Konsep
Wasatiyah tercalar jika masih iktiraf judi
Muhammad
Nuruddin Bashah
Aktivis
Gerakan Sokong Syariah (GESA)
Unit
Kajian Ilmiah MAPIM Utara
Syariah di negara ini sekali
lagi dihina dan diperlekeh oleh penganut Islam sendiri apabila sebuah
kerajaan yang dipimpin oleh kaum Iam
kerajaan meluluskan tambahan permit cabutan
judi kepada Syarikat Magnum,
Damacai dan Sports Toto.
Gerakan
Sokong Syariah melihat perkara ini sebagai suatu yang amat serius.
Ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan
mengadakan cabutan khas melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun
2014 yang mana
menyaksikan tahun ini sebagai tahun naik kos sara hidup dan rakyat
digesa hidup secara wasatiyah (sederhana).
Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali
cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk
tahun ini sahaja.
Malah untuk Sabah dan Sarawak,
jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat 3 lagi syarikat
perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak.
Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435H atau
tahun 2014 yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12
Rabiulawal 1435H
ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".
Tema ini adalah amat baik dan bertepatan dengan sikap cintakan
syariah. Mengapa penulis memberi komen begitu? Perhatikan hadis di
bawah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu said Sabda
Rasulullah SAW:
Nabi Nuh a.s akan dipanggil pada hari kiamat
lalu baginda berkata Labbaik dan Sa’daik wahai tuhan. Lalu
dikatakan kepada Nabi Nuh a.s “adakah kau telah menyampaikan?”
Nabi Nuh a.s berkata “ya”. Lalu ditanya kepada umatnya,”adakah
dia telah menyampaikan kepada kamu?”. Mereka berkata :”Tidak ada
peringatan yang datang kepada kami”. Lalu Allah s.w.t bertanya
kepada Nabi Nuh a.s : “siapa saksimu?”. Nabi Nuh a.s berkata : “
Muhamad dan umatnya”. Lalu umat Nabi Muhammad s.a.w menjadi saksi
bahawa Nabi Nuh a.s telah menyampaikan.“Dan Rasul(Muhammad) menjadi
saksi atas ( perbuatan) kamu”
(Rasulullah kemudian membaca ayat ini) Itulah
yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam Quran
“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan
kamu (umat Islam) umat yang adil
(wasatan)dan pilihan agar
kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi
saksi atas (perbuatan) kamu”. (Al
Baqarah 143)
Istilah
wasatiyyah adalah adil. Adil dalam ertikata menerima hukum Islam.
Meletak syariah Islam di tempat paling tinggi semampu yang mungkin.
Kerajaan Malaysia yang gemar menggunakan istilah wasatiyyah
seolah-olah faham bahawa umat wasatiyyah akan menjadi saksi kepada
dakwah Nabi Nuh di akhirat kelak. Adakah umat yang pernah melulus,
mengaut hasil judi dan menambah permit judi layak menjadi saksi Nabi
Nuh?
Inilah
maksud penghinaan dan sikap memperlekeh istilah syariah dan meletak
terma Al Quran untuk jajaan menarik sokongan rakyat semata-mata.
Allah telah berfirman di dalam Surah al-Maidah
ayat 90-91 yang bermaksud :“ Wahai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah
semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah
bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu
dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada
mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah
kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu
masih berdegil ?”.
Jika pemerintah masih
menganggap judi adalah ajaran serta tabiat kaum bukan Islam
sebenarnya mereka juga jahil berkenan ajaran agama lain. Dalam
agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif
yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain
hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang
sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The
New Testament (Mark 12:31)
Demikian juga
agama Buddha, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia
meruntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu
memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha
Nikaya, disebutkan bagaimana amalan
perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah
mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan
menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.
Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama
Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan
moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang
pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai
pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat
(Tirukkural,
94: 931-940).
Perhatikan pula perlekehan
syariah oleh pemimpin Melayu. Ahli
Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kelihatan
lantang menentang cadangan lesen
judi diberikan kepada orang Islam. Malah kata beliau
agama sendiri (Islam)
kita dianjurkan untuk berniaga
dengan perkara-perkara yang halal, bukan yang haram. Tetapi
ironinya kerajaan sendiri yang memasukkan hasil cukai judi dalam
akuan disatukan yang digunakan untuk mengurus perbelanjaan ter,asuk
gaji penjawat awam!
Kerajaan
yang suka mengguna
istilah wasatiyyah ini juga sangat
bergantung kepada hasil perjudian untuk menampung pendapatan negara.
Dengan tidak mengambil kisah
langsung musibah akibat judi sebenarnya pertambahan
hari cabutan perjudian
hanya akan menambahkan tempoh kerugian pelanggan dan mendorong kepada
peningkatan kes hutang Ah Long dengan jumlah hari perjudian cabutan
nombor ekor 178 hari tahun ini.
Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan pada sidang
Parlimen September 2013,
kerajaan Malaysia
telah mengutip RM70.8 juta untuk
cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013.
Jawapa Parlimen pada 31
Oktober 2013 juga menjelaskan jumlah
cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi
tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion.
Ini bermaknasSecara
purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada
perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting
Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian.
Untuk mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan
RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta
(2012).
Jelas jika ada yang
beranggapan bahawa Malaysia
merupakan salah satu pusat judi yang hebat seperti Las Vegas
ia bukan suatu metos aau fitnah.
Cukup
memalukan apabila beberapa ahli Parlimen berbangsa Cina menekan
Parlimen bersetuju agar akaun wang disatukan tidak dimasukkan wang
judi.
Sikap
menambah permit cabutan judi adalah sama seperti sikap kerajaan cuba
melulus lesen judi bola pada tahun 2010 semata-mata mengaut
keuntungan dicelahan musim Piala Dunia dan ia suatu sikap amat tidak
bertanggungjawab, menghina syariah dan menunjukkan mereka tidak layak
mengalung istilah wasatiyyah ke leher.
12
Januari 2014
7
34 pagi
No comments:
Post a Comment