Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts

Friday, October 29, 2010

GADIS MELAYU; tampil sikap rakyat Malaysia terhadap isu Palestin.

GADIS MELAYU; tampil sikap rakyat Malaysia terhadap isu Palestin.

Terpana dan terpaku mata dan otak saya semasa menonton rancangan Final Gadis Melayu Musim-3 malam ini ( 29 Oktober 2010). Bukan disebabkan terpukau dengan wajah dan aksi para gadis yang asyik gila mengejar nama atas nama keayuan gadis Melayu, tetapi saya masih tidak mengerti minda apakah kaum Melayu ini fikir tentang Palestin.

Ya, salah seorang peserta cuba membawa mesej perjuangan di Gaza. Ingin tonjolkan kepada masyarakat betapa eratnya perjuangan Gaza dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Bertambah bingungnya saya apabila beliau cuba bertanya dengan nada berpuisi kepada penonton, kenapa perlu banyak payung perjuangan Palestin seperti Aman Palestin, Viva Palestin, Aman Malaysia dan NGO-NGO lain.

Pada saya nyata beliau masih jauh daripada kefahaman sebenar isu Gaza Palestin. Malah semasa para ulama’ sedunia menyarankan kepentingan umat Islam menjunjung perjuangan Baitul Maqdis, saya merasakan betapa tidak fahamnya masyarakat Malaysia dengan perjuangan istiqlal (kemerdekaan) dan tahrir (pembebasan) di bumi Al Quds warisan Bani Kanna’n.

Dengan paparan tarian dan puisi oleh para gadis tanpa menutup aurat tetapi diselendangkan dengan selendang Palestin, cukup menampilkan betapa olok-oloknya mereka terhadap isu aqidah umat Islam. Isu membebaskan Al Quds dan bumi yang mewarisi warisan juangnya di Gaza adalah isu aqidah kerana ia janji dari Al Quran dan hadis Rasulullah SAW. Terpana juga saya dek fesyen tudung peserta yang nampak leher ala-ala mak dan nenek kita dahulu semasa turun sawah padi dengan tudung tergulung tertenggek di atas kepala. Adakah itu imej muslimah Gaza yang cuba diibaratkan?

Ingin menyatukan perjuangan di bawah satu payung? Jadi, payung yang mana layak untuk memayungi perjuangan aqidah memerdekakan umat Islam di Gaza? Adakah payung sekular, bersifat assobiyyah nasionalis dan hammasah kemerdekaan ala sekular mampu memayungi NGO dan pertubuhan Islam yag ikhlas memahami tuntutan syarak berjuang membantu Gaza? Adakah atas alasan ‘human right’ sahaja menjadi motivasi beberapa gerakan Islam sedunia untuk bersungguh melawan tirani Israel?

Jihad adalah istilah syarak yang diselubungi dengan intipati syarak juga. Jihad perlu ditunggang dengan menepati perjuangan atma dan nurani Islam yang asli bersumberkan Al Quran dan hadis bukannya bersumberkan simpati manusiawi, atas nama sekular atau keperluan sejagat semata-mata.

Ramai boleh membeli selendang Palestin, menyarung ke leher, tetapi bukan ramai yang faham dan ikhlas dengan isu Gaza-Al Quds.

Bumi Syam adalah bumi jihad yang berterusan sehingga ke hari Kiamat.

Dari Muaz r.a. Rasulullah (s) bersabda:

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah swt. akan membuka bumi Syam selepas ketiadaanku. dari Arish hingga ke Furat.. Lelaki ,perempuan, Hamba mereka akan berjihad hingga kehari kiamat.. sesiapa dikalangan kamu memilih salah satu tempat di bumi Syam atau baitul Maqdis, maka dia berada dalam jihad hingga ke hari Kiamat.

Allah s.w.t. telah memberitahu kepada junjungan kita Muhamad s.a.w. bahawa bumi al-Aqsa ini akan dirampas atau diugut oleh musuh, kerana inilah baginda menggalakkan umatnya agar berjihad mempertahankan bumi ini supaya tidak jatuh ke tangan musuh dan berjihad untuk mengembalikannya jika ditakdir jatuh ke tangan musuh.

