Titah
Optimis Syariah oleh KDYMM Sultan Muhammad V dalam majalah; Tahniah
Redaksi Majalah Tamadun Islam.
Allahuakhbar!
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Demikian penutup ulasan Editor Kanan
Majalah Tamadun Islam Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed dalam
edisi 12 (Disember) tahun 2013. Mengapakah kalam itu yang djadikan
penutup ulasan beliau? Sebenarnya edisi majalah keluaran Dewan Bahasa
Dan Pustaka kali ini telah memuatkan titah KDYMM Sultan Muhammad V
yang dijadikan rencana utama majalah ini. Titah yang kelihatan
seperti makalah ilmiah ini menghuraikan prinsip dan resepi utama
untuk mencapai kesejahteraan sebuah negara berteraskan Islam iaitu
bertajuk 5 Tonggak pembinaan Kemuliaan.
Sebenarnya
amat jarang sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
untuk membenarkan tulisan ‘terbuka’ sebegini. Pembaca mungkin
akan lebih memahami istilah terbuka yang penulis nyatakan apabila
majalah yang baru berusia setahun ini juga memuatkan kenyataan Tuan
Guru Datul Nik Abd Aziz Nik Mat, temubual bersama YM tengku Ibrahim
Farihaddin Bin Dao’ Tengku Feissal bendahari Pertubuhan Kerabat
DiRaja Kelantan Al-Muhammadi serta menyiar makalah tulisan Tengku
Mahkota Kelantan YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan
Ismail Petra yang bertajuk ‘Faqihan Dalam Ketamadunan Islam”.
“Sepanjang
berusia 75 tahun, ambo tidak pernah melihat ada Raja ang menjadi imam
Solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan” Majalah
Tamadun islam memetik kenyataan Mantan Menteri Besar semasa KDYMM
Sultan Muhammad V mengimamkan solat hajat bersama rakyat.
Apakah
isi rencana utama Majalah Tamdun islam ini sehingga penulis
terpanggil untuk menulis ulasannya?
Isi
penulisan ini adalah melambangkan keikhlasan hati jiwa seorang Raja
yang dahagakan perlaksanaan Islam secara holistik dan penataran taraf
hidup rakyat melalui pemahaman agama Islam yang sahih.
Baginda
meletak Kemuliaan (akramakum) sebagai VISI yang ingin dicapai oleh
semua makhluk samada yang berpangkat mahupun marhain. Manakala MISI
menyampai kepada VISI kemuliaan adalah Taqwa ( atqakum). Konsp ini
diterjemah daripada wahyu Alah berbunyi
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang
paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal”. (
Al Hujurat ayat 13)
Jelas
memang benar mulia itu tumpuan semua manusia. Ingin naik pangkat atau
dipandang oleh majikan, dengan memiliki kuasa, wang dapat dikawal
sambil meratah kesejahteraan dunia tanpa ada yang mampu ‘mengaudit’
atau mentaksir kekayaan yang dihimpunnya. Namun ada yang inginkan
kemuliaan demi kemakmuran rakyat sebagaimana sikap Nabi Yusuf A.S.
Inilah matlamat yang bernilai homofili (titik sepunya) kesemua
makhluk sama ada ia diniatan untuk kebaikan mahupun kezaliman dan
keburukan.
Terdapat
5 tonggak yang ditekankan oleh Baginda untuk mencapai misi dan visi
berkenaan.
Pertamanya adalah Faham
(faqihan) iaitu memahami agama. Hanya
insan yang Allah inginkan kebaikan sahaja dibenarkan untuk memahami
agama dan rahsiaNYa. Inilah bezanya manusia bermaklumat dengan
manusia yang berilmu sejati. Baginda menyarakan agar dibentuk KPI
untuk mengukur agenda mambawa kepada faqihan ini iaitu antaranya
pengukuran aktiviti imarah masjid, jumlah kehadiran solat berjemaan,
keberkesanan solat menurunkan Indeks Jenayah negeri dan kadar celik
Al Quran. Benarlah Baginda bukan sekadar Raja berjiwa rakyat, malah
Baginda berjiwa ‘Hamba’ yang dicintai rakyat kerana Allah.
