Wednesday, February 3, 2010

Teruskan langkah anda (khusus untuk petugas kemanusiaan Rohingya Pulau Pinang)

Assalamualaikum dan salam juang kepada aktivis SPAQ dalam program Pendidikan Rohingya.

Saya terharu apabila melihat perkembangan positif daripada kalian semua.

Saya langsung tidak dapat aktif dalam perlaksanaan program ini, sekadar mencetus dan mempertemukan kalian dengan Muslim Aid Asia.

Saudara Muhammad adalah anak sulung Prof Kamarulazizi dari USM dan merupakan sahabat lama saya sejak tingkatan 1 di Al mashoor lelaki.

Beliau banyak memberi galakan kepada saya dalam hal penulisan dan kerja NGO serta khidmat masyarakat selama ini. Walaupun semasa sekolah beliau cukup sederhana, di kampus bukan orang ternama malah hanya pelajar yang tahu bersuka ria, beliau kini menjadi hub penting bantuan kemanusiaan di Iraq, palestin dan Indonesia.

Bertuah kepada beberapa aktivis yang terlibat sama dengan Muslim Aid asia.

Dahulu saya selalu mimpikan kerjasama antara NGO Islam dengaan Badan antarabangsa barat seperti UNHCR. Kini ia adalah realiti. dengan baget tinggi yang mereka peruntukkan untuk kita, saya sedar ia adalah berbaloi dengan usaha aktivis umat yang ingin memberi pendidikan bahasa kepada anak-anak Rohingya dan ibu tunggal mereka.

Tahniah kepada Aini kerana menjadi penterjemah dengan tetamu daripada UNHCR.

Tahniah Kepada Aifa adan Izzah yang cukup komited menyusun langkah.

Tahniah kepada muslimin dan muslimat dari IPP yang sudi korbankan wang dan masa membuat servey berjumpa dengan Rohingya di seberang prai.

Semua bermula apabila isteri saya, Wardah (masa tu belum nikah lagi) beramah mesra dengan pengemis rohingya di Chowrasta.

Saya dan wardah terus bertekad untuk berhubung dengan Muslim Aid apabila melihat anak-anak Rohingya jinak dengan kita orang Melayu. Wardah ada membawa kawan-kawannya berjumpa dan melayan anak-anak pengemis itu melukis, dan mewarna di Chorasta. Ini merupakan hasrat kita dalam SPAQ untuk aktif dalam lapangan walaupun kita bersendirian, jauh dari rakan-rakan seperjuang.

Akhirnya Izzudin dari Kuala Lumpur berjaya membuat draf Proposal program ini untuk UNHCR kemudian dibaiki oleh Wardah , Izzah, Aifa dan Aini.

Ada beberapa fasilitator yang belum saya kenali dan Insya Allah kita akan bertaaruf kelak.

Kerja Islam adalah ke hadapan....kerja ini kerja ikhlas...kerja ini kerja kolaboratif. ...

Saya akan usahakan sijil dari PBB untuk para aktivis yang mungkin berguna untuk kerjaya antum serta kerja dakwah kelak.

Terima kasih semua....

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah.

No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)