Begitu juga abi Umaimah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka, mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah swt. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai rasulullah? Baginda menjawab: di Baitul maqdis, dan sekeliling baitul maqdis. (Riwayat Imam Ahmad)

Betapa sedihnya para syuhada’ di pusara bumi Palestin bila tahu terkinja-kinjanya rakyat Malaysia sambil membuka aurat melaungkan slogan bebaskan Palestin..bebaskan Gaza..satukan perjuangan atas satu payung perjuangan tanpa sedar apakah itu Gaza dan apakah itu Palestin.

Menggunakan idea sekular dan nasionalis manusiawi untuk menjuarai isu Gaza hanya menatijahkan sikap seumpama kaum Arab di sekeliling Gaza. Suatu ketika dahulu dalam era tahun 1960an mereka giat bersatu berperang dengan Isreal untuk membebaskan Palestin seluruhnya, akhirnya bertukar menjadi api dalam sekam, menyekat bantuan makanan dan perubatan, menanam tembok besi ke dalam terowong kecemasan Gaza, menutup sempadan negara dan membenarkan Israel menggunakan ruang udara dan air untuk menyekat Gaza. Inikah hasil yang rakyat Malaysia ingin rakul melalui sekular dan nasionalis?

Kepada rakyat Malaysia, hentikan sandiwara perjuangan membela Palestin jika ia hanya dilakukan atas alasan menunjuk-nunjuk, ingin menjuarai isu atau ingin menjadi tersohor kemanusiaan kerana bukan itu yang didamba oleh para balu dan yatim di Gaza.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Teras Pengupayaan Melayu

Friday, October 1, 2010

Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?

Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?
Jelas, Amerika Syarikat tidak memerlukan tazkirah atau penerangan berkenaan apa itu islam daripada Perdana Menteri Malaysia. Malah sejak berlakunya pertembungan peradaban di Andalus sehinggalah berlakunya reconquista (penaklukan semula) pada 1492M, orientalis barat cukup kenal apa itu islam serta hikmah di sebalik syariatnya.

Apa yang diidamkan oleh Washington dan Tel Aviv adalah pengekalan hegemoni yang mereka pusakai daripada Empayar Britain sejak 1945 lagi.

Untuk memupuk dialog peradaban budaya antara benua dan Negara yang sihat atau menuju kea rah convivencia sejagat kata Anwar Ibrahim, pemimpin islam tidak semestinya perlu menampilkan imej west-friendly (mesra barat) yang tunduk kepada kempen keganasan barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan pandangan kepada Presiden Barack Obama pada mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-AS, di Hotel Waldorf-Astoria, agar rakyat Amerika memahami umat islam dengan lebih mendalam.

Hari ini, gejala islamofobia berlaku akibat akurnya pemimpin umat islam untuk berkempen secara apologatik bahawa umat islam tidak perlu mengikuti jalan ekstrimis sebaliknya mengejar kesederhanaan. Kempen-kempen pemimpin umat islam cukup popular sering menyalahkan umat islam berbenading menegur keganasan da kerakusan kuasa yang dilakukan oleh AS dan isreal secara terbuka seumpama dilakukan oleh Iran dan Turki.

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada rasa takut terhadap Islam dan penganutnya. Rasa takut atau benci ketidaksukaan terhadap Islam. Istilah ini muncul di awal tahun 1980-an, tetapi menjadi lebih popular pada tahun 2001, sejak tragedy WTC. Islamofobia menjadikan orang islam mengalami diskriminasi di berbagai bidang, seperti ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Kerja menangani islamofobia tidak boleh bermula dengan hanya mengistihar kerjasama di peringkat global untuk membasminya. Fobia ini adalah satu psikologi yang terhasil akibat scenario ciptaan barat. Malah pemimpin umat islam yang ingin membasmi fobia ini perlu menunjukkan teladan baik dahulu untuk menanganinya di dalam Negara sendiri!

Adakah semua pemimpin Negara islam memahami syariat islam serta menobatkan Al Quran sebagai sandaran utama pemerintahan? Isu serangan terhadap kaum bukan islam yang ingin mendalami Al Quran, penghinaan hukum islam di kalangan pemimpin, gejala penghinaan hukum islam dan memepersendakan aurat di kalangan artis dan selebriti, isu tuduhan dan diskriminasi terhadap mahasiswa islam di kampus-kampus cukup mengambarkan betapa malaysia juga belum menyekesaikan hutang islamofobianya. Bagaimana pula Malaysia mampu membantu AS yang merupakan perancang islamofobia untuk memahami islam dan bertoleransi.

