Friday, July 4, 2014

ROADSHOW PEDULI UMMAH MAPIM BERSAMA IMAM SYIRIA

BERITA AKTIVITI MAPIM UNTUK MEDIA
2 Julai 2014
ROADSHOW PEDULI UMMAH MAPIM BERSAMA IMAM SYIRIA


Suau program siri jelajah masjid ke masjid telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sepanjang bulan Ramadhan tahun ini untuk mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan berterusan di negara-negara umat islam yang tertindas.


Dalam siri Roadshow Ramadhan Infaq Kecemasan Peduli Ummah tahun 1435 H tahun ini, Mapim berjaya membawa dua orang Imam yang juga merupakan sukarelawan kemanusiaan di Syiria iaitu Sheikh Safwan Mohamed Debs dari Daerah Hasakah Timur Syria dan Sheikh Hassan Mohamad Deeb Saflo dari Daerah Aleppo Barat Syria.



Jelajah ini akan berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadhan dimana dua imam ini akan menjadi imam di masjid atau surau yang berbeza. Mereka akan menyampaikan ucapan ringkas berkenaan penindasan di Syria serta keperluan infaq kepada saudara seIslam. Ucapan mereka akan diterjemah oleh para sukarelawan MAPIM yang bertugas serta dihebahkan beberapa aktviti MAPIM yang terlaksana di Syria.





Sehingga kini projek pam air, sekolah untuk anak-anak Syria serta bantuan perubatan dan makanan sedang dihantar dari masa ke masa bergantung kepada jumlah dana yang terkumpul.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan apa saja kebaikan yang engkau semua lakukan, maka sesungguhnya Allah itu Maha mengetahuinya." (al-Baqarah: 215)
Sejajar dengan hadis Rasulullah bermaksud Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang Muslim lainnya, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula menyerahkannya - kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim maka Allah akan menutupi celanya pada hari kiamat." (Muttafaq 'alaih)


MAPIM juga menyeru agar umat Islam menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai tahun Peduli Ummah lantaran terlalu banyak isu penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam berlaku. Selain isu pembunuhan rakyat Syria, kini umat islam di Sri Langka dan India pula menerima musibah akibat diskriminasi dan usaha penghapusan etnik yang dilakukan oleh musuh Islam. Isu penindasan di Arakan Myanmar juga tidak kunjung malap malah saban bulan MAPIM menerima pearian-elarian baru yang hadisr ke Malaysia untuk meminta sedikit perlindungan daripada regim Myanmar.


MAPIM berharap agar para budiman dan umat Islam yang berhati mulia untuk menyumbang bantuan kewangan kepada tabung-tabung kemanusiaan yang diselenggara oleh MAPIM seperti di bawah;
Palestin : 558220601374 Maybank Islamic/ 08013010075820 Bank Islam
Syria : 558220605312 Maybank Islamic
Rohingya : 154001880630441 Ar Rajhi Bank
Fakir Miskin Malaysia : 558220605312 Maybank Islamic
MAPIM juga boleh dihubungi melalui talian
Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ( 017 5606131) Naib Presiden MAPIM
Ustaz Syukri ( 019 7585658 ) Pegawai Pejabat MAPIM








No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)