Thursday, July 10, 2014

Kenyataan Media MAPIM - DUNIA PERLU USAHA HENTIKAN PEMBULIAN TERHADAP UMAT ISLAM RAMADHAN INI


 KENYATAAN MEDIA MAPIM
7 Julai 2014

DUNIA PERLU USAHA HENTIKAN PEMBULIAN TERHADAP UMAT ISLAM RAMADHAN INI

Tidak cukup dengan tindakan berniat jahat kerajaan China yang menghalang ibadah berpuasa di wilayah autonomi Xinjiang (Turkistan Timur), di Myanmar pula usaha membuli dan menekan umat islam terus berlaku.

Merujuk kenyataan media rasmi Arakan Rohingya Union bertarikh 5 Jun 2014, beberapa aksi provokasi dan berniat mencetus rusuhan dilakukukan oleh puak pelampau Buddha di daerah Mandalay khususnya.

Pihak tertentu juga menyebarkan bahan risalah fitnah pada awal Ramadhan tahun ini berbunyi, “seorang wanita buddha telah dirogol oleh seorang penjual runcit Islam, umat isla telah bersedia untuk jihad terhadap Buddist”.

Jika sesiapa yang kenal siapa etnik Rohingya dan apakah yang mereka alami di Arakan Myanmar, pasti tidak percayakan fitnah ini. Hendak membeli makanan pun tidak mampu, ingin memiliki ubat pun sukar inikan pula merancang untuk rogol dan membuat jenayah yang tidak tidak menjadi pilihan golongan tertindas sebegini.

Di Asia Barat, Israel pula mula mencari pasal dengan terus menyerang Gazza. Hingga kini di Rafah telah syahid 6 orang manakala 2 orang syahid i pertengahan Gazza. 2 Orang pula syahid di Tebing Barat menjadikan jumlah mereka kini 10 orang syuhada’.

Bukan sahaja di Gazza, malah di tebing Barat juga bergolak selepas tentera Israel membunuh seorang anak Palestin berumur 16 tahun, Mohammed Abu Khudair di wilayah itu.

Israel tidak akan senang duduk elihat ketenangan umat islam beribadah sepanjang ramadhan. Lihat sahaja tindakan Yahudi ini sebelum menjelang Ramadhan apabila tentera Israel menyerbu masuk ke sebuah pejabat akhbar Palestin di Ramallah untuk menghalang mereka daripada menerbit dan mencetak tiga penerbitan Hamas iaitu akhbar Falastin, Al-Resala dan Al-Istiqlal.

Syarikat penerbitan di Tebing Barat telah mencetak tiga akhbar berkenaan sejak April, selepas Hamas yang memerintah Genting Gaza mencapai perdamaian dengan saingan mereka Al Fatah sekaligus menyaksikan ketiga-tiga penerbitan Hamas itu diedar dan dijual di Tebing Barat. Penyatuan dan kerjasama dua kerajaan Palestin ini rupanya cukup menaikkan kemarahan Yahudi Laknatullah.

Nilai darah umat Islam cukup murah dan tidak bernilai diperlakukan oleh golongan zalim yang berkuasa. Sempena Ramadhan bulan mulia pula, umat islam seolah-olah cuba dicabar oleh golongan zalim ini.

Persoalannya di manakah suara dan tindakan kuasa besar umat Islam? Di mana kekayaan yang dibanggakan umat Islam di Timur tengah? Di mana pemimpin-pemimpin yang pakar berdiplomasi dengan dunia Barat yang dianggap jaguh umat Islam?

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Naib Presiden MAPIM


No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)