Peranan yang lebih bijak perlu dimainkan. Pemimpin OIC dan ASEAN perlu bercakap di perhimpunan besar seperti PBB dan sebagainya untuk mengupas akar umbi terjadinya keganasan dan islamofobia. Adakah si ketua perang yang ingin membasmi keganasan itu tidak mengganas? Jangan cepat menunding jari ke arah umat islam semata-mata ingin membina imej toleransi yang akhirnya akan menjadi imej ‘budak Amerika’ yang merugikan ummah.

Perdana Menteri Malaysia amat berharap jika rakyat Amerika yang majoritinya bukan beragama Islam untuk memahami Islam dan syariahnya. Ironinya, gejala ketidakfahaman islam paling dahsyat juga berlaku di kalangan melayu-Islam di Malaysia. Tambahan pula, sikap anti syariah islam, tidak menutup aurat dan menghina ulama’ juga berlaku di kalangan pemimpin melayu-islam. Inilah krisis terbesar islamofobia, fobia yang berpuncaa akibat kemelesetan pegangan islam kaum islam itu sendiri, bukannya disebabkan ketidakfahaman kaum bukan slam sahaja.

Kini Obama cukup pening dan sibuk ke hulu ke hilir menjelaskan bahawa beliau bukan beragama islam seperti yang disangka oleh 45% rakyatnya. Majalah Times (September 2010) memetik kata-kata beliau, ‘I can’t spend all my tme with my birth certificate plastered on my forehead. Daripada memahamkan rakyat AS tentang Islam, lebih baik beliau memahamkan rakyat AS bahawa beliau adalah Kristian asli dan bukannya muslim!

Menangani islamofobia memerlukan penampilan amalan dan keeratan syariah islam dengan kehidupan dan bukannya menampikan statistik ekonomi mahupun kenaikan KDNK semata-mata. Hari ini negara umat Islam yang mengalami pertumbuhan ekonomi hebat akan dianggap juara yang mampu menghakis prejudis barat.

Menurut laporan Buletin OIC bulanan, selepas satu soal selidik dilakukan di Scotland, 60% rakyatnya bersetuju bahawa syariat islam sesuai dengan rutin harian rakyat Scotland berbanding England walaupun masih ada keterbatasan untuk bergaul di pesta arak atau jamuan minum. Inilah syariah islam yang perlu difahamkan.
Laporan Tahunan ketiga OIC merangkumi tempoh dari Mei 2009 hingga April 2010 ada membuat kesimpulan berkenaan keadaan islamofobia terkini di Eropah Barat dan Utara Amerika. Hak asasi umat islam masih dilanggar dan kebebasan beragama masih terhad. Label umat Islam sebagai "pengganas, agama kekerasan , tragedi bias dalam liputan media dan sebagainya. Mengapa takrifan ekstrim masih dirujuk daripada penggunaan AS dan sekutunya?
Berdasarkan ucapan Perdana Menteri bersempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama’ dan Umara’ Pada 5 Feb 2010 (Jumaat), PICC Putrajaya, beliau cukup menekankan aspek wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai lawan kepada sikap ekstrim.
Kalimah ekstrim kebanyakkan difahami berdasarkan kamus korpus barat yang menuduh umat islam yang tegar mengamalkan syariah sebagai ekstrim secara melulu. Kalimah ini tidak dihurai secara saksama. Akibat terdorong dengan konotasi Barat, kalimah ekstrim diperangi oleh pemimpin umat Islam dengan membantai para alim ulama’ ,mendiskriminasi pelajar pengajian islam dan sekolah agama, menangkap dan menyeksa dengan ISA terhadap umat Islam tanpa soal selidik secara perundangan yang sah. Inilah layanan yang dilaksanakan di Guantanamo tajaan AS yang kini ingin didampingi oleh Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini menyumbang ke arah pengurangan islamofobia?

