Friday, February 5, 2010

Awasi laman-laman Ahmadiyyah

Semasa saya sedang menyiapkan artikel panjang bertajuk Mencari Model Ekonomi Dunia; Islam jalan terbaaik untuk disalurkan ke Majalah Milenia, saya mencari bahan-bahan rujukan daripada internet. Ini lumrah kerana saya bukan lulusan pengajian ekonomi atau akaun. Malah saya tiada langsung asas ekonomi semasa di bangku persekolahan.


Lantas saya terjumpa satu laman yang menarik mengupas perihal ampuhnya ekonomi islam mengatasi kemelesetan ekonomi dunia. Tiada penyelesaian praktikal atau tektikal seblaiknya mengupas semangat umum dalam syariah yang menguatkan ekonomi cara Islam.


Bila dibelek berkali-kali saya baru tersedar itu adalah laman Qidiani daripada Indonesia. Saya lupa ajaran sesat qadiani di Indonesia lebih dikenali sebagai Ahmadiyyah (bukan tariqat Ahmadiyyah).


nasib baik saya cepat faham tulisan dalam web berkenaan. Alhamdulillah. Lihat link di bawah dan cuba pembaca sekalian belajar mengenali web-web halus ajaran sesat di nusantara ini.

http://1-islam.net/artikel-islam/3-cara-mengatasi-krisis-global.html

http://ajaranislam.com/index.php?option=com_content&view=article&id=81:muhammad-menurut-mirza-ghulam-ahmad&catid=40:toko-buku&Itemid=63

Selamat berfikir

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi SPAQ


No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)