Monday, June 9, 2014

MAPIM MOHON MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU CAMPURTANGAN DALAM KES RIDZUAN ABDULLAH

Kenyataan Media MAPIM
7 hb Jun 2014

MAPIM MOHON MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU CAMPURTANGAN DALAM KES RIDZUAN ABDULLAH 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memohon Majlis Raja Melayu campur tangan dalam kes Ridzuan Abdullah ,  seorang mualaf yang diarah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan anaknya Ummu Habibah yang dibesarkannya dengan pendidikan Islam kepada bekas isteri yang berugama Hindu , Indra Ghandi.

Keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh kini telah menyebabkan kedudukan pengIslaman dan hak menjaga 3 orang anak-anak yang telah diIslamkan oleh Ridzuan itu kini dalam keadaan tidak menentu.

Salah seorang  anak yang dijaga sendiri oleh Ridzuan iaitu Ummu Habibah  sudah boleh mengamalkan solat dan membaca Al Quran .  Ridzuan maseh tidak mahu menyerah Ummu Habibah kerana patuh kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh. Ridzuan telah mendapat keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menetapkan beliau berhak menjaga anak yang telah diIslamkan itu. .

Kami kesal kedudukan anak-anak beliau yang telah diIslamkan kini yang sebelumnya disah dan diterimah oleh Jabatan Agama Islam Perak kini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sepatutnya dalam soal hak hadhanah dan pengIslaman anak-anak tersebut diputuskan oleh Hakim yang mempunyai latarbelakang pengetahuan Islam . Adalah tidak mungkin seorang Hakim bukan Islam dapat memahami perundangan Islam untuk menentukan kedudukan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

MAPIM mengesa masyarakat dan institusi keadilan negara agar kes Ummi Habibah yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh  untuk dikembalikan kepada ibunya yang beragama Hindu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi  Syariah Ipoh yang memutuskan bapanya Ridzuan Abdullah berhak menjaga anaknya yang diIslamkan .

Kami berpendirian status keIslaman kanak-kanak itu perlu dihormati dan dipertahankan setelah beliau diperbesarkan dalam suasana Islam oleh bapanya sejak umurnya 11 bulan sehingga kini sudah mencecah umur 6 bulan.

Keadaan yang sedia ada iaitu Ummi Habibah sudah mengamalkan budaya hidup Islam  bersama bapanya sangat perlu dihormati dan tidak perlu diganggu gugat.

Kami sangat memandang serius jika beliau dikembalikan menjadi seorang Hindu , ini akan mengulangi kes pada tahun 1950 , bila  seorang gadis Belanda bernama Natrah ( nama Belandanya Maria Herthog ) yang dibesarkan dalam keadaan Islam tetapi diputuskan oleh Mahkamah di Singapore supaya beIiau dikembalikan kepada ibubapanya yang Kristian walaupun beliau sudah menjalani kehidupan Islam bersama ibu angkatnya , Che Aminah Mohammad.

Luka umat Islam dalam kes Natrah sehingga hari ini maseh segar dalam ingatan .

Negara ini yang meletakkan Islam sebagai negara resmi hendaklah dihormati. Setelah beliau melalui pendidikan agama Islam dibawah jagaan bapanya , tidak mungkin umat Islam redha anak itu di Hindukan semula.

Lagipun jika ini berlaku ia akan merupakan kes prisiden yang akan menjadi rujukan kepada kes selanjutnya.

Oleh kerana wujud percanggahan keputusan antara 2 Mahkamah yang berdasarkan dua undang-undang berbeza , maka jalan keluar ialah untuk menyerahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu sebagai pihak tertinggi menjaga Agama Islam di negara ini. Ini adalah kerana dalam hal ehwal ugama Islam para Raja Melayu adalah bertanggungjawab. 

Ditambah lagi bidangkuasa Mahkamah Syariah yang tidak boleh digugat oleh Mahkamah Sivil seperti termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Kami berpendirian menjaga maruah dan status agama Islam dinegara ini agar ia berada pada kedudukannya yang tertinggi, mengikut tafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah penting agar keharmonian di negara ini terjamin.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

1 comment:

  1. Bagaimana pula luka orang-orang Kristian yang terang-terang dihina oleh orang-orang tertentu? Ada pembelaan?

    ReplyDelete

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)