Islamofobia datang dari sikap Barat. Ia juga disumbang akibat sikap umat Islam yang mengucupkan kerja dakwah sehingga islam tidak menyinar kepada kaum bukan islam. Ia juga diakibatkan konspirasi media atau politik antarabangsa untuk menampilkan keburukan Islam semata-mata. Lantaran itu, menghapuskan islamofobia perlu mendasar kepada puncanya dan bukan hanya menemplak umat islam yang mengamalkan syariah sebagai kaum yang ekstrim walaupun Islam tetap melarang perbuatan iabadah secara ghuluw (melampau).

Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA-TERAS

Thursday, June 17, 2010

Umat Islam diseru tidak terbuai dengan janji Israel dan kuncu-kuncunya.

Kenyataan Media

Umat Islam diseru tidak terbuai dengan janji Israel dan kuncu-kuncunya.

Kabinet Keselamatan baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza selepas sekian banyak dosa akibat serangan dan sekatan sejak tahun 2006.

Justeru itu, umat Islam dinasihatkan tidak alpa dengan isu ini kerana sikap lidah bercabang adalah sikap semulajadi Israel.

Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya.

Netanyahu berjanji akan kekalkan sekatan laut ke atas Gaza, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas.

Pendekatan baru yang dianggap mungkin sebagai rahmat ‘persefahaman Blair-Netanyahu’, hanyalah satu usaha jangka pendek yang hanya bertujuan mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel.

Tanpa ada sebab musabab dalam hal perbincangan isu kelonggaran sekatan, Iran pula cuba dikaitkan dalam hal penyeludupan senjata melalui laut dan ini petanda awal bahawa Israel dan abangnya AS akan menumpu perhatian untuk memusnahkan Iran.

Sebelum negara haram ini menerima banyak tekanan diplomasi (sekadar ucapan beberapa pemimpin PBB sahaja) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menolak untuk menarik sekatan ke atas Gaza, malah menegaskan larangan bantuan beberapa siri Viva Palestin dan Konvoi pelbagai NGO serata dunia melalui jalan darat dan laut adalah sebagai punca membuka pintu penyeludupan persenjataan Hamas.

"Ini bukan 'Kapal penyelamat'," kata Netanyahu "Itu adalah kapal kerosakan."

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup selepas didesak k oleh semua pihak serta langkah awal pelobi yahudi di dalam PBB untuk mengelakkan tekanan politik bertukar menjadi tekanan ekonomi seperti pada tahun 2006 dahulu.

Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan.

Bank Dunia membuat anggaran bahawa 80% impot ke Gaza datang dari terowong bawah tanah. Pada tahun 2008, rakyat Gaza merobohkan pagar sempadan dengan Mesir, dan PBB menganggar bahawa setengah dari 1.5 juta populasi Gaza segera berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan gas, minyak masak, dan semua keperluan sehari-hari sebelum sempadan (Rafah) tersebut ditutup kembali oleh tentera Mesir.

Ini menunjukkan bagaimana eksplosifnya situasi pada saat itu. Semenjak itu, situasi telah menjadi semakin parah, dimana pemerintah Mesir mulai membangun sebuah tembok besi bawah tanah guna memblok terowongan-terowongan dari Gaza melalui nasihat Zionis. Tambahan pula, tanpa perdagangan sah, terutama dengan Israel, ekonomi Gaza telah runtuh. CIA World Factbook mengestimasikan bahwa tingkat pengangguran pada tahun 2009 adalah 40%. 44% dari populasi adalah anak muda berumur 14 ke bawah.

Inilah situasi yang ada di Gaza, dimana seluruh rakyat ditahan di sebuah penjara terbuka.

Pihak NGO seleuruh negara ini, serta di serata dunia diseru untuk memantau pengagihan barang bantuan daripada kapal-kapal yang telah ditawan, serta memastikan konvoi bantuan terus dilakukan melalui jalan laut dan darat yang telah dibuka oleh pihak Mesir. Sikap Mesir juga perlu dicurigai kerana mereka boleh menutup sempadan pada bila-bila masa sahaja atas desakan musyrikin Zionis. Tekanan kepada Mesir juga wajar diteruskan.

