Tuesday, August 26, 2014

INGIN TERAPKAN SYARIAH DALAM MAS PERLU IKHLAS

INGIN TERAPKAN SYARIAH DALAM MAS PERLU IKHLAS
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)- MAPIM

Gerakan Sokong Syariah (GESA) bersetuju dan memuji akhbar Sinar Harian Utara yang menyiarkan tajuk hadapannya berkaitan isu penerapa syariah dalam syarikat MAS.

Tajuk hadapan Sinar Harian Selasa 26 Ogos 2014 tertera “ Henti Arak Tutup Arak” dan “ Pemuda UMNO minta MAS lakukan transformasi dengan terapkan elemen patuh syariah untuk tingkatkan imej penerbangan itu”.



Ini isu besar dan agenda besar semua pihak yang mengaku berjuang atas nama Islam dan syariat. Inilah obligasi yang perlu ditanggung dibahu masing-masing. Isu ini sebenarnya telah hangat dibahas sepanjang Ramadhan yang lalu apabila kenyataan media Ustaz Tarmizi Sulaiman selaku Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Negeri Kedah dihentam dan dikritik teruk dalam Malaysiakini.

Hari ini Sinar Harian sekali lagi memetik kenyataan beliau lalu iaitu “ Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan leh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan Musabaqah Al Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum Al Quran”. (Malaysiakini 21 Ogos 2014)

Kenyataan beliau dikatakan tidak kena tempat dan dihentam dahsyat tanpa mengira parti. Beliau dikatakan tidak mengenal sensitiviti masyarakat walaupun beliau turut memuatkan beberapa kenyataan tokoh yang menolak arak dalam MAS seperti pandangan Dr Asri Zainul Abidin, Dr Ridwan Tee serta Allayarham Abdul Ghafar Ketua Pramugara MAS.

Kenyataan beliau kemudiannya dipopularkan juga oleh Siti Zailah Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang yang menegur sikap kerajaan yang masih membelakangkan syariat sehingga mengundang petaka dalam syarikat berkenaan.

Benarnya adalah, mengaitkan sesuatu bala dan bencana dengan akar ketuhanan dan akibat melanggar perintah Allah adalah suatu muhasabah yang paling besar disamping mententeramkan ahli keluarga mangsa.

Lihat sahaja apabila isu berkabung dan isu tafakur dihebahkan dan diwar-war kerajaan untuk mangsa MH 17 sempena kepulangan jenazah, isu ini hanya ditegur oleh para ulama’ dan ustaz di kuliah-kuliah maghrib ada malam Jumaat sebelum berkabung diumumkan. Hal ini kerana jika mereka mengeluar kenyataan media dan vokal menegur kesalahan menteri yang tidak menjustifakasikan amalan berkabung menurut syariah pastilah mereka akan dihentam sepertimana Ustaz Tarmizi.

Pemuda UMNO boleh dikira berani kerana menyuarakan hasrat menerap syariah di saat ramaipihak termasuk kaum Islam menolak atau meremehkan saranan tersebut. Penulis teringat beberapa komentar kaum islam di Malaysiakini yang berkata jika ghairah sangat untuk inginkan syariat mengapa idak sahaja azan dan solat berjemaah sahaja dalam pesawat. Ramai juga mengatakan pihak parti Ustaz Tarmizi akan merosakkan negara jika memerintah kerana berfikiran kolot dan negatif.

Namun begitu harus diingatakan Pemuda UMNO seharusnya sedar kuasa menerap syariah ada di tangan pemimpin UMNO iaitu senior mereka sendiri. Mereka pelru sedar kelompok berkuasa dalam parti itulah yang mengekalkan suasana sekular dan langgar syariah dalam MAS hanya kerana ingin meraih pelanggan bukan islam yang sebanrnya bukan semuanya kemarukkan alkohol dalam pesawat.

Perkra yang penting sepertimana isu hudud, mengeluar kenyataan media menerap syariah perlu ikhlas untu melaksana dan bukan sekadar menggauk isu untuk ‘milage politik’ masing-masing sahaja.





No comments:

Post a Comment

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)