syariah sekiranya benar tekad untuk membasmi kerosakan sosial yang ada.

Pihak agensi kerajaan yang berusaha untuk mengekang jenayah sosial juga perlu bersuara mematikan sumber asal berlakunya jenayah dan gejala sosial. Kesemua kerosakan bermula dari pengawalan penjualan alkohol yang lemah (masih ada operasi menjual arak murah tanpa lesen), hedonisme melalui rancangan realiti yang bercambah, iklan-iklan yang menggambarkan kerendahan akhlak dan sebagainya. Malah kini Dutch Lady sendiri telah menganjurkan rancangan realiti nyanyian untuk kanak-kanak yang menampilkan kanak-kanak berperangai seperti orang dewasa. AF dan malaysia Idol kini telah menyelimuti akar umbi masyarakat sehingga ke umur sekolah rendah.

Selagi kita kita mengekang akar umbi permasalahan sosial serta membenteras pemikiran librela yang ingin mencarik penerapan syariah di Malaysia, selagi itulah kita mengitar semula kerosakan sosial di dalam negara ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha TERAS Cawangan Perak

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)