MAPPIM akan menganjurkan Konvoi Ramadhan di Gaza pada bulan puasa tahun ini serta akan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Mesir konsisten membuka sempada Rafah serta mengabaikan desakan Zionis.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Ketua Media Teras Pengupayaan Melayu

Merangkap Koordinator Sekreteriat MUDA-Teras

Tuesday, June 1, 2010

Media: Labelkan Israel dan penyokongnya sebagai pengganas

Labelkan Israel dan penyokongnya sebagai pengganas

Sebahagian besar negara Eropah mengecam dan mengutuk serangan ala lanun tentera laut Regim Zionis terhadap salah sebuah daripada 7 buah kapal yang sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi kapal tersebut dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza yang semakin hari kian tersepit dan tertekan dek kezaliman Zionis. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH).

Bertambah biadap apabila Zionis tetap melancarkan serangan komandonya walaupun semua objektif dan pergerakan konvoi ini telah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.

Antara lain, Resolusi 1860 menyebut dan menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan, menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan, menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza serta mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorism.

Tekanan kuat juga dilakukan oleh Liga Arab termasuk desakan daripada Duta Turki di Mesir dan hasilnya, Mesir telah membuka sekatan jalan daratnya ke Palestin. Mungkin pengorbanan nyawa sukarelawan yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk membawa bantuan makanan dan infrastruktur sivil itu akan menjadi kunci bantuan yang lebih besar ke Gaza. Pengorbanan mereka tidak sia-sia.

Pada pandangan saya, keganasan yang tidak bertamadun ini cukup besar impaknya untuk menggantikan titik fokus masyarakat dunia yang memandang blok Islam sebagai pengganas. Titik mula persepsi negatif terhadap Islam atau dikenali sebagai Islamofobia ini jelas berlaku bermula perencanaan kejadian WTC pada 11 September 2001 dahulu. Sejak itu, negara umat Islam sendiri menjadi jurubicara Amerika dan Israel untuk mengangguk dan mengiayakan kenyataan bahawa Muslim itu pengganas.

Walaupun kematian akibat tragedi WTC adalah sejumlah ribuan nyawa manakala kematian sukarelawan penyelamat Gaza hanya beberapa nyawa, namun perlu diingat, mangsa-mangsa kapal Mavi Marmara itu terdiri daripada kalangan diplomat pelbagai negara, malah mewakili komuniti dunia. Berbanding dengan tragedi WTC, yang hanya melibatkan nyawa rakyat Amerika, manakala 2000 pekerja Yahudi pada saat itu tiada atau bercuti.

Keganasan Israel atau mungkin ada kaitannya dengan Amerika (atas alasan kerjasama teknologi perang dan ketenteraan) yang berlaku ini melibatkan banyak negara termasuk Eropah. Masyarakat dunia yang waras memandang bahawa kezaliman Israel sudah melangkaui wilayah mereka sendiri. Jika Islam dikatakan menyerang Amerika, Israel pula boleh dituduh mengganas terhadap banyak negara!

Alasan ini cukup untuk mengalihkan fokus bahawa Israel adalah pengganas malah semua yang melibatkan diri dengan Israel adalah pengganas dan jika di Malaysia wajar di ISAkan ! Bagaimana dengan APCO di Malaysia?

Soalnya siapa yang mampu mengalih fokus dunia daripada menuduh Al Qaeda dan Muslim sebagai pengganas kepada Israel pula? Siapa ingin membiayai kempen besar-besaran media, melobi di PBB dan OIC, berseminar dan berdialog serta menyediakan serangan psikologi melalui permainan video, lagu dan filem bahawa Israel adalah pengganas dekad pertama milenium ini?

Amerika mampu mengadakan kempen menghalakan laras meriam Islamofobia kepada blok Islam kerana White House, PBB dan semua pentas besar dunia adalah milik Freemanson dan Zionis. Tambahan kini ia juga telah merayap ke dalam blok Islam dalam kalangan para aristokrat dan elitis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

Monday, May 3, 2010

Kesedaran rakyat Malaysia mampu membela Rohingya

Kelmarin 2 Mei 2010 saya berkesempatan untuk bertemu Ustaz Mohammad Islam Sultan Ahmad yang merupakan petugas Pusat Khidmat Pelarian Rohingya di bawah Teras Pengupayaan Melayu.

