BEBANAN KENAIKAN KOS BARANG-
SYARIAH ISLAM PENYELESAIANNYA
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)
MAPIM melalui sayap GESA (Gerakan Sokong
Syariah) telah lama giat mempromosi agenda tagyir (perubahan) agar
umat isla khususnya kaum melayu optmis, yakin dan cintakan
perlaksanaan syariah Islam secara holistik.
Hal ini tidak hanya menumpu kepada isu-isu
hukuman syariah jenayah sepertimana yang ada dalam kotak fahaman
minda melayu, syariah Islam yang syumul ini juga sebenarnya adalah
preskripsi ubat yang amat mujabat bagi permasalahan tekanan ekonomi
yang melanda rakyat sehinggakan tahun 2014 digelar sebagai Tahun
Naik.
Dalam hal kenaikan harga
barang yang disebabkan isu monopoli misalannya, ia telah lama menjadi
bebanan rakyat. Malah rakyat malaysia dijadikan ‘Guinea
pig’ untuk
dieksperimenkan dan menerima bahana untuk pengekalan kekayaan dan
‘survival’ keuntungan syarikat-syarikat kapitalis yang juga
sebenarnya berpengaruh dalam banyak polisi kerajaan.
Contoh pertama yang boleh penulis sediakan di
sini adalah hal kenaikan harga gula.
Sebelum Bajet 2014 kerajaan menarik balik
subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta.
Pada 26 Oktober 2013, harga gula telah meningkat ke harga RM 2.84
sekilogram. Kita tidak persoalkan niat ‘suci’ kerajaan yang ingin
menjaga statistik pengidap diabetis. Yang menjadi persoalan kenaikan
harga barangan yang bersifat tidak anjal sebenarnya akan hanya
mendera rakyat kerana hakikatnya rakyat akan tetap membeli gula.
Barang yang sangat penting kepada pengguna
seperti gula, elektrik, dan beras mempunyai permintaan tak anjal.
Ini bermaksud, peningkatan harga
barang yang banyak hanya akan mengurangkan sedikit permintaan.
YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan) telah mengesahkan di dalam Dewan Rakyat pada sidang
hari Khamis (21 November 2013) bahawa Kerajaan Malaysia telah
memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga
yang kini lebih tinggi dari harga pasaran.
Mengapa pula kerajaan Malaysia yang terlibat dengan perjanjian
merugikan negara sedangkan gula dimonopoli oleh engimport monopoli
antaranya milik syarikat Tan Sri
Syed Mokhtar al-Bukhary.
Monopoli gula ini diberikan kepada
syarikat-syarikat ini melalui satu sistem permit import (AP)
gula mentah yang hanya diberikan kepada syarikat-syarikat ini. Dalam
keadaan Malaysia langsung tidak mempunyai ladang atau perusahaan yang
mengeluarkan gula mentah, industri gula di Malaysia bergantung
sepenuhnya kepada import gula mentah dari pasaran antarabangsa.
Sepatutnya untuk mengawal
manipulasi keuntungan harga gula, permit
import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga yang lebih rendah
perlu dibuka dan permit import
(AP) untuk membeli gula bertapis juga dibuka untuk mewujudkan
persaingan harga.
Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia
adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang
untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia
lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.
Contoh kedua yang boleh dibahas di sini adalah
isu kenaikan tarif harga yang membebankan rakyat.
Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya
Tenaga , Datuk Ahmad Fauzi
menyatakan peningkatan
tarif elektrik yang diumumkan kerajaan
adalah untuk menampung kos
penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia.
Kos penyelenggaraan itu turut
melibatkan kerosakan yang banyak berlaku di janakuasa dan juga ke
atas masalah ketidaklancaran sistem.
Masalah berkenaan dikesan banyak
berlaku sejak tiga tahun lalu.
Keuntungan
TNB bersih selepas tukaran wang asing berjumlah adalah
sekitar RM4.61 bilion bagi
keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013.
Keuntungan ini meningkat sebanyak
4.6 peratus berbanding RM4.41 bilion pada
2012. Jadi ke mana perginya keuntungan tersebut sehingga tidak mampu
menyelengga aset syarikat sendiri sehingga terpaksa menaikkan harga
pengguna.
Jika syarikat bukan monopoli misalnya syarikat
bateri kereta. Adakah Pengurus Besar syarikat bateri kereta akan
menaikkan harga bateri hanya kerana menampung kos penyeenggaraan
bumbung kilang atau untuk membeli mesin yang sofistikated? Bukankah
rutinnya syarikat sebegini akan melabur keuntungan simpanan syarikat
sendiri demi memajukan syarikat untuk terus relevan dalam arus
persaingan. Lain pula syarikat monopoli, mereka manaikkan harga
produk sesuka hati untuk menampung penyelenggaraan premis sendiri.
Pada dasarnya dalam ekonomi Islam, perniagaan
syarikat monopoli tidak dilarang
jika ditakdirkan hanya syarikat itu yang wujud. Sesiapapun
boleh bermuamalah
tanpa dikira
apakah mereka
satu-satunya penjual (monopoli) atau wujudnya
ada penjual lain, asalkan tidak
melanggar nilai-nilai Islam.
Dalam hal ini yang dilarang berkaitan dengan
monopoli adalah ikhtikar, iaitu
kegiatan menjual lebih sedikit barang dari yang seharusnya sehingga
harga menjadi naik untuk mendapatkan keuntungan di atas keuntungan
normal. Misalnya
menyekat atau menimbun produk untuk menaikkan harga pada saat
keperluan awam. Hal ikhtikar jelas ianya diharamkan oleh syara’.
Konsep yang sewajarnya
menjadi pegangan pemerintah adalah konsep توزيع
الثروة في المجتمع
(Tauziu’l
sarwah fi majtama’), iaitu konsep edaran kekayaan di kalangan
masyarakat.
Sejajar dengan Allah
SWT: "...agar harta itu jangan
hanya berputar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu
sekalian..." (QS 59: 7).
Selain riba, syarikat
monopoli adalah komponen utama
yang akan membuat kekayaan terkonsentrasi di tangan segelintir
kelompok,
Ibn Taimiyyah misalnya, dalam kitabnya
Al-Hisbah fil Islam menyatakan bahawa
Islam sangat mendorong kebebasan untuk melakukan aktiviti
ekonomi selagi
tidak bertentangan dengan agama
iaitu tiada isu riba, penindasan, eksploitasi dan bebanan kepada
mana-mana pihak baik penjual mahupun pembeli.
Ibnu Taimiyah
menekankan pentingnya
diwujudkan lembaga al-Hisbah
sebagai agensi
negara yang bertugas untuk memantau
pasar, mengawasi kondisi ekonomi
dan sekaligus mengambil tindakan jika terjadi ketidakseimbangan pasar
akibat monopoli dan praktik-praktik lain yang tidak sesuai dengan
syariat Islam.
Kenaikan 2 perkara yang penulis nyatakan diatas cukup untuk memberi momentum kenaikan harga keperluan asas rakyat. Hal ini belum lagi dimasukkan akibat kenaikan harga petrol.
Maka disini perlulah pemerintah negara ini
kembali meneliti prinsip asas perekonomian Islam. Memahami teori
tanpa memahami prinsip asas keadilan syariah islam menyebabkan
pemimpin yang mungkin memiliki asas agama menolak perlaksanaan
syariah secara holistik. Malah gejala ini memalukan apabila ribuan
graduan syariah dalam jabatan kerajaan tidak mampu membantu membawa
syariah ke mainstreem yang sepatutnya disebabkan kekangan dalam
pemerintahan.
4 Januari 2014
No comments:
Post a Comment