Friday, November 20, 2009

Bintang Kecil dan Hedonisme

Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Harakah edisi Jumaat, 11-13 Disember 2009

Bintang Kecil dan Hedonisme

Hedonisme menurut pengertian Kamus Dewan Edisi Ketiga, halaman 448, ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup [1]. Dengan kata lain, ia satu doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan wajib bagi seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan.

Budaya hedonisme jauh terpesong daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam. Seharusnya, masyarakat Islam lebih peka akan bahayanya virus-virus hedonism ini yang secara rakus cuba menghancurkan pemikiran dan akhlak masyarakat Islam itu sendiri. Keruntuhan akhlak yang teruk bukan sahaja merosakkan peradaban umat tetapi lebih kepada kemusnahan integriti Iman dan Islam itu sendiri.

Lambakan rancangan hiburandan realiti TV seperti Akademi Fantasia, Mentor, Gadis Melayu dan Sehati Berdansa mencuri tumpuan hampir sebahagian masyarakat Malaysia. Tanpa kita sedari golongan kanak-kanak juga menjadi mangsa dalam kehanyutan hedonisme ini. Antara rancangan yang menjadi pilihan mereka seperti Tom-Tom Bak, Pondok-Pondok, Bintang Kecil dan lain-lain lagi.

Rata-rata kanak-kanak yang terdedah kepada hiburan dan TV mudah untuk bersikap pasif dan suka berkhayal. Mereka menjadikan artis sebagai idola malah sanggup menjadikan imej artis tersebut sebagai identiti. Lihat sahaja pertandingan bintang kecil yang dianjurkan oleh RTM setiap musim. Segenap lapisan umur menjadi peminat setia rancangan tersebut.

Mungkin ada yang bercakap “ Bagusnya, sedap dia menyanyi “, “ Comelnya dia “, dan lain-lain suntikan semangat yang secara tidak langsung mencetus angan-angan pada anak-anak mengenai dunia hiburan ini. Masakan tidak, rancangan tersebut ditayangkan dalam masa santai keluarga. Apakah ini tidak mempengaruhi pemikiran anak-anak?

Sudah sekian lama virus hedonisme ini berevolusi dalam masyarakat sehinggakan barah-barah mulai bernanah dalam jiwa dan permikiran masyarakat Islam-Melayu kita pada hari ini. Satu demi satu, akhlak Islam ternoda dalam karakter masyarakat. Pihak yang berwajib hanya memandang sepi atas alasan hiburan ringan semata-mata dan bukan satu serangan dakyah kuffar menunggang modenisasi demi menghancurkan Islam.

SPAQ memandang isu ini bukan untuk menwujudkan sekatan kepada kebebasan individu untuk berhibur tetapi lebih kepada sempadan individu muslim untuk menjaga kemandirian iman dan jiwa daipada liberalisasi pemikiran dan penjiwaan Islam yang semakin hari di asak senjata sekularisme.

Kesempatan yang ada, SPAQ dengan penuh rasa prihatin menyeru rakyat Malaysia, khususnya Muslim agar lebih peka dalam kaedah pendidikan anak-anak dan keluarga. Anak-anak sebagai warisan kita sepatutnya dididik dengan cara hidup yang Islam yang lebih terjamin, bersederhana dan matang dalam menilai sesuatu perkara. Akhir kata, semoga Islam yang kita warisi hari ini digilap agar sinaranya dapat terus dikecap dan disemat untuk pewaris-pewaris cilik kita nanti.


Mohd Izzuddin

Skuad Penyelamat Aqidah(SPAQ)

izzu_87@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)