Beliau yang hadir ke kamunting bersama rombongan Presiden TERAS adalah bertujuan untuk diskusi kerja dan perencanaan bagaimana umat Islam Malaysia mampu membela dan memperjuangkan nasib banaga dan maruah agama kaum Rohingya yang bukan sahaja berada di Malaysia malah yang masih terhimpit dan terseksa di Selatan Bangladesh.

Ustaz Mohammad juga merupakan pemimpin UNIROD serta RSM (Rohingya Society Of Malaysia) yang bukan sekadar memikirkan pendiidkan dan agama kaum Rohingya di Malaysia, malah berancang dan bertujuan membebaskan Arakan serta rakyat Rohingya yang masih diseksa oleh Junta Tentera Myanmar.

Beliau kerap meberi komentar terhadap usaha saya dan beberapa rakan untuk terus memberi pendidikan bahasa kepada anak Rohingya di Pulau Pinang, kata beliau, nasib anak-anak Rohingya Malaysia jauh lebih baik dan selesa berbanding dengan anak bangsa Rohingya di Indonesia, bangladesh malah di Arakan yang masih terperangkap.

RSM adalah gabungan baru NGO-NGO Rohingya di Malaysia yang berjuang untuk mengadakan sistem pendidikan integrasi untuk anak-anak pelarian.

Benar, anak Rohingya di Malaysia tidak gemar belajar kerana mereka tidak tahu apa tujuan belajar, ke arah mana pembelajaran mereka serta adakah belajar akan memberi mereka wang. Mereka lebih cenderung untuk meminta sedekah kerana mudah untuk memiliki ratusan wang dalam masa sehari.

Namun pelarian Rohingya di Indonesia dan bangladesh adalah lebih menyedihkan kerana kerjaya peminda sedekah amat tidak relevan di sana memandangkan rakyat tempatan juga menjadi pengemis di negara sendiri.

Inilah dilema pejuang nasib kaum Rohingya. namun ia bukan alasan untuk kita membutakan mata dan mentulikan telinga daripada cakna dan sedar dengan isu Rohingya ini.

Presiden TERAS selalu menasihati kami, agar terus mendidik masyarakat agar masyarakat yang sedar ini akan mendesak pemerintah da pihak berwajib agar memikirkan cara dan kaedah pendidikan sempurna untuk anak pelarian. Anak pelarian adalah salah satu komponen sosial kita hari ini. Baik buruknya sosial kita adalah juga difaktorkan oleh mereka. Seharusnyalah mereka dididik dan diasuh dengan akhlak dan agama selain pentingnya pemerintah dan pihak berwajib merancang untuk memberi tekanan kepada pihak Myanmar yang semakin biadap.

Nasihat dan teguran juga boleh diberikan kepada kerajaan Thailand yang telah menghanyutkan kaum Rohingya sehingga bot yang selayaknya memuatkan hanya 80 orang telah dimuatkan 300 orang pelarian Rohingya sehingga ada yang mati dalam pelayaran. Dengan kesedaran masyarakat kita ianya mempu memberi satu gelombang untuk membela kaum ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA-Teras

sedutan blog :
http://fadli.web.id/eh-muslim-rohingya-dilupakan-lagi.aspx

Rohingya etnik di negara Burma. Namun, tahun 1989 Burma berubah nama menjadi Myanmar dan Rohigya pun tak terdaftar sebagai etnik di negaranya. Dari 137 etnik yang diakui di Myanmar, muslim Rohingya tak pernah mendapatkan pengakuan sebagai warga dalam sebuah negara.

Dalam kasus ini, Etnis Rohingya disebut sebagai Stateless and Forgotten People (warga tanpa kewarganegaraan dan dilupakan) oleh kalangan aktivis.

Manusia perahu bukan pilihan

Terusir dari negerinya dan menjadi manusia perahu (boat people) bukan pilihan. Sekitar 1200 warga Rohingya meninggalkan Myanmar pada bulan Desember 2008 menuju Thailand. Rahmat, salah seorang warga Myanmar yang sedikit fasih berbahasa Melayu, mengatakan umumnya mereka beragama Islam yang sebelumnya bekerja di Thailand. “Namun oleh Pemerintah Thailand, tanpa alasan yang jelas kami dikumpulkan dan dibawa ke sebuah pulau. Selanjutnya kami dihanyutkan dengan perahu yang rata-rata berukuran 20×5 meter,” sebutnya.