Tonggak kedua adalah konsep Amanah
(aminan). Bahasa Integriti mungkin tida
difahami oleh rakyat sehingga tahap amanah di kalangan kepimpinan dan
rakyat negara ini msih jauh lemah. Dengan kadar pengaliran wang haram
meningkat, Indeks Rasuah yang masih berkudis, dengan korupsi saban
tahun yang didedah oleh Jabatan Audit Negara menggambarkan betapa
wajarnya nilai amanah dijadikan agenda besar sebagaimana saranan
Baginda Sultan Muhammad V. Baginda berpandangan perlunya setiap
agenda kerajaan dibina atas nilai masuliyyah (akauntabiliti) serta
dikaitkan selalu dengan nilai balasan di akhirat. Didikan ini perlu
konsisten.
Baginda juga menyarankan sikap Rahmat
Kasih (Rahiman) sebagai Tonggak Ketiga.
Masyarakat penyayang yang disaraknkan bukan suatu teori insah
semata-mata. Ia perlu diterap melalui sistem kekeluargaan yang
mawaddah bebas daripada kezaliman, kerosakan sosial dan pastinya
teraut dalam keindahan konsep Al Quran dan Sunnah Rasulullah. Baginda
optimis bahawa jika nilai kasih sayang diterap dalam institus
kerajaan ia mampu menghasilan suatu transformasi sosial yang lebih
baik.
Tonggak Keempat iaitu Ilmu
(Ilman) disarankan menjadi amalan untuk
menghasilkan tindakan rakyat dan pemimpin yang betul tetapi
produktif. Imu serba pantas hari ini perlu diaplikasi secara sihat
untuk mengahsilkan rakyat berfikiran futuristik dan menjadikan rakyat
hidup secara realistik tetapi atas lindungan kebenaran.
Tonggak terakhir untuk mencapai VISI Mulia adalah
Sejahtera (Salaman).
Sejahtera dari aspek nilai, ekonomi, sosioudaya, politik dan
unsand-undang adalah bermaksud kesejahteraan duniawi yang membawa
kepada ksejahteraan akhirat. Pemikiran sekular yang hanya memandang
aspek maddiyah (materialisme) dalam soal pembangunan perlu dikikis
kerana ia terbukti hanya merosakkan. Slogan ingin membawa pembangunan
semata-mata menarik minat rakyat hanya seumpama menarik hidup rakyat
seperti haiwan tanpamendidik mereka kemajuan mapan yang menyelesakan
tetapi dalam masa yang sama tidak menghakis sumber alam, tidak
merosakkan hak bumiputera dan dan tanah milik rakyat bawahan tidak
menggadai masa depan ekonomi rakyat (isu FGV misalnya) dan pelbagai
ktviti yang hanya sebenarnya ‘maju di mata’, tetapi punah dalam
ertikata realiti.
Majalah
Tamadun Islam yang berusia setahun ini sebenarnya menggantikan tempat
Majalah Dewan Agama dan Falsafah terbitan DBP. Jika Dewan Agama dan
Falsafah lebih menumpukan konsep usuluddin, fikrah dan pencernaan
idea akal, Dewan Tamadun Islam pula lebih realisme kerana menampilkan
isu kontemporari, syariah, isu kebangkitan ummah dan polisi keagamaan
kerajaan.
Sekali
lagi penulis mengucapkan tahniah kepada Redaksi DBP yang sudi
menyiarkan bahan bacaan bermisi tinggi sebegini. Idea berani tetapi
ikhlas sepertimana yang dilakukan oleh pihak redaksi DBP melambangkan
betapa institusi bahasa dan budaya Melayu ini sebenarnya ada ruang
untuk menampilkan idea kelestarian Islam dan syariat Allah SWT.
Muhammad
Nuruddin Bashah
Aktivis
Teras Pengupayaan Melayu
Unit
Ilmiah MAPIM Utara
Pembaca
setia majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment