Hudud- jangan kritik hanya kerana
isu teknikal perlaksanaan
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara
Dalam perlaksanaan Kanun Jenayah Islam yang dikenali
sebagai Hudud dan Qisas aspek teknikal perlaksanaan dan falsafah
perlaksanaan adalah dua perkara yang wajar diberi perhatian serius.
Malah dalam apa wacana sekalipun keseimbangan dua aspek ini amat
perlu untuk memastikan wacana hudud tidak bersifat skeptikal, bias
dan tidak adil.
Penulis merujuk laporan isi kandungan
pembentangan kertas kerja "Implementation
of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam
and Malaysia” oleh Tun
Abdul Hamid Mohamad yang
merupakan Bekas Hakim Negara dalam seminar di International
Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).
Tindakan pengamal undang-undang sivil ini mengkritik
hudud di peringkat antarabangsa melalui penelitian aspek tektikal dan
teknikal semata-mata kelihatan merugikan ‘milage’ dakwah Islam.
Malah kupasan beliau sebelum ini juga kelihatan INGIN menampilkan
kekurangan, kelemahan undang-undang Allah sendiri walaupun mungkin
beliau mungkin sedar siapakah pencipta hukum hudud berkenaan.
Antara aspek teknikal yang beliau utarakan adalah;
- Selepas Sudan mengisytihar Hudud, para peguam dan hakim terpaksa mencari bahan rujukan hudud kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk melaksana hudud.
- Keadilan tidak mampu diberi kerana masalah 4 saksi yang dituntut oleh penguatkuasa negara tertentu yang melaksana hudud.
- Kecelaruan polis dan peguam jika hudud dilaksana di Malaysia.
Isu-isu ini sebanarnya menampilkan ketidaksediaan untuk
melaksana hudud. Misalnya apabila beliau merujuk Sudan dan Mali
sebagai negara yang gagal dalam aspek mengawal jenayah malah berada
di rangking bawah bagi penelitian aspek keamanan dalam negara
berbanding negara-negara bukan Islam yang jauh lebih maju dan aman.
Hudud hanya boleh dilaksana selepas aspek asas
kemanusiaan ditangani oleh pemerintah. Tidak dapat dinafikan
kegagalan hudud di Pakistan dan Sudan berpunca daripada
ketidaksediaan pemerintah mencipta suasana, prasarana dan kemudahan
yang sesuai untuk dilaksanakan. Mengambil kondisi negara ini untuk
dibanding dengan negara tanpa hudud adalah perbandingan yang salah
kerana hukum hudud adalah hukuman Allah sebaliknya yang
diperbandingkan adalah negara yang mungkin tidak melaksana hudud
secara tepat dan menyeluruh. Malah bagi negara seperti Nigeri hanya
sebuah negerinya sahaja melaksanakan hudud. Justeru tidak layak
dibanding kondisi purata negara Nigeria untuk menilai prestasi hudud
di situ.
Memetik penulisan Dr Asri Zainal
Abidin beliau merujuk melalui The
Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World,
John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan
undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini
seperti di Libya dan Pakistan. Sementara di Sudan dan Utara Nigeria
hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas diperkenalkan, kemudian
dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi
menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Hukuman hudud memang merupakan undang-undang yang keras.
Malah ada yang nakal menyatakan ia tidak bertamadun. Persoalannya,
adakah mencuri, pecah rumah, meragut, merompak peniaga yang banyak
berlaku hari ini adalah satu perbuatan yang bertamadun? Orang bukan
Islam tidak perlu takut kerana mereka terlepas dari hukuman hudud.
Malah sebenarnya orang yang bukan penjenayah langsung
tidak perlu takut kepada hukuman hudud kerana ia hanya dikenakan
kepada mereka yang buat jenayah dan mereka yang baik-baik akan
dilindungi.
Sebenarnya pada tahun 2013 Tun Mohd Azmi juga pernah
memberi contoh bagaimana di Pakistan terdapat kes para mangsa rogol
tertindas sehingga membunuh diri hanya kerana polis menyoal mereka
untuk dibawa 4 saksi.
Hudud ini
juga mempunyai prosedurnya yang lebih ketat dan syarat pembuktian
yang juga lebih ketat. Apabila ia lebih ketat dari undang-undang yang
sedia ada, maka bukanlah mudah untuk menjatuhkan hukuman terhadap
penjenayah. Polis dan pihak pendakwaraya perlu melakukan kerja yang
lebih keras, lebih tepat dan lebih betul.
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara
yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar
mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas
pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku
maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika
mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari
jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak
sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam
dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan
peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari
keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh
pihak kerajaan”.
Lantaran itu Tun Abdul Hamid mungkin terlupa wujudnya
takzir. Takzir malah jauh lebih berat hukumannya dalam keadaan
tertentu jika tiada hukuman hudud yang disabitkan. Takzir akan
menjadi pilihan para hakim selepas gagal mensabitkan kesalahan dengan
kaedah hudud atau kesalahan tidak termasuk dalam senarai hukuman
hudud. Isu wanita tertindas dirogol tanpa pembelaan adalah masalah
teknikal perlaksanaan negara tertentu yang sebenarnya idak bersedia
pun untuk melaksana hukuman Allah ini.
Orang bukan Islam boleh
memutuskan tidak mahu hudud dilaksanakan
di atas mereka. Itu pilihan mereka sendiri di dalam negara demokrasi.
Pemimpin Islam perlu
menghormati pilihan tersebut. Tetapi pada
masa yang sama, semua pihak perlu menghormati hak
dan kewajipan orang Muslim untuk diadili
dengan undang-undang jenayahnya sendiri. Inilah prinsip asas dalam
negara demokrasi.
Beliau juga menyatakan bagaimana Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan bakal menghalang perlaksanaan hudud hanya ke atas kaum
muslim atas alasan tidak adil untuk kaum muslim.
Sedangkan isu Perkara 8 boleh diselesai jika tafsiran
Perkara 3 dikupas secara menyeluruh dan cenderung kepada pemartabatan
syariah. Malah Hak Perkara 121(1a) yang membicarakan hukuman jenayah
kaum muslim di Mahkamah Syariah tidak boleh dicabar di Mahakamah
Sivil jika sedari awal jenayah kaum muslim itu di bawa ke Mahkamah
Syariah. Masalah mungkin timbul jika jenayah dirujuk ke Mahkamah
sivil terlebih dahulu di mana hakim sivil boleh menggunakan Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 sebagai perisai kepada Mahkamah Syariah.
Perkara 8 sebagai hujah kesamarataan muslim dan bukan muslim juga tidakrelevan kerana dalam hal faraid, isu mal dan pelbagai isu syariah lain mengapa ia boleh hanya dipraktik kepada kaum muslim tetapi dalam hal jenayah hudud pula Perkara 8 dikumandangkan sebagai alasan?
Perkara 8 sebagai hujah kesamarataan muslim dan bukan muslim juga tidakrelevan kerana dalam hal faraid, isu mal dan pelbagai isu syariah lain mengapa ia boleh hanya dipraktik kepada kaum muslim tetapi dalam hal jenayah hudud pula Perkara 8 dikumandangkan sebagai alasan?
Bekas Hakim Negara itu juga mengkritik tindakan kerajaan
negeri tertentu yang menggubal undang-undang hudud hanya kerana
bidang kuasa agama berada dalam senarai kuasa negeri. Pada beliau
negeri berkenaan seolah lupa peranan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan memang mampu menghalang kuasa negeri
melaksana hudud kerana Jadual Kesembilan Perlembagaan tidak
memasukkan senarai jenayah kepada senarai milik negeri. Maka
melaksana hukum jenayah hudud di Mahkamah Syariah yang hanya
diperingkat negeri dianggap tidak sah dan melanggar Perlembagaan.
Begitu juga Perkara 4 juga membantu Jadual Kesembilan membenam
hasrat kerajaan negeri melaksanakan hudud secara menyeluruh.
Negeri seperti Kelantan meluluskan enakmen hudud kerana
ia tanggungjawab sebagai manusia yang menganut Islam. Soal ia mampu
direalisasikan soal kedua. Meluluskan enakmen sepertimana tindakan
Terengganu dan juga Brunei melambangkan kesediaan untuk patuh kepada
undang-undang Allah. Isu tiada saksi sebagainya tidak timbul. Jika
tidak mampu diperolehi saksi adil, takzir menjadi pilihan para hakim.
Terlepas dari hudud disebabkan tidak menepati kriteria pendakwaan
bukan bererti negara hudud melepaskan para penjenayah dan pesalah
begitu sahaja.
Kelantan apabila diperintah oleh Angkatan Perpaduan
Ummah pada tahun 1990 tidak gopoh meluluskan Enakmen hudud,
sebaliknya isu kebajikan, keperluan dan penaiktaran tahap kehidupan
rakyat diberi perhatian terlebih dahulu. Menghapus riba dan cukai
dosa (judi-arak) dalam akuan negeri menjadi pilihan pertama. Selepas
itu barulah Kelantan meluluskan enakmen hudud tersebut.
Tun Abdul Azmi juga kelihatan ghairah
berkempen seolah-olah para penyokong hudud taksub untuk menghukum
masyarakat. Pada beliau jika sesuai boleh diselesaikan tanpa hukuman
mengapa perlu memilih hukuman. Kata beliau “The
type of punishment is actually a means to achieve justice. If you
could achieve justice without punishing, then why not?
“ (Tun Abdul hamid Hudud
will not cut crime rate, says ex-CJ Abdul Hamid,
5 April 2013).
Soalnya benarkah hudud terhegeh-hegeh mahu menghukum
manusia atau rakyat? Jika ingin sabit saksi pun sukar ia jelas
menunjukkan hukuman ini sukar disabit kesalahan tetapi wajib
dilaksanakan, dinobat dan dijulang sebagai asas perundangan jenayah
negara. Hukuman takzir boleh menggantikan hudud bila-bila sahaja bila
gagal mensabitkan kes hudud. Tiada isu hudud mencenderungkan pimpinan
untuk menghukum rakyat.