Dijelaskannya, rata-rata perahu tersebut mengangkut 225 orang. Saat dilepas, mereka tanpa dibekali apapun. “Bahkan, ketika di dalam penampungan kami diberlakukan tidak manusiawi,” terang Rahmat. Menurut dia, mereka kesemuanya berjumlah 1.200 orang yang dilepas dengan menggunakan empat buah perahu. Saat ini, dia mengaku pihaknya tidak mengetahui keberadaan tiga perahu lainnya. “Dalam perahu yang saya tumpangi, seluruhnya berjumlah 220 orang. Tapi kini tinggal 198 orang karena 22 orang lainnya sudah tewas dan kami buang ke laut,” lanjut Rahmat yang sekarang masih mengusi di Idi.

Tuesday, April 20, 2010

Muda-Teras

Telah lama saya mengimpikan untuk menubuhkan satu ketumbukan anak muda yang berada di bawah sayap perjuangan Teras Pengupayaan Melayu. Nama TERAS yang umumnya kelihatan premis kaum melayu bukan sekadar satu kelompok gerak kerja yang bersifat chauvinis perkauman malah melangkaui isu aqidah, pengupayaan kaum minoriti, pengupayaan kaum muslim, integrasi sosial berasaskan keadilan, perjuangan pembaipulihan pentadbiran dan institusi pemerintahan serta pendidikan dan ikhtisas.

Menilai luasnya perjuangan TERAS mengilhamkan saya untuk menyerap masuk Skuad Penyelamat Aqidah ke dalam TERAS atas nama MUDA-Teras iaitu singkatan kepada Saf Anak Muda Teras. MUDA-Teras juga mengambil aspirasi SALIMAH-Teras iaitu NGO sayap muslimah yang berjuangan isu kewanitaan dalam landskap syariah untuk maju ke hadapan.

Memandangkan kerjabuat SPAQ selama ini juga mengambil seni dakwah dan kerja amal Cikgu Azmi selaku Presiden Teras baik dari isu agama, isu penghinaan terhadap syariah, chauvinisme gender, PPSMI dan bahasa melayu, isu tulisan jawi dan ekonomi negara, maka saya rasakan SPAQ bersedia memberi khidmat khusus untuk menjayakan misi Islam kaffah dan pengupayaan sosial ke arah yang lebih adil dan baik.

Perlancaran MUDA-Teras ini akan di adakan dalam jangka masa yang terdekat melalui program

IJTIMA’ ANAK MUDA PENGGERAK UMMAH yang di adakan dengan kerjasama Citizen International, Jamai’y Perak dan CAP.

Ijtima’ ini akan diisi dengan pengisian tasyji’ (motivating) secara celik dan ilmiah untuk memberi gambaran kepada anak muda betapa perlunya mereka cakna dan progresif terhadap isu-isu umat Islam dalam dan luar negara kita ini.

Sepertimana nasihat Ustaz Hasrizal Jamil dalam satu rancangan televisyen baru-baru ini, bahawa anak muda perlu diberikan perjuangan atau ‘assignment’ untuk mereka kerjakan. Kerana perjuangan tersebut akan mengelakkan mereka menjadi pejuang hedonisme, pejuang rempit, pejuang black metal dan sebagainya. Pada pandangan saya, bagi anak muda yang pernah dididik dengan agama dan iltizam dengan usrah dan tadribat, mereka mungkin tersasar juang sehngga gigih memperjuangankan ananiyyah (individualisme), memperjuangkan sikap berpeluk tubuh, memperjuangkan agenda metafarrijun (hanya menyaksikan kebejatan sekular da kezaliman tanpa usaha mengubahnya) serta banyak lagi penyakit anak muda yang juga menjangkiti mereka yang pernah dididik dalam perjuangan yang absah.

IJTIMA’ ANAK MUDA PENGGERAK UMMAH akan diadakan….pastikan anda juga bersama kami menjayakan harapan dan impian ini demi agama dan ummah.

Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

PROJEK CELIK anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Taja Mereka anjuran Kindness Malaysia

Rujuk Laman ini untuk membaca tulisan penindasan terhadap umat (seliaan MUDA-Teras)