Jika menurut beliau ada penyelesaian selain hudud bagi
kesalahan, tahukah beliau apakah kesalahan yang disabit dengan hudud?
Jika mencuri misalnya, wajarkah dimaafkan jika merompak dan menyamun
jutaan ringgit? Penyelesaian bentuk apakah lagi yang beliau mampu
hidangkan? Seperti biasa, tanpa memenuhi syarat sabit hukum, kes
mencuri juga boleh terlepas dari hudud seterusnya menerima hukuman
takzir.
Untuk hukuman bunuh walaupun ada peruntukan qisas, Islam
jauh lebih adil apabila membenarkan bayaran diyat jika keluarga
mangsa memafkan kesalahan. Tetapi tidak bagi hukum svil yang tetap
menghukum bunuh bagi si pembunuh walaupun menerima kemaafan keluarga
mangsa. Ini bermakna selain qisas dan hudud ada penyelesaian diyat.
Penulis lebih suka membawa statistik negara Arab Saudi
yang mengamal hudud berbanding membawa contoh Sudan yang miskin dan
hanya separuh jalan melaksanakan hudud atau Mali yang bergolak teruk.
Jumlah kes
jenayah di Arab Saudi
sepanjang Tahun 2012 ialah 2669 Sahaja.
Januari-Mei 2012, Bilangan kes
jenayah ialah 63,221,
dan pada
tahun
2011 ialah 157,891.
Inilah perbezaan ketara
antara
negara
yang
laksanakan syariah
dan yang
tidak melaksanakan
syariah:
2,669 kes di
Arab Saudi berbanding
160,000 kes
di Malaysia, iaitu
60 kali ganda.
Perhatikan pula fakta di bawah : (tahun 2000)
Bagi jenayah rompakan perkapita dalam web yang sama
memamparkan bahawa Malaysia
berada di kedudukan 26 berbanding Arab Saudi
pada tangga 60. Manakala negara yang kononnya demokratik dan
berundang-undang bebas seperti Amerika Syarikat berada di tangga 11
manakala UK pada tangga ke 8 ( sumber: Seventh United Nations Survey
of Crime Trends and Operations of Criminal Justice Systems, covering
the period 1998 - 2000 (United Nations Office on Drugs and Crime,
Centre for International Crime Prevention)
Menurut James
Sheptycki, Ali Wardak, James Hardie-Bick
dalam tulisan Transnational and
Comparative Criminology. Routledge Cavendish
muka surat 95
pada tahun 1988, kadar pembunuhan di Arab
Saudi adalah 1.1 bagi setiap 100,000 penduduk, kesalahan seksual
adalah 21.9 bagi setiap 100,000 penduduk, dan kecurian adalah 70.5
bagi setiap 100,000. Pada tahun 2002, sebanyak 84599 jenayah
dilaporkan di Arab Saudi, atau 387 jenayah bagi setiap 100,000 orang.
Menjelang tahun 2006 nombor-nombor telah turun dengan pembunuhan di
65.3 bagi setiap 100,000 penduduk, kesalahan seksual di 58.6 bagi
setiap 100,000, dan kecurian kesalahan itu di 70.5 bagi setiap
100,000.
Jika aspek teknikal juga dibangkitkan lihat bagaimana
Brunei belajar daripada Arab Saudi berkenaan kaedah, tatacara dan
persediaan sebelum melaksana hudud.
Pada 9 Februari 2014 Menteri
Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji
Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman telah
mengadakan perjumpaan dengan Menteri Keadilan, Kerajaan Arab Saudi,
Tuan Yang Terutama Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Issa
untuk menadapat nasihat berkenaan persediaan melaksana hudud.
Rombongan
Brunei
diberikan taklimat serta tayangan klip video mengenai pengurusan dan
pentadbiran mahkamah-mahkamah, cara-cara perlaksanaan dan data
statistik kes-kes jenayah syariah yang melibatkan hukuman hadd, qisas
serta ta'zir di Kerajaan Arab Saudi dan kemudiannya turut dibawa
melawat ke sekitar bangunan kementerian berkenaan bagi meninjau
infrastruktur serta fasiliti yang terdapat di sana.
Inilah contoh negara yang bersungguh dan ingin melaksana hukum hudud.
Bagi Malaysia pula mungkin terlalu banyak perlu
dilakukan. Bukan sekadar menyedia pisau atau pedang pemancung kepala
atau membeli rotan sebat sebanyak mungkin, kerajaan Malaysia perlu
pinda dahulu beberapa perkara dalam Perlembegaaan persekutuan serta
beberapa peruntukan dalam akta-akta tertentu. Inilah yang perlu
dilakukan dahulu bukannya secara megah mengkritik perlaksanaan hudud
secara simplistik.
Falsafah hudud adalah mencegah jenayah. Hudud juga
membawa falsafah mentaati perintah Allah dan perlambangan kehambaan
kita terhadap Allah. Janganlah hanya kerana kegagalan teknikal
beberapa negara Islam dijadikan indikator dan dalil untuk menolak
hukum Alah SWT.
Bertam 1 Feb 14.
12.27 malam
No comments:
